Thursday, October 30, 2008

Permata Hati

Permata Hati

Intan Zurina

Izham menggenggam erat tangan Aqila, isteri kesayangan yang dinikahi beberapa bulan yang lalu. Sungguh dia tidak menduga semua ini akan berlaku. Harapannya kini cuma satu, Aqila akan sembuh seperti sediakala. Dia rindu dengan gelak tawa wanita itu. Dia rindu dengan bebelan wanita itu. Dia rindu segala-galanya tentang wanita itu.

“Nak apa?”tanya seorang gadis yang sedang menggunakan mesin pinjaman buku elektronik di perpustakaan.

“Erm…Boleh tolong ajar saya guna mesin ni?”seorang lelaki menghulurkan beberapa buah buku kepada gadis itu. Gadis berambut panjang itu tanpa berlengah membantunya.

“Student baru ke?”ringan mulut gadis itu bertanya. Lelaki tersebut tersengeh-sengeh.

“Second year,“jawabnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Second year tak pandai guna mesin ni lagi?Rosak betul,”gadis itu berceloteh. Lelaki tersebut hanya tersenyum menelan kata-kata gadis itu.

“Second year gak ke?”lelaki tersebut bertanya. Gadis itu hanya mengangguk sambil tangannya lincah mengambil satu persatu buku yang diberi oleh pelajar lelaki tadi.

Saya Izham,”lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

“Aqila…Qila,”gadis tersebut tersenyum.

“Banyak buku tentang agama, ada assignment ke?”Aqila bertanya.

“Er…Tak de la. Kena urus program surau…Nak buat rujukan sikit,”Izham menggendong buku yang agak banyak sambil melangkah beriringan keluar dari perpustakaan.

“Terima kasih ye,”Izham melemparkan senyuman kepada Aqila. Aqila membalas.

“Ko kenal budak tu?”Hasyim yang dari tadi menunggu di lobi perpustakaan bertanya pada Izham.

“Baru kenal. Kenapa?” Izham agak pelik dengan pertanyaan Hisyam.

“Naik dulu la, nanti aku ceritakan,”Hasyim menghidupkan enjin motosikalnya dan menuju ke jalan keluar Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.

“Ye ke?Macam tak percaya jer,”Izham mengerutkan dahinya, kurang percaya dengan cerita yang baru didengarinya.

“Betul. Dia tu dulu ketua Lajnah Kerohanian kat sekolah aku. Kami satu kelas,”Hasyim meyakinkan Izham. Dia kenal dengan Aqila, rakan sekelasnya dahulu. Dia tahu serba sedikit tentang gadis itu.

“Habis tu, kenapa dia tak pakai tudung?”Izham masih dengan kemusykilannya.

“Hidayah, Izham. Allah turunkan pada sesiapa je, mungkin dia belum lagi,”mendatar nada suara Hasyim. Aqila yang dikenalinya memang seorang yang agak peramah dan suka bergurau, namun gadis itu baik hati. Bagi apa sahaja tugas padanya, tugas itu akan diselesaikan dengan baik.

“Keluarga dia?”

“Keluarga dia orang korporat, ayah dia businessman,”Hasyim mengunyah keropok lekor yang menjadi kudapan mereka sementara menyiapkan tugasan untuk surau menjelang Ramadhan Al-Mubarak.

“Ooo..No wonder la. Ko rasa dia nak tak join AJK Muslimah kat sini?”Izham menyatakan cadangannya. Dari perwatakan dan tutur kata Aqila, dia tahu gadis itu masih boleh dibentuk.

“Kenapa?Entah la,”Hasyim menjungkit bahunya.

“Ko try la tanya dia,”Izham mengusulkan lagi pendapatnya. Berkerut dahi Hasyim.

“I don’t think she want to…,”Hasyim memandang Izham.

“Don’t be negative, bro. Try dulu,”Izham bersungguh meyakinkan Hasyim.

“Tak nak,”Aqila memutuskan setelah diajukan pertanyaan oleh Hasyim.

“Err..Apsal plak?Kat sekolah dulu boleh je. Kalau kau boleh go on dengan sport kat sini why not dengan kepimpinan kau?”Hasyim cuba menguji Aqila. Izham yang ada bersama hanya membisu sejak tadi. Membiarkan dua kenalan itu berbicara, dia tidak berapa mengenali Aqila.

“Hasyim…look…Dulu aku pakai tudung macam ni. Now, nothing…,”Aqila menunjuk bahagian bawah sikumya menunjukkan perwatakannya ketika di sekolah dahulu.

“Yup…Tapi ilmu yang dapat tu still ada lagi kan?Tak nak?”Hasyim masih cuba memujuk.

“Tolong la…Aku masuk SMKA dulu pun parent aku dah separuh gila marah kat aku tau. Tu pun nasib baik aku boleh jadi kepala batu for 5 years to stay at that school…Now please jangan buat aku rasa bersalah pada parent aku lagi,”suara Aqila sedikit meninggi.

“Awak tak rasa bersalah pada Tuhan?”Izham tiba-tiba mencelah. Hasyim tersentak. Aqila berpaling pada Izham.

“Excuse me…Jangan jadi busybody boleh?”Aqila melangkah meninggalkan Hasyim dan Izham.

Izham hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba rasa kesal terbit di hatinya.

“Salahkah kata-kata aku tadi?”hati Izham berdetik.

“Saya tahu salah saya, kak. Diorang tak faham saya,”Aqila meluahkan perasaanya pada Ummu Kalsom, kakak yang tinggal satu bilik dengannya.

“Akak faham Qila. Hati manusia Allah je yang nampak, manusia tak nampak. Akak tahu Qila teringin jadi macam diri Qila masa kat SMKA dulu kan?Tapi Qila nak senangkan hati mak ayah Qila jugak kan?”Ummu Kalsom menyentuh lembut bahu Aqila. Air mata Aqila yang mengalir disapu lembut.

“Qila rasa hina dia cakap macam tu, kak. Dia siapa nak judge Qila, dia kenal Qila tak sampai dua hari pun,”Aqila merenung mata Ummu Kalsom penuh simpati. Ummu Kalsom tersenyum. Dia kenal dengan Izham, junior dalam lajnah Dakwah dan Rohani.

“Qila bersabarlah ye. Akak yakin satu hari nanti mak ayah Qila akan faham Qila,”lembut suara Ummu Kalsom menenangkan Aqila.

“Harap-harap macam tu la. Oh ya, kak, ni artikel yang Qila siapkan untuk Risalah Ramadhan tu,”Aqila mengunjukkan beberapa keping kertas yang siap bertulis pelbagai artikel tentang Ramadhan. Walaupun tidak tersenarai secara rasmi namun Aqila masih terlibat membantu menyediakan pelbagai bahan untuk Badan Kerohanian. Dia lebih gemar begitu.

Kenapa Qila tak tulis nama Qila sendiri?”Ummu Kalsom meneliti satu persatu artikel yang diserahkan padanya. Aqila tersenyum dengan persoalan itu.

“Saja. Nama Hurul’ain tu cantikkan?Mana la tau, Qila boleh jadi salah satu bidadari syurga suatu hari nanti,”Aqila tersenyum. Wajahnya yang masih sembab kerana tangisannya tadi berubah sedikit ceria. Ummu Kalsom turut tersenyum.

Ummu Kalson menanti kedatangan Izham di kafe Fakulti Sains dan Teknologi.

"Ni ada artikel yang orang bagi pada akak. Akak dah baca, bagus jugak kalau publish,"Ummu Kalsom mengunjukkan beberapa kepaing kertas kepada Izham. Izham membelek satu persatu.

"Hurul'ain ni AJK Musolla ke?"Izham bertanya. Setahunya tiada AJK Musolla bernama Hurul'ain. Ummu Kalsom tersenyum.

"Bukan. Student biasa. But, she's ok. Akak suka semua artikel yang dia buat. Jangan lupa publish untuk Risalah Ramadhan nanti. Akak ada kelas, nak cepat ni. Assalamualaikum,"Ummu Kalsom berlalu pergi.

Izham meneliti artikel-artikel yang bertaburan di atas meja. Terlalu banyak. Yang perlu dipilih hanya 30. Sekarang baru ada 10 yang dipilih. Hasyim menepuk bahu Izham.

"Bz sangat ke?Bley tolong?"Hasyim bertanya.

"Bley..Ko tolong baca balik artikel-artikel yang aku dah pilih ni...Ok ke tak...Thanx,"Izham meletakkan artikel yang telah dipilih kepada Hasyim lalu bangun menuju ke pantri. Tekaknya terasa kering.

"Dah habis baca?"tanya Izham selepas kembali ke biliknya.

"Hurul'ain ni siapa?Dalam 10 ni, 6 artikel dia yang tulis,"Hasyim bertanya. Izham mengerutkan dahinya. Macam pernah dengar nama tu. Dia mengambil kertas di tangan Hasyim. Betul!

"Siapa dia ni?"hati Izham berdetik

Suasana malam di rumah Tan Sri Badrul terang benderang. Majlis meraikan gelaran 'Tans Sri' yang baru diterimanya diadakan penuh meriah. Ramai orang-orang ternama yang datang. Aqilah masih di biliknya, memandang kosong pakaian yang dibeli ibunya untuk majlis tersebut. Gaun hitam berlabuci cantik dan sesuai dengan potongan Aqila, tapi Aqila enggan memakainya kerana baju itu tidak berlengan.

"Tak siap lagi?"Puan Sri Jamilah bertanya. Aqila hanya tersenyum.

"Qila pakai baju lain boleh, ma?"Aqila bertanya. Di tangnnya sudah ada sepasang baju kebarung.

"Kenapa? Baju ni tak muat ke? Baju tu dah lama dah,"Puan Sri Jamilah membantah.

"Mama..."Aqilah cuba bersuara namun Puan Sri Jamilah mencelah.

"Pakai je la baju ni, mama ramai tetamu kat bawah tu,"Puan Sri Jamilah meninggalkan Aqila keseorangan. Hampir menitis air mata Aqila. Hatinya sudah letih berpura-pura menjadi dirinya yang palsu pada luaran. Dengan berat hati Aqila menyarungkan gaun hitam pemberian mamanya.

Semua mata menyorot kepada Aqila. Berkerut dahi Tan Sri Badrul dan Puan Sri Jamilah. Aqila masih bergaun hitam namun memakai baju sejuk.

"Qila, mari kejap,"Puan Sri Jamilah memanggil. Aqilah hanya menurut.

"Kenapa Qila pakai sweater ni?Qila tak sihat ke?"Puan Sri Jamilah bertanya. Dia menekap-nekap tangannya di kepala Aqila.

"Err..Qila,"Aqila mati kata-kata.

"Please, Qila. You always do this. Jangan kecewakan mama n papa. Apa salahnya Qila pakai baju ni macam biasa je. You still young my daughter,"Puan Sri JAmilah menggosok-gosok bahu Aqila. Tan Sri Badrul memerhati dari jauh.

"Qila tak selesa mama,"Aqila menyatakan suara hatinya.

"Kenapa pulak?Tengok, ramai girls yang pakai macam Qila. Bukak sweater ni, nampak kolot, macam orang sakit je," Puan Sri Jamilah bangun dan terus melayan rakan-rakannya.

Lama Aqila membisu. Dia termenung menghadap kolam renang yang tenang airnya, tidak seperti hatinya ketika itu.

"Tak makan?"seorang lelaki menegur Aqila. Aqila agak tersentak.

"Izham?"Aqila bertanya.

"Macam mana ada kat sini?"Aqila bertanya.

"My parent, Dato' Shahrul ngan Datin Haizan,"Izham menunjukkan kedua ibu bapanya kepada Aqila. Aqila melihat kepada seorang lelaki berkot hitam dan wanita berbaju kurung hitam dan selendang emas melitupi kepalanya. Untung Izham dapat keluarga yang macam ni.

"Sorry pasal hari tu,"Izham memulakan bicara.

"Owh..Tak pe,"wajah Aqila merona merah mengingatkan peristiwa beberapa bulan yang lalu.

Lama mereka berdua membisu. Angin malam yang menderu sungguh mendamaikan, Aqila menarik baju sejuknya.

"Tak sihat ke?"Izham bertanya. Sejak dari tadi dia memerhatikan Aqila. Tadi dia dapat meilhat Puan Sri Jamilah menekup kepala Aqila.

"Ha?Err...Tak de la...Just sejuk je,"Aqila tersenyum. Tiba-tiba dia terfikir, bagaiman kalau Izham melihat dia memakai gaun ini tanpa baju sejuk. Tentu tanggapan Izham terhadapnya akan lebih teruk.

"Saya ambik minuman panas untuk awak,"Izham bangun namun ditahan oleh Aqila.

"Er... Tak pe la...Segan pulak saya...Sepatutnya saya yang ambik air untuk awak sebab awak tetamu,"Aqila menunduk, entah mengapa dia tidak mampu memandang lelaki itu. Perasaan malu ditegur tempoh hari sebenarnya masih ada.

"Tak pe. It's okey,"Izham terus menuju ke tempat minuman dan kembali dengan dua gelas air.

"Nah, teh o panas,"Izham menghulurkan segelas air pada Aqila. Aqila menerima dengan ucapan terima kasih.

Seketika Izham tertarik dengan perwatakan Aqila. Hatinya berdetik bahawa Aqila masih boleh dibentuk. Tutur katanya penuh dengan kelembutan. Begitu juga tingkah lakunya, namun dari segi penampilan dan cara berpakaian, Izham tidak dapat membayangkan diri Aqila semasa di sekolah agama seperti yang diceritakan oleh sahabatnya, Hasyim.

"Tengok apa?"Aqila bertanya. Malu dia direnung sebegitu.

"Er...Ar...Ehem...Tak de ape...Aaa..Sejuk gak malam ni...Nak hujan kot,"Izham mula hilang butir bicara, tak sedar tingkahnya disedari Aqilah.

Aqila hanya membisu. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Izham. Tentu tentang perkara tempoh hari. Dia yakin Hasyim telah menceritakan perihal dirinya ketika di SMKA dahulu.

"Erm...Awak, saya naik dulu la ye....Rasa tak sedap badan pulak,"Aqila bingkas meninggalkan Izham. Izham hanya berdiam diri. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang ingin diketahui tentang Aqila namun lidahnya kelu.

"Qila, meet Puan Sri Rohaya...My classmate masa mama kat Tunku Khursyiah dulu,"Puan Sri Jamilah menarik lengan Aqila. Aqila tersentak. Sungguh dia bosan dengan situasi begini.

"Hallo...Sweet la your daughter ni Puan Sri...I booked her for my son la,"Puan Sri Rohaya ketawa berseloroh. Urghh...Dia ingat aku ni tiket kapal terbang nak main booked booked?Getus Aqila di dalam hati.

"Ish..Your son kan bakal doktor...Oversea lagi..Mana sesuai nak jadi menantu I...I segan la,"Puan Sri Jamilah membalas namun jauh di sudut hati memang itulah yang sangat diharap-harapkan. Tengku Hazimin, anak kepada Tan Sri Tengku Hazman dan Puan Sri Rohaya telah lama menambat hati Puan Sri Jamilah. Padanya lelaki itu amat sesuai untuk anaknya. Bakal mewarisi kekayaan berbilion ringgit, anak tunggal dan kacak.

"Oooo.Stop it Puan Sri..Tak de bezanya pun..U look pretty in your dress but why this sweater…?"Puan Sri Rohaya pelik melihat pemakaian Aqila pada malam itu. Belum sempat Aqila membuka mulut, Puan Sri Jamilah telah memintas.

"She's got flu...Malam ni pun sejuk semacam je kan,"Puan Sri Jamilah mengusap-usap lembut bahu Aqila.

"Stop pretending la, mama,"getus Aqila di dalam hati.

Aqila meminta diri untuk masuk ke dalam. Dia rimas dengan orang-orang Melayu yang tidak begitu fasih berbahasa Melayu di sekelilingnya. Dia lebih suka berada di dalam bilik mengarang artikel atau cerpen untuk diberikan sebagai risalah di surau kolej.

Aqila masih belum habis menangis. Dilepaskan segala-galanya yang terbuku di dalam hati kepada sahabat baiknya, Ummu Kalsom yang juga merupakan seniornya di kolej.

"Sabar la, Qila. Macam mana pun mereka, mereka tetap ibu bapa Qila. Qila wajib hormat pada mereka,"Ummu Kalsom menepuk bahu Aqila.

"Tapi kalau dah apa yang mereka suruh bertentangan dengan agama, takkan Qila nak turut jugak kak,"Aqila memandang tepat mata Ummu Kalsom. Ummu Kalsom bungkam. Dia tahu betapa susahnya seorang anak untuk menidakkan apa yang ibu bapa mereka suruh.

"Qila, duduk depan mama kejap,"Puan Sri Jamilah memanggil Aqila yang baru sahaja hendak melangkah ke bilik selepas minum air di dapur.

"Semua orang dah balik ke mama?"Aqila bertanya sambil matanya melihat jam yang menunjukkan pukul dua pagi. Puan Sri Jamilah masih berpakaian seperti majlis tadi.

"Concerned pulak? Kalau Qila ambik berat sangat, kenapa Qila masuk macam tu je? Qila ni tak habis-habis nak malukan mama tau,"suara Puan Sri Jamilah sudah mula meninggi. Dia malu dengan semua hadirin yang hadir. Semua bertanyakan tentang Aqila. Sakitkah dia?

"Lagi satu, mama tak suka Qila berkawan dengan anak Dato' Shahrul tu. Ingat mama tak nampak ke bukan main mesra lagi siap tolong ambikkan air lagi untuk Qila. Qila, dengar sini ok. Papa sekarang dah jadi Tan Sri, so sekarang ni macam-macam orang cuba ambik kesempatan pada keluarga kita. Mana tau Dato' Shahrul sengaja suruh anak dia berkawan dengan Qila supaya dia boleh bolot semua harta papa nanti," Puan Sri Jamilah semakin bersangka buruk.

"Mama, please. Mama tau tak berdosa bersangka buruk pada orang ni mama,"Aqila masih bersabar. Entah mengapa dia benar rasakan yang Izham berkawan dengannya ikhlas, tidak didorong atau dihasut oleh sesiapa pun.

"Jangan nak ajar mama tentang dosa dan pahala, Im your mother,"Puan Sri Jamilah menjeling tajam. Hatinya membuak-buak marah. Anaknya yang satu ini tak seperti kakak dan abangnya. Aqila tidak mahu ke oversea, sebaliknya memohon untuk belajar di universiti awam tempatan. Dia ke sekolah agama, menolak untuk ke sekolah-sekolah sains dan kolej-kolej swasta terkemuka.

Aqila bangun untuk menuju ke atas. Dia tidak mahu lama-lama di situ. Dia tidak mahu menderhaka pada ibunya.

"Qila nak ke mana?"Puan Sri Jamilah bersuara sebaik melihat Aqila bangun.

"Qila nak naik bilik. Mama mesti penat, mama pergi la berehat and dont forget, mama mesti belum solat Isyak lagi kan?"kata-kata Aqila menusuk ke dalam jiwa Puan Sri Jamilah, anak ini sudah pandai mengajarnya.

"Ni mesti terkena buatan anak Dato' Shahrul yang kolot ni," Puan Sri Jamilah mengomel sendiri.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

Setahun berlalu dan kini Aqila sudah pun bergelar pelajar tahun akhir, semester akhir. Cuti sebulan dihabiskan di perpustakaan mencari bahan-bahan rujukan untuk melengkapakn tesis dan menyiapkan pembentangan untuk perjalanan projek tahun akhir minggu hadapan.

"Jumpa tak buku yang awak cari tu?"Izham bertanya setelah Aqila meletakkan beberapa buah buku di atas meja.

"Tak, tengok kat OPAC buku tu available tapi bila cari tak de pun,"Aqila mengomel. Dari dulu dia agak tidak berpuas hati dengan pengurursan di perpustakaan. Walaupun sistem yang digunakan canggih namun kadang-kadang ianya seolah-olah indah khabar dari rupa.

"Awak dah check nombor siri betul-betul ke?"Izham bertanya lagi.

"Dah,"Aqila menjawab sambil membelek buku yang telah diambilnya.

Izham menggeleng. Semenjak hampir setahun berkawan rapat dengan Aqila, dia semakin menyenangi gadis itu. Dan sudah hampir setahun dia mula menyayangi gadis itu. Walaupun ungkapan sayang dan cinta tak pernah diungkapkan, namun hatinya sentiasa mengiyakan perasaan itu. Hubungan mereka tak lebih dari seorang kawan, mungkin itu yang bermain di fikiran Aqila namun Izham yakin bahawa dia akan memenangi hati Aqila suatu hari nanti.

"Cuba tengok buku yang tu jap,"Aqila menunjukkan buku berkulit biru di sebelah Izham. Izham tersentak.

"Nah,"Izham menghulurkan buku tersebut kemudian kembali menulis sesuatu di dalam laptopnya.

Aqila sesekali mencuri pandang pada Izham. Dia senang apabila bersama Izham. Izham banyak memahami jiwanya. Mungkin kerana mereka datang dari keluarga yang agak sama status cuma dari segi agama, keluarga Izham jauh lebih baik. Tengok sahaja pada kakak-kakaknya, kedua-duanya menyambung pengajian di Al-Azhar, Mesir. Adik bongsunya kini menuntun di SMAP Labu di Negeri Sembilan. Ternyata ibu bapanya berjaya mendidik mereka menjadi insan berguna.

"Qila, ko dah ambik ke buku ni, patut aku cari tak jumpa,"Hasyim yang baru sahaja tiba setelah beberapa lama mencari buku mengejutkan Aqila. Aqila tersentak.

"Err...Ha'a...ko cari kat rak mana?"Aqila bertanya.

"Rak depan sana,"Hasyim menunjukkan rak yang agak jauh dari mereka.

"Ko ni, buku pasal ikan sume kat rak sebelah kiri la,"Aqila mengomel.

"Hehehe....,"Hasyim tersengih. Malu rasanya sebagai pelajar Akuakultur tetapi tidak tahu kedudukan buku-buku yang berkenaan di perpustakaan.

Awal pagi lagi Aqila sudah bangun dan menyediakan sarapan, segelas milo dan sekeping roti sudah cukup untuk dia mengalas perut. Giliran pembentangannya pagi itu adalah pada pukul 9 pagi. Dia meneliti slide powerpoint yang telah disiapkan untuk kali terakhir untuk memastikan tiada sebarang kesalahan.

'GUD LUCK!'sms ringkas tertera di telefonnya. Dari Izham. Izham adalah pelajar dari Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan, dia belajar dalam program Akuakultur dan dia tidak terlibat dalam pembentangan pada pagi itu kerana pada pagi itu hanya pelajar dari Jabatan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi yang akan membuat pembentangan.

'THANX' Aqila membalas. Dia tak datang ke?....Detik hati Aqila, tiba-tiba dia rasa sedikit kurang bersemangat jika Izham tidak datang. Semalam dia berlatih bersama Izham separuh hari di perpustakaan. Projeknya yang mengkaji tentang bakteria yang terdapat pada beberapa spesis ikan membuatkan Izham turut memahami apa yang akan dibentangkan kerana Izham major dalam bidang ikan.

Di hadapan Dewan Syed Jalaludin Aqila berdoa sepenuh hati, semoga segalanya berjalan lancar dan tiada soalan-soalan yang bisa memerangkap dirinya nanti. Hatinya semakin berdebar-debar. Jam baru menunjukkan pukul 815 pagi dan pembentang pertama akan membentangkan projeknya pada pukul 830 pagi.

"Dah ready?"tiba-tiba seseorang menegur Aqila. Hampir luluh jantung Aqila apabila ditegur dalam keadaan yang gemuruh begitu.

"Izham?"Aqila terkejut.

"Kenapa terkejut pulak?Macam tak kenal je...,"Izham pelik dengan tingkah laku Aqila.

"Tak...Saya ingat awak tak datang,"Aqila tersenyum.

"Datang la...semalam kan awak dah bagitahu pukul berapa awak present, setengah jam awal saya datang tau, jap lagi awak kena belanja saya makan,"Izham tersenyum memandang Aqila.

"Ok,"Aqila kembali memandang ke hadapan apabila pembentang pertama mula mengambil tempat.

Semuanya berjalan lancar. Aqila amat berpuas hati dengan pembentangnnya kali ini. Semua pensyarah nampak teruja dengan kajian yang dilakukannya dan semua soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik.

"Lega awak ea?"Izham memulakan bicara semasa mereka makan di kafe Fakulti Sains dan Teknologi.

"Erm...Lega sangat, lepas ni sibuk ngan tesis pulak,"Aqila menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

"Lepas ni awak nak sambung master ke?"Izham bertanya.

"Insya Allah...,"Aqila menjawab sepatah. Dia belum berbincang lagi dengan keluarganya tentang perkara itu. Selalunya papa dan mama tidak akan membantah. Tengok sahaja Kak Long dan Abang Ngah, mereka semua menamatkan pengajian sehingga ke peringkat master. Selepas tamat, Kak Long berkahwin dengan jejaka pilihannya sendiri manakala Abang Ngah berkahwin dengan rakan sekuliahnya di Unversiti Oxford dahulu.

"Awak?"Aqila kembali bertanya.

"Erm....Sambung juga kot,"Izham menjawab.

"Saya nak sambung kat Univerisiti Malaysia Sabah pulak, kawan saya cakap kat sana peluang untuk kaji tentang kepelbagaian biologi ni banyak,"Aqila meneruskan kata-kata menyebabkan Izham hampir tersedak.

"Jauhnya, kenapa tak sambung kat sini je?"Izham bertanya, hatinya tiba-tiba risau apabila Aqila menyurakan hasrat untuk ke Sabah melanjutkan pelajaran.

"Jauh? Kak Long ngan Abang Ngah saya pergi lagi jauh tau,"Aqila membela diri.

"Ye la tapi kat USM pun ada jugak kan kajian tentang ikan-ikan ngan tumbuhan,"Izham cuba memberi pendapat lain.

"Tak nak, apa salahnya saya nak tengok negeri orang pulak,"Aqila masih dengan pendiriannya. Izham semakin gelisah. Mana mungkin Aqila berada jauh di seberang laut sedangkan dia masih berhasrat menyambung pengajiannya di universiti yang sama dia menuntut kini.

"Awak...Kenapa?"Aqila bertanya setelah Izham mendiamkan diri beberapa lama.

"Jauh la, wak,"Izham tiba-tiba berkata demikian. Aqila tersentak. Pelik.

"Kenapa awak risau sangat dengan jauh ke tak ni?Awak takut awak rindu kat saya ea?"Aqila sengaja mengusik. Mana mungkin Izham akan jatuh hati dengan gadis sepertinya. Pilihn Izham tentu yang bertudung labuh dan menjaga aurat, bukan dia.

"Err...err...Pandai-pandai je la awak ni. Mana ada,"Izham cuba menafikan menyembunyikan perasaan di hati. Kata-katanya membuatkan jauh di sudut hati Aqila kecewa, alangkah bagus kalau benar-benar Izham ingin menghalangya ke Sabah kerana menyukainya. Tak mungkin.

Suasana pagi di Kinabalu Park menyelinap hingga ke tulang. Kabus tebal dan suasana yang menghijau membuatkan Aqila menggigil menahan sejuk. Baju sejuk yang dipakai tidak dapat menampung kesejukan pagi itu.

"Qila, cuba ko cakap something,"Aseema, rakannya yang sama-sama menyertai Ekspedisi Kinabalu menepuk bahunya.

"Kenapa?"Aqila hairan dengan permintaan kawannya itu.

"Haha,"tiba-tiba Aseema ketawa berdekah-dekah. Pelik Aqila dibuatnya.

"Kenapa ko gelak ni?"Aqila semakin tak faham.

"Ko tak nampak ke kabus keluar dari mulut ko. Macam kat oversea pulak,"Aseema menghembus-hembus nafasnya beberapa kali. Aqila turut melakukan perkara yang sama. Kemudian mereka ketawa bersama.

"Ha'a la,"Aqila mengiyakan. Mereka semakin banyak bercakap, seronok melihat kabus yang keluar dari mulut ketika berbicara, seolah-olah di luar negara.

"Ko lupa ke, kita memang over the sea pun,"Aqila sekali lagi ketawa kali ini dituruti oleh rakan-rakan yang lain.

Seketika kemudian penyelaras ekpedisi memanggil mereka berkumpul untuk sedikit regangan sebelum memulakan pendakian menawan puncak Kinabalu setinggi 4095.2 meter.

Pendakian bermula seawal jam 7 pagi dan Aqila serta beberapa kawannya tiba di Laban Rata untuk bermalam pada jam 115 petang. Semua pendaki harus berada di Laban Rata sebelum jam 4 petang kerana mereka memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan pendakian ke puncak gunung pada jam 2 pagi keesokan harinya. Suasana di tengah gunung amat sejuk. Aqila kini sudah menyarungkan empat helai t-shirt termasuk beju sejuk dan 3 helai seluar track suit. Ditambah lagi dengan 2 pasang stokin dan sarung tangan, namun semua itu masih tidak dapat menahan kesejukan yang dialaminya.

"Nah,"Aseema menghulurkan secawan kopi panas kepada Aqila.

"Thanx,"Aqila menyambut mesra.

"Sejuk gile. Ko balik semenanjung bila?"Aseema bertanya. Kopi di tangannya dihirup sedikit-sedikit.

"Erm...Minggu depan kot. Itu pun kalau dah puas berjalan la. Banyak lagi tempat aku nak pergi,"Aqila masih memegang cawan kopi panas tersebut.

"Oo...Balik sana jangan lupa, kirim salam pada keluarga kau. Aku nak tak nak kena stay kat sini la, dah dapat jadi tutor,"Aseema menepuk-nepuk bahu Aqila. Pengajiannya selama dua tahun di UMS telah tamat dan ekspidisi ini diadakan untuk pelajar-pelajar master. Aseema menerima tawaran menjadi tutor di UMS manakala Aqila menolak, entah mengapa dia ingin segera pulang ke semenanjung. Hatinya sangat merindui seseorang.

"Oit, dengar tak aku cakap ni?"Aseema memandang wajah Aqila.

"Ha?Dengar la,"Aqila menjawab.

"Pastu nak kawen jemput tau, ko punya pasal aku gerenti datang, naik kapal laut pun aku sanggup,"serentak mereka berdua tertawa namun tertawa Aqila mati tatkala teringatkan panggilan ibunya minggu lepas.

"Qila bila nak balik?"suara Puan Sri Jamilah kedengaran di hujung talian. Sepanjang dua tahun Aqila belajar di Sabah, sekali pun dia tidak pernah pulang. Dia seronok berada di Sabah. Di sini dia banyak belajar cara hidup dan budaya yang baru. Di sini juga dia bebas bertudung, tiada siapa yang tahu. Di sini juga dia mendapat pengalaman yang begitu berharga iaitu membimbing saudara-saudara baru yang memeluk Islam melalui kelas-kelas Fardhu Ain dan Al-Quran. Aqila seronok, hatinya tenang dan dia sedar dia beruntung dilahirkan dalam keluarga Islam sedangkan ramai rakan-rakannya yang terpaksa memeluk agama Islam secara sembunyi-sembunyi.

"Erm...bulan depan kot mama,"Aqila memainkan jari jemarinya di atas sehelai kertas putih di hadapannya.

"Bulan depan?Kenapa lambat sangat? Balik la cepat sikit,"Puan Sri Jamilah amat berharap agar Aqila pulang cepat. Dia ada sesuatu yang ingin dicakapkan.

"Ala mama, Qila nak jalan-jalan dulu. Mama ada hal penting ke nak suruh Qila balik cepat ni?"Aqila bertanya, dia agak ragu kenapa ibunya ingin benar dia pulang awal ke Semenanjung.

"Someone has waiting for you here,"Puan Sri Jamilah tersenyum sambil memandang kepada Tengku Hazimin dan Puan Sri Rohaya. Aqila tersentak, hampir terlepas telefon di tangannya. Kerja gila apa mama nak buat ni? Hatinya berdetik.

"Erm...Mama, I talk to you later la mama. Qila ada hal kejap. Ok mama, Assalamualaikum,"Qila mematikan telefon dan terus berguling di atas katil.

"Adus..mamaaaaaa,"Aqila menjerit sambil menekup wajahnya dengan bantal.

"Oit, jauhnye mengelamun, dah sampai puncak gunung ke?"Aseema bertanya.

"Hah?Bukan takat puncak gunung, dah turun balik dah pun,"Aqila berseloroh. Kedua-dua mereka ketawa bersama.

"Eh, jom la tido. Esok pukul 2 pagi dah nak kena bangun nak mendaki lagi,"Aseema mula merebahkan dirinya.

"Sejuk sangat la, tak boleh nak tido,"Aqila menyatakan rasa kurang selesanya.

"Ko ni macam-macam, ko tengok aku. Mana-mana je kalau bab tido aku on,"Aseema menarik selimut sehingga menutup seluruh badannya.

Pendakian bermula semula pada jam 2 pagi untuk menuju ke puncak Gunung Kinabalu. Aqila memakan sedikit biskut dan coklat sebagai pembekal tenaga.

"Mak oi...Kerasnya coklat ni, macam letak dalam peti,"Aseema mengomel. Aqila tersenyum melihat karenah rakannya itu.

Pendakian menuju ke puncak semakin mencabar. Hanya berpandukan cahaya dari lampu suluh, 43 orang peserta meredah kepekatan malam. Melimpasi checkpoint Sayat-Sayat, pendaki harus menghadapi satu cabaran iaitu terpaksa berpegang pada tali untuk mendaki lereng gunung 90 darjah, jika tersilap langkah, pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Pada masa ini pertolongan daripada guide yang berpengalaman amat diperlukan.

"Siapa yang rasa tak larat boleh berehat di checkpoint,"terdengar suara guide memberi arahan. Aqila memandang Aseema. Mereka sama-sama mengangguk dan tersenyum.

"BASHA!" Kedua-dua mereka berkata serentak meniru aksi Joo Yoo Rin dalam drama bersiri Korea, My Girl. Mereka harus sampai ke puncak, bukan mudah untuk mengulanginya pada masa-masa akan datang.

Tepat jam 5 pagi, Aqila dan Aseema tiba di puncak gunung. Ada di antara mereka yang telah tiba seawal jam 4 pagi lagi. Beberapa orang lagi masih ketinggalan di belakang. Perasaan menyaksikan matahari terbit dari puncak gunung amat menyeronokkan. Pada masa yang sama pendaki-pendaki tidak melepaskan peluang untuk bergambar di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu. Aqila bersyukur kerana impiannya tercapai.

Selepas turun dari puncak gunung, para peserta dibawa ke kawasan rekreasi Air Panas PORING. Perjalanan ke Air Panas PORING mengambil masa selama satu jam dari Kinabalu Park. Jalan yang berbukit dan bengkang-bengkok amat mengerikan.Sekiranya tersilap kawalan, kenderaan yang dinaiki boleh terjunam ke dalam gaung. Sepanjang perjalanan dapat dilihat panorama menghijau dengan kebun sayur-sayuran dan buah-buahan. Hati Aqila amat tenang dengan panorama itu.

"Jom, kita berendam pulak,"Aseema bingkas bangun namun dia tiba-tiba menjerit.

"Tau tak pe,"Aqila tergelak besar melihat Aseema memegang pinggangya sambil mengaduh. Selepas bangun dari tidur pagi tadi, satu badan terasa sakit-sakit dan lenguh. Semuanya kerana aktiviti pendakian semalam. Kata penyelaras, berendam di kolam air panas nanti dapat menyurutkan sedikit rasa lenguh dan sakit-sakit badan tersebut.

"Ko pegi cop kolam dulu, biar aku gi letak beg dalam chalet,"Qila menuju ke dalam chalet. Chalet yang diperbuat dari kayu itu amat menarik dan bilik yang disediakan cukup selesa.

"Ko dah cop kolam ke?"Aqila bertanya. Aseema hanya tersengih.

"Er...tadi aku dah cop. Aku letak barang-barang mandi ngan towel kita kat kolam tu...Aku gi toilet jap salin baju...Pastu....Errr...Pastu...,"Aseema hanya memandang kolam di bahagian hujung yang ada beberapa orang lelaki.

"Pastu?"Aqila bertanya.

"Aku keluar je toilet, aku tengok mamat-mamat tu dah penuh kat situ. Barang kita kat situ lagi,"Aseema menunjukkan ke arah kolam yang dimaksudkan. Buntang mata Aqila melihat beberapa orang lelaki yang hanya berseluar pendek berada di kolam tersebut. Ini la kelemahan di PORING Hotspring, tempat mandi antara lelaki dan wanita tidak diasingkan.

"Tak pe, aku gi amik barang-barang kita. Kita mandi kat kolam besar tu je,"Aqila menuju ke kolam tersebut.

"Encik, boleh tolong bagi towel ngan plastik tu tak?"Aqila bertanya sopan pada seorang lelaki yang berbaju pagoda putih dan track suit, satu-satunya lelaki yang agak sopan di situ.

"Nah,"lelaki itu menghulurkan barang-barang yang diminta oleh Aqila namun seketika pandangan mereka bertaut. Jantung mereka masing-masing berdegup pantas. Seperti mimpi untuk bertemu di tempat sejauh itu.

"Qila?"

"Izham?"

Masing-masing seolah-olah tidak percaya.

"Macam mana awak boleh ada kat sini?"Aqila bertanya. Hatinya berbunga riang. Lelaki yang sering menemani hatinya saban hari kini di hadapannya.Rindunya pada lelaki itu hanya Tuhan yang tahu.

"Err…Saya…Saya…,"tiba-tiba Izham hilang kata-kata. Senyumannya hilang serta merta. Entah kenapa kegembiraannya tiba-tiba diragut sesuatu. Izham tiba-tiba bangun dan melangkah menuju ke chalet. Aqila benar-benar hairan. Tidak gembirakah Izham bertemunya di situ.

"Iz!"panggilan rakan-rakannya menyedarkan Aqila yang dia tidak seharusnya berada di situ dan terus melangkah menuju ke arah Aseema yang menantinya.

Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu mengambil masa dua jam dari Kundasang. Mereka singgah kedai menjual sayur-sayuran dan bunga-bunga segar. Aqila dan Aseema memilih beberapa sayur untuk dibawa pulang sebagai bekalan. Sayur-sayuran yang dijual murah dan segar.

"Bunga ni berapa?"Aqila bertanya, teringat dia bunga di meja tulisnya yang mungkin sudah layu. Sejak beberapa tahun lalu Aqila akan menggantikan bunga ros merah di mejanya dengan yang segar namun bunga ros pertama yang diletakkan di dalam pasu kristal berwarna biru itu masih disimpannya. Dia sayangkan bunga itu kerana bunga itu dihadiahkan oleh Izham pada hari dia akan ke UMS dua tahun lalu.

"Satu ringgit,"seorang budak perempuan menjwab dalam loghat Sabahan.

"Erm...Bagi satu,"Aqila tersenyum memandang budak yang berkulit putih merah itu. Seketika pandangannya menangkap kelibat seseorang. Izham!

Izham juga sedang merenung ke arahnya namun sebaik sahaja pandangan mereka bertaut, Izham mengalih pandangannya. Aqila semakin hairan. Sejak dua bulan yang lalu Izham sudah tidak lagi membalas mesej-mesejnya. Telefon juga tidak berjawab. Ada sesuatukah yang membuatkan Izham marah padanya. Seingatnya dia tidak pernah membuatkan lelaki itu marah. Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia pergi kepada Izham namun dia segan, kehadiran rakan-rakan Izham yang lain membuatkan dia berasa sedikit janggal.

Tinggal sedikit lagi barang yang harus dikemaskan. Esok penerbangan Aqila ke KLIA adalah pukul 1230 tengah hari. Dia seolah-olah berat hati untuk pulang namun hatinya sering teringatkan kelakuan Izham tempoh hari di Kundasang dan Poring. Sedang Aqila mengemas tiba-tiba telefonnya berbunyi, 1 mesej diterima.

'SAYA DATANG JEMPUT AWAK ESOK'

Mesej dari nombor yang tidak dikenali ditatap lama.Siapa ni? Tiba-tiba Aqila tersenyum sendiri.

"Ni mesti nak kenakan orang ni,"Aqila berbisik sendirian. Dia fikir tentu Izham sengaja tidak memberitahunya yang dia telah menukar nombor dan sengaja ingin membuat kejutan. Sebab itulah dia sengaja tidak menegur Aqila tempoh hari, mungkin dia malu di hadapan kawan-kawannya.

"Naughty,"Aqila mengomel sendiri.

Izham membelek-belek cenderahati yang dibeli di Sabah. Untuk abah, umi, Kak Intan, Kak Chah dan Farhan semua sudah diberikan namun cenderahati yang satu ini haruskah dia berikan pada tuan empunya diri? Rantai mutiara hitam itu ditenung lama. Dia seharusnya melupakan Aqila tapi dia tidak mampu. Sekian lama dia menanti takkan semudah itu dia hendak melepaskan Aqila ke tangan orang lain. Namun hatinya berbelah bahagi setiap kali teringatkan perbualan Dato' Shahrul dan Datin Haizan tempoh hari.

"Anak Tan Sri Hazman dengan Tan Sri Badrul tu dengar kata nak kenduri tak lama lagi," Dato' Shahrul bersuara ketika di meja makan. Izham sedikit tersentak. Dia tahu, dalam keluarga Tan Sri Badrul, hanya Aqila seorang yang masih belum berkahwin.

"Ye ke?Bukan ke Aqila tu belum balik lagi,"Datin Haizan pula membuka mulut.

"Budak tu dah habis dah. Sama dengan anak kita ni, kan Izham,"Dato' Shahrul bertanya. Izham tersedak sambil menepuk-nepuk dadanya. Datin Haizan menggosok-gosok belakang Izham.

"Awak ni bang, jangan la disergah budak ni tiba-tiba, tersedak dia,"Datin Haizan menghulurkan segelas air kepada Izham.

"Mana ada saya sergah, saya tanya je,"Dato' Shahrul terus menyuap nasi ke mulutnya. Izham membisu. Pertanyaan Dato' Shahrul dibiar tidak berjawab. Aqila telah dilamar? Haruskah dia melepaskan Aqila.

Penerbangan dari Kota Kinabalu telah pun tiba di KLIA tepat jam 315 petang. Aqila masih menunggu di ruangan mengambil bagasi. Masalah teknikal yang berlaku menyebabkan ramai penumpang yang masih menunggu. Aqila cuba menghubungi Tan Sri Badrul namun telefon bimbitnya dimatikan, dihubungi pula Puan Sri Jamilah.

"Mama tengah mesyuarat kelab ni,"Puan Sri Jamilah mematikan talian. Takkan nak kacau Kak Long ngan Abang Ngah pula. Tiba-tiba Aqila teringatkan mesej tempoh hari dan terus terseyum. Mesti Izham tengah menunggunya.

Aqila menolak troli menuju ke pintu keluar sehingga tiba-tiba dia ditegur seseorang.

"Hai, Qila,"seorang lelaki berbaju kemeja biru menegurnya. Aqila terkejut bukan kepalang. Dia tidak berapa cam lelaki yang berada di hadapannya tetapi mereka seperti pernah berjumpa.

"Got my message?Tengku Hazimin,"lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan tangan kepada Aqila. Jantung Aqila bagai berhenti berdegup. Lelaki inikah yang menghantar mesej kepadanya tempoh hari? Bukan lelaki ini yang dinanti tapi Izham.

"Excuse me,"Tengku Hazimin memandang Aqila dengan pandangan yang pelik.

"Er...yes..My mom sent u here?'Aqila bertanya.

"No…I yang offer nak ambik U. Jom!"lelaki tersebut telah pun menolak troli Aqila menuju ke kereta.

"This for you,"Tengku Hazimin menghulurkan sejambak bunga kepada Aqila.

"Thanx,"Aqila tersenyum dalam keadaan terpaksa.

"Welcome home,"Tengku Hazimin membukakan pintu untuk Aqila. Tiada pilihan, Aqila memboloskan dirinya ke dalam HONDA CRV milik Tengku Hazimin.

"Qila!"Puan Sri Jamilah terkejut dengan penampilan Aqila. Sejak bila anaknya itu bertudung dia tidak tahu. Patut la dua tahun tidak mahu pulang ke Semenanjung.

"Mama,"Aqila menghulurkan tangan bersalam dengan Puan Sri Jamilah.

"Sejak bila pakai macam ni? Malukan mama je,"Puan Sri Jamilah membebel.

"She look sweet aunty,"Tengku Hazimin membela. Aqila membisu. Dia tak perlukan pembelaan dari lelaki itu. Hatinya meronta.

"Masuk la dulu, Azim,"Puan Sri Jamilah memaniskan muka, maklum la, bakal menantu.

"Its okay, aunty. I got to go. Have something need to be settle at hospital,"Tengku Hazimin meminta diri sambil tersenyum menampakkan lesung pipit yang bisa mencuri hati gadis yang memandangnya, tetapi bukan Aqila.

"Sibuknya dia,"Puan Sri Jamilah menghantar Tengku Hazimin dengan senyuman.

"Dah tak pandai cakap Melayu sangat ke?"tiba-tiba Aqila mengomel.

"Apa Qila cakap ni?Macam tu la up to date, Qila ni balik-balik je dah buat mama rasa sesak napas. Tak habis-habis buat mama sakit hati,"Puan Sri Jamilah menuju ke atas rumah. Kakinya dihentak-hentak kuat semasa menaiki tangga. Tan Sri Badrul yang baru turun menggeleng kepala.

"Kenapa dengan mama tu?"Tan Sri Badrul bertanya. Dia sejuk hati melihat anak perempuannya yang seorang ini. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya seorang anaknya menjadi.

"Entah la papa, tapi papa tak marah kan?"Aqila bersalam dengan Tan Sri Badrul. Tan Sri Badrul tersenyum.

"Tak. Comel apa anak papa macam ni,"Tan Sri Badrul memeluk Aqila erat. Aqila tersenyum lebar. Hatinya mengucap syukur memiliki papa yang memahami sebaik Tan Sri Badrul.

Intan mengemas ruang tamu yang agak berselerak dengan tin minuman dan kulit kacang. Awal pagi tadi ada perlawanan secara langsung bolasepak antara Liverpool dan Manchester United. Tentu abah, Izham dan Farhan punya kerja semua ni.

"Sobbahul khair, Kak Intan,"Izham yang baru bangun dan masih berbaju tidur menegur Intan dari tangga.

"Ye la....Sobah la sangat. Subuh pagi tadi bangun tak?"Intan sudah mula hendak membebel. Geram hatinya dengan telatah 3 lelaki di dalam rumahnya. Baik abah, Izham mahupun Farhan, semuanya sama je.

"Aik, garang nampak...Tak baik tau anak dara marah-marah pagi-pagi ni, nanti jadi anak dara tua,"Izham mengusik. Intan mencebik. Umurnya mencecah 29 tahun ini. Bukan dia tidak mahu mendirikan rumahtangga tetapi baginya jodoh belum sampai. Walaupun sudah ramai lelaki yang diperkenalkan oleh Datin Haizan dan sudara mara yang lain, hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumahtangga walaupun Aishah, adiknya sudah tiga tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.

"Hei, pagi-pagi dah nak menghina orang ya,"Intan mengejar Izham dengan bulu ayam di tangan. Terkocoh-kocoh Izham lari menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

"Hoi, sakit la. Apa main langgar-langgar ni. Pagi-pagi dah memekak," Farhan yang baru keluar dari bilik menjerkah. Izham mengundur memberi laluan kepada Farhan.

"Apsal tu? Ni mesti kes MU kalah malam tadi ni,"Intan meneka. Arif benar dia dengan karenah adik bongsunya yang seorang ini. Kalau kelab bola gergasi itu memenangi perlawanan, awal pagi lagi dia dah bangun menyaksikan siaran ulangan di saluran ESPN, tapi berbeza dengan pagi ini.

"Tau tak pe,"Izham ketawa kecil. Dia juga arif dengan sikap adik lelakinya itu, tapi dia tahu, marahnya tak lama.

"Izham, call!!!!"laung Farhan dari tingkat bawah.

Izham lekas menuruni anak tangga.

"Thanx,"Izham tersenyum lebar. Farhan masih bermasam muka.

"Khairul Izham bin Shahrul?"satu suara kedengaran. Izham mengiyakan. Beberapa minit kemudian terdengar suara Izham bersorak gembira.

Sudah genap 3 bulan Aqila berada di Semenanjung. Minggu depan dia akan ke Terengganu, melaporkan diri di Universiti Malaysia Terengganu. Aqila kembali menabur bakti di universiti pertama dia menjejakkan kaki dahulu sebagai seorang pensyarah dalam bidang Limnology.

"U macam tak ikhlas je nak keluar dengan I ni,"Tengku Hazimin memecahkan kebisuan di dalam kereta. Aqila membisu sejak dari mula dia menaiki kenderaan itu. Kalau bukan kerana mama, dia takkan keluar hari itu. Dia lebih suka duduk di rumah daripada keluar dengan lelaki yang tidak disukainya itu.

"U tak sihat ke?"Tengku Hazimin bertanya lagi. Resah hatinya memikirkan kelakuan Aqila. Aqila tidak pernah memberi ruang padanya untuk menyatakan rasa sayang dan cintanya pada Aqila. Sebelum dia ke luar negara 5 tahun yang lalu dia ada memberitahu pada ibunya yang dia tertarik dengan Aqila, dua tahun dia sanggup tunggu untuk Aqila menamatkan pelajaran di UMS tetapi kini Aqila seolah-olah tidak langsung menerima kehadirannya. Sudah berpunyakah Aqila?

"Nak pergi mana ni?"Aqila bertanya. Soalan-soalan Tengku Hazimin tidak dijawab. Dia rimas.

"U ni selalu macam ni. U selalu jawab soalan I dengan soalan juga. Honestly, I desak U ke untuk terima I?"Tengku Hazimin mula bersuara. Dia tidak sanggup lagi menanggung keperitan di dalam hati.

Aqila masih membisu. Haruskah dia mengatakan 'tidak' tanpa berselindung?

"Say something, Qila,"Tengku Hazimin terus bersuara sambil matanya fokus terhadap jalanraya.

"I....I just tak de perasaan pada U. Tu je,"Aqila menyatakan isi hatinya. Dia tidak harus berselindung. Hatinya hanya milik Izham dari dulu, kini dan selama-lamanya.

"Sikit pun tak ada?"Tengku Hazimin masih mencari kepastian. Sesekali memandang kepada Aqila.

"Sorry....Tak de,"Aqila menjawab tenang.

"U love someone else?"Tengku Hazimin bertanya lagi.

"Itu bukan urusan U. I nak balik. Hantar I balik,"Aqila membuang pandangannya keluar. Siapa Tengku Hazimin untuk mengetahui hal-hal peribadi tentang dirinya?

"Tapi I ikhlas cintakan U. Bukan sebab family U, dari dulu I memang dah tertarik pada U. Boleh tak U terima I?"Tengku Hazimin masih berharap.

"I pun ikhlas yang I tak ada perasaan langsung pada U. Please, I nak balik,"Aqila merayu. Tengku Hazimin menurut.

"Qila, whatever it is, I'm still waiting for you,"Tengku Hazimin bersuara sebelum meninggalkan perkarangan rumah Aqila. Aqila bungkam. Ya Allah! Bantulah aku.

Aqila menuju ke bangunan ANNEX, bangunan di mana terletaknya bilik-bilik pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Univerisiti Malaysia Terengganu. Penampilannya hari itu agak ringkas. Blaus kuning air dipadankan dengan seluar hitam dan tudung kuning bermanik di hujung. Walaupun memiliki kulit yang hitam manis, Aqila pandai memadankan make-up dan dengan warna pakaian yang dipakainya. Penampilannya sentiasa mendapat perhatian. Aqila perlu mengemas biliknya sebelum memulakan kelasnya yang pertama esok hari. Sedang sibuk mengemas, pintu bilik Aqila diketuk oleh seseorang.

"Maaf, cik. Boleh saya pinjam kunci bilik kejap tak?Pintu bilik saya jam,"seorang lelaki bersuara. Wajahnya terlindung dek timbunan kertas yang dibawanya. Terlalu banyak. Aqila bingkas bangun untuk membantu.

"Ada. Letak la dulu kertas-kertas tu kat sini,"Aqila mengambil separuh daripada kertas-kertas yang dibawa lelaki itu. Aqila tersentak apabila semua kertas itu bertaburan di lantai secara tiba-tiba. Dia memandang wajah pemuda di hadapannya.

"Qila. What a small world,"Izham tergamam melihat Aqila. Sebulan dia di situ sungguh dia tak sangka dia akan bertemu Aqila semula. Izham mula mengangkat kaki ingin berlalu. Kali ini Aqila lebih pantas menghalang.

"Izham, wait. Cukup la awak larikan diri dari saya hampir setahun ni. Saya dah tak sanggup dah dengan kebisuan awak ni. Apa salah saya pada awak?"Aqila menatap mata Izham mengharapkan jawapan.

"Bukan salah awak, tapi salah saya. Salah saya yang bercita-cita memiliki awak,"Izham bersuara. Hatinya perit melihat Aqila di hadapannya. Dia tak mahu lagi bertemu dengan wanita yang menghuni hatinya dari dulu hingga kini.

"Apa maksud awak?"Aqila bersuara. Dia mahu segala-galanya selesai hari ini.

"Keadaan dah banyak berubah Qila,"Izham bersuara. Aqila tidak mengerti. Izham meninggalkan teka-teki di fikirannya.

"Kita tak layak bersama,"Izham bersuara sebelum meninggalkan Aqila terkulat-kulat seorang diri.

Suasana pagi di rumah Dato' Shahrul tidak sperti biasa. Rumahnya didatangi ramai orang. Majlis akad nikah yang akan berlangsung tengah hari nanti akan diadakan di ruang tamu banglo dua tingkat itu. Datin Haizan lah orang yang paling sibuk melayan tetamu di dapur yang membantu berkenduri bersama-sama. Cadangan Dato' Shahrul untuk menempah katering ditolak mentah-mentah oleh Datin Haizan. Katanya tidak meriah jika majlis dijalankan tanpa gotong-royong. Dia sudah merasakannya pada majlis perkahwinan anan keduanya, Aisyah. Majlis kali ini dirasakan lebih meriah dengan kedatangan saudara-mara dari Perak dan Johor.

"Izham mana? Takkan ke bilik air lama sangat,"Dato' Shahrul bertanya. Majlis akad nikah akan bermula bila-bila masa. Pengantin perempuan dan tok kadi telah bersedia lama. Izham tiba dari atas dengan wajah yang masih basah dengan air sembahyang. Wajahnya tampak berseri hari itu dengan baju melayu satin berwarna biru air.

"Ha...Cepat sikit,"Dato' Shahrul memanggil Izham duduk. Semua mata tertumpu pada Izham. Tok kadi memberikan isyarat tanda akad nikah akan dilangsungkan.

"Aku nikahkan dikau, Mohamad Salman bin Harun dengan Khairul Intan binti Shahrul dengan mas kahwinnya....,"Tok Kadi lancar membacakan akad. Dengan sekali lafaz Nurul Intan sah menjadi milik Salman. Izham antara insan yang paling gembira. Sekian lama dia memohon pada Allah semoga Kak Intan bertemu jodoh dan hari ini doanya termakbul. Salman adalah rakan seperniagaan bapanya. Menurut Datin Haizan, sudah lama Salman ingin menikahi Intan tetapi Intan menolak. Tetapi setelah beberapa lama, Intan tiba-tiba setuju.

"Apsal akak nangis ni?"Izham memeluk erat kakak sulungnya. Kakak yang selama ini banyak membantunya, menjaga makan pakainya dan kakak yang paling akrab dengannya berbanding Kak Chah. Intan memeluk erat Izham tanpa sebarang kata. Hanya sedu yang kedengaran.

"Tahniah, kak,"Aqila yang turut hadir bersalam dan memeluk Intan erat.

"Qila dengan Izham bila lagi?"pertanyaan itu meluncur laju dari mulut Intan. Dari dulu dia berkenan pada Aqila. Dia tahu Izham menyimpan perasaan pada Izham. Izham sudah menghilang ke khemah melayan tetamu. Aqila hanya tersenyum. Bukan dia tak mahu dan takkan dia nak jadi perigi yang mencari timba. Kalau orang dah tak sudi, nak buat macam mana?

Dari jauh kelihatan Izham bergelak-ketawa dengan rakan-rakannya. Tan Sri Badrul menghampiri Izham. Menarik Izham untuk berbicara berdua.

"Lama Izham tak datang rumah pak cik. Kenduri cukur jambul anak Kak Long pun Izham tak datang,"Tan Sri Badrul memulakan bicara. Bukan dia tidak mahu datang, tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan Aqila lagi. Hatinya serba-salah dengan Aqila. Dia ingin memiliki Aqila tetapi dia terpaksa lepaskan Aqila kerana Aqila bakal menjadi milik orang.

"Pak Cik sihat?"Izham bertanya. Senyumnya masih terukir di bibir. Wajahnya yang putih bersih tampak berseri dengan barisan gigi yang tersusun elok.

"Alahamdulillah. Izham ada masalah dengan Aqila ke?"Tan Sri Badrul cuba mengorek rahsia. Dia perasan Aqila semakin banyak berkurung di dalam bilik apabila pulang ke rumah. Jika Tengku Hazimin datang, dia akan membisu seribu bahasa di dalam bilik. Puas Puan Sri Jamilah memanggil namun Aqila masih berkeras hati.

"Masalah kecil je pak cik,"Izham menipu. Takkan dia mahu bercerita dengan Tan Sri Badrul tentang hubungan mereka.

"Masalah cinta?"Izham terdiam. Mukanya yang putih bertukar merah sehingga ke telinga apabila ditanya soalan sebegitu.

"Qila tu manja dengan pak cik. Semua masalah dia cerita pada pak cik. Tapi kali ni pak cik tak dapat tolong. Pak cik nak tanya satu je pada Izham,"Tan Sri Badrul berdiam diri agak lama. Izham masih membisu menanti soalan yang bakal diajukan.

"Izham sayang tak pada Aqila?"Tan Sri Badrul bertanya. Izham terkejut dan berpaling memandang Tan Sri Badrul selepas mendengar soalan itu. Wajah Tan Sri Badrul tenang.

"Sayang pun tak guna pak cik...,"Izham terhenti apabila Tan Sri Badrul memintas.

"Maknanya Izham dah putus asa la,"Tan Sri Badrul sengaja mencabar anak muda itu.

"Kalau Izham betul-betul sayangkan Aqila, Izham kena berusaha sikit. Pak Cik yakin, Aqila masih tunggu Izham. Kalau tak, masakan dia menolak Tengku Hazimin."

Ayat yang keluar dari mulut Tan Sri Badrul seolah-olah memberi harapan pada Izham.

"Pak cik boleh tolong sampai sini je. Yang lain Izham usaha la,"Tan Sri Badrul menepu-nepuk bahu Izham sebelum berlalu. Seketika mata Izham bertaut dengan Aqila yang memerhati dari jauh.

Sudah hampir setahun Aqila dan Izham mengajar di UMT. Mereka dekat tapi jauh. Sekali pun Izham dan Aqila tidak pernah bertegur sapa. Hanya dalam hal-hal berkaitan kerja dan pelajar sahaja yang akan membuatkan mereka membuka mulut. Izham masih berkira-kira mahu meluahkan isi hatinya pada Aqila. Benarkah apa yang Tan Sri Badrul katakan? Aqila menolak Tengku Hazimin tanpa memberi peluang pada lelaki itu.

"Hello!"Izham menjawab panggilan.

"Abang Iz, sibuk ke?"kedengaran suara Farhan di hujung talian.

"Sibuk la jugak. Tengah key in markah final exam student. Kenapa?"Izham bertanya. Suara Farhan terdengar cemas.

"Erm..Kak Intan...,"Farhan terdiam sejenak.

"Kenapa ni?"Izham semakin resah.

"Kak Intan cuba bunuh diri." Izham terbangun dari duduknya. Wajah Kak Intan bermain-main di fikirannya. Briefcase di atas meja dicapai. Kereta HONDA Civic V-tech dipandu laju.

Aishah menanti di sisi Intan. Wajah pucat kakak sulungnya itu direnung lama. Pergelangan tangannya yang berbalut masih kelihatan sedikit kesan darah. Nekad betul Intan membunuh diri. Aishah sendiri tidak tahu punca Intan bertindak sedemikian. Sedikit pun Intan tidak pernah bercerita masalahnya selepas hampir setahun dia berkahwin.

"Kak Intan,"Izham berbisik di telinga Intan. Seketika mata Intan berkedip. Terlihat susuk tubuh lelaki di sebelahnya, Intan lantas memeluk adiknya itu. Tersedu-sedan dia menghamburkan tangisan. Izham adalah adik yang paling disayanginya, walaupun Aishah merupakan adik perempuannya, tetapi banyak masalah dan rahsia yang dikongsi bersama Izham berbanding Aishah dan Farhan. Namun, rahsia rumahtangganya kali ini dirahsiakan sepenuhnya. Dia sudah penat memendam rasa. Salman bukanlah lelaki yang baik. Dia menikahi Intan kerana harta dan nafsu. Bukan kerana kasih dan sayang.

"Kahwinlah Izham,"Intan berbisik. Izham berkerut mendengar kata-kata Intan. Dia benar-benar tidak memahami maksud kata-kata Intan.

"Apa Kak Intan cakap ni?"Izham membaringkan Intan kembali ke atas katil. Tubuhnya masih lemah.

"Kak Intan mengucap banyak-banyak...Kenapa Kak Intan buat macam ni? Kak Intan tau kan hukum membunuh diri, murtad kak,"Izham merenung mata Intan dalam-dalam. Mencari punca dan cuba menyelami hati wanita itu. Aishah sudah mula menitiskan air mata. Sayu dia melihat keadaan Intan yang dahulunya seorang wanita yang cekal dan tabah. Mustahil baginya Intan boleh bertindak sebegitu. Intan lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang syariah. Ilmu agamanya cukup luas. Namun Aishah faham, manusia mudah hilang pertimbangan sesekali berdepan musibah.

"Dia tak jujur Iz. Dia curang, dia pukul akak. Akak dah tak tahan lagi. Cukuplah akak rasa pahitnya dan peritnya perkahwinan, semua ni untuk Izham,"Intan besuara lemah. Izham semaki tidak mengerti. Apa kena mengena perkahwinan Intan dengan dirinya? Aishah dan Farhan turut mengerutkan dahi.

"Iz tak faham kak. Apa kena mengena dengan Iz?"Izham masih tertanya-tanya.

"Akak terima Salman tanpa sebarang alasan. Bukan cinta, bukan kerana akak teringin berumahtangga tapi sebab Iz. Iz pernah cakap pada akak, selagi akak tak kahwin, Iz takkan kahwin....Sebab Iz anak lelaki sulung...Iz banyak tanggungjawab...Iz ingat tak?"Intan memutar kenangan beberapa tahun lalu. Di saat Izham kecewa terpaksa menidakkan perasaan pada Aqila.

"Akak....Tapi bukan maksud Iz untuk akak terima sesiapa aje dalam hidup akak. Iz cakap sebab masa tu Iz patah hati kak. Akak tak patut musnahkan hidup akak macam ni,"mata Izham mula bergenang denga air jernih. Terlalu besar pengorbanan Intan untuk dirinya. Memilih seorang lelaki yang tidak pernah dikenali jauh sekali dicintai adalah suatu perkara yang amat memeritkan.

"Tapi Qila dah terlalu lama menunggu. Iz tak boleh buat dia macam tu. Akak merayu pada Iz. Jangan kecewakan dia Iz,"Intan merayu. Tubuhnya semakin lemah. Dia letih melayan perasaan dan memendam rasa selama ini.

"Akak...Kalau ada jodoh Iz, tak ke mana akak. Akak kena fikir diri akak dulu. Iz tak apa. Nanti Iz tolong akak untuk mohon cerai dari Abang Man,"Izham berjanji. Hatinya sakit. Matanya terbayang wajah Salman. Lelaki sepuluh tahun lebih tua dari kakaknya itu memang tidak ubah seperti binatang. Hatinya sakit.

"Tak payah. Aku datang ni pun sebab nak ceraikan dia."Izham berpaling. Salman kini sudah berada di hadapannya. Izham bingkas bangun namun ditahan oleh Farhan dan Aishah.

"Ko memang binatang,"Izham meronta-ronta minta dilepaskan. Ingin dia membelasah lelaki di hadapannya itu sehingga lembik.

"Apsal ko nak salahkan aku. Ko tanya kakak ko tu, macam mana dia layan suami? Macam ni ke peguam syariah?Macam tak tau hukum berumahtangga,"Salman memandang dengan wajah mengejek.

"Buat apa dia nak layan nafsu binatang macam kau ni?"Izham sudah semakin hilang kawalan. Pegangan Farhan dan Aishah terlepas. Izham segera mencekik leher Salman. Lelaki itu rebah. Wajahnya semakin membiru.

"Izham. Jangan jadi pembunuh,"suara Intan kedengaran. Suasana di wad semakin tegang. Mujur Intan berada di wad VIP. Tiada sesiapa di situ yang memerhati. Dato' Shahrul dan Datin Haizan tiada, mereka berada di Mekah menunaikan umrah. Jika tidak, tentu mereka kecewa melihat kejadian hari ini.

"Memang dia patut mati,"Izham menjerit.

PANG! Satu tamparan mengenai muka Izham. Intan kini sudah berada di hadapannya.

"Sudah la, Iz. Sudah,"Intan memeluk erat adiknya. Keadaan Izham sudah semakin reda. Salman bangun sambil mengesat mulutnya yang berdarah ditumbuk Izham.

"Huh...Ko dengar sini perempuan. Aku ceraikan kau, dengan talak 3,"Salman melangkah keluar dengan perasaan angkuh. Aishah mengucap panjang. Farhan sudah tidak mampu berkata-kata. Izham diburu rasa bersalah yang menebal.

Puan Sri Jamilah menarik wajah masam sepanjang hari. Tan Sri Badrul mengucap syukur, Aqila akhirnya selamat diijabkabul. Bertemakan warna ungu dan putih, kedua-dua mempelai bersanding di pelamin yang dihias indah. Intan insan yang paling gembira, Aishah dan Farhan juga turut gembira di atas perkahwinan Izham. Kak Long dan Abang Ngah kepada Aqila tidak putus-putus senyum menyambut kedatangan tetamu.

"Kenapa awak masam je ni? Kan ramai orang datang tu,"Tan Sri Badrul menegur Puan Sri Jamilah semasa di khemah pengantin.

"Benci la saya. Awak la sayang sangat kat menantu awak tu. Tak setaraf la bang,"Puan Sri Jamilah memerhatikan Izham dan Aqila dari jauh. Hatinya panas. Dia sakit hati apabila Izham yang dipilih oleh Aqila, bukan Tengku Hazimin. Lebih menyakitkan hati apabila Tan Sri Badrul menerima lamaran Izham tanpa bertanya padanya terlebih dahulu.

"Awak ni...Yang nak kahwin tu Aqila, bukan awak. Dah jodoh, terima je la,"Tan Sri Badrul cuba memujuk.

"Awak cakap senang la, saya ni malu dengan Puan Sri Rohaya tu. Beria-ia la kita berjanji, alih-alih tak jadi,"Puan Sri Jamilah membebel.

"Hurm...Yang awak pandai-pandai berjanji tu sape suruh? Dah la, malas saya nak melayan awak ni," Tan Sri Badrul bangun dan memberi ruang kepada pasangan pengantin berarak ke meja untuk makan beradab. Puan Sri Jamilah pula melangkahh masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan tetamu yang hadir. Izham memandang pemergian ibu mertuanya ke dalam rumah. Dia tahu ibu mertuanya itu tidak menerima dia sebagai menantu. Tapi hatinya yakin, ALLAH telah memberikannya petunjuk, Aqila adalah jodohnya, apa pun rintangan yang berlaku selepas ini, Izham akan hadapi dengan penuh ketabahan.

Hujan lebat membasahi bumi Terengganu. Desiran ombak di pantai kedengaran sungguh jelas sehingga kadang kala fikiran melayang teringatkan peristiwa tsunami beberapa tahun lepas. Nauzubillah! Mintak-mintak tiada lagi bencana buruk yang melanda Malaysia. Musibah banjir kini pun sudah cukup memeritkan, inikan pula bencana-bencana yang lebih besar seperti yang melanda di negara jiran.

"Qila dah solat Subuh ke?"Izham menyidai kembali sejadah ke tempat asal. Songkok yang dipakai dibuka membiarkan rambutnya yang masih basah terjuntai ke hadapan.

"Qila tak boleh solat la bang,"Aqila bangun dan duduk di atas katil. Selimut tebal masih membaluti tubuhnya. Kesejukan pagi itu mencengkam hingga ke tulang. Untuk beberapa ketika Izham dan Aqila membisu. Hanya desiran ombak dan tiupan angin yang kedengaran. Entah mengapa Izham masih kekok untuk melayani Aqila, bukankah Aqila gadis yang amat dicintainya? Izham duduk di hujung birai katil dan masih berbaju melayu hijau dan kain pelikat.

"Erm....Abang nak keluar ke mana-mana ke pagi ni?"Aqila merobohkan tembok kesunyian yang memisahkan mereka. Dia bingung, sejak dua minggu menjadi isteri kepada Khairul Izham, tidak sekali pun Izham menyatakan rasa sayang dan cinta padanya. Kadangkala dia pelik. Ikhlaskah Izham memperisterikannya atau dia menerima Aqila hanya kerana Tan Sri Badrul.

"Tak,"Izham menjawab sepatah. Sedikit pun dia tidak bergerak dari posisi asalnya.

"Abang nak makan apa pagi ni?"Aqila terus bertanya.

"Apa-apa je la. Kalau Qila rasa keberatan, abang beli kat luar je," Izham bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Rancangan Malaysia Hari Ini menjadi pembuka minda Izham setiap pagi sebelum pergi ke kampus. Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat, Izham tidak bercadang untuk keluar tambahan lagi dengan cuaca yang tidak menentu dengan hujan dan ribut petir. Skrin televisyen ditatap kosong. Celoteh Ally Iskandar dan Raja Endon Mastura benar-benar tidak memberi kesan kepada Izham. Fikirannya melayang jauh memikirkan tindakannya mengahwini Aqila. Dia sendiri ragu-ragu dengan keputusannya. Kalau dulu dia amat menyayangi Aqila, tetapi kini dia tidak tahu mengapa perasaan pada Aqila seolah-olah pudar. Izham merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Fikirannya melayang memikirkan peristiwa beberapa bulan yang lalu.

Intan menghulurkan secawan kopi kepada Izham. Dato' Shahrul dan Datin Haizan ke Melaka menghadiri kenduri kahwin sahabat mereka. Izham merenung kolam ikan di hadapannya lama. Terdetik di hatinya untuk jadi seperti ikan-ikan tersebut. Berenang ke sana ke mari tanpa masalah. Tanapa perasaan. Tanpa tekanan.

"Izham dah jumpa keluarga Qila?"Intan membuka bicara. Usai seminggu keluar dari hospital, kesihatannya semakin pulih. Emosinya juga semakin tenang. Izham sentiasa berada di sisinya memberi semangat dan dorongan.

"Erm...Dah, semalam,"Izham menghirup kopi yang masih panas perlahan-lahan.

"Apa kata keluarga dia? Diorang setuju ke?"Intan bertanya. Dia amat berharap Aqila dan Izham dapat disatukan. Bagi Intan, mereka telah terlalu lama membuang masa menafikan perasaan masing-masing.

"Izham dah agak kak, keluarga dia takkan terima Iz. Siapa la Iz ni kak, pensyarah biasa je. Belajar pun dalam negeri je, mana setanding dengan menantu pilihan diorang,"Izham meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Pertemuan dengan keluarga Aqila semalam amat memedihkan hatinya. Puan Sri Jamilah menolaknya mentah-mentah seolah-olah dia hanyalah seekor kucing jalanan yang datang ke rumah itu untuk memohon perlindungan. Jika tak suka, dia boleh dihalau keluar sesuka hati.

"Er...Akak rasa Puan Sri je yang bermasalah kan? Tan Sri ok kan?"Intan cuba meneka. Dia juga kenal keluarga Aqila. Malah siapa yang tidak kenal sikap sombong dan tinggi diri Puan Sri Jamilah. Mujur dia berkahwin dengan Tan Sri Badrul yang rendah diri. Betul la kata orang, manusia ni saling melengkapi.

"Memang la. Tapi takkan la Iz nak kahwin juga. Buat sakit hati je,"Izham membentak. Hatinya pedih.

"Iz, kalau Iz boleh terima Qila, Iz mesti boleh terima keluarga dia sekali. Iz kuatkan semangat k...Akak yakin satu hari nanti Puan Sri akan bagi green light jugak kat adik akak ni. Ala, calon menantu dia tu bukannya apa sangat, setakat ijazah kedoktoran je...Adik akak ni ada master tau,"Intan mengusap-usap kepala Izham beberapa kali , cuba untuk memujuk hati Izham.

"Iz putus asa la kak. Kalau Iz kahwin dengan orang lain boleh?"Izham berseloroh, sengaja ingin melihat reaksi Intan. Nyata Intan terkejut dengan kata-katanya.

"Iz....Macam ni la...Iz tenangkan hati Iz dulu...Lapangkan fikiran,lapangkan dada...Iz buat solat Istikharah. Insya Allah, ALLAH bagi petunjuk pada Iz nanti,"Intan masih memujuk.

"Okey la akak ku sayang. Iz nak masuk dulu, nak mandi. Akak jangan termenung sensorang plak kat luar ni, nanti tak pasal-pasal kena ngorat ngan anak orang sebelah tu,"Izham mengusik. Dia tahu anak Pengetua Hussin di sebelah rumahnya ada hati pada Intan, cuma Intan yang jual mahal sejak dari sekolah menegah lagi. Dengar cerita, 2 tahun anak pengetua Hussin merantau ke luar negara sebab kecewa apabila Intan berkahwin dengan Salman.

"Hei...Mengusik je dia ni,"Intan berlari masuk mengejar Izham.

"Sarapan dah siap,"panggilan Aqila menyedarkan Izham. Izham berpaling dan melihat Aqila sudah siap di meja makan.

"Qila masak karipap segera je. Abang tak kisah kan?"Aqila menuang kopi ke dalam cawan. Izham hanya tersenyum sedikit sahaja dan terus mengunyah karipap tanpa banyak cakap.

"Tak pe ke buat macam ni? Ko rasa menjadi ke?"Puan Sri Jamilah bertanya pada Puan Sri Rohaya. Hatinya rasa tak sedap dengan tindakannya.

"Alah ko ni. Ko pun bukannya suka kat menantu ko tu kan? Ha, ni je la caranya,"Puan Sri Rohaya terus memperdaya Puan Sri Jamilah. Dia pun tidak suka dengan Izham. Baginya Izham telah membuat hati anaknya, Tengku Hazimin terluka.

"Entah-entah dia pun guna bomoh juga nak dapatkan si Aqila tu. Kalau tak, takkan la Aqila nak tolak anak aku mentah-mentah,"Puan Sri Rohaya cuba meyakinkan Puan Sri Jamilah. Puan Sri Jamilah mengerutkan dahinya. Hatinya bagaikan sudah gelap. Setiap butir bicara Puan Sri Rohaya baginya betul.

"Tapi macam mana nak tau berkesan ke tak apa yang kita buat ni?"Puan Sri Jamilah bertanya lagi. Bagaimana dia hendak tahu Izham sudah membenci Aqila atau belum. Mereka berdua jauh di Pantai Timur.

"Senang je. Ko tunggu la lagi dua tiga bulan, mesti si Aqila balik cerita kat kau semua yang berlaku. Takkan dia tahannya duduk dengan suami yang tak layan dia,"Puan Sri Rohaya tersenyum sinis. Hatinya telah dirasuk syaitan. Izham dan Aqila mesti dipisahkan.

"Sikit je abang makan,"Aqila melihat Izham yang sudah bangun selepas makan hanya sedikit nasi. Itu pun tidak habis sepinggan.

"Tak selera,"Izham menuju ke ruang tamu. Dia berbaring di sofa. Semakin hari perasaan benci pada Aqila semakin menebal. Dia tidak tahu mengapa. Segala yang Aqila lakukan seolah-olah tidak berkenan di hatinya. Perasaan bencinya bertambah-tambah semenjak pulang dari rumah Tan Sri Badrul.

"Abang tak suka lauk Qila masak ke?"Aqila bertanya. Dia duduk di sofa bersebelahan Izham. Izham hanya membisu. Dia cuba mencari kembali cinta dan kasih sayangnya pada Aqila seperti semasa dia mula-mula berkahwin dengan Aqila dahulu.

"Qila tau, Qila tak pandai sangat nak masak-masak ni. Abang bagi Qila masa, Qila janji Qila akan belajar masak dengan mak nanti," Aqila memegang bahu Izham cuba memujuk.

"Dah kahwin baru nak belajar masak? Apa punya bini la ko ni?"tiba-tiba Izham melenting. Jika tadi dia hanya berdiam diri, kini dia sudah berdiri mencekak pinggang. Bagai ada sesuatu yang merasuk Izham untuk bertindak sedemikian. Aqila tergamam.

"Abang,"Aqila memanggil Izham.

"Ah! Sudah. Menyesal aku kahwin dengan kau. Tak de apa-apa pun,"Izham membentak. Suaranya masih meninggi.

"Abang, kenapa dengan abang ni? Cuba abang bawak mengucap,"Aqila menggosok-gosok belakang Izham, Izham menepis.

"Ko jangan nak berlagak alim la. Ko tu besar pun dalam keluarga yang tak berapa betol, nak suruh aku mengucap pulak,"Izham masuk ke dalam bilik tidur. Dia berteleku di birai katil. Tiba-tiba dia rasa seperti baru tersedar dari tidur. Kepalanya pening.

Di suatu tempat yang lain....

"Hurm, menantu ko dah mula mengamok dah sekarang ni,"Bomoh Piah tersenyum puas. Menteranya menjadi. 'Orang suruhannya' telah melaksanakan tugas dengan baik.

"Macam mana bomoh tau?"Puan Sri Jamilah agak musykil.

"Aku kan bomoh...Bomoh Piah...Sape tak kenal aku? Ko tunggu je la, aku gerenti budak-budak tu akan bercerai tak lama lagi,"Bomoh Piah ketawa menampakkan giginya yang rongak di bahagian depan. Puan Sri Rohaya turut ketawa. Tak sia-sia dia memperkenalkan Puan Sri Jamilah kepada Bomoh Piah.

"Menantu ko ni kuat....Sabar orangnya...Tapi...'Orang' aku lagi kuat,"Bomoh Piah terus meniup-niup asap kemenyan. Kemudian sebotol air diberikan kepada Puan Sri Jamilah.

"Ha...Nah...Air ni nanti...Ko bubuh dalam minuman menantu ko...Macam biasa jugak...Bagi dia bertambah benci kat isteri dia."

"Tapi...Dia tak pukul anak saya kan bomoh?"Puan Sri Jamilah mula risau. Dia bimbangkan keselamatan Aqila.

"Hahahahaha...Tak...Ko jangan risau...aku dah bagitau 'orang' aku tu...Jangan pukul si Aqila tu,"Bomoh Piah memandang Puan Sri Jamilah. Puan Sri Jamilah hanya tersenyum kemudian meminta diri untuk pulang.

Datin Haizan termenung di luar rumah. Fikirannya runsing memerhatikan Aqila dan Izham sepanjang mereka pulang dari Terengganu seminggu yang lepas. Kelmarin dia dengar Izham menengking Aqila di dalam bilik. Pagi tadi, di meja makan pun Izham memarahi Aqila hanya kerana lambat menyediakan kopi untuknya. Setahunya Izham adalah seorang yang sangat penyabar dan tenang orangnya.

"Mak menung apa?"Intan menghulurkan segelas air masak kepada Datin Haizan. Datin Haizan tersenyum. Kes Intan dan Salman sudah lama selesai. Lega juga hati Datin Haizan. Baginya selepas ini terpulang pada Intan untuk berkahwin atau tidak. Jika Intan hendak berkahwin sekalipun, biarlah dengan pilihannya sendiri, dia dan Dato' Shahrul tidak mahu kisah lama berulang kembali. Terbit kesal di hatinya menjodohkan Intan dengan Salman.

"Mak...Mak menung apa dari tadi lagi ni?"Intan memegang lembut bahu Datin Haizan. Datin Haizan tersentak.

"Ha?Ermm....Tak ade apa-apa la Intan. Ayah mana?Qila dengan Izham?"Datin Haizan bertanya mahu mengalihkan perhatian Intan. Dia tidak mahu Intan turut syakwasangka.

"Ayah keluar main golf dengan Haji Lukman. Qila dengan Izham dalam bilik kot,"Intan mengerutkan dahinya tidak pasti. Tiba-tiba mereka berdua tersentak mendengar benda pecah di dalam rumah.

"Erm..Ni mesti Comel ni..Habislah pasu dalam rumah kita ni," Datin Haizan bangun menuju ke dalam rumah dituruti Intan.

"Aqila!!!"terkejutnya Datin Haizan melihat Aqila yang berdarah di kepala akibat terjatuh dari tangga dan tersigung pasu kaca yang diletakkan di penjuru tangga. Aqila mengerang kesakitan.

"Iz buat apa ni?"Intan bertanya setelah melihat Izham hanya berdiri di atas.

"Nak salahkan Iz? Dia yang jalan mata letak kat lutut. Akak tanya la dia,"Izham meninggikan suara. Sedikit pun dia tiada rasa kasihan ingin membantu Aqila.

"Iz ni kenapa? Apa salah Aqila?"Intan terus bertanya. Di hadapannya kini bukan lagi Izham, adiknya yang amat tenang dan sabar.

'Asyik-asyik nak tanya Iz. Tanya dia la!"Izham mencekak pinggang sambil menuding ke arah Aqila. Aqila yang sedang menahan kesakitan menangis semahu-mahunya di pangkuan Datin Haizan.

"Sudah...Kita bawa Aqila ke hospital dulu. Iz...,"belum sempat Datin Izham habis bersuara Izham sudah menjawab.

"Tak de masa!"sambil terus berlalu ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat.

"Tak pe mak. Intan drive,"Intan mengenakan tudung dan mengambil kunci kereta.

Suasana di hospital sungguh tegang. Puan Sri Jamilah tidak putus-putus menyalahkan Izham. Yang menjadi mangsa Datin Haizan.

"Eh...ko ni tak pandai jaga anak ke? Anak ko buat anak aku macam kucing je nak campak-campak jatuh tangga,"Puan Sri Jamilah menempelak. Datin Haizan hanya membisu. Bagaimana dia hendak menjawab kalau dia sendiri buntu dengan perubahan Izham.

"Puan Sri, Puan Sri sabar dulu. Kita tak tahu lagi keadaan sebenar Qila,"Intan cuba menenangkan.

"Tak tahu ko cakap? Kalau dah jatuh tangga sampai berdarah kepala, kena pulak kaca, mesti la teruk. Huh...Aku akan pastikan anak aku bercerai dengan anak kau,"Puan Sri Jamilah mengugut. Datin Haizan terkejut. Intan pantas memintas.

"Puan Sri, sabar dulu,"Intan cuba menenangkan suasana.

"Ko apa tau? Ko pun bercerai nak ajar orang pula,"Puan Sri Jamilah mula mengungkit. Intan terdiam. Dia tidak sanggup dihina begitu. Dia bercerai bukan permintaannya. Tiada insan yang sanggup melihat rumahtangga mereka roboh.

"Puan Sri Jamilah,"Doktor Suraya cuba mengecam ibu Aqila.

"Saya, macam mana doktor?"Puan Sri Jamilah bertanya.

"Kami tak dapat nak buat apa-apa lagi. Terlalu banyak kaca yang tertusuk dalam lengan dia dan kecederaan kepala dia teruk. So, kami nak pindah dia ke ICU dulu,"kata-kata Doktor Suraya benar-benar membuat semua yang ada di situ terkejut.

"What?"Puan Sri Jamilah tergamam. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Bomoh Piah tempoh hari.

'Aku dah bagitahu 'orang' aku supaya jangan pukul si Aqila tu'

Hatinya tiba-tiba naik berang. Dia berlalu tanpa sempat ditahan.

"Bomoh Piah ni dah melampau tau. Sampai macam tu anak saya dibuat budak Izham tu, Bomoh boleh senyum lagi?"Puan Sri Jamilah sakit hati melihat wajah Bomoh Piah. Bomoh Piah masih tersenyum dengan gambir di mulutnya.

"Aku terpaksa,"Bomoh Piah menjawab selamba.

"Terpaksa apa pulak? Bukan ke Bomoh Piah ni hebat sangat kononnya,"Puan Sri Jamilah mengerutkan dahinya.

"Anak kau sayang sangat dekat Izham. Izham tu pulak kuat budaknya. Bukan Izham yang tolak budak tu, aku suruh 'orang' aku tolak,"Bomoh Piah ketawa panjang. Berdiri bulu roma Puan Sri Jamilah mendengarnya.

"Kalau macam ni la, tak payah la nak mintak tolong ko. Habiskan duit aku je. Ko panggil la 'orang-orang' ko tu balik,"Puan Sri Jamilah bingkas untuk beredar namun ditahan oleh Bomoh Piah.

"Ko nak balik tu bole...Tapi...Lagi RM5000 ko tak bayar...Ko tak nak bayar tak pe...Tapi...,"Bomoh Piah memandang Puan Sri Jamilah tajam dengan matanya yang merah dan agak ke dalam. Puan Sri Jamilah mula berasa tidak menentu. Diseluk tas tangannya. Sekeping cek dikeluarkan. Terketar-ketar tangan Puan Sri Jamilah menulis.

"Nah, ko jangan kacau dah keluarga aku,"Puan Sri Jamilah meninggalkan rumah kayu yang hampir uzur itu.

"Mama buat apa kat sini?"Puan Sri Jamilah hampir terduduk apabila Izham kini berada di hadapannya. Wajahnya berkerut seribu. Dari dalam rumah Bomoh Piah terdengar suara hilai tawa wanita itu.

"Err...Kita balik dulu Iz,"Puan Sri Jamilah menuju ke keretanya. Tidak betah lagi dia berlama-lama di situ. Menyesal dia menerima cadangan Puan Sri Rohaya dahulu. Kini bukan perpisahan antara Izham dan Aqila yang berlaku, tetapi nyawa Aqila yang terancam.

Tan Sri Badrul mundar-mandir di ruang tamu. Izham tunduk menekur lantai. Kakak dan abang Aqila juga berada di rumah. Mereka berangkat pulang selepas mendapat berita tentang Aqila. Dato' Shahrul, Datin Haizan dan Intan hanya membisu. Mereka semahunya tidak mahu campur tangan namun Aqila sudah seperti anak mereka sendiri.

"Saya tak sangka iman awak segoyah tu, Jamilah. Awak tau kan perbuatan menggunakan bomoh tu syirik!"Tan Sri Badrul memandang Puan Sri Jamilah. Jika dahulu dia boleh bertahan dengan sikap isterinya, tetapi kini isterinya itu semakin melampau.

"Milah minta maaf, bang. Tapi semua ni salah Izham, dia yang tolak anak kita jatuh tangga,"Puan Sri Jamilah masih tidak mahu mengalah. Dia ingin melibatkan Izham dalam hal ini.

"Diam!Awak jangan nak salahkan Izham. Saya tahu, awak pun tahu, semua orang tahu Izham ni betul-betul sayangkan Aqila, kalau tak kerana dirasuk, Izham takkan buat macam tu,"Tan Sri Badrul memandang Izham sekilas, kemudian kembali memandang Puan Sri Jamilah.

"Err...Tan Sri, saya rasa semua ni dah selesai. Puan Sri pun dah mengaku salah dia. Kita maafkan je la dia,"Datin Haizan bersuara meredakan suasana. Baginya nasi sudah menjadi bubur.

"Belum. Aqila kat hospital tu kritikal. Awak tahu Jamilah. Anak bongsu awak tu koma." Tersentak Puan Sri Jamilah mendengar kata-kata Tan Sri Badrul. Semasa Aqila dipindahkan ke wad ICU tadi, Puan Sri Jamilah terus keluar menuju ke rumah Bomoh Piah. Izham yang berasa curiga mengikut kereta ibu mentuanya dari belakang.

"Abang, maafkan Milah bang...Maafkan Milah...Milah tak bunuh anak kita,"Puan Sri Jamilah meraung seperti orang hilang akal. Tan Sri Badrul hanya membisu. Dia malu dengan perbuatan Puan Sri Jamilah.

"Iz...Mama mintak maaf Iz...Mama salah..Mama nak pisahkan ko dengan Aqila....Maafkan mama Iz,"Puan Sri Jamilah semakin hilang arah. Dia meraung-raung sambil memegang kaki Izham. Izham cuba meleraikan pegangan Puan Sri Jamilah.

"Mama...Mama..Sabar mama...Kita doa semoga Aqila tak apa-apa,"Izham menarik Puan Sri Jamilah untuk bangun. Dalam dirinya juga terbit rasa bersalah walaupun perbuatannya menolak Aqila adalah di luar sedar.

"Assalamualaikum,"satu suara kedengaran di luar rumah. Puan Sri Rohaya dan keluarganya hadir untuk menziarah.

"Kenapa ko datang? Ha? Ha?Ko dah bunuh anak aku...Anak aku dah mati,"Puan Sri Jamilah menerkam Puan Sri Rohaya. Sanggul Puan Sri Rohaya yang rapi habis terburai ditarik oleh Puan Sri Jamilah. Puan Sri Jamilah benar-benar sudah seperti orang hilang akal. Semua yang hadir cuba menenangkan Puan Sri Jamilah.

"Iz, kita bawak mama kamu ni ke dalam bilik,"Tan Sri Badrul, Izham dan Dato' Shahrul memegang erat Puan Sri Jamilah yang meronta-ronta minta dilepaskan. Pandangannya tajam merenung Puan Sri Rohaya.

"Duduk dulu Puan Sri,"Datin Haizan memberi ruang untuk Puan Sri Rohaya dan Tengku Hazimin duduk.

"Tengku tak datang?"Tan Sri Badrul yang baru keluar dari bilik bertanya.

"Err...Dia ke Australia...Err..Tan Sri, Dato', Datin....Err...,"Puan Sri Rohaya memandang Tengku Hazimin. Tengku Hazimin tersenyum dan mengangguk. Jika tidak kerana Tengku Hazimin, Puan Sri Rohaya tidak akan datang untuk memohon maaf.

"Ada apa?"Datin Haizan bertanya.

"Er...Saya nak minta maaf,"Puan Sri Rohaya menundukkan wajahnya. Dia malu. Kerana dia, seluruh keluarga ini kucar-kacir.

"Kenapa pula?Apa kena-mengena kamu dalam hal ini?"Tan Sri Badrul mengerutkan dahinya. Dia sungguh tak faham. Semua yang hadir turut tertanya-tanya.

"Saya yang suruh Jamilah jumpa bomoh tu."

Pengakuan Puan Sri Rohaya memeranjatkan semua yang hadir. Datin Haizan mengurut dada mendengar kata-kata Puan Sri Rohaya.

"Tapi kenapa?"Tan Sri Badrul bertanya. Dia benar-benar tak menyangka.

"Err...Sebab...Saya nak Aqila disatukan dengan Azim...Bukan Izham."Tengku Hazimin tenang berada di sebelah ibunya. Dia sendiri tidak menyangka ibunya boleh bertindak sejauh itu. Dia pasrah menerima takdir dirinya yang Aqila bukan jodohnya. Tan Sri Badrul beristighfar panjang. Izham menunduk. Dia bingung.

"Iz, aku...Minta maaf,"Tengku Hazimin memandang Izham. Izham mengangguk lemah. Dia sudah penat dengan segala sandiwara yang berlaku di hadapannya. Fikirannya kini hanya tertumpu pada Aqila.

"Saya mungkin boleh tolong,"Izham tampil apabila Doktor Suraya menyatakan yang Aqila kehilangan banyak darah.

"Kita cuba tengok jenis darah Encik Izham dulu. Kalau tak boleh juga kita kena ikhtiar cari orang lain,"Datin Suraya berlalu menuju ke biliknya diikuti Izham. Panggilan yang diterima pada pukul satu pagi benar-benar memeranjatkan. Doktor memaklumkan keadaan Aqila semakin kritikal. Selepas pembedahan membuang darah beku di kepala dilakukan, Aqila kehilangan begitu banyak darah. Semua ahli keluarga yang hadir cuba untuk membantu tetapi darah mereka berlainan jenis dengan Aqila.

"Sorry to say...Encik Izham pun tak boleh...we need a person with type O blood,"Doktor Suraya memandang Tan Sri Badrul dan Izham.

"Mama!"terpacul kata-kata itu dari mulut Izham. Hanya Puan Sri Jamilah yang masih belum dikenalpasti jenis darahnya. Izham bergegas pulang mengambil Puan Sri Jamilah.

"Mama,"Izham mengusap lembut dahi Puan Sri Jamilah. Selepas menderma darah sebentar tadi Puan Sri Jamilah menjadi begitu lemah. Dia terlalu letih melayan perasaan yang terbit dalam dirinya. Marah, kecewa, sedih dan rasa bersalah bergabung menjadi satu.

"Qila dah bangun?"Puan Sri Jamilah bertanya. Dia tersenyum pada Izham. Kini baru dia tahu yang dia hampir-hampir menolak permata yang dikurniakan dalam keluarganya.

"Belum, mama. Insya Allah dia akan sedar. Mama jangan fikir banyak-banyak. Mama rehat. Mama lemah sangat ni,"Izham memegang tangan Puan Sri Jamilah erat.

"Yang lain mana?"Puan Sri Jamilah memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Wad juga agak gelap.

"Diorang semua balik. Doktor bagi sorang je tunggu."

"Iz...,"Puan Sri Jamilah memegang bahu Izham. Air matanya mula membasahi pipi.

"Ada apa, mama?"Izham bertanya. Tangannya mengusap air mata yang mengalir di wajah ibu mentuanya itu.

"Mama minta maaf ye Iz. Mama silap...Mama banyak buat salah...Mama banyak tinggal suruhan Tuhan...Mungkin ni balasan Tuhan untuk mama,"tangsian Puan Sri Jamilah semakin kedengaran. Izham menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mama...Mama jangan fikir yang bukan-bukan...Allah tu Maha Penyayang...Maha Pengampun...Allah akan turunkan hidayah pada sesiapa sahaja,"Izham cuba menenangkan Puan Sri Jamilah.

"Iz...Iz ajar mama ye...Mama nak solat..Nak mengaji...Mama menyesal...Mama jahil,"Puan Sri Jamilah menggenggam erat tangan Izham. Izham mengucap syukur di dalam hati. Alhamdulillah. Mama dah banyak berubah.

Tan Sri Badrul terpaku apabila memasuki wad yang menempatkan Aqila dan Puan Sri Jamilah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Puan Sri Jamilah sedang berteleku di atas tikar sembahyang. Air matanya tidah henti-henti mengalir membasahi pipi. Mulutnya tidak berhenti memohon ampun dari Allah.

"Abang dah datang!"Puan Sri Jamilah bangun dan bersalam dengan Tan Sri Badrul. Tan Sri Badrul tersenyum. Dikucup lembut dahi Puan Sri Jamilah. Kemudian direnung mata Puan Sri Jamilah dalam-dalam.

"Abang tengok apa?"Puan Sri Jamilah rasa malu direnung begitu.

"Milah nak tau kenapa Aqila degil?"Tan Sri Badrul bertanya.

"Kenapa bang?"Puan Sri Jamilah tidak dapat memikirkan jawapannya.

"Sebab dia ikut perangai awak...Degil...Jenisa darah yang mengalir dalam badan dia pun sama dengan awak...Tapi saya tahu, hati awak lembut,"Tan Sri Badrul memeluk erat Puan Sri Jamilah. Puan Sri Jamilah menangis di bahu suaminya. Hatinya benar-benar lapang. Dia tersenyum pada Izham yang berada di sisi katil Aqila. Izham menunjukkan tanda bagus pada Puan Sri Jamilah. Kemudian dia merenung kembali pada Aqila.

"Bangunlah, sayang,"Izham bersuara dalam hati.

Sudah hampir sebulan Izham menemani Aqila di hospital. Izham tidak pernah penat. Kasih sayangnya pada Aqila tidak pernah sirna walau sedikit.

"Abang."

Izham mengangkat kepalanya. Dia tertidur beberapa minit. Dia mencari siapa yang memanggilnya.

"Abang."

Izham memandang ke arah Aqila. Dia dapat lihat Aqila sudah membuka mata dan tersenyum padanya. Izham tersenyum girang.

"Alhamdulillah,"Izham mengucap syukur.

"Lama abang tunggu Qila?"Aqila bertanya. Keadaanya masih lemah. Doktor yang merawatnya menyatakan keadaan Aqila stabil, cuma sedikit lemah.

"Lama...Abang ingatkan kena tunggu seratus tahun macam Sleeping Beauty tu,"Izham berjenaka. Aqila mencuit Izham.

"Abang minta maaf ye sayang,"Izham menggenggam erat tangan Aqila. Aqila menggelengkan kepalanya.

"Qila yang salah. Qila tak pandai nak jadi isteri yang baik. Lepas ni Qila janji. Qila akan belajar masak sungguh-sungguh,"Aqila mengangkat tangan kirinya persis mengangkat sumpah.

"Ye la tu,"Izham mencuit hidung Aqila.

"Abang,"Aqila seolah-olah teringat sesuatu.

"Apa?"Izham terperanjat.

"Masa Qila koma hari tu. Qila mimpi macam mama dah berubah bang. Mama solat, pakai tudung. Mama sihat bang? Ada tak mama datang tengok Qila? Atau mama masih marah pada abang dengan Qila?"bertubi-tubi soalan diajukan oleh Aqila. Dia seperti orang bingung. Dia benar-benar rindukan ibunya tika itu. Belum sempat Izham menjawab pintu bilik dikuak.

"Assalamualaikum,"seorang wanita menegur. Aqila berpaling dan kemudian terkejut besar.

"Mama?"Aqila memandang wajah wanita 60-an di hadapannya. Wanita itu tersenyum.

"Feeling better, my dear?"Puan Sri Jamilah melabuhkan punggungnya di sisi Aqila. Aqila memeluk erat Puan Sri Jamilah.

"Miss U mama...Miss U so much,"Aqila menangis semahu-mahunya. Puan Sri Jamilah membalas pelukan Aqila erat.

"Miss U too,"Puan Sri Jamilah mengucup dahi Aqila berkali-kali. Ditenung lama wajah Aqila.

"How come...?"Aqila memegang tudung Puan Sri Jamilah.

"Allah Maha Penyayang dan Pengampun Qila. Allah beri mama hidayah. Allah kurniakan mama Qila dan Izham sebagai permata dan cahaya dalam hidup mama, betul tak Izham?"Puan Sri Jamilah memandang Aqila dan Izham. Izham tersenyum. Tan Sri Badrul hanya membisu dari tadi. Hatinya mengucapkan syukur yang tidak terhingga.

Tiba-tiba Izham teringatkan pertemuannya dengan Ummu Kalsom, seniornya semasa di kolej yang sama-sama menjadi AJK Musolla. Ummu Kalsom ada datang melawat Aqila. Ummu Kalsom berpesan dan memberitahu sesuatu yang membuatkan Izham benar-benar terkejut.

"Jaga Aqila ni baik-baik. Bagi akak Qila ni macam bidadari. Iz ingat tak Hurul A'in?"Ummu Kalsom memandang Izham menantikan jawapan.

"Yang selalu tulis artikel untuk Musolla dulu ke kak?"Izham bertanya kembali untuk medapatkan kepastian. Ummu Kalsom tersenyum dan mengangguk.

"She's actually your wife, Aqila. Iz dah ada bidadari dalam hidup Iz. Jaga dia baik-baik k,"Ummu Kalsom memandang Aqila yang masih tidak sedarkan diri.

"Qila boleh keluar petang ni. Semua kat rumah rindu pada Qila. Erm...Mak dan ayah Izham pun ada di rumah kami. Katanya ada berita penting yang nak disampaikan,"Tan Sri Badrul memandang ke arah Izham. Lamunan Izham terhenti. Berita penting?

Cuaca yang cerah pada hari itu seolah-olah memberi ruang kepada majlis pada hari itu untuk berjalan dengan lancar. Aqila menjengket-jengket memasang bunga di penjuru katil pengantin.

"Qila,"Izham mengambil bunga dari tangan Aqila dan memimpin Aqila turun dari katil.

"Jangan buat kerja berat-berat. Nanti baby kat dalam tu penat,"Izham mengomel. Aqila tersenyum.

"Abang tau tak? Sejak Kak Aqila pregnant ni, abang dah jadi macam Kak Aqila, membebel je,"Farhan yang turut membantu menyampuk.

"Ye ke?"Izham memandang Aqila. Aqila tertawa memerhatikan telatah dua beradik itu.

"Baiklah, bang. Abang buatlah. Qila nak pegi tengok orang gubah hantaran pulak,"Aqila bergegas menuju keluar.

"Ala...Abang nak ikut,"Izham mencampak bunga kepada Farhan.

"Oi!"Farhan mengelak.

"Nak buat sirih junjung ni senang je. Pin sana, pin sini...siap!!!"Mak Temah, selaku mak andam merangkap wedding planner pada hari tu riuh mengajar cara-cara menggubah hantaran.

"Kalau pakai tepak kan senang,"Izham mencelah.

"Terpulanglah...Dah pengantin kata nak buat sireh junjung, kita ikut je la,"Mak Temah terus membebel. Aqila tersenyum.

"Oi tikus!"Izham melempar beberapa helai daun sirih kepada Mak Temah.

"Oi ko tikus masuk kain..eh..menari-nari..eh geli..eh...kang digigit...eh..eh...,"Mak Temah melatah. Bergema suara gelak tawa di ruang tamu tersebut. Sengaja Izham mengsuik Mak Temah. Semua orang tahu, Mak Temah memang seorang yang cepat melatah. Aqila masih ketawa.

"Abang ni nakal tau,"Aqila mencuit peha Izham.

"Baru tau ke?"Izham tersenyum nakal.

"Kamu ni, Iz. Kalau Mak Temah ni sakit jantung, tak jadi la majlis kahwin si Intan ni ha,"Mak Temah melempar semula sirih kepada Izham. Izham tergelak.

Majlis akad nikah telah selesai. Semua yang hadir menadah tangan mengucapkan syukur dan berdoa agar pengantin dirahmati Allah. Pengantin lelaki meyarungkan cincin emas bertatah berlian di jari manis si gadis. Air mata yang mengalir di pipi si isteri diusap lembut.

"Semoga kekal ke akhir hayat ye, kak,"Izham bersalam dengan Intan. Intan tersenyum.

"Iz doakan la. Akak pun harap macam tu."

"Kita dah kenal dia lama. Ecah yakin, abang Yusri takkan sia-siakan akak,"Aisyah bersuara.

"Mesti la tak. Dia sayang betul tau kat akak ni, kalau tak, tak de la dia lari gi oversea masa akak kahwin dulu,"Farhan mencelah. Izham masih ingat lagi pada malam dia diberitahu Intan telah dilamar oleh Yusri. Rupanya itulah berita penting yang dimaksudkan oleh Tan Sri Badrul semasa di hospital. Tiga malam Izham buatkan solat istikahrah untuk Intan. Jawapannya, Yusri adalah yang terbaik buat Intan.

"Oooo, mengumpat abang ye,"Yusri yang dari tadi membisu mula bersuara. Dia berasa malu dengan kisah yang lalu.

"Tu la, abang Yus, lain kali kalau dah suka, jangan diam-diam...Dah la berjiran, nak malu-malu pulak...Alih-alih gigit jari,"Aqila tersenyum mengsuik.

"Qila, sebab tu la abang buang semua perasaan malu tu. Takut kena amik dek orang lain pulak..Ish, melepas eden,"Yusri berjenaka. Semua yang berada di situ turut tertawa. Kebahagiaan kini menyelubungi hidup kedua-dua keluarga. Izham bersyukur. Setelah pelbagai halangan dan rintangan dilalui, dia dan Aqila kini bahagia. Hatinya berazam dan bertekad, Aqila akan dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Dia tidak mahu lagi menyelam di lautan yang penuh dengan pelbagai cubaan untuk mengambil semula permata yang hampir hilang dari hidupnya. Kini apa sahaja dia rela demi Aqila, permata hatinya. Aqila membalas renungan Izham dan tersenyum manja.

*****TAMAT*****

 
Copyright 2009 My Karya. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase