Friday, November 7, 2008

Milik Siapakah Hati Ini

MILIK SIAPA HATI INI……

INTAN ZURINA

1

Atisya melangkah masuk ke balai berlepas.Lambaian dan senyuman dilemparkan kepada Suria,rakan karibnya sepanjang dia mengajar di Sekolah Menengah Tungku,Lahad Datu,Sabah.

“Nanti kalau kau sudah di Semenanjung,jangan la kau lupa kami di Sabah ya!”Suria bersuara ketika makan malam di rumah mereka.

Atisya tersenyum.Selama 3 tahun dia mengajar di situ,Suria banyak membantunya,lebih-lebih lagi kalau pergi membeli-belah.Atisya bukan faham sangat bahasa penduduk tempatan di Sabah.Mujur la ada Suria,gadis berketurunan Dusun itu banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk hidup di negeri bawah bayu itu.

“Aku ndak lupa bah. Kau kan kawan baik aku…Banyak sudah kau kasi tolong sama aku.”

Atisya cuba bertutur dalam loghat Sabahan.Memang dia akui, susah hendak bertutur loghat Sabahan sebab terlalu banyak suku kaum di Sabah.Kalau Bajau lain bunyinya,Dusun lain bunyinya,Kadazan pulak lain.Pening kepala kadang-kadang dibuatnya.

Pesawat Foker 50 MH 2609 akan berlepas sebentar lagi.Atisya menarik nafas dalam-dalam.Dari dulu lagi dia memang ngeri sedikit menaiki pesawat Foker,pesawat Foker 50 kecil sahaja.Hanya 45 orang penumpang sahaja yang berada didalamnya dan dua anak kapal.Mungkin kerana keadaan yang sempit boleh mengakibatkan pening kalau sesiapa yang jarang menaiki kapal terbang.Seorang lelaki mengambil tempat di sebelah Atisya.

“Cik,betul ke ni tempat duduk 7F?”Tanya pemuda itu. Atisya mengerutkan dahi. Gaya cakap macam orang Semenanjung je mamat ni…desis hati Atisya.Atisya hanya mengangguk.Lelaki tersebut tersenyum dan duduk di sebelahnya.

‘Tuan-tuan dan Puan-puan,selamat datang ke penerbangan kami.Saya Affendi selaku ketua anak kapal mengalu-alukan kedatangan anda.Kami juga mengucapkan selamat datang kepada semua ahli-ahli enrich.Pesawat akan berlepas sebentar lagi dan sebagai langkah keselamatan,kami akan menunujukkan cara-cara memakai alat keselamatan….’

Kedengaran suara pramugara bergema di dalam pesawat.Atisya hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.Sedikit pun dia tak kisah dengan penerangan yang diberikan.Selama dia di situ sudah banyak kali dia menaiki kapal terbang dan semua yang ditunjukkan oleh pramugari sudah berada di dalam kepalanya.

“Cik tak nak tengok ke?Penting ni cik,”lelaki di sebelah Atisya ramah menegur.Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

Sibuk betul mamat ni…desis hati Atisya.Atisya hanya menjeling.

“Orang tengah layan feel, nyibuk lak,”dengus Atisya perlahan.

Pemuda tersebut memandang Atisya sekilas, mungkin terdengar Atisya bercakap tetapi bukan dengannya.

Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 55 minit.Atisya semakin bengang dengan pemuda di sebelahnya.Semasa pramugari menghulurkan minuman sibuk dia nak tolong bagi walaupun Atisya sudah menolak.

“Minum la cik.Nanti pening pulak…Jus oren ni ok kalau loya-loya,”pemuda tersebut bersuara.Mengalahkan pramugara mamat ni.

“Tak pe la…Saya sakit perut ni..,”Atisya berdalih.

Kalau ikutkan hati nak je dia mengamuk kat dalam kapal terbang tu.Minuman di tangan pemuda itu tidak diambil.Pemuda itu menyeluk sakunya.

“Nah minyak angin,”sebotol minyak cap kapak dihulurkan kepada Atisya.

Ya Allah!Kalau aku ambil pun takkan la aku nak sapu perut aku depan dia….rungut Atisya di dalam hati.

“Tak pe la..Saya dah besar..Saya boleh jaga diri,”Atisya bersuara agak tegas.

Pemuda tersebut terdiam.Mungkin menyedari yang sikapnya merimaskan Atisya.

Pesawat hampir tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.Juruterbang perlahan-lahan merendahkan pesawat.

“Wooo….!”

Atisya tersentak dengan jeritan pemuda di sebelahnya.Apahal pulak mamat ni?Sawan ke? Pemuda itu tersengih-sengih seperti kerang busuk menahan malu.Malu kerana tidak dapat menahan rasa gayat apabila pesawat tiba-tiba turun untuk mendarat.

“Macam Mr.Bean,”bisik Atisya dalam hati.

Harap-harap lepas ni tak naik satu flight dah dengan mamat ni,pinta Atisya.Dari Kota Kinabalu Atisya terpaksa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selama 3 jam untuk pesawat ke Kuala Lumpur.Kalau 55 minit pun dia dah rimas,inikan pula ke Kuala Lumpur selama 2 jam 45 minit bersama pemuda tersebut di dalam pesawat.

Atisya melambai-lambai pada Zaiman,adik bongsu kepada bapanya.

“Pak Su!!!Pak Su sihat?”

Atisya mencium tangan Zaiman.Rindu benar dia pada bapa saudaranya itu.Semasa Atisya mengajar di Sabah, Zaiman berada di luar negara menghabiskan PHD nya.

“Sihat…Lawa Atisya sekarang..Apa khabar bah?”Zaiman cuba bertutur loghat Sabahan.Atisya ketawa mendengarnya.Janggal betul.

“Sihat-sihat jak…,”Atisya menjawab sambil masih tersenyum.

“Amacam flight?Ada jumpa pramugari come tak?”

Zaiman bertanya.Dia menolak troli yang mengandungi barang-barang Atisya ke ruang letak kereta.Atisya mengekori dari belakang.

“Gatal!”Atisya mencubit lengan Zaiman.Zaiman mengelak.

“Tak best la,Pak Su.Pak Su tau ada mamat dalam flight tu…Ya Allah!Skema betul….Take care tak pasal-pasal pulak tu,”Atisya bercerita.

Entah macam mana penerbangan ke KLIA pun Atisya duduk di sebelah lelaki yang sama.Nasib baik dia tak banyak cakap dengan Atisya kali ini.

“Ala, dia nak ngorat Isya la tu..Isya kan comel!”Zaiman mencuit hidung Atisya.Atisya mencebik.Kurang setuju dengan kata-kata Zaiman.

“Huh!Tak nak la..Muka je hensem tapi cam Mr.Bean,”Atisya berceloteh.Zaiman ketawa mendengar celoteh Atisya.

Kereta Honda City meredah lebuhraya Utara Slatan menuju ke Perak.

Zaiman berhenti di Restoran Lebuhraya Rawang untuk makan tengah hari.

Atisya melangkah seiringan dengan Zaiman.Kalau orang tak tahu hubungan mereka tentu ada yang menyangka mereka adalah pasangan kekasih. Zaiman seorang yang segak.Seorang peguam yang mementingkan kekemasan dan stail.Atisya pula gadis berkulit kuning langsat yang manis.

“Pak Su!,”tiba2 Atisya bersuara dan menghentikan langkahnya.Terkejut Zaiman. “Apa hal?”tanya Zaiman.Kenapa pulak dengan anak saudaranya ni?

“Tu…Budak laki baju biru muda tu…Dia la yang duduk sebelah Isya dalam flight tadi….”

Atisya memuncungkan mulutnya kepada 2 orang anak muda yang sedang menikmati makan tengah hari.Melilau mata Zaiman mencari pemuda berbaju biru muda.Bukan seorang dua di restoran itu,tambahan lagi waktu makan tengah hari.

“Ermm…Hensem…Sesuai jadi anak saudara menantu.”

Zaiman berseloroh.Atisya mengetap bibir tanda marah.Kalau dilayan pak ciknya ni boleh kecoh satu perhentian Rawang ni.

Fatimah dan Rahim duduk di serambi rumah menunggu kepulangan cucu kesayangan.

“Lambat pula si Zaiman ni…Kata pukul 5 nak sampai,”Fatimah bersuara.

Rahim yang dari tadi menggulung rokok daun memerhatikan isteriya.Cermin matanya dibiarkan jatuh ke hidung.

“Alah kamu ni..Bior le lambat asalkan selamat budak-budak tu balik ke ghomah ni…,”Rahim bersuara.

Sejak kecil dia dibesarkan di Kampung Klah,Perak.Rumah yang didudukinya kini pun rumah pusaka tinggalan arwah ayahnya dahulu.

“Kadang-kadang kesian saya tengok Atisya ngan Azmira tu bang.Semenjak ibunya meninggal jarang diorang balik ke mari…Bapak diorang si Badrul tu selalu jugak balik.”

Fatimah bersuara lesu mengenangkan Atisya dan Azmira.Anak kepada anak sulungnya,Badrul yang menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur.Rahim hanya berdiam.Dia sudah bosan bercerita tentang Badrul.Dia sendiri tak tahu di mana pertimbangan Badrul sehingga sanggup menceraikan isterinya yang sedang menderita barah payudara.Walaupun Haniah hanya menantu di rumah itu,namun kerana Haniah anak yatim piatu,mereka sayangkan Haniah seperti anak sendiri.Penceraian Haniah dan Badrul mendapat tentangan daripada Fatimah dan Rahim.

“Takdir Timah…Sekurang-kurangnya Atisya tu tabah..Azmira pun tak de le sedih sangat kalau dia tengok akaknya tabah macam tu…,”Rahim bersuara.

Matanya terpandang sebuah kereta memasuki perkarangan rumah.

“Ha..Sampai dah cucu awak tu..”

Rahim tersenyum kepada Zaiman yang membunyikan hon.Fatimah tersenyum gembira.

“Rindu nenek denga kamu Atisya….”

Fatimah mengucup dahi Atisya bertalu-talu.Lepas rasa rindu yang ditanggung selama ini.Atisya amat rapat dengannya,lebih-lebih lagi setelah ketiadaan Haniah,arwah ibunya. Pada Fatimahlah Atisya mengadu segala masalah.

“Atisya pun rindu ngan Opah..Tok Wan sihat?”

Atisya menghulur tangan pada Rahim.Rahim menepuk-nepuk bahu Atisya.Memang sejak dulu Rahim tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya.Semasa anak-anaknya kecil,saban hari mereka dipukul dan diherdik.Kadang-kadang perkara kecil pun mereka disuruh tidur di reban ayam.

“Mari makan…Opah ada buat cucur cempedak untuk kamu…,”Fatimah mengajak Atisya ke dapur.

“Ala mak..Atisya balik, Man mak buat tak tahu je..Macam ni Man nak balik KL la.”

Zaiman pura-pura merajuk.Dia bersila di tangga batu di hadapan rumah.

Fatimah menggeleng.Atisya tersenyum melihat perangai Zaiman yang macam budak-budak.

“Mengada kamu ni Zaiman…Jom la ke dapur…Intan Payung..,”Fatimah bersuara lembut.

Atisya tergelak besar mendengar kata-kata Fatimah.Zaiman tersengih-sengih.Dia bingkas bangun mengajak Rahim ke dapur untuk minum petang.

2

Azmira duduk di meja hadapan perpustakaan. Sudah masuk tahun kedua semester keempat dia belajar di situ mengambil jurusan perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan.Memang dari dulu itulah cita-citanya. Semangatnya semakin berkobar-kobar setelah kematian ibunya akibat barah payudara semasa dia di tingkatan tiga.

“Allo!Sorang?”

Ridhuan menarik kerusi di hadapn Azmira.Azmira tersentak.

“Ko ni..Terkejut aku,”Azmira bersuara agak kuat.Beberapa mata memandang ke arah mereka.

“Shhh!Slow ar sikit,”Ridhuan meletakkan jari telunjuknya di bibir.Dia tersengih-sengih kepada beberapa pelajar lain yang memerhatikan mereka.Azmira menjeling.

“Hah..Buat la lagi…Lain kali bagi salam dulu,”Azmira menempelak.Ridhuan mengangkat kedua-dua tangannya.

“Okey2.Eh!Cuti ni ko balik tak?”Ridhuan bertanya.Buku anatomi di hadapannya diselak-selak.

“Balik..Aku nak jumpa akak aku…Apsal?”Azmira bertanya.Dia memutarkan pen di tangannya mencari jawapan untuk soalan tutorial Doktor Wong.

“Errr…Aku nak mintak tolong ko beli tiket…,”Ridhuan memaniskan mukanya.Nak minta tolong la katakan.Azmira memandang Ridhuan.

“Eh!Aku baru nak mintak tolong ko..Ko kan ada motor..Beli je la sendiri,”lantang bunyi percakapan Azmira.Matanya kembali memerhatikan soalan-soalan yang memeningkan kepalanya.Ridhuan menyengetkan mulutnya.

“Ala..Aku malas ar…Nak beratur lagi,”Ridhuan mula mencipta alasan.

“Oi!Ko ingat ni raya ke nak beratur panjang?Mana ada orang balik time2 macam ni,”Azmira mengetuk tangan Ridhuan dengan pennya.Alasan tak munasabah langsung.

Ridhuan tersengih macam kerang busuk.

“Suka ar tengok ko marah..Come,”Usik Ridhuan.

Sejak dari awal semester satu dia tertarik dengan Azmira.Wajah Azmira yang agak cerah tanpa noda jerawat menampakkan keayuan yang terserlah.Tapi Azmira hanya menganggapnya sebagai kawan.Kalau diukurkan,Ridhuan bukan tidak kacak malah ada yang menggelarnya seperti pelakon Hindustan,Shahid Kapoor.

Azmira hanya menjeling. Menyampah dia mendengar perkara yang sama dari Ridhuan.

“K ar…aku beli ar..Bagi duit..Aku tengah pokai ni..,”Ridhuan menghulurkan tangannya.

“Nah…Thanx..,”Azmira tersenyum.Lepas satu masalah.

“Jom makan…aku belanja..,”Ridhuan mengajak.

Bosan dia berada dalam library yang sunyi sepi tu.

“Kata pokai tadi….”

Azmira mengangkat muka.Pelik dengan Ridhuan yang suka cakap tunggang terbalik.Ridhuan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Ada la…Jom ar..,”Ridhuan mengajak.

Azmira mengemas kertas-kertas yang berselerakan atas meja.Orang dah nak belanja jangan tolak…desis hatinya.Ridhuan terlebih dahulu keluar dari perpustakaan.Rimas betul dia duduk dalam perpustakaan lama-lama.Macam orang bisu pun ada.

Suasana di kafe agak lengang.Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi.Mungkin ramai yang masih kenyang dengan sarapan pagi.Azmira mengambil seketul karipap dan dua ketul donat dan teh ais.

“Aik!Diet ke?”Ridhuan bersuara.Nasi lemak dengan ayam berempah di hadapannya masih berasap lagi.

“Ha’ah…jaga badan…,”Azmira ketawa.Ridhuan mencebik.

“Esok jadi rangka baru tau…Macam ni,”tambah Ridhuan sambil mengangkat straw dari minumannya.

“Eh!Abang Haikal…Bila balik?”Ridhuan menegur Haikal,pelajar tahun akhir jurusan perubatan.Haikal menghulurkan tangan bersalam dengan Ridhuan.

“Minggu lepas…,”jawab Haikal.

Dia menarik kerusi di sebelah Azmira.Azmira berdebar-debar. Itulah jejaka yang selalu diperhatikan.Dia suka melihat wajah Haikal yang bersih.Rambutnya yang terbelah di tengah dan dibiar terjuntai di dahi betul-betul menambah ketampanannya.

“Seronok ke praktikal kat sana?”tanya Ridhuan.

Beria benar dia ingin mendengar cerita dari Haikal yang baru pulang sebagai doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan.

“Ok…Bole la…Banyak pengalaman abang dapat…Cuti ni balik ke?”tanya Haikal ramah.

“Balik…,”Ridhuan menjawab sepatah.Haikal melirik jam di tangannya.

“K la..Abang ada banyak kerja ni..Biasa la tahun akhir..Semester akhir pulak tu…”

Haikal tersenyum dan bingkas bangun.Ridhuan mengangkat tangan pada Haikal.Azmira memerhati langkah Haikal sehingga pemuda itu hilang dari pandangan.

“Ai…Berkenan ke?”

Ridhuan dapat membaca tingkah laku Azmira.Azmira tersentak. Malu apabila tindakannya diperhatikan.

“Ish..Tak de ar..Ko ni pehal ntah…”

Azmira cuba berselindung.Ridhuan tersenyum nakal.Jauh di sudut hatinya dia cemburu.

“Ala..tengok cara ko pandang dia pun aku tau…Masa dia dok sini makan sikit punya cover..Pastu masa dia blah ko tengok dia sampai nak tembus tiang tu.”

Ridhuan cuba mengorek rahsia Azmira..

“Tak de ar..Makan ar…,”Azmira masih cuba berselindung.

“Haiii..Orang nak dia tak nak..Orang yang tak nak tu la dia nak…,”Ridhuan mengeluh.

Azmira hanya berdiam diri,tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya.Dia sendiri tak tahu mengapa hatinya masih belum terbuka menerima Ridhuan sedangkan dia tahu Ridhuan benar-benar ikhlas.Kalau tak masakan dia sanggup lakukan apa sahaja demi Azmira.

3

Dato’ Badrul menyemak dokumen-dokumen yang dihantar oleh Suzie,setiausahanya.Perniagaan peralatan elektroniknya semakin maju.Kilang-kilang banyak dibuka cawangan di seluruh Semenanjung.Tiba-tiba dia terpandang gambar dua wajah yang amat dirinduinya.Dua wanita yang semakin menjauhkan diri darinya.Atisya dan Azmira.Seorang pun tidak mahu bekerja di syarikat yang dibangunkan melalui hasil titik peluhnya sendiri.

“Isya tak nak,papa.Papa jangan ingat papa bagi jawatan pengarah urusan tu pada Isya,Isya boleh maafkan papa…Papa silap.”

Atisya memeluk tubuh.Baru tadi dia bangun dari sofa yang didudukinya.Panas dia terasa berada di dalam rumah yang pernah dianggap seperti syurga suatu masa dahulu.

“Isya…Mira dah pergi ambil jurusan medic…Isya jer yang boleh tolong papa sekarang,”Dato’ Badrul seolah-olah merayu.

Dia sudah putus asa memujuk Atisya.Silapnya kerana menceraikan isterinya,Haniah untuk berkahwin dengan bekas setiausahanya,Maria.

“No way,papa.Biar Isya jadi guru pun tak pe…Kalau harta banyak nanti boleh lupa diri,”pedas kata-kata Atisya menusuk hati Dato’ Badrul.

“Tapi Atisya jauh sangat…Sabah…,”Dato’ Badrul masih cuba memujuk.

“Atisya dah lama jauh dari papa…Sejak papa ceraikan mama dulu,sejak tu Atisya dah jauh dari papa..Papa buta…Tak tahu menilai…”

Atisya semakin lantang bersuara.Air mata yang hampir keluar ditahan.Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki yang telah merosakkan kebahagiaan keluarganya.Lelaki yang melenyapkan semangatnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Dato’ Badrul tertundukDia tewas.Hati Atisya terlalu keras,dia sendiri diburu rasa bersalah atas perbuatannya dahulu.

Dato’ Badrul tersentak apabila pintu biliknya dibuka. Muncul Maria dengan skirt singkat yang menampakkan peha gebunya yang bisa mencairkan mana-mana lelaki yang memandangnya.Namun bagi Dato’ Badrul itu dulu,sewaktu dia masih tidak tahu menilai mana kaca dan mana intan.

“U nak ape datang sini?Tak reti nak ketuk pintu dulu?”Dato’ Badrul bersuara kasar.Meluat dia dengan perangai Maria yang semakin menjadi-jadi saban hari.

“Ala,darling.U ni asyik nak marah je…Senyum la sikit.”

Maria duduk di atas meja di hadapan Dato’ Badrul.Dato’ Badrul hanya mendiamkan diri apabila Maria mencuit pipinya.

“I nak pergi shopping…Jom la temankan I.”

Rayu wanita 30-an tahun itu. Suaranya dimanja-manjakankan seolah-olah merengek.Meluat Dato’ Badrul memerhatikan gelagatnya.Kalau dulu itulah yang Dato’ Badrul inginkan tapi kini semua itu tidak berguna lagi.

“I banyak kerja…U nak pergi U pergi la…Pak Mat kan ada.”

Dato’ Badrul menarik fail di hadapannya.Mesyuarat ahli lembagah pengarah akan diadakan setengah jam lagi.Dia harus bersedia.

“Ala…U ni asyik kerja je..Boring la…Jom la temankan I…Darling,”Maria semakin merengek seperti budak-budak kecil. Ditarik-tarik tali leher Dato’ Badrul.Dato’ Badrul menarik kembali tali lehernya.

“I cakap I banyak keja la…U tak faham ke?Nah,U ambik kad kredit I ni…U belanja la sepuas hati U..I tak de masa.Lagi satu dah berapa kali I pesan,kalau nak datang office tolong pakai baju yang sopan sikit.”

Dato’ Badrul melemparkan kad kreditnya di atas meja. Maria tersenyum lebar.Itu sebenarnya yang dia mahu,bukan dia nak ajak sangat orang tua tu keluar.Dia sendiri dah ada teman.

“Okey la…Take care,darling..Bye…Muah!”Maria memberikan flying kiss kepada Dato’ Badrul.Dato’ Badrul hanya buat tak tahu.Meluat betul dia.

“Jom,I dah dapat.”

Maria masuk ke dalam kereta sport merah yang dipandu oleh seorang lelaki.Dia melayang-layangkankan kad kredit yang diberikan kepadanya.Lelaki itu tersenyum.

“U ni memang clever la baby!Ni yang buat I sayang U lebih ni..,”Danial cuba mengucup bibir Maria namun Maria menolak.

“Bukan kat sini darling…Nanti si tua kerepot tu nampak habislah kita…,”Maria bersuara manja.Tangannya diletakkan di bibir Danial.Danial tersenyum.Senang je nak dapatkan si Maria ni…Desis hatinya.Danial memandu menuju ke destinasi yang biasa dia dan Maria pergi,Hotel Renaissance.Hubungannya dengan Maria sudah terlalu jauh,lebih-lebih lagi kalau Dato’ Badrul ke luar negara atas urusan perniagaan,hampir setiap malam mereka bergelumang dengan dosa di rumah Dato’ Badrul sendiri.

Maria pulak si pisau cukur.Dia tahu Danial bakal mewarisi syarikat bapanya yang memiliki saham berbillion ringgit.Termasuk saham-saham di luar negara.

“Danial….,”Maria merengek manja sambil memain-mainkan tangannya di kolar baju Danial.Danial yang sedang memandu hanya melayan kerenah Maria.

“U ni…Call me darling ok.”

Danial membetulkan keadaan.Maria tersenyum manja.

“Darling,kita nak pergi mana ni?”Maria berpura-pura bertanya.Macam tak biasa pulak.

“Ke tempat biasa la….Kenapa?U dah bosan ke?”tanya Danial.Matanya sesekali memandang ke arah Maria yang memakai baju agak terdedah di bahagian dada.

“Erm..Bosan la…Kita pergi tempat lain la…Tempat yang orang tak ramai sangat…Please…,”Maria merengek manja.Meremang bulu tengkuk Danial mendengar suara manja Maria.

“Ok…Untuk U I rela buat apa je tau….,”Danial mencuit hidung Maria.Matanya ditumpukan kembali ke jalan raya.Maria tersenyum puas hati.

4

“Akak!!!!,”jerit Azmira sebaik sebaik tiba di rumah Opah dan Tok Wannya.Perjalanan selama 9 jam tidak terasa kerana dia terlalu gembira hendak berjumpa dengan Atisya.

“Apa khabar?Rindunyer akak kat adik akak ni….,Ada pak we dah?”Atisya bergurau.Pantas Azmira tergelak.

“Patutnya Mira yang tanya akak tau…Kakak dah 25,Mira baru 23 tahun…Study pun lambat lagi nak habis.”

Azmira merenung wajah Atisya melepaskan rindu di dada.

“Tak de la…Jom makan,akak masak special tau..Nasi kuning Tawau.”Atisya tersengih.

Masakan yang terkenal di Sabah diajar oleh Suria.Kalau dulu Atisya pegang senduk pun tak tahu,tapi semenjak berjauhan dengan keluarga,sebut je masakan apa semua dia tahu.Azmira membuntuti Atisya ke meja makan.Fatimah dan Rahim sedang solat Zuhur dia atas.

“Wah…Dah jadi orang Sabah ke?Hehe…Kakak dah habis master la ni?”Tanya Azmira.Disambut pinggan yang dihulur oleh Atisya kepadanya.

Sepanjang Atisya mengajar di Sabah,dia turut menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah menyambung master dalam jurusan perniagaan.

“Dah lama dah habis…Akak dah dapat kerja dah pun.”

Atisya duduk di hadapan Azmira.Lama benar di tidak bercerita dengan adiknya itu.Hubungan mereka bukan setakat adik-beradik malah seperti sahabat yang sering berkongsi cerita bersama.

“Ye ke?Cepatnya…Kat mane?Cikgu ke pensyarah?”bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Azmira.Tak sabar dia hendak mendengar perkembangan kakaknya yang telah lama tak ketemu.

“Mira ni soal akak macam polis tau…Ke nak praktis tanya patient nanti..Hehe..,”Atisya mengusik.Dua gelas air oren diletakkan di atas meja.

“Akak dapat kat Terengganu…Universiti Malaysia Terengganu..Akak dengar universiti tu baru tukar nama…Dulu KUSTEM,”panjang lebar Atisya bercerita.

Azmira mengangguk-angguk.Dia pernah mendengar tentang universiti yang terletak di Kuala Terengganu itu.

“Kire lecturer la ni..Waa..Kena panggil Miss Nurul Atisya la ni…Ke dah nak jadi madam?”nakal suara Azmira mengusik Atisya.Atisya menjeling Azmira.

“Hish!Pandai sangat.Tak de masa tau…Mira ni macam dah ada je…,”Atisya memulang paku buah keras.Giliran Azmira pula tak senang duduk.

“Mana ada la,kak.Mira lambat lagi nak habis study tau…,”Azmira bersuara.

“Orang perempuan kalau keluar nanti kerja tinggi-tinggi,lelaki takut nak meminang…Hehe…”

Atisya makin galak mengusik.Begitulah kalau dua beradik itu bertemu.Atisya tidak mahu Azmira terlalu memikirkan masalah yang keluarga yang mereka hadapi.

“Apa yang dibual dari tadi ni ha?Siapa yang nak masuk meminang?”

Fatimah turun dari tingkat atas.Azmira bangun membantu Fatimah turun.Umur yang agak lanjut menyebabkan Fatimah sering mengalami sakit-skit sendi.Penyakit kencing manis yang dihidapinya semakin teruk.

“Opah sihat?,”tanya Azmira sambil mencium tangan Fatimah.

“Erm…Macam biasa la…Tapi bila tengok ada doktor balik terus opah sihat…Takut nanti disuntik opah,meraung la opah…,”Fatimah berseloroh.Riuh ruang dapur dengan gelak tawa Azmira dan Atisya.Seketika kemudian Rahim turun. Seronok dia bertemu cucunya.

“Mari la makan sekali Tok Wan,”pelawa Atisya.Pinggan nasi diletakkan di atas meja.

“Bila kamu nak ke Terengganu?”

Rahim mencapai pinggan yang dihulur oleh Atisya.

“Minggu depan,Tok Wan.Atisya pergi mungkin naik kereta sewa.Banyak jugak barang yang nak dibawa.”

“Hari tu kawan kamu…Sape ke nama…Zairul?”Rahim cuba mengingat.

“Fairuz…,”sampuk Fatimah.

Tersentak Atisya mendengar nama itu.Apa lagi yang dia mahu?

“Ha…Dia telefon ke mari.Katanya dia talipon kamu tak dapat.Dia tanya kamu balik bila?Tok Wan bagi tau je la…Katenya dia nak datang.”

Atisya termenung.Nasi dalam pinggan direnungnya.

“Kak,menung ke?”

Azmira menggoyangkan tangannya.Atisya tersentak.

“Lama dia tak ke mari…Dulu masa arwah mak kamu masih hidup selalu keluarganya ke mari.Baik betul mak dia dengan arwah mak kamu.”

Rahim menghabiskan sisa-sisa nasi di dalam pinggannya.Sudah dua kali dia bertambah.Kari ayam masakan Atisya tak tumpah seperti masakan Arwah Haniah.Sedap.

Atisya hanya berdiam.Nasi yang masih banyak di pinggan disuap sedikit-sedikit.Azmira perasan perubahan pada wajah Atisya.Dia tahu apa yang bermain di benak Atisya.

“Kakak…Telefon!”jerit Azmira dari tingkat atas.Terkocoh-kocoh Atisya dari dapur menuju ke atas.

“Siapa?”tanya Atisya.Azmira hanya tersengeh kemudian mengangkat bahu.

“Helo!”satu suara kedengaran di hujung talian.

“Hello!Awak rupanya,”Atisya bersuara.Tangannya yang masih basah selepas membasuh pinggan dilap pada kain batiknya.

“Apasal tak call?Saya call henset awak pun tak dapat.”Fairuz bersuara.

Rindu benar dia pada Atisya.Walaupun tidak dapat menatap wajah,dengar suara pun jadilah.

“Err…Rumah datuk saya tak de line Maxis,”Atisya menjawab acuh tak acuh.Dia sendiri tak tahu kenapa Fairuz sanggup menunggunya begitu lama walaupun hingga kini jawapannya tetap sama,tidak.

“Ala,telefon rumah kan ada…Neway tak pe la.Mama ajak awak datang rumah this weekend.Rindu dia nak jumpa dengan Isya.Isya free tak?”

Atisya terdiam agak lama.Patutkah dia menceritakan pada Fairuz tentang pekerjaannya di Terengganu?

“Isya tak boleh datang la.Next week Isya kena pergi Terengganu.Isya dapat kerja kat sana.Sampaikan salam Isya pada Mama Fairuz,”Atisya seolah-olah lega apabila dia semakin berjauhan dengan Fairuz.

“Oh ye!Uncle Badrul ada told me last night…Bagus la tu…Macam tau-tau je Fairuz selalu ke sana…Senang la jumpa Isya nanti..Isya pergi bila?”Fairuz bersuara gembira.

Atisya mengetap-ngetap bibirnya..Siapa suruh gatal sangat bagitau.Tapi kalau dia tak beritahupun tentu Dato’ Badrul akan ceritakan pada Fairuz.Keluarganya dengan keluarga Fairuz sudah seperti saudara.Arwah ibu Atisya dan ibu Fairuz berkawan sejak dari sekolah rendah lagi.Kebetulan mereka bertemu jodoh dengan lelaki yang sama-sama mempunyai perniagaan sendiri.Bapa Fairuz berada di luar negara,menguruskan syarikat di sana manakala ibunya,Datin Halimah menguruskan syarikat di Malaysia.Jarang-jarang Fairuz dan ibunya ke luar negara,selalunya Dato’ Zahlan,bapa Fairuz yang akan pulang ke Malaysia.

“Isya pergi mungkin hari Selasa,”Atisya terus bersuara.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

“Wow!Ngam betul.Fairuz bertolak hari tu jugak…Isya pergi dengan Fairuz je la.Fairuz datang ambil k.”

Fairuz merancang.Hatinya berbunga riang.Peluangnya untuk memenangi hati Atisya kini dirasakan semakin cerah. Atisya pulak sebaliknya, memaki hamun dirinya yang tak pandai jaga mulut.

Atisya menepuk-nepuk dahinya.Mati la aku,desis hati Atisya.

“Tapi…Fairuz…”

Atisya cuba mencari alasan untuk menolak.Azmira yang asyik menonton dari tadi menoleh pada Atisya.Pelik dia melihat Atisya yang seperti resah tak tentu hala.

“Err…K la,Isya.I have to go now…ada kerja..Fairuz sampai sana may be pukul 8…K.Miss U,”Fairuz memutuskan talian.Atisya tergamam.Miss U?

“Nape,kak?Resah je?Abang Fairuz nak hantar rombongan meminang ke?”

Azmira menghampiri Atisya dengan senyum kambing.

“Ish!Mengarut je.”

Atisya tersenyum-senyum ke dapur.Dari dulu satu keluarga rajin mengusik Atisya dan Fairuz.Lebih-lebih lagi Datin Haniah,ibu Atisya.Atisya juga pernah menyimpan perasaan pada Fairuz tapi perasaan itu lenyap entah ke mana kerana satu peristiwa.

5

Kuantan Medical Centre agak lengang malam itu.Hanya kelihatan beberapa orang jururawat kelihatan ke sana ke mari menjalankan tugas.Haikal bersandar di kerusi melepaskan penat.

“Hai!Abis dah?”tegur Aiman,rakan Haikal yang turut bertugas bersamanya malam itu.Haikal tersenyum melihat rakannya itu.

“Sikit lagi habis la…amacam?Ok?”Haikal bertanya.Aiman mengangkat bahu.

“Ok la…Jaga orang tua ni leceh sikit…Banyak kerenahnya,”Aiman mengeluh.

Dia memicit-micit bahunya menghilangkan sengal bekerja sepanjang malam.

“Ala…Sabar je la…Ni baru jadi doktor pelatih..Kalau dah betul-betul nanti..Ha..Nak duduk pun tak de masa beb,”Haikal mengingatkan.

“Betul gak…Ko amacam?Aku tengok ko ni macam tak de prob jek…Ye la,ko pernah pergi sampai Sabah..Banyak pengalaman,”Aiman mengangkat keningnya.

Dalam diam dia mengagumi sahabatnya itu yang mampu menjadi pelajar terbaik walaupun dia hanya anak yatim piatu.Dia tahu rakannya mengharungi seribu satu halangan untuk mencapai cita-citanya.

“Apa plak!Bole la…Tapi aku bantai je bahasakan diri abang dengan budak-budak tu…Senang sikit nak pujuk.Paling susah pun bagi gula-gula…Makan la dia…Keh3.”

Haikal ketawa.Aiman turut ketawa.

“Dr.Haikal,Prof Hamid nak berjumpa,”seorang jururawat masuk ke bilik Haikal.Haikal tersentak.Apa hal pulak Prof nak jumpa dia malam-malam ni?

“Selamat malam.Prof.ada apa-apa saya boleh tolong?”Haikal bersuara gugup.

Profesor Hamid seorang pensyarah yang tegas.Dia takkan memanggil pelajarnya tanpa sebab.

“Tadi saya pergi wad pediatrik…Ada patient awak belum tidur…awak tak tengok?”Profesor Hamid bersuara tegas.Matanya tajam merenung Haikal yang kelihatan menggelabah.

“Err…Err…Saya pergi,Prof.”

Haikal bergegas ke wad pediatrik diikuti Profesor Hamid.Kenapa tak de jururawat panggil aku.Kantoi aku macam ni…desis Haikal.

“Walaupun waktu kerja dah nak habis,it doesn’t mean awak boleh lepak dalam bilik tunggu sampai habis shift,”panjang lebar Profesor Hamid berhujah.Haikal hanya menahan telinga dan menyapu kepalanya.

“Adik…Tak tidur lagi?”

Haikal mengusap kepala Zahid,anak kecil berusia 4 tahun yang menghidap leukemia.Kisah hidupnya sungguh tragis.Ibunya membunuh diri selepas mendapat tahu anak bongsunya itu menghidap penyakit leukemia.Kini hanya tinggal abang dan ayahnya sahaja.

“Zahid rindu ibu…,”perlahan anak kecil itu bersuara.

Zahid belum tahu cerita sebenar.Sesiapapun tak dibenarkan bercerita pada Zahid.Bapanya telah berpesan supaya tidak menceritakan pada Zahid.Dia tak mahu anaknya itu terus bersedih.Cukuplah derita yang dialaminya.Haikal gugup.Apa yang harus diperkatakan pada lagi.Kisahnya sendiri hampir serupa dengan jalan hidup anak kecil ini.

Orang ramai mengerumuni sebuah kereta yang terhumban ke dalam longkang besar setelah terlanggar pembahagi jalan. Suara tangisan kanak-kanak jelas kedengaran.

“Tolong!Anak saya…,”terdengar suara wanita meminta orang ramai menyelamatkan anaknya walaupun dia sendiri sedang tersepit di tempat duduk hadapan.

“Sabar,puan.Kami sedang cuba mengeluarkan anak puan yang seorang lagi di tempat duduk belakang,”anggota bomba yang bertugas menenangkan wanita itu.Suaminya sudah kaku di sebelahnya.

“Cepat.encik…,”rayu wanita berketurunan Cina itu.

Kakinya sudah lemah.Badannya juga semakin tidak berdaya akibat kehilangan terlalu banyak darah.Anak kecil berusia 4 tahun itu masih dipegang.Dihulurkan pada seorang anggota bomba yang datang untuk menyelamatkan mereka.Biar apapun yang terjadi,anaknya perlu selamat.

Anggota bomba yang memakai tanda nama Hassan membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah ambulan untuk di bawa ke hospital.Namun,apabila di berpaling untuk menyelamatkan sepasang suami isteri yang masih terperangkap itu,satu letupan besar kedengaran.Satu cahaya terang benderang menerangi malam yang gelita itu.Serpihan-serpihan kereta bersepai di atas jalan.Orang ramai menekup telinga menahan bunyi letupan yang terlalu kuat.Semua mereka hanya mampu memerhati.

“Mama!Papa!”jerit Nazmi,anak sulung pasangan yang menjadi mangsa kemalangan.

Nazmi cuba berlari ke arah kereta yang semakin dijilat api namun sempat ditahan oleh orang ramai.

“Mama saya encik…Papa saya…Diorang ada dalam kereta tu.”

Budak lelaki berusia 8 tahun itu meronta-ronta minta dilepaskan.Dia mahu menyelamatkan ibu bapanya.Namun semua dah terlambat.Nazmi akhirnya lemah dalam pangkuan Hassan.Dia tidak berdaya lagi.Air matanya terus mengalir.Apalah daya anak itu lagi untuk meredah api sebesar itu.

“Mama saya…encik..Papa saya…,”hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.Adiknya,Haikal telah dikejarkan ke hospital berhampiran.

“Abang Long..Mama ane?Papa ane?”dalam pelat-pelat anak kecil itu bertanya.

Dahinya masih berbalut kerana kemalangan itu.Nazmi hanya menunduk.Tiada siapa di situ.Tiada siapa yang menghiraukan nasib dua beradik yang baru kehilangan ibu bapa itu. Semenjak bapa mereka berkahwin dengan seorang wanita Cina Mualaf, semua ahli keluarga tidak merestuinya. Namun kerana cinta dan janji, mereka tetap berkahwin dan membina kelurga sendiri.

“Adik!Mama ngan papa pergi jumpa Allah…Adik jangan sedih tau!Mesti mama ngan papa tengah duduk dalam syurga…Sebab mama kata dulu orang baik masuk syurga.”

Nazmi mengusap kepala adiknya. Dia sendiri belum mengerti erti sebenar kematian dan syurga.Dalam usia sekecil itu dia terpaksa menerima hakikat yang dia sudah menjadi anak yatim piatu.

“Ehem!”terdengar suara Profesor Hamid.Haikal tersentak.Air matanya yang hampir keluar di tahan.Dia tidak boleh menangis.Dia mesti tahan untuk si kecil ini.

“Adik,sekarang dah malam…ibu adik mesti tengah tidur…Besok dia datang tengok adik..Ok?”Haikal bersuara memujuk.Direnung wajah redup Zahid.

“Semalam pun papa cakap camtu…Tapi ibu tak datang pun…Ibu benci sebab adik sakit ye?Kalau macam ni adik nak makan ubat selalu..nanti kalau adik tak sakit mesti ibu suka,”petah anak kecil itu bersuara.

Semakin tersentuh hati Haikal.Jururawat di sebelahnya sudah menitiskan air mata.

“Ok…Good boy.Tapi kalau makan ubat je tak cukup.Adik kena tidur jugak…Baru cepat baik…Esok abang datang lagi bagi adik makan ubat…,”Haikal terlalu melayan perasaan sedihnya sehingga terlupa kata ganti nama yang harus digunakan.

“Ehem!Doktor…,”Profesor Hamid mengingatkan.

Haikal tersentak.Dia seolah-olah lupa yang Profesor Hamid berada bersamanya sekarang.

“Okey!Doktor boleh tepuk saya sampai tidur?Dulu tiap-tiap malam ibu buat macam tu bagi saya tidur,”pinta anak kecil itu.

Matanya yang redup bertaut dengan mata Haikal.Dia tahu anak kecil itu mengharapkan belaian seorang ibu.Dia tersenyum dan mengangguk.Profesor Hamid tersenyum Dia perlahan-lahan melangkah pergi.Dari dulu dia tahu Haikal seorang pelajar yang cemerlang.Dia lulus semua ujian.Tidak hairanlah Haikal merupakan antara murid kesayangan Profesor Hamid.Haikal menarik selimut hingga ke paras dada Zahid.Sesekali anak kecil itu menguit manja.Lena benar dia tidur.Bagi Haikal anak kecil itu masih benasib baik kerana mempunyai bapa yang penyayang.

“Ehem,dah boleh jadi ayah la macam ni.”

Aiman yang sudah siap menukar pakaian biasa menepuk bahu Haikal.Haikal tersenyum bangga dengan pujian Aiman.

“See the leg la,”Haikal membalas.

6

Segala beg-beg dan kotak-kotak sudah diletakkan di beranda.Atisya memeriksa kalau-kalau ada barang yang masih tertinggal,nak balik bukannya dekat.Lebih-lebih lagi dia masih belum mempunya kereta sendiri.

“Pukul berapa Fairuz kata nak datang?”tanya Rahim.

Rahim duduk di bangku di beranda.Embun pagi yang sejuk membasahi kulit tuanya.

“Pukul 8..Baru pukul 7.30,”Atisya menjawab.

Dia sibuk mengira-ngira beg dan kotak yang perlu dibawa.

“Bagus betul budak tu.Dari Kuala Lumpur ke sini mahu 2 jam lebih.Pukul berapa dia nak bertolak tu.”

Rahim memuji Fairuz.Dia turut mengenali Fairuz kerana dulu sering juga keluarga Fairuz datang ke rumahnya di Perak.Dah lama dia tidak bertemu anak muda itu.Kali terakhir semasa kenduri tahlil untuk Haniah.

“Ala,itupun ntah ye ntah tak nak datang pukul 8.Janji melayu,Tok Wan,”Atisya membantah.Menyampah pulak dia mendengar Rahim memuji Fairuz.

“Kamu ni…Dia nak tumpangkan kamu pun dah kira baik…Kamu kat sana nanti jaga diri.Sembahyang jangan lupa,”Fatimah yang baru keluar dari bilik mencelah.

“Ye la opah…Terengganu tu tak la jauh mana kalau nak dibandingkan dengan Sabah tu,”Atisya berseloroh.

“Kak,nanti cuti bole la Mira pergi rumah akak.Dekat sikit,”Azmira tersengeh-sengeh memandang Atisya.

“Ye la…Telefon je,itupun kalau akak nak ambil,”Atisya bergurau.Azmira memuncungkan mulutnya.

PIN!PIN!

Kedengaran bunyi hon kereta di hadapan rumah.Rahim berpaling ke kereta Perdana V6 yang berhenti di hadapan rumahnya.Seorang anak muda berkemeja biru keluar dengan senyuman.

“Assalamualaikum!’jerit Fairuz sambil mengangkat tangan.

Rahim menjawab salam Fairuz sambil tersenyum.

“Tok Wan sihat?Opah?”Ramah Fairuz menegur sambil bersalam dengan Rahim.

“Alhamdulillah.Fairuz ye?Amboi segak kamu sekarang yek?”

Rahim menepuk-nepuk bahu Fairuz.Kembang kempis Fairuz mendengar pujian itu.Fairuz memang kacak.Kulitnya yang cerah,rambutnya yang tersisir rapi dan ketinggiannya sudah cukup membuatkan ramai wanita cair padanya.Lebih-lebih lagi dia kini bekerja sebagai penasihat carigali petronas,sudah tentu dia sentiasa kemas dan bergaya.

“Biasa je,Tok Wan.Eh,Mira bila balik?”tegur Fairuz apabila terlihat Azmira di pintu rumah.

“Minggu lepas.Ada cuti lagi seminggu.Awal sampai…Belum pukul 8 lagi…Rindu eh?”Azmira mengusik.

Dia yang masih berbaju tidur tersenyum penuh makna.Atisya yang baru keluar sempat mencubit Azmira.Menyeringai Azmira menahan sakit.

“Tak de la…Lambat kang marah pulak pensyarah kita ni,”Fairuz mengusik sambil memandang Atisya yang sedang menyarung kasut.

Atisya masih cantik seperti dulu.Senyumannya cukup sukar untuk dilihat.Namun matanya yang bulat membuatkan sesiapa sahaja yang memandangnya akan jatuh hati.Fairuz membantu mengangkat barang-barang Atisya ke dalam but belakang kereta.

Atisya bersalam dengan Rahim dan Fatimah.Azmira masih tersenyum mengusik.Atisya mengetap bibir menaham geram.Kalau tak mengenangkan Fairuz dah menunggu di dalam kereta mahu je dia mengejar Azmira sampai ke dapur.

“Banyak barang awak?Tak nak balik Perak dah ke?”Fairuz cuba berbual semasa perjalanan ke Terengganu.

“Kalau berat saya bayar,”Atisya bersuara selamba.Pandangannya dilempar keluar tingkap.

“Lor…Gurau pun nak marah..Awak ingat kereta saya ni macam kapal terbang ke?Ada had-had berat…Kalau lebih kena bayar pulak.”

Fairuz bergurau.Matanya ditumpukan pada jalan raya.

“Tau tak pe.”

“Awak ni macam dulu jugak…Keras hati…Marah lagi ke?”Fairuz bertanya.

Dia tahu dia bersalah dahulu namun baginya semua telah berakhir.Kenapa sukar untuk Atisya memaafkan dirinya?Atisya hanya berdiam diri.Dia sendiri tidak tahu.Perasaannya sama ada sayang atau benci?Kadang-kadang dia rindu pada Fairuz tapi kadang-kadang dia benci.Benci apabila teringatkan apa yang berlaku dahulu…Ketika dia hampir-hampir menerima Fairuz dalam hidupnya.

Atisya memeluk erat Alia,sahabat karibnya sejak dari sekolah rendah lagi.Mereka berpisah kerana melanjutkan pelajaran di universiti yang berbeza.Atisya ke Universiti Putra Malaysia manakala Alia ke Universiti Malaya.Walaupun jarak tidak jauh namun kesibukan belajar membuatkan mereka jarang bertemu.

“Rindu kat ko.”

Alia memeluk Atisya erat.Atisya datang ke rumahnya di Pulau Pinang selepas majlis konvokesyen.

“Rindu gak…Makin cute ko eh?”

Atisya mencuit hidung Alia.Alia tersenyum gembira.

“Masuk Atisya…Alia pun jemput la Atisya masuk dulu.”

Mak Cik Sofea,ibu Alia keluar dari dapur.Atisya sudah biasa ke rumah Alia.Semasa cuti ketika mereka menuntut di sekolah menengah,Atisya selalu ke rumah Alia.Ibu Alia telah pun dianggap sebagai ibunya sendiri.

“Mak cik sihat?”Atisya bersalam dengan Mak Cik Sofea.

“Macam ni la…,”Mak Cik Sofea tersenyum memandang Atisya.

“Amboi!Orang jauh dah sampai,”tegur satu suara.

Abang Alia muncul dari bilik.Izzat tua 5 tahun dari Alia.Alia hanya dua beradik.Selepas melahirkan Alia,Mak Cik Sofea tidak lagi mengandung kerana dia mengalami masalah jantung.

“Ha’ah…Tak nak ke buat-buat air?”Atisya bergurau.

Mereka umpama satu keluarga.Izzat umpama abang bagi Atisya.Izzat sering mengambil berat tentang Atisya sehinggakan dia sanggup menghantar Atisya pulang ke Kuala Lumpur ketika Atisya datang ke rumahnya.

“Eh!Tak pose ye?,”Izzat tersenyum mengejek.

Atisya menepuk dahi.Lupa pulak dia ketika itu bulan puasa.

“Hehe..Kantoi!”Usik Izzat lagi.

“Dah la,bang.Asyik kaco Isya je..Isya penat ni baru sampai.”

Alia menarik tangan Atisya masuk ke bilik tidur.Terlalu banyak cerita yang hendak diberitahu pada Atisya.

“Ala Alia,Atisya tak apa-apa dia pulak yang lebih-lebih.”

Izzat menarik rambut Alia yang panjang.Alia mengaduh kesakitan.Alia kemudian mengejar izzat sehingga ke pintu dapur.Atisya tersenyum memerhatikan gelagat dua beradik itu.

“Ko ngan Fairuz amacam?”Alia bertanya.

Alia tahu kisah Atisya denga Fairuz malah dia la yang menjadi posmen semasa Fairuz dan Atisya berutus surat di sekolah dahulu.Dari sekolah menengah lagi Fairuz dah mula meminati Atisya.

“Tak de ape-ape la….Tapi..,”Atisya berhenti.

“Apa?”tanya Alia.

Sebenarnya ada sesuatu yang disimpan di fikrannya.Dia serba salah hendak menceritakan pada Atisya atau tidak.

“Aku rasa aku dah mula suka kat dia la…Dia still caring lagi kat aku..Macam dulu.”

Alia terdiam mendengar kata-kata Atisya.Apakah dia harus menceritakan segala-galanya kepada Atisya sebelum Atisya terus mencintai Fairuz.

Malam tu kedua-dua mereka masih belum tidur.Alia masih memikirkan kata-kata Atisya siang tadi.Apa benar Atisya dah mula menyukai Fairuz?Dia memerhatikan Atisya yang dari tadi sibuk memicit-micit butang di telefonnya.

“Ko cuba telefon Fairuz lagi ke?”Alia bertanya.

“Herm..Tapi dia tak angkat la…Aku sms pun dia tak balas,”Atisya memicit-micit butang telefon mendail nombor Fairuz.

“Aku ada something nak cakap ngan ko ni.”

Alia nekad.Dia tak mahu Atisya kecewa satu hari nanti.Alia seboleh-bolehnya tidak mahu Atisya ini tahu perkara ini dari orang lain.

“Apa dia?Ko ngan Aizad nak tunang?”Atisya berseloroh.

Alia membaling bantal pada Atisya namun Atisya sempat mengelak.Alia menuju ke katil Atisya.Perlahan dia Alia melabuhkan punggungnya di sebelah Atisya.

“Ko tau kan….Fairuz ada kawan nama Maisarah?”Alia bertanya. Tangannya berada di peha Atisya.

Atisya terdiam sejenak cuba mengingat sesuatu.Fairuz pernah memberitahunya tentang seorang gadis bernama Maisarah yang amat meminati Fairuz.Namun Fairuz seperti tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita itu.

“Tahu..Yang syok kat dia tu kan?Nape?”

Atisya masih berusaha mendail nombor Fairuz.Alia mengumpul kekuatan untuk menceritakan kisah sebenarnya.Beberapa hari lalu dia bertemu dengan Fairuz semasa Fairuz ke Pulau Pinang.

“Atisya…Fairuz dah couple dengan Maisarah.”

Bagaikan sembilu yang menusuk ke jiwa kata-kata Alia.Atisya terdiam.Apa yang disampaikan Alia bagai tidak dapat diterima akal. Kenapa?Kenapa di saat dia mula hendak menerima Fairuz perkara begini berlaku?Alia diam cuba memahami situasi Atisya.

“Atisya!”

Alia memegang bahu Atisya yang diam dari tadi. Tiba-tiba Atisya memeluk Alia.Air matanya keluar juga.Hatinya benar-benar terluka.Mujur dia belum meluahkan isi hatinya pada Fairuz.Alia menepuk-nepuk belakang Atisya.Dia faham perasaan Atisya.Bukan mudah untuk dia menerima cinta Fairuz.Sejak dari Tingkatan 4 hingga kini mereka berumur 23 tahun,Atisya cuba mencintai Fairuz.Namun segalanya sudah terlambat.

‘Akum!Saya call awak tak angkat.Saya mesej awak tak balas.Saya tak tahu apa salah saya.Yang pasti sebelum saya pergi jauh saya nak beritahu yang saya tahu hal awak dengan Maisarah…Saya tak marah just sebagai seorang kawan yang awak treat macam someone special,saya terkilan…Tak ke awak terfikir yang saya boleh menerima cinta awak satu hari..Dan masa tu baru awak nak bagitau saya yang awak dah ada orang lain?Tak pe la…sape la saya kan…’

Mesej terakhir sebelum Atisya bertolak ke Sabah dan bertugas sebagai guru di sana.Selepas tu hatinya pada Fairuz telah tertutup walaupun mereka masih berhubung..Itupun setelah hampir setahun Atisya tidak menghiraukan Fairuz.Mesej dan panggilan tidak pernah dibalas atau dijawab walaupun Atisya pernah diberitahu yang Fairuz dan Maisarah sudah tidak mempunyai sebarang hubungan.

“Awak!Bangun la.”

Atisya menggoyangkan bahu Fairuz.Hampir sejam Fairuz melelapkan mata.Penat dan mengantuk kerana bangun terlalu awal.

“Eh!Lama pulak saya tidur,”Fairuz meraup mukanya.

“Tidur macam dah sampai…Jauh lagi tau…Saya nak bawak awak tak bagi,”Atiysa merungut.

Dari tadi dia minta untuk memandu.Kesian juga dia melihat Fairuz yang nampak penat dan mengantuk.Kadang-kadang kereta yang dipandu hampir terbabas ke tepi jalan.

“Tak pe la..Saya ok..Lagipun awak tak biasa jalan ni,”Fairuz keluar mencuci muka dengan air botol yang dibawanya.

“Awak berhenti Dungun kan?Sampai sana saya naik bas je la,”Atisya bersuara.

“Eh!Saya dah janji nak hantar awak sampai Kuala Terengganu kan?Lagipun boleh ke nak naik bas dengan barang yang banyak macam tu?Naik lori bole la,”Fairuz bersuara dengan wajah selamba.Geram Atisya mendengarnya.

“Menyampah.”

Kereta Perdana V6 terus menyusur jalan raya menuju ke Terengganu.

7

Rumah banglo dua tingkat Sri Firdaus sunyi sepi.Kalau 7 tahun lalu rumah tersebut riuh-rendah tapi kini rumah tersebut umpama tidak berpenghuni.

“Dato’ baru balik?”

Rukinah,orang gaji yang telah berkhidmat hampir suku abad dengan Dato’ Badrul menyambut beg di tangan Dato’ Badrul.

“Dato' mahu minum?”tanyanya lagi.

Dato’ Badrul menggeleng dan tersenyum sebagai tanda terima kasih.Dato’ Badrul duduk di sofa.Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.Hati Dato’ Badrul tiba-tiba sebak.Dia terkenangkan Arwah Haniah dan anak-anaknya.Hujan yang semakin lebat di luar menambah kesayuan di hati Dato’ Badrul.

“Abang dah balik?”

Haniah menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman.Beg hitam di tangan Dato’ Badrul diambilnya.Walaupun Haniah memiliki Master dalam Bussiness Management namun dia ingin menjadi suri rumah sepenuh masa untuk suami dan anak-anaknya.Jika Dato’ Badrul mengalami sebarang masalah ada juga dia membantu. Datin Haniah umpama setiausaha di rumah yang menguruskan segala-galanya untuk suami tercinta.

“Anak-anak mana?”Dato’ Badrul bertanya apabila dia melihat rumahnya sunyi sepi.

“Ada kat belakang.Tengah main dekat kolam.”

Segelas air kosong dihulurkan kepada Dato’ Badrul.Dato’ Badrul menyambutnya dengan senyuman.Sejuk hatinya memiliki isteri sebaik Haniah.Semenjak berkahwin dengan Haniah,kehidupannya lebih terurus.Walaupun Haniah adalah calon pilihan keluarga namun ia tahu ibu bapanya memilih wanita yang tepat untuknya.

“Sibuk budak-budak tu bertanya bila abang nak bawa mereka ke Sunway Lagoon?Minggu depan dah cuti sekolah.”

Haniah melabuhkan punggungnya di sisi suaminya, Dato’ Badrul.Dato’ Badrul ketawa.

“Anak-anak ke atau mamanya yang nak berjalan?”Dato’ Badrul memandang Haniah penuh kasih sayang.

“Abang ni,ada saya pulak.Isya dengan Mira la,”Datin Haniah bersuara separuh merajuk.Dato’ Badrul ketawa lagi.

“Okey la.Minggu depan saya cuti.Kita bawa budak-budak tu pergi Sunway Lagoon.Saya lapar la,awak dah masak?”tanya Dato’ Badrul.Perutnya dipegang-pegang.

“Dah.Ikan patin masak tempoyak.”

Haniah tersenyum.Setiap hari ada je masakan kegemaran Dato’ Badrul yang akan dimasaknya.Ayam masak merah,kari kepala ikan atau ikan patin masak tempoyak.Walaupun mereka mengupah orang gaji namun tugas orang gaji hanyalah mengemas rumah dan membasuh pakaian.Haniah lebih gemar memasak sendiri.Kata orang tua-tua,kalau nak mengikat suami biar dengan air tangan sendiri.

Pintu rumah yang tiba-tiba terbuka mematikan lamunan Dato’ Badrul.Maria yang baru pulang seakan-akan tidak mempedulikan Dato’ Badrul yang masih berada di ruang tamu.

“Siapa hantar U balik?I tengok kereta U ada dekat depan tu.Rosak ke?”Dato Badrul bertanya.

Kebelakangan ini sering dia terdengar desas-desus Maria bercinta dengan lelaki lain.Namun bagi Dato’ Badrul itu hanya khabar angin yang ingin menggugat reputasi syarikatnya.

“Err…Kereta I okey.Kawan I hantar,”langkah Maria terhenti di tangga.Dia risau kalau-kalau Dato’ Badrul ternampak Danial yang menghantarnya tadi.

“U ke mana?”Dato Badrul bertanya sepatah.

Selama ini dia tidak pernah bertanya apa yang dilakukan oleh Maria.Kini dia sedar Maria tidak boleh terlalu dimanjakan.

“I..I ada hal tadi,”Maria menjawab takut-takut.

Dato’ Badrul sudah pun berada di hadapannya.

“Pergi kelab malam?”suara Dato’ Badrul semakin keras.Dia dapat menghidu seperti bau minuman keras.

“Err…I…,”Maria sudah hilang kata-kata.

“Betul kan?U ni macam dah tak de maruah?I dekat pejabat tahan telinga dengar cerita U…Orang kata I tak pandai jaga bini…U betul-betul berbeza dari Hani,”Dato’ Badrul mula membandingkan antara Haniah dan Maria.

“Ooo,sekarang baru U tahu nak sebut nama ex-wife U?Dulu,benci la konon.I masih muda Badrul,I masih ada hak nak enjoy,”Maria sudah berani bersuara.

Dato’ Badrul sedikit sebanyak tercabar dengan kata-kata Maria.

“U diam.Sepanjang perkahwinan kita pernah U hormat I?Pernah U panggil I dengan panggilan seorang suami?U just call my name,”Dato’ Badrul mengungkit.Maria semakin bosan.

“U nak cakap pasal hak U je?Kalau U dah rasa bosan dengan I,ceraikan je I.I pun dah bosan hidup dengan U,”Maria terus melangklah menaiki tangga ke tingkat atas.

“U jangan cabar I,Maria,”Dato’ Badrul berteriak.

Hatinya benar-benar geram.Fikirannya berkecamuk.Dia diburu sesalan menceraikan Haniah dan menerima Maria dalam hidupnya.Kenapa dia sanggup melempar permata yang sudah dimilikinya dahulu?

Rukinah yang berada di dapur hampir menitiskan air mata mendengar pertelingkahan Dato’ Badrul dan Maria.Sepanjang dia bekerja di situ,dia tidak pernah gembira setelah Dato’ Badrul mengahwini Maria.Setiap hari ada sahaja kelakuannya yang menimbulkan kemarahan Maria.Pernah Maria menghalaunya keluar dari rumah itu.Namun Dato’ Badrul menghalang.Kalau diikutkan hati dia memang mahu keluar dari rumah itu,namun apabila terkenangkan Dato’ Badrul yang banyak berjasa kepadanya,hasratnya itu dilupakan sahaja.

8

Alia sibuk mengemas rumah yang disewanya tiga tahun lalu.Alia kini bekerja sebagai Kaunselor di sebuah rumah anak yatim di Kuala Terengganu,Raudhatus Sakinah.

“Assalamualaikum.”

Alia berhenti mengemas apabila terdengar suara orang memberi salam di pintu pagar rumahnya.Alia mengamati wajah wanita yang tersenyum di hadapannya.

“Atisya!!!!”Alia menjerit kegirangan.

Pantas dia berlari membuka pintu pagar untuk Atisya.

“Aku ingat orang jualan langsung tadi,”Alia bergurau.

“Oit,melampau ko eh.Rupa aku ni ada rupa orang jualan langsung ke?”Atisya bersuara seolah-olah berjauh hati.

“Ala!Gurau je la…Masuk la.Bila ko sampai?”Alia mengajak Atisya ke dalam rumah.Rindu dia pada Atisya setelah tiga tahun Atisya mengajar di Sabah,mereka tidak pernah berjumpa.

“Bulan lepas,”Atisya duduk di atas sofa.Matanya memerhati sekeliling ruang di dalam rumah Alia.

“Aik!Lama dah?Ko buat apa kat sini?”Alia hairan.Sengaja Atisya tidak memaklumkan tentang pekerjaannnya di Kuala Terengganu.

“Ni la aku nak bagi tau…Aku ingat nak surprise la kat ko.Tapi sebulan ni aku sibuk betul.Aku megajar kat sini..Kat UMT,”Atisya bercerita panjang.Alia terlopong mendengar.

“Huh!Sampai hati ko tak bagitahu aku.At least telefon la.Ko datang naik apa?”

Atisya berdiam agak lama.

“Fairuz hantar.”

Alia tergamam.Biar betul?

“Ye ke ko ni?Macam mana pulak dia boleh hantar ko?Ko ada apa-apa lagi ke ngan dia?”bertubi-tubi soalan diajukan oleh Alia.Beria benar dia hendak tahu bagaimana Fairuz boleh menghantar Atisya sehingga ke Kuala Terengganu.

“Ish!Tak de ape-ape la…Kebetulan dia kena pergi tengok projek gas dekat Dungun tu.Dia offer nak hantar aku,”Atisya bercerita.Alia mengangguk-angguk.

“Eh!Aku dahaga ni tau…Hulur la air kat aku.Apa punya kawan daa,”Atisya memegang lehernya.Alia tersenyum.

“Ko ni tak berubah dari dulu tau.”

Alia bingkas menuju ke dapur diekori Atisya.

“Ko duduk kat mana sekarang?’Alia menuang dua gelas fresh orange.

“Dekat Gong Badak.Dekat dengan UMT.Senang sikit.”

Atisya menyambut fresh orange yang dihulur kepadanya.Mereka berjalan ke ruang tamu menyambung perbualan.

“Ko dah beli kereta?”Alia bertanya sambil menghidang sepiring maruku.

“Belum.Tunggu la…Kumpul duit dulu.”

Atisya menghirup fresh oren membasahkan tekaknya yang kekeringan.Puas juga dia mencari rumah Alia.Nasib baik dia tidak tersesat jauh.

“Erm…Ko nak ikut aku tak?”Alia tersenyum memandang Atisya.

“Pergi mana?”Atisya mengerutkan dahinya.

“Pergi makan kat tempat special…amacam?Nak tak?,”Alia mengangkat-angkat keningnya.

Atisya diam sejenak.Kalau pulang ke rumah pun tiada apa yang hendak dilakukan.

“Bole gak…jom!Aku kalau orang nak belanja tak de masalah.”

Atisya bersetuju.

Dari jauh papan tanda sebuah restoran tepi laut yang agak besar kelihatan,Datang Sokmo.Ramai juga pelanggan di waktu tengah hari tersebut.Atisya mengekori Alia menuju ke restoran tersebut.Sebulan dia di situ belum pernah dia ke restoran itu.

“Hai kak!Berdua hari ni?”tegur pelayan yang mengambil pesanan.

Alia tersenyum.Dia sering ke restoran tersebut.Restoran makanan laut.Kalau Aizad datang melawatnya di Kuala Terenggganu pun mereka sering ke situ malah hubungannya dengan pekerja di situ agak baik.

“Biasa la,dik.Kawan lama.Adik bagi siput tarik yang special kat akak ni.Lepas tu bagi Tom Yam,sup isi ketam dengan jagung dan udang goreng bertepung,”lancar Alia memesan pesanan.

Atisya yang mendengar agak risau.

“Eh!Banyak tu…Larat ke nak habiskan?”Atisya bersuara..

“Ala..Tak banyak mana la…Air watermelon juice 2 k,”Alia menyambung pesanannya.Pelayan lelaki tersebut tersenyum sebelum melangkah ke dapur.

“Ko tau,Isya.Restoran ni pemilik dia bekas penghuni rumah anak yatim yang aku kerja sekarang.Dia dua beradik kat situ dulu,”Alia rancak bercerita.

Dia berhenti apabila pelayan datang menghantar air sejuk dan kacang sementara menunggu makanan yang dipesan sampai.

“Dah lama la ye rumah anak yatim yang kau kerja tu,”Atisya cuba mengagak.

“Lama jugak la…Budak-budak kat situ antara 5 bulan sampai 21 tahun.Kebanyakkan mereka keluar bawa kehidupan sendiri selepas SPM,”Alia terus bercerita tentang tempat kerjanya.

Alia memang menyukai kanak-kanak sehingga mendorongnya mengambil jurusan Psikologi di UM.Dia ingin mendekati kanak-kanak.

“Ooo..Ko kenal la tauke kedai ni?”Atisya bertanya.

“Kenal jugak la.Selalu dia ke sana,adik dia pun selalu ke sana.Adik dia tengah belajar lagi.Ambil medic tau,hensem pulak tu,”Alia mencuit lengan Atisya sambil tersengih-sengih.

“Hoi2!Ingat sikit awak tu dah berpunya…Mana nak campak Aizad tu,”Atisya mengingatkan.Alia terdiam.

“Orang nak kenen untuk dia.Aku setia tau dengan Aizad tu.Ko tu je yang keras hati ngat.Jadi anak dara tua baru tau.”

Alia menjeling Atisya.Ketawa Atisya mendengarnya.Baginya tidak perlu Alia berusaha mencarikan jodoh untuknya.Dia sendiri belum sudi menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.Dia yakin jodoh telah ditetapkan Tuhan.Siapa,bila dan di mana mereka akan bertemu sahaja yang belum diketahui.

“Eh!Macam mana nak makan siput ni?”Atisya berusaha mencari isi siput untuk mengeluarkannya.Ketawa Alia melihat telatah Atisya.

“Meh sini aku ajar.Dulu aku pun tak tau,tapi Aizad ajar aku tau.”

Alia mengambil seketul siput dan menarik isinya menggunakan garpu kecil dua mata yang diberikan.Atisya berusaha akhirnya berjaya juga.

“Fuh!Nak makan pun susah,”Atisya mengeluh.

“Ala,mula-mula memang la…Lepas ni tak cukup tau.”

Alia pantas menarik siput yang dihidangkan.Atisya lebih suka menghirup sup isi ketam.Sedap juga masakan di sini fikirnya.Boleh la dia ke sini apabila Azmira datang ke rumahnya nanti.

“Jadi tak ikut aku lepas ni pergi rumah anak yatim tu?”Alia bertanya.

Tom yam di dalam mangkuknya hampir separuh dimakan.

“Kalau aku tak ikut aku nak balik denagn apa?Jalan kaki?”Atisya mengingatkan.

Alia tersenyum.

“Alamak!Sori,lupa lak ko datang ngan aku tadi,”Alia menepuk dahinya.

“Lagipun aku kan suka main dengan budak-budak.Boleh release tension sikit.”

“Ko kerja teruk ke?”Alia bertanya

“Tak de la…Aku just nak cari idea for teater untuk Universiti tu nanti.’

Atisya mengambil buah tembikai sebagai pencuci mulut.

“Ko ni dari sekolah,bawak ke universiti sampai dah kerja minat betul dengan teater ni yek?”

Alia mengimbau kembali zaman dulu-dulu.Atisya memang aktif dalam bidang seni.Sebut sahaja nyanyian,drama,pentomen,semua dia pernah menyertai.

“Dah diorang suruh aku jadi salah seorang jurulatih teater kat sana,kena la buat,”Atisya tidak merungut.Dia sendiri meminati bidang itu malah jika tidak disuruh pun,dia akan menawarkan diri menjadi jurulatih teater di situ.

“Diari biru ada lagi?”Alia bertanya.

Dia masih ingat diari biru yang sentiasa menjadi peneman Atisya semasa di sekolah dahulu.Atisya jarang bercerita.Segala perasaanya diluahkan di dalam diari itu.

“Ada.Tapi sekarang warna maroon pulak.”

Serentak ketawa mereka berderai.Selesai makan Alia membawa Atisya berjalan di tepi pantai berhampiran restoran tersebut sebelum ke rumah anak yatim Raudhatus Sakinah.

9

Pemandangan sawah padi yang masih menghijau menghias panorama di Kampung Sungai Dua,Pulau Pinang.Beberapa ekor bangau sedang bertenggek diatas kerbau yang sedang berkubang.Rumah batu tepi bendang agak sunyi.Sesekali kedengaran batuk-batuk kecil dari dalam rumah.Mak Cik Sofea mengurut-ngurut dadanya yang terasa sempit.Sudah seminggu dia menghidap batuk dan selesema.Kadang-kadang dia diserang demam.Alia baru bulan lepas pulang ke kampung dan mungkin akan pulang pada hari raya puasa dua bulan lagi.Mujur Izzat ada pulang ke rumah bercuti.Izzat yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat perkapalan hanya akan berada di rumah 6 bulan.6 bulan selebihnya dia akan belayar sehingga ke luar negara.Gaji yang diterimanya cukup lumayan.

“Mak nak air mak.”

Izzat duduk di hadapan Mak Cik Sofea yang sedang melenyek pisang untuk dibuat cucur sambil menghulurkan segelas air pada ibunya.Direnungnya wajah tua yang telah menyara dirinya dan Alia seorang diri tanpa pernah mengeluh.Pemergian Pak Cik Suib ketika Izzat berusia 14 tahun sedikitpun tidak menggugat semangatnya untuk meneruskan hidup membesarkan anak-anak sehingga ke menara gading.

“Erm…Berapa lama lagi hang cuti?”

Mak Cik Sofea meneguk air suam perlahan-lahan.Berdehem suaranya berkali-kali menahan perit di kerongkong.

“Lama lagi…Jat baru cuti dua bulan…Mak ni macam tak suka pulak Jat balik.”

Izzat tersenyum sumbing cuba bergurau dengan Mak Cik Sofea walhal dia tahu ibunya sekadar bertanya.

“Ke situ pulak…Mak bukan apa..Mak kalau buleh nak pi tengok adik hang,Alia kat Terengganu tu…Mak pun bukan biasa pi belah-belah sana tu,”Mak Cik Sofea bersuara sambil pandangannya dilemparkan ke luar pintu dapur yang terbuka luas menampakkan sawah padi yang menghijau terbentang luas.

“Ala…Awat mak tak habaq awai-awai kat Jat..Besok pun Jat buleh bawak mak pi Terengganu,”Izzat berseloroh.Suka dia melihat senyuman di wajah ibu kesayangannya.

“Hang ni suka betui buat lawak…Mak rindu nak jumpa dia..Semalam dia talipon habaq Atisya pun ada kat Terengganu la ni..Jadi pensyarah.”

Mak Cik Sofea menjeling pada Izzat.Air muka Izzat berubah apabila nama Atisya disebut.

“Sungguh ka mak?Buleh pi tengok dia sekali,”Izzat cuba menahan perasaannya.

“Hang nak pi tengok Alia ka nak pi tengok Atisya?”

Sekali lagi Mak Cik Sofea cuba menguji Izzat.Dia tahu anak terunanya itu telah jatuh hati pada Atisya.Dari gerak geri dia melayan Atisya ketika Atisya datang ke rumah dia sudah dapat membaca perasaan anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari itu.

“Ish mak ni…Ada pulak..Tapi kalau betui pun apa salahnya kan mak?”Izzat tersengih macam kerang busuk kemudian berlalu masuk ke dalam bilik meninggalkan Mak Cik Sofea di dapur.

Sekeping gambar yang cantik dibingkai diambil dari dalam almari.Gambar Atisya berbaju kurung ungu yang diambil dari album Alia.Masih dia ingat betapa bisingnya Alia mencari gambar tersebut.

“Abang ada ambil tak?”

Alia merapati Izzat.Izzat hanya buat tidak tahu.

“Mana ada abang ambik.Abang nak buat apa pun kalau abang ambik,”Izzat mengurut dagunya yang berjanggut nipis.Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa dia rasa hendak ketawa melihat telatah Alia.

“Cuci lain la Alia…,”Mak Cik Sofea cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku.Alia terus meluru keluar mendapatkan basikal menuju ke kedai gambar Jusuh dengan negative di tangan.Dia tahu Izzat ada mengambil gambar itu tetapi dia sendiri tidak tahu tujuan Izzat.

Izzat tersenyum sendiri sambil menatap gambar Atisya yang manis bertudung putih dipadankan dengan bunga pada baju kurungnya.Gambar itu diambil semasa Atisya berhari raya di rumahnya semasa Alia dan Atisya berumur 17 tahun.

“Atisya!”

Izzat bertutur pelahan.Dia sendiri tidak pasti sejak bila dia mula meminati Atisya tetapi yang pasti dia tidak memandang gadis lain selain Atisya.Atisya benar-benar telah mengikat hatinya.Entah bila dia akan berterus-terang dia sendiri tidak tahu.Berani atau tidak.Adakah Atisya akan menerima dirinya?Atau hubungan Izzat dan Atisya hanya sekadar abang kepada seorang sahabat.

“Jat..Mai keluaq makan cekodok ni…Dok buat apa tak tau dalam bilik tu..Tidoq ka?”

Mak Cik Sofea mengetuk pintu bilik Izzat bertalu-talu.Kelam-kabut Izzat bangun dan membetulkan lilitan kain pelikat yang dipakainya.Cepat-cepat disimpan gambar Atisya ke dalam almari bimbang dilihat oleh Mak Cik Sofea.Izzat kemudian keluar sambil tersenyum.

“Amboi!Sedapnya bau cekodok mak ni…Mesti sedap,”Izzat memuji.

Hairan Mak Cik Sofea dengan gelagat Izzat.Macam tak pernah je dia masak cekodok sepanjang Izzat balik ni padahal setiap petang itulah yang dibuatnya.Izzat cukup suka makan cekodok pisang.

10

Azmira menunggu Ridhuan di luar bilik Dr.Sofian.Ridhuan ingin bertanya tentang markah ujiannya tempoh hari,Azmira malas untuk turut serta.Azmira jarang ingin berjumpa dengan pensyarah,dia lebih suka bertanya pada senior atau rakan-rakan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.Jika benar-benar terdesak atau persoalan yang dialaminya tiada penyelesaian baru dia akan menjejakkan kaki di bilik pensyarah.

Pandangan Azmira berhenti pada seorang pemuda.Dia kenal benar pemuda berbaju kemeja krim itu.Hati Azmira semakin berdebar-debar apabila pemuda itu bakal melalui koridor yang sama tempat dia berdiri.

“Hai!”pemuda itu menegur Azmira sambil tersenyum.

“Hai!Tak de kelas ke?”Azmira bertanya.Berdirinya dirasakan sudah tidak stabil lagi.

“Erm…Baru habis..Nak pergi latihan teater for IPTA pulak…Tunggu siapa?”Haikal bertanya.

“Kawan…Dia jumpa Doktor jap…Rajin ye berteater dah nak final ni,”Azmira hairan.Kebanyakkan pelajar tahun akhir jurusan perubatan tiada masa untuk aktiviti lain tetapi Haikal lain.

“Bole la..Pegang watak biasa je..Dulu boleh la jadi hero…hehe,”Haikal tersenyum ramah menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.Azmira turut tersenyum.

“Ok la…Abang pergi dulu…Gud luck study,”Haikal berlalu sambil diperhatikan oleh Azmira.Azmira tersenyum seorang diri melayan perasaan.

“Hoi!Apa hal ni senyum sorang-sorang,”Ridhuan yang baru muncul menegur.Air muka Azmira serta merta berubah akibat malu dengan kelakuan sendiri.

“Tak de ape-ape…Jom,”Azmira berjalan mendahului Ridhuan.Hairan Ridhuan melihatnya.

Atisya membaca semula skrip dan jalan cerita untuk teater yang bakal dipersembahkan pada Pertandingan Teater IPTA sempena Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia 2 minggu lagi.Pelajar-pelajar terlibat sudah bersiap sedia dengan kostum masing-masing.Teater ‘Air mata Ibu’ cukup menyentuh hati Atisya.Dia sendiri pernah mengalami peristiwa kehilangan ibu tersayang yang menderita kerana ditinggalkan suami.

“Cik,boleh start dah,”Razif mendapatkan Atisya setelah segala persiapan siap diatur.

Atisya tersenyum.Walaupun dia baru di universiti itu namun sikap ramah para pelajar membuatkan dia mesra dan tidak kekok.

“Okey,ambil feel masing-masing…We start now,”

Atisya mengambil tempat duduk di bawah pentas menyaksikan persembahan para pelajarnya.Hampir sebulan lebih mereka menjalani latihan di Mini Teater UMT dan bagi Atisya tiada masalah besar yang dihadapi kerana semua pelajar memberikan komitmen yang baik.

11

Perkarangan Hotel Renaissance agak sibuk.Majlis makan malam Astaka Holdings Sdn. Bhd. akan berlangsung beberapa minit sahaja lagi.Semua pekerja sedang menanti kedatangan Dato’ Badrul dan isterinya,Datin Maria.Makan malam diadakan sempena meraikan kejayaan mendapatkan projek terbesar di Shah Alam.

“Awak nak pergi ke tak nak?Apa pulak kata orang nanti.”

Dato’ Badrul sudah bersedia di hapan pintu rumah.Maria masih berpakaian singlet dan seluar paras lutut.Dia ada temujanji dengan Danial.Sengaja dia tak mahu mengikut Dato’ Badrul.

“Tak nak la…Rasa tak sihat…Nanti ramai orang I pening pulak…U pergi la…,”Maria mencipta alasan.

Dato’ Badrul malas hendak melayan karenah Maria.Dia tidak mahu pekerja-pekerjanya menunggu lebih lama.

“Hai Dato’,sorang je?”seorang ahli perniagaan menegur Dato’ Badrul dengan pandangan sinis.Dato’ Badrul hanya tersenyum kelat.

“Orang rumah tak berapa sihat,”Dato’ Badrul bersuara.

“Tak sihat ke ada temujanji lain,”

Merona merah wajah Dato’ Badrul apabila lelaki yang agak seusia dengannya itu berkata demikian.Dia sudah banyak mendengar cerita buruk Maria tetapi tidak pernah lagi sesiapa yang berani bergurau dengannya secara terang-terangan.

“Excuse me?Do I know U?”Dato’ Badrul ingin tahu lelaki yang seakan-akan mengejek dirinya itu.

“Well…I’m Ruslan..Tan Sri Ruslan…CEO Berjaya Holding…Syarikat yang kalah merebut projek besar ni dengan U…But it’s ok…I’ll get it soon,”Tan Sri Ruslan berlalu dengan bongkak.Terpancar dendam di wajahnya.

Maria masuk ke bilik Dato’ Badrul di Astaka holding.Sebagai isteri Dato’ Badrul dia tidak perlu kebenaran seseiapa untuk memasuki bilik Dato’ Badrul walaupun pada waktu malam.

“U nak fail yang mana?”Maria berhubung dengan Danial melalui handset.Danial menunggunya di luar syarikat.Danial bukan bodoh.Dia tahu kehilangan fail projek empangan di Shah Alam itu akan tersebar luas dan dia tidak mahu sesiapa pun melihatnya berada di luar bangunan Astaka Holding pada malam itu.

“Fail Empangan Bukit Cerakah Shah alam…The latest one,”Danial memberi arahan.Bodoh betul Maria,sanggup mengkhianati suami sendiri demi kekayaan yang tak pernah puas baginya.

“I dah dapat…,”Maria tersenyum sebaik membuka pintu kereta Danial.Danial tersenyum puas.Beberapa minggu sahaja lagi Astaka Holding akan jatuh dan Maria akan menjadi miliknya.

Dato’ Badrul pulang pada jam 11.00 malam.Rukinah menyambut kepulangan Dato’ Badrul dengan senyuman.

“Maria mana?Dah sihat dah dia?”Dato' Badrul bertanya.

Rukinah terdiam agak lama.Dia tahu Maria keluar dengan Danial tapi Maria dah awal-awal mengingatkan supaya jangan menberitahu Dato’ Badrul.

“Datin keluar,Dato’,”Rukinah menjawab jujur.

Dato’ Badrul hairan.Berkerut dahinya kerana setahunya Maria tidak berapa sihat semasa dia keluar tadi.

“Keluar?Dengan siapa?”

Belum pun sempat Rukinah menjawab pertanyaan Dato’ Badrul, Maria muncul di hadapan pintu.Wajahnya pucat apabila ternampak Dato’ Badrul,fikirnya Dato’ Badrul akan pulang lewat malam seperti selalu.

“U ke mana?Kata tak sihat.”

Rukinah berlalu masuk ke dalam biliknya.Dia tidak mahu campur urusan tuan rumahnya.Dato’ Badrul merenung tajam ke arah Maria.

“I ke klinik.Nak harapkan U…Jangan haraplah,”Maria cuba melawan menyalahkan Dato’ Badrul.

“I tanya U kate sikit je.U pergi dengan siapa?”Dato’ Badrul mula mengesyaki sesuatu.Pelbagai cerita didengarnya semasa makan malam tadi.Ramai yang memandang sinis padanya apabila dia hadir seorang diri ke majlis yang cukup bermakna itu.

“I pergi dengan siapa apa U peduli.I letih,I nak tido,”Maria bergegas ke atas.

Dato’ Badrul hanya memerhati dengan pandangan geram.Kesabarannya semakin diuji oleh Maria.

Giliran Dato’ Badrul benar-benar runsing.Semasa di majlis makan malam tadi dia cukup tidak senang dengan pandangan Tan Sri Ruslan padanya.Pandangan Tan Sri Ruslan seolah-olah mengugutnya bahawa ada sesuatu yang akan berlaku pada dirinya dan syarikatnya.

Danial keluar dari kereta Ferrari merahnya menuju ke sebuah bilik di Hotel Renaissance.Dia terus ke bilik eksekutif di tingkat 5.Pintu dibuka sejurus selepas loceng ditekan.Muncul seorang lelaki berusia dalam lingkunga 50-an.

“Hallo young man?Amacam?”Tan Sri Ruslan bertanya.Dia menuang wain ke dalam gelas dan diberikan pada Danial.

“It’s me.Tan sri.Danial…U know me,”Danial mengeluarkan sampul surat bersaiz A4.Tan Sri Ruslan tersenyum puas.

“Good job…I akan pastikan Dato’ Badrul tu lingkup.”

Tan Sri Ruslan membelek-belek dokumen di hadapannya.Segala maklumat terbaru projek empangan di Shah Alam berada di tangannya beserta dokumen-dokumen penting milik Astaka Holding.Danial tersenyum apabila cek RM 5000 dihulurkan oleh Tan Sri Ruslan.

“Don’t tell anybody termasuk your father…Your father tu baik sangat…Cepat mengalah…Rugi kalau orang bisnes ni terlalu baik,”Tan Sri Ruslan menepuk-nepuk bahu Danial.Dia tahu hubungan Danial dan bapanya,Dato’ Zailan tidak begitu baik.Tan Sri kenal Danial,seorang anak muda yang tamak.Dato’ Zailan pula seorang yang tegas dan tidak akan memberi kesenangan pada Danial tanpa sebarang usaha.Tan Sri menggunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan Astaka holding kerana dia tahu Danial dan Maria mempunyai hubungan sulit.

12

Atisya menghirup udara segar di tepi pantai berhampiran Restoran Datang Sokmo.Dia berjanji dengan Alia untuk berjumpa di situ.Alia memberitahunya bahawa dia ada sesuatu yang ingin diberitahu.

“Hello!Ko dekat mana?”Alia menghubungi Atisya.

“Kat tepi pantai.Ko dah sampai ke?”Atisya bertanya.Pandangannya dilemparkan ke arah restoran yang tidak jauh darinya.

“Aku dah ada kat restoran ni.Datang cepat.Ada surprise,”Alia bersuara girang.

Atisya terkocoh-kocoh menuju ke restoran.Tidak sabar rasanya untuk tahu kejutan yang dimaksudkan oleh Alia.

“Hai,surprise!”Alia bersuara sebaik ternampak Atisya di pintu restoran.

Mak Cik Sofea dan Izzat berada di belakangnya.Atisya bersalam dengan Mak cik Sofea diperhatikan oleh Izzat.Izzat agak terpaku sejenak melihat Atisya yang sudah beberapa tahun tidak ditemuinya,namun gadis itu sentiasa dekat di hatinya.

“Abang!”Alia menyedarkan Izzat yang lama berdiri memandang Atisya.Merah muka Atisya apabila dipandang sebegitu.

“Eh!Errr..Hai Atisya…Nak panggil Atisya ke Cik Atisya?Ye la kan sekarang dah jadi pensyarah,,”Izzat cuba bergurau menyembunyikan perasaan di hatinya.

“Abang Izzat ni ada-ada je la…Panggil macam dulu la…Atisya,”Atisya ketawa kecil mendengar jenaka Izzat.Alia dan Mak Cik Sofea berpandangan penuh makna.

“Jom la duduk,”Alia mengajak ke sebuah meja.

Dari jauh seorang pemuda memerhatikan mereka.Pandangannya lebih tertumpu pada Atisya.

“Hai!Lama menung?Pergi la ambik order…Kalau nak kenalan amik biodata sekali,”Nazmi mengusik Haikal yang dari tadi berdiri di kaunter pembayaran merenung Atisya.

“Apa la abang ni…Tengok pun salah ke?”Haikal melangkah menuju ke meja bernombor 12 itu.

“Assalamualaikum,Cik Alia.Lama tak nampak,”ramah Haikal menegur Alia.

Dia kenal Alia yang bekerja di Raudhatus Sakinah,tempat dia menumpang kasih selepas kehilangan kedua ibu dan bapanya.

“Wa’alaikumussalam…Sejak bila formal ngan saya ni…Awak tu yang lama tak de kat sini…sibuk ke?”Alia bertanya.Izzat dan Mak cik Sofea membaca menu yang diletakkan oleh Haikal.

“Tak de la sangat,”Haikal tersenyum.Mesra pelanggan la katakan.

“Oh ye!This my family,my mom,Mak Cik Sofea and my brother,Izzat.”

Alia memperkenalkan ahli keluarganya.Izzat bersalam mesra dengan Haikal.Haikal bersalam dan menundukkan sedikit kepalanya.

“Yang cantik manis ni my bestfriend,Atisya.”

Alia memegang bahu Atisya.Atisya hanya tersenyum tawar,tak senang dengan gelaran yang diberi oleh Alia.Izzat sedikit tercabar apabila melihat Haikal memandang Atisya dengan pandangan yang lain.

“Hai…Haikal,”Haikal menundukkan kepalanya.

“Ok la..Order la apa-apa yang berkenan.”

Haikal bersedia dengan pen dan kertas di tangan.Begitulah rutinnya setiap kali pulang bercuti ke Terengganu.Dia akan membantu Nazmi di restoran lebih-lebih lagi Norin,kakak iparnya sedang berada di kampung selepas melahirkan anak sulung.

Izzat memandang ke arah Atisya memerhatikan gadis tersebut dan kemudian pada Haikal.Tiba-tiba hatinya dilanda cemburu.

“Dah dapat biodata?”Nazmi mengusik Haikal.

“Biodata tak dapat tapi dapat nama…Hehe,”Haikal tersengeh dan terus ke dapur menghantar pesanan pada tukang masak di dapur.Nazmi mengangkat tangan pada Alia yang perasan apabila dipandang olehnya sebentar tadi.

“Lepas ni ikut Alia pergi Raudhatus Sakinah…Boleh mak ngan abang Izzat tengok budak-budak kat sana…Kenal-kawan dengan kawan Alia,”Alia bersuara sambil menghirup sup isi ketam.

“Boleh jugak…,”Mak Cik Sofea meneguk segelas air masak.Semakin lanjut umurnya tidak selera untuk minum air yang manis-manis.

“Atisya jom la pergi sekali,”Izzat mempelawa.

Tidak puas dia bersama Atisya kalau hanya sekadar bertemu di restoran itu.Alia mula memandang pelik pada Izzat,pandangan mengejek.

“Apa kena Alia ni?”Izzat menendang kaki Alia di bawah meja.Alia mengaduh dan kemudian ketawa kecil.

“Tak pe la.Atisya nak balik kot lepas ni.Malam ni ada latihan teater di kampus,”Atisya mengemukakan alasan.

Entah mengapa dia berasa tidak betah untuk lama-lama bersama Alia dan Izzat.

“Jom la,Isya.Aiman tu asyik sebut nama ko je tau.Budak-budak kat situ rindu kat ko,”Alia menggunakan kanak-kanak di Raudhatus Sakinah sebagai alasan untuk mengajak Atisya bersama-sama ke Raudhatus Sakinah.Atisya berdiam agak lama.

“Erm,,,Bole la.Tapi kejap je tau,”Atisya mengingatkan.

Izzat memerhati Atisya.Dah la cantik.baik pulak dengan budak-budak.Atisya betul-betul menepati cita rasanya untuk menjadi suri di hatinya.

13

Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam semakin penuh dengan penonton dan peserta-peserta yang terlibat dengan pertandingan Teater MAKUM .Atisya yang berada di belakang pentas tidak putus-putus berdoa semoga segalanya berjalan lancar.Pasukan teater dari Universiti lain tidak kurang hebatnya.Melihat pada kostum yang dipakai sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya persembahan mereka.

“Lepas dah berusaha yang penting tawakal,”terngiang-ngiang kata-kata arwah ibunya di telinga Atisya.Kata-kata itu sentiasa menjadi pegangan Atisya ke mana sahaja dia pergi.

“Cik,kitorang dah ready ni…Tapi nervous la,”Zuraini,salah seorang pelajar yang menyertai pertandingan malam itu merapati Atisya.Gadis Tahun 1 Jurusan Sains Biologi itu manis memakai kostunm seorang gadis kampung elok berkain batik dan berbaju kurung kedah.

“Rilek la…Semua dah ready?Kita dah usaha,doa banyak-banyak then tawakal,”nasihat Atisya kepada pelajar-pelajarnya.

Di satu sudut yang lain,

“Eh,kain pelikat ko mane?”Rosyam menegur Haikal yang masih belum siap sepenuhnya.

“Aku rasa debar-debar la…Macam ada something je,nyesal lak aku tak balik kampung tengok akak aku bersalin,”Haikal bersuara dan mukanya nampak risau.

“Ari tu dah balik kan?”Rosyam mengemaskan lipatan sampin yang dipakainya.

”Tapi tak jumpa akak ipar aku ngan anak die...Nervous la...Semacam je nih,”Haikal mengusap-ngusap lengannya.

“Ala…Perasaan ko je tu…bese la tu…Ala jadik orang kampung jek,”Rosyam cuba menenangkan perasaan Haikal.

“Buat betul-betul Haikal…Ni la last tau kita jadik student…Umur dah 27 pun kire student la kan…huhu,”Rosyam tergelak besar.Haikal turut tersenyum.

Atisya memerhatikan persembahan pelajarnya di kerusi pling hadapan. Baginya tiada apa yang cacat,semuanya berjalan lancar dan dia bersyukur.

“Haikal,cepat…UMT dah habis perform dah tu,”Rosyam bersedia di belakang pentas.Dia harus peka dengan masa kerana dia dan Haikal yang akan menentukan baik buruk persembahan mereka pada malam itu.

Sebaik berada di atas pentas Haikal tergamam.Degupan jantungnya semakin deras apabila terpandang wanita yang berada di kerusi paling hadapan.Atisya turut tergamam,mungkin dia pernah melihat lelaki itu tapi tidak berapa ingat.Atisya kemudian bingkas bangun menuju ke belakang pentas berjumpa dengan pelajar-pelajarnya.Rosyam memberi isyarat mata pada Haikal supaya lebih serius.

Mujur kelakuan Haikal tidak menganggu persembahan mereka pada malam itu.

“Ko pehal tadi?”Rosyam bertanya.Dia ingin tahu apa yang membuatkan rakannya itu tergamam sedemikian rupa.Haikal menggeleng.

“Tak de ape-ape la…,”Haikal menukar pakaiannya mengenakan sehelai t-shirt putih adidas dan seluar jeans hitam.Rosyam menggeleng kepalanya.Pelik dia dengan kelakuan Haikal pada malam itu.

Beberapa jam kemudian semua peserta sudah berada di bawah pentas untuk mendengar keputusan pertandingan.Haikal sibuk mencari kelibat Atisya.Dia pasti dia tidak salah orang.Dia ingin berbual dengan wanita itu.

“Awak dari UMT ke?”Haikal berbual dengan seorang pelajar lelaki di sebelahnya.

“Yup,abang dari mana?”ramah pelajar itu membalas.

“UIA,”ringkas Haikal menjawab.Sebenarnya dia ada persolalan lain.

“Ooo…Amik kos ape?”pelajar lelaki itu bertanya lagi.

“Medic…Final year,”Haikal tersenyum.Matanya sibuk mecari kelibat seseorang.

“Waa…Hebat abang ni ye,”kagum pelajar lelaki itu bersuara.

“Siapa pengiring awak?”Haikal cuba mengorek rahsia. Matanya melilau memandang sekeliling dewan.

“Cik Atisya…Dia lecturer baru tapi sporting habis,”pelajar itu memuji Atisya.Sememangnya dia tidak berbohong.Atisya memang disenangi oleh ramai pelajar di UMT.Walaupun dia orang baru di UMT,namun kerana Atisya seorang yang aktif dalam teater dan sukan,dia amat disenangi oleh ramai pelajar.

“Ooo…Dia ada datang ke?”Haikal cuba memastikan yang dia tidak tersilap pandang sebentar tadi.

“Ada…Tu ha,”pelajar lelaki itu menunjukkan jarinya pada Atisya yang duduk tidak jauh dari mereka.Haikal mamandang dengan penuh minat.

Keputusan pertandingan bakal diumumkan.Haikal berharap kejuaraan masih menjadi milik mereka.

“Ha?Biar betul,Karl?,”Rosyam menepuk bahu Haikal yang agak tergamam dengan pengumuman sebentar tadi.Mereka hanya mampu berada di tempat kedua.

“Johan Pertandingan Teater pada tahun ini….Universiti Malaysia Terengganu,”jelas kedengaran nama universiti yang baru menempa nama itu bergema dalam Dewan Seri Budiman.Atisya tersenyum girang.Segala usaha mereka berbaloi.

“Cik,Cik Atisya,”Haikal berlari keluar dari dewan.

Atisya berpaling.Hatinya tiba-tiba tak keruan melihat Haikal.

“Cam saya lagi?”Haikal bertanya.Nafasnya turun naik kerana penat mengejar Atisya sebentar tadi.

“Rasa macam pernah tengok..err…,”Atisya cuba mengingat.

“Haikal…Restoran Datang Sokmo Terengganu,”Haikal berusaha mengingatkan Atisya.

Atisya tersenyum dan mengangguk-angguk kepalanya.

“Saya ingat…Haikal…Join teater ke?”Atisya bertanya.

“Yup…But…Just for second place,”Haikal tersenyum seraya mengangkat bahunya.

“It’s ok…pengiring ke?Lecturer jugak?”Atisya bertanya.Dia terlupa yang Haikal turut berlakon sebentar tadi.

“Err…No…Student…,”Haikal seolah-olah malu untuk mengaku pelajar.Dengan usia setua itu baginya semua orang sudah bekerja dan mendirikan rumah tangga.

“Opss,sorry.Silap,”Atisya tersenyum malu.

“Its ok…Tahniah coz menang tadi,”Haikal melemparkan senyuman pada Atisya.Atisya membalas sambil meminta diri untuk pergi.Haikal hanya memerhati langkah Atisya dari belakang. Banyak yang ingin dibualkan namun untuk permulaan, itu sudah cukup untuk Haikal.

14

Dato’ Badrul hampir pengsan setelah mengetahui fail projek terbesar yang disimpan kemas di dalam peti besinya hilang.Semasa Dato’ Badrul melangkah ke dalam pejabat,2 orang pengawal memberitahunya.

“Mungkin kerja orang dalam sebab peti besi itu masih elok keadaannya,”salah seorang pengawal bercerita.

“Mana mungkin…Zaman sekarang ni macam-macam orang boleh buat…Siapa yang bertugas malam tadi?”Dato’ Badrul bertanya.Dahinya berkerut seribu.Mujur penyakit jantungnya tidak menyerang,jika tidak kecoh pulak satu pejabat.

“Err…Sulaiman kot…Nanti saya pergi pergi periksa buku pengawal,”Razali berlari keluar mendapatkan buku pengawal di tingkat bawah.

“Nah…RM1000…Ko diam je…Aku tau la nak buat ape.”

Razali menghulurkan wang yang diberi oleh Maria kepadanya untuk menutup mulut Sulaiman. Sulaiman hanya menurut perintah.Sulaiman,lelaki berumur lewat 50-an itu tidak mampu membantah.Dia bekerja di situ untuk mencari sesuap nasi bagi keluargnanya,tambahan pula apabila teringatkan anaknya yang menderita leukemia sejak lahir lagi.Demi wang dia rela bergolok gadai asalkan isteri dan 5 orang anaknya tidak putus makanan.

“Nanti kalau Dato’ tanya kau diam2 je…Kalo ko pandai-pandai jawab tau le Datin nak buat apa kat ko,”Razali mengeluarkan amaran keras.Sulaiman hanya mengangguk lemah.Siapalah dia dalam hal ini.

Sulaiman melangkah masuk ke bilik Dato’ Badrul.Hatinya gelisah.Memang dia yang bertugas malam tadi dan dia nampak Maria memasuki bilik Dato' Badrul.

“Awak bertugas semalam?”Dato’ Badrul bertanya.Air mukanya nampak tenang berbanding tadi.

“Ye..Err..ye Dato’”Sulaiman tergagap-gagap menjawab.

Peluh jantan memercik di dahinya.Untuk apa dia takut jika dia tidak melakukan kesalahan itu?Tapi kini dia menanggung dosa yang lebih besar iaitu bersubahat dengan Razali dan Maria.

“Awak ada nampak sesiapa masuk ke bilik saya?”Dato’ Badrul bersoal jawab lagi.Dia runsing memikirkan perkara itu.Setahunya dia tidak punya musuh dalam perniagaan.

“Err..Tak de Dato’…Tak de,”Sulaiman memandang lantai,takut dia bertentang mata dengan Dato’ Badrul,lelaki yang boleh dikatakan banyak membantunya sepanjang dia bekerja di situ.

Dato' Badrul termenung agak lama.Dia tidak mahu serkap jarang dalam hal sebegini.

“Tak pe la…awak boleh keluar,”Sulaiman pantas menuju ke pintu keluar.Dia diburu rasa bersalah yang amat sangat,dia tahu tindakannya ini salah namun siapa dia untuk bersuara dalam hal sebesar ini.

Telefon di atas meja Dato’ Badrul berdering.Lama Dato’ Badrul merenung telefon sebelum mengangkatnya.

“Hello!”Dato Badrul menjawab.Suaranya serak-serak basah.

“Dato Badrul…Saya dari Indah Industri…Kami nak tarik balik tawaran projek empangan dari Syarikat Dato’.Kami dapat tahu berlaku kecuaian menyebabkan fail projek yang kami serahkan hilang…Kami dah ada syarikat lain yang mampu mengambil alih projek itu…Terima kasih Dato’ Badrul dan maafkan saya…Saya hanya menurut perintah,”lelaki di hujung talian meletakkan gagang sebelum sempat Dato’ Badrul menjawab sepatah pun.

Dato’ Badrul tercengang.Dia bermuhasabah,di mana silapnya dia selama dia mendirikan syarikat ini.Setahu dia segala yang dilakukan tidak pernah melanggar undang-undang apa lagi syarak.Dato’ Badrul bingkas bangun.Dia ingin pulang. Fikirannya kusut tak menentu.

Kereta Dato’ Badrul diparkir di hadapan banglo yang tersergam indah.Rukinah dilihat sedang berbual-bual dengan tukang kebun.

Sebaik sahaja Dato’ Badrul melangkah masuk ke dalam rumah,dia terkejut melihat Maria dengan beg besar seolah-olah mahu meninggalkannya.

“Awak nak ke mana?”tanya Dato’ Badrul.Matanya memandang Maria tajam.

“I nak keluar…Bosan I duduk di rumah ni…U asyik kerja je…Bosan tau…Menyesal I kawin dengan U,”Maria merungut terus berlalu keluar dengan beg yang ditarik.Dato’ Badrul mengekori Maria dari belakang.Di saat-saat dia memerlukan sokongan mengapa perlu Maria meninggalkannya?Adakah dia telah tahu yang syarikatnya baru dilanda musibah.

“Tunggu.I tengah ada masalah U nak pergi macam tu je?Mana peranan U sebagai seorang isteri?Sepatutnya U beri sokongan pada I sekarang,”Dato’ Badrul sudah berdiri di tepi kereta Honda CRV yang diberi pada Maria.Maria membuka but keretanya tanpa mempedulikan Dato’ Badrul.

“U fikir selama ni U ada beri sokongan pada I ke?Sudahlah…I dah bosan…I nak U lepaskan I…,”kata-kata Maria bagaikan halilintar yang menyambar jantung Dato’ Badrul.

Dato’ Barul sudah tidak mampu berkata apa-apa.Tak tertanggung rasanya masalah di pejabat dan kini Maria yang mahu dia dilepaskan.Dato’ Badrul hanya mampu memerhatikan kereta Maria berlalu pergi.Apakah sudah tiba balasan Tuhan untuknya atas apa yang dilakukan pada Haniah?

“Abang…Abang..Bangun la,bang.Makan bubur ni dulu.Lepas ni abang makan ubat.”

Haniah menatang dulang berisi bubur ayam dan air masak.Dia kemudian membantu Dato’ Badrul untuk duduk.Sudah 2 hari Dato’ Badrul terlantar di dalam biliknya akibat serangan jantung yang tiba-tiba. Ketika itu dia di dalam bilik air.Susah payah Haniah memapahnya menuruni anak tangga untuk pergi ke hospital.

“Anak-anak mana?”Dato’ Badrul bertanya setelah tidak kedengaran suara sesiapa di luar.

“Semua dah ke sekolah…Isya tak balik petang ni,dia ada kelas tambahan…Dia pesan suruh abang makan ubat.”

Perlahan-lahan Haniah menyuap nasi ke mulut Dato’ Badrul.Kasihnya pada lelaki itu tidak pernah berkurang.Semakin hari dia berusaha menjadi isteri yang baik.Isteri yang menjaga segala makan pakai suami dan anak-anak.Namun dia tahu,segala-galanya seperti khayalan apabila dia disahkan menghidap barah payudara.Semangatnya hampir patah namun dengan kehadiran dua puterinya,Atisya dan Azmira dia semakin cekal.

“Tak nak dah?”Haniah bertanya apabila dilihat Dato’ Badrul menggeleng kepalanya beberapa kali.Sayu dia melihat suaminya itu terbaring dengan muka yang pucat.

“Nah…Abang makan ubat ni,lepas tu tidur,”Haniah menghulurkan beberapa biji pil dan segelas air suam.

Selesai menelan ubat Haniah bangun untuk ke dapur.

“Hani…,”suara Dato’ Badrul kedengaran lemah.Haniah berpaling.

“Ada apa bang?Abang nak apa-apa ke?”tanya Haniah lembut.Sedikitpun dia tidak merungut.Syurga berada di telapak kaki suami,dia tahu itu.

“Terima kasih…,”Dato’ Badrul merenung Haniah penuh kasih dan sayang.

Haniah kembali duduk di sisi suaminya.Dia merenung mata Dato’ Badrul yang sedikit sembab.

“Abang,Hani tak pernah rasa pun apa yang Hani buat abang kena ucap terima kasih.Tugas isteri di sisi suami walau apapun keadaannya.Hani dah janji pada abang Hani akan jadi isteri yang baik dan Hani tak akan langgar janji Hani pada abang,”Haniah bersuara perlahan.

Dato’ Badrul tersentak dari tidur. Kehadiran Haniah dalam mimpinya dirasakan seperti Haniah benar-benar ada bersamanya.

Sebak Dato’ Badrul teringtakan bait-bait ayat terakhir yang sering dituturkan Haniah sama seperti dalam mimpinya tadi. Namun seperti yang dikatakan oleh Atisya,Dato' Badrul seolah-olah tidak tahu menilai kaca dan permata.Dia sanggup meninggalkan Haniah di saat Haniah benar-benar memerlukan sokongan orang yang dikasihinya.

Dato’ Badrul cuba bangun untuk ke bilik air. Namun langkahnya bagai tak berdaya.Di saat itu dia ternampak Haniah sedang tersenyum menghulurkan tangan untuk membantunya bangun.Tangannya terkapai-kapai.

“Hani…,”tutur Dato’ Badrul sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.Rukinah dan Pak Mat membantu membawanya ke hospital

15

Atisya menyusun segala buku-buku yang berada di atas mejanya.Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Dia masih belum habis menanda kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar-pelajarnya.Persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan pun belum dibelinya.Malam nanti pengumuman puasa akan diumumkan.Entah esok puasa atau tidak dia sendiri tidak dapat mengagak.

Telefon bimbitnya berdering.Melalui nada dering dia tahu panggilan dari ahli keluarganya.

“Assalamualaikum,”suara opah kedengaran di hujung talian.Hilang rasa rindu Atisya pada Fatimah.

“Wa’alaikumussalam…Opah apa khabar?Semua sihat?”Atisya bertanya.

“Opah sihat…Kamu sihat?,”suara Fatimah bagai tersekat-sekat seperti ada sesuatu yang ingin diberitahu.

“Sihat,opah.Opah rindu kat Isya ke?Tibe-tibe je telefon,”Atisya cuba bergurau namun gurauannya seperti tidak bersambut.

“Isya…papa kamu sakit…Dia di hospital sekarang.”

Atisya tergamam. Lelaki yang telah lama tidak dihubunginya itu sakit?Teruk sangatkah sehingga opah menelefonnya.Ke mana pergi isterinya yang amat disayanginya dulu?

“Teruk sangat ke opah?”Atisya bertanya.Suaranya mendatar.

“Teruk jugak…Dia tak sedar sejak dari pagi tadi.Opah ada di Kuala Lumpur sekarang.Pak Su kamu jemput di kampung tadi.Kamu tak mahu balik ke?”Fatimah bertanya.

Dia tahu Atisya masih marah namun sebesar mana kesalahan yang dilakukan pun,Dato' Badrul tetap bapanya.

“Tengoklah,opah.Kalau tiada aral melintang Atisya pergi KL jenguk papa,”Atisya sebak.

Dia benci pada lelaki itu.Namun pesanan arwah ibunya sentiasa mencairkan perasaan itu.

“Kalau kamu nak datang bagitahu opah,”Fatimah sudah mematikan talian.Atisya termenung sendirian.

“Jom la, Mira. Jangan diturutkan hati tu. Ingat pesan mama, seburuk-buruk pun dia tetap papa kita,”Atisya memujuk Azmira untuk bersama-sama ke Kuala lumpur menjenguk Dato’ Badrul.

“Tak naklah kak.Pergi pun buat sakit hati je tengok perempuan miang tu.Kakak ni pun baik sangat.Biar la perempuan tu je yang jaga papa.Mira sibuk…Mira sedang final exam,”Azmira berceloteh panjang.

Atisya sungguh tidak mengerti.Azmira tidak nampak apa yang dilakukan Dato’ Badrul pada ibunya namun kebenciannya terhadap bapanya cukup tebal.Entah siapa yang menghasut fikirannya sehingga menjadi begitu.Mingkin kerana dia masih mentah ketika peristiwa itu berlaku.

“Mira…Mira jangan macam ni…Kita tengok kejap je…Boleh ye dik?”Atisya seolah-olah merayu.

“Tak nak lah kak.Mira sibuk,”Azmira berlalu masuk ke dalam rumah.Tergamam Atisya di luar rumah Azmira.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi.Atisya sudah keletihan.Pengumuman di radio ERA sebentar tadi menyatakan puasa akan bermula esok hari.Perutnya belum diisi dengan apa-apa sejak tengah hari tadi.Dia hanya makan nasi lemak untuk sarapan pagi.

“Assalamualaikum,”Atisya mengetuk pintu rumah Zaiman.

Mujur dia masih ingat kedudukan rumah Zaiman.Bukan mudah mencari rumah di Kuala Lumpur lebih-lebih lagi jika jarang datang ke sana.Kuala Lumpur bandar yang pesat membangun,sebulan tidak ke sana macam-macam perubahan telah berlaku.

“Isya…Baru sampai?Mira tak ikut?”Zaiman mengambil beg di tangan Atisya.

Atisya menggeleng untuk jawapan yang ditujukan oleh Zaiman.

“Dia marah lagi ke?”Zaiman bertanya.Dia duduk di sofa sementara Atisya sudah separuh berbaring di sofa sebelahnya.

“Entahlah,Pak Su…Darah muda,”Atisya mengeluh.

“Opah mana?Tok Wan ada sekali?”tanya Atisya sambil memandang ke tingkat atas.

“Ada…Tengah tidur.Risau betul dia lepas tahu papa kamu masuk hospital siang tadi.Terus Pak Su ke Perak ambil mereka,”Zaiman bercerita panjang.

“Pak Su…,”Atisya bersuara.Zaiman yang sedang membetulkan kain pelikatnya memandang Atisya.

“Kenapa?”Tanya Zaiman kehairanan.Kasihan dia melihat Atisya yang kepenatan memandu seorang diri dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Isya lapar la…Esok nak puasa…Tak de nasik ke?”Atisya memegang perutnya.Perutnya sudah mula dimasuki angin.

Zaiman tersenyum.Sempat pulak anak saudaranya itu bergurau awal-awal pagi ni.

“Lauk malam tadi ada lagi…Nanti Pak Su panaskan,”Zaiman bangun menuju ke dapur.Atisya mengekori dari belakang.

“Tu la,Pak Su.Kalau ada bini kan senang.Makan semua orang sedia.Ni Isya datang pun Pak Su yang kena layan.Rumah dah besar duduk sorang-sorang buat apa Pak Su?”Atisya mula membebel.Dia memusing-musingkan badannya ke kiri dan kanan menghilangkan penat memandu selama 8 jam.

“Ni yang Pak Su malas kalau Isya balik ni.Asyik nak suruh Pak Su kawen je…Isya ingat kawen tu macam main masak-masak ke?”Zaiman bergurau.

Ayam masak merah yang berada di dalam pinggan dimasukkan ke dalam kuali yang sudah berasap.Atisya menelan liur menghidu bau masakn opahnya yang telah lama tidak dirasanya.

“Ala…Pak Su tu bukan tak de duit…Rupa pun ada…Saje je jual mahal…High taste la tu,”Atisya masih cuba mengapi-apikan Zaiman.

Zaiman membalik-balikkan ayam di dalam kuali.Sebentar kemudian api dipadamkan dan ayam masak merah terhidang di atas meja.

“Eleh…Pak Su tak de bini pun Pak Su bole hidup tau.Tengok Pak Su masak,”Zaiman menghulurkan pinggan pada Atisya.

“Eleh…Macam la Isya tak tahu opah yang masak…,”Atisya mencebik.

“Eh..Pak Su ada belajar jugak dari opah…Nak jadi suami yang baik bukan takat bagi nafkah je,kena jugak tolong-tolong isteri kat dapur,”Zaiman berceloteh.Atisya memandang sinis.

“Macam dah bersedia je,”Atisya mengusik.Zaiman hanya tersenyum.

“Sahur nanti tak nak bangun?”Zaiman bertanya.Berselera dia melihat Atisya makan.Lapar sangat agaknya.

“Tak nak la…Nak tidur.Pak Su kejutkan Isya solat Subuh je la.Esok Isya jumpa opah ngan tok wan,”Atisya yang sudah selesai makan mengangkat pinggan ke sinki.

Zaiman mengemas-ngemas meja.Dia kemudian menuju ke ruang tamu menekan punat televisyen.Sebentar lagi tentu Fatimah dan Rahim akan bangun untuk bersahur.Dia tidak mahu tidur dan mahu bersahur dengan mereka.

“Pak Su,Isya naik dulu ye,”Atisya melangkah ke tingkat atas.Dia sudah biasa.Kalau ke rumah itu dia tahu biliknya yang mana satu.Zaiman hanya mengangguk sambil matanya tertumpu pada siaran bola sepak yang disiarkan mnerusi Saluran ESPN Astro.

16

Haikal termenung di serambi rumah mentua Nazmi.Baru semalam kenduri tahlil arwah ibu dan bapanya selesai sekali dengan kenduri cukur jambul Danish Akram,anak sulung Nazmi.Comel sungguh wajahnya tak tumpah wajah Norin dan Nazmi.

“Bila ko nak balik Kuantan?” Nazmi bertanya mendapatkan Haikal yang bersandar di kerusi malas.

“Esok kot…Abang hantar sampai stesen bas je lah..Kesian pulak Kak Norin tinggal sorang kat sini…Orang baru bersalin ni kena jaga betul-betul bang,”Haikal berceloteh lagak seorang doktor.

Nazmi tersengih macam kerang busuk.

“Baik,doktor,”Nazmi mengangguk tanda faham.Serentak kemudian mereka tertawa.

“Lepas habis nanti ko nak buat apa?”tanya Nazmi.Haikal hanya pulang ke Kuantan untuk menduduki peperiksaan akhir untuk kertas terakhir.Selepas itu dia akan melangkah ke alam pekerjaan.

“Tolong abang dulu kot…sementara tunggu hospital mana-mana panggil Karl,”Haikal tenang menghirup udara kala hening Subuh itu.Ibu dan bapa mentua Nazmi masuk ke bilik setelah bersahur tadi manakala Norin masih tidur dengan anak Nazmi.

“Erm,bagus jugak tu…Ko pun dah lama tak tolong abang.Gadis idaman ko tu ada jugak datang makan situ,”Nazmi cuba memancing perasaan Haikal.Haikal tersentak.Lantas teringat pada Atisya,gadis yang ditemuinya semasa di restoran abangnya dan di UiTM Shah Alam.Dia tersenyum seorang.

“Hoi!Berangan la pulak,”Nazmi menepuk bahu Haikal menyebabkan Haikal terdorong ke depan.

“Abang ni kacau la…Dia datang ngan Alia ke?”tanya Haikal ingin tahu.

“Err…Ada gak sekali dua abang tengok dia datang ngan seorang lelaki…Mesra gak la…Kawan dia kot,”Nazmi memandang reaksi di wajah Haikal yang serta merta berubah.Jatuh cinta ke adik aku ni?Desis hatinya.

“Ooo…Tak pe la,bang.Karl nak masuk dalam dulu..Karl ngantuk la,”Haikal bingkas bangun menuju ke dalam rumah.

17

Pintu wad ditolak perlahan.Atisya masuk dengan langkah yang perlahan.Hatinya tiba-tiba sebak melihat keadaan Dato’ Badrul yang agak kritikal.Apa yang berlaku sebenarnya dia sendiri tidak tahu.Yang pasti sudah 3 hari dia di situ berulang-alik menjenguk Dato’ Badrul walaupun dia sepatutnya menjadi jurulatih bola tampar untuk pelajar yang akan ke Majlis Sukan Universiti Malaysia dua minggu lagi.Atisya menarik kerusi duduk di sebelah katil Dato’ Badrul.Ditenung lama wajah lelaki itu.Dia dapat melihat betapa lelaki itu tidak bahagia sebenarnya.Semenjak 3 hari di situ,sekali pun dia tidak melihat kelibat Maria melawat Dato’ Badrul.

Tiba-tiba Atisya terdengar pintu bilik Dato’ Badrul terbuka.Dia tidak berpaling.Sudah tentu Zaiman bersama Fatimah dan Rahim.Atisya hanya berdiam.Menunggu kalau-kalau Fatimah,Rahim atau Zaiman menegurnya bertanyakan sesuatu.Namun setelah sekian lama tiada sesipa pun bersuara.

“Pak Cik tak sedar lagi ke?”tiba-tiba satu suara menyapa.Atisya lantas berpaling.Fairuz sudah melangkah masuk dan berdiri di hujung katil Dato’ Badrul.

“Belum,”Atisya menjawab sepatah.Dia sendiri tidak tahu bagaimana Fairuz mengetahui tentang dirinya yang sedang berada di Kuala Lumpur tika itu.

“Sihat?”Fairuz bertanya.Atisya mengangguk.

“Kenapa tak cakap awak ada kat KL?”Fairuz bertanya sambil berjalan ke sebelah katil Dato’ Badrul,bertentangan dengan Atisya.Atisya diam sebentar.Sedaya upaya dia mengelak bertentangan mata dengan pemuda yang pernah mengisi hatinya suatu ketika dulu.

“Saya datang bukan saje-saje.Saya nak tengok papa saya,”Atisya menjawab perlahan.Entah mengapa dia dapat merasakan Fairuz seolah-olah masih tidak jemu memburu cintanya yang telah lama pudar untuk lelaki itu.

“Tapi sekurang-kurangnya bagitahulah saya…Boleh saya jumpa awak…Rindu tau,”Fairuz mula tersenyum nakal.Atisya sudah tidak senang duduk.Tebiat ke Fairuz ni?Dalam keadaan Dato’ Badrul sedang terlantar ni pun dia sempat bergurau.

“Sekarang kan dah jumpa…Dah la,”Atisya masih tidak memandang pada Fairuz.Dia bimbang kerana renungan mata Fairuzlah yang membuatkan dia menyimpan perasaan pada Fairuz selama ini.Namun kini perasaan itu hilang dan sukar dicari kembali.

“Awak ni garang betullah…Kalau tak suka saya datang cakap je la…,”Fairuz seolah-olah merajuk.

‘Memang tak suka pun’desis hati Atisya.Mahu saja dihalau Fairuz keluar namun niatnya dimatikan hanya di dalam hati.Mungkin niat Fairuz memang untuk melawat Dato’ Badrul.

“Mama kirim salam.Dia nak datang tapi ada mesyuarat kelab pulak tadi,”Fairuz bersuara.Matanya tidak lepas merenung Atisya.Kerasnya hati gadis itu sehingga tidak sedikitpun berpaling kepadanya.

“Emm…,”Atisya membalas sekadarnya.

“Nak makan ke?”Fairuz mencapai sebiji epal dan sebilah pisau di hujung katil.Aksinya sedikit pun menunjukkan dia tidak kekok dengan Atisya.Lagipun mereka bersahabat sejak kecil.Namun selepas peristiwa yang menyakitkan,Atisya seolah-olah tawar hati mahu berkawan dengan Fairuz.

“Aduh!”suara Fairuz mengaduh mengejutkan Atisya.Lantas Atisya berpaling pada Fairuz.

“Kenapa?Kena pisau ke?”Atisya sudah bangun menuju ke arah Fairuz.Semerta dia sedar dia tertipu apabila dilihat wajah Fairuz yang tersenyum memandangnya.Takkan kena pisau boleh senyum gatal lagi.Mata mereka bertentang.

“Sayang jugak awak kat saya…Tadi nak tengok pun tak sudi,”Fairuz tergelak kecil.Bahagia betul apabila Atisya terkocoh-kocoh datang kepadanya sebentar tadi.Merona merah wajah Atisya apabila menyedari dirinya dipermainkan.

Kurang asam betul!

Atisya cuba berpaling namun lengannya pantas disambar Fairuz.

“Marah sangat ke dengan saya?Saya dah minta maaf dengan awak kan?”Fairuz sudah menghampiri Atisya yang tergamam.Hatinya penat melayan teka-teki Atisya yang seolah-olah sengaja menghukumnya kerana kesalahan yang lepas.

“Fairuz nanti opah datang,”Atisya berusaha menarik lengannya minta dilepaskan.

“Biarlah…Bukan dia tak tahu saya sukakan awak…awak je yang jual mahal,”pegangan Fairuz semakin kejap.Atisya dapat merasakan seolah-olah darahnya berhenti mengalir.Tiba-tiba pintu bilik terkuak.Pantas Fairuz melepaskan pegangannya.

“Selamat pagi,cik,”jururawat yang memakai tanda nama Salmah masuk dengan buku rawatan di tangnnya.

“Pagi.Macam mana ayah saya?”Atisya cuba berlagak selamba walhal jantungnya berdegup kencang.Fairuz masih merenungnya seolah-olah masih menanti jawapan untuk soalannya tadi.

“Dia ok…Cuma dia perlu rehat yang banyak.Kalau boleh jangan benarkan dia ke pejabat,”Salmah besuara dalam senyuman.

“Bila agaknya dia boleh sedar,”giliran Fairuz pula bersuara.Matanya masih nakal dan sesekali menjeling ke arah Atisya.Atisya mengetap bibir geram.

“Bergantung pada keadaan.Tapi menurut doktor dia akan sedar sehari dua lagi.Sebentar lagi doktor datang.Saya pergi dulu,”jururawat berpangkat sister itu keluar dengan menatang dulang ubat semalam.Masuk pula Zaiman,Fatimah dan Rahim.Dalam diam Atisya bersyukur kerana dia tidak lagi berdua di dalam wad tersebut.Atisya hanya mendiamkan diri dan membiarkan Fairuz berbual dengan Zaiman.Malas dia hendak campur.Zaiman selalu jugak memadan-madankan Atisya dan Fairuz.Benci betul!

18

Raudhatus Sakinah agak riuh petang itu.Majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar diadakan sederhana.Atisya yang berpakaian kurung hitam berbunga kuning dipadankan dengan tudung kuning tersenyum sebaik tiba di pintu rumah yang menyimpan seribu satu duka itu.Seorang kanak-kanak berlari mendapatkannya.

“Kak Isya…,”kanak-kanak itu memeluk Atisya yang menundukkan badannya sedikit.

“Hai…Aiman puasa tak hari ni?”Atisya mendukung kanak-kanak berusia tiga tahun itu.Dikemaskan songkok yang dipakai oleh Aiman.Comel sungguh anak kecil ini.

“Puasa…tapi sekerat ari je…Kak Alia suruh Aiman minum sirap…Aiman penat,”Aiman melentokkan kepalanya di bahu Atisya.Atisya tersenyum melayan karenah kanak-kanak yang petah berbicara itu.Sesekali hatinya tersentuh apabila mengenangkan cepatnya kanak-kanak itu kehilangan kasih ibu bapanya.

“Aiman penat?Ala siannya adik akak ni..Jom kita masuk.Mesti semua tengah tunggu nak makan sama-sama,”Atisya memimpin Aiman ke ruang makan.Dia tersenyum apabila terpandang Alia yang sedang mendukung Umairah,bayi 7 bulan yang baru menjadi penghuni di rumah itu seminggu yang lalu.Umairah ditemui di dalam tandas awam bersama sekeping surat dari ibu kandung yang mengandungkannya tanpa nikah.Remaja zaman sekarang,masa buat tak malu,bila dah besar perut baru tahu malu.Anak yang tak berdosa dibuang merata-rata sampai sanggup membunuh nyawa yang tidak berdosa itu.

“Papa kau sihat?”Alia bertanya selepas selesai solat tarawih berjemaah.Penghuni Raudhatus Sakinah sudah ke bilik masing mengulangkaji pelajaran dan ada yang terus tidur.

“Erm…Dah ok sikit.Tapi papa aku lumpuh separuh badan.Dia duduk rumah opah sekarang,”Atisya bersuara lirih.Dia sendiri tidak tahu nasib yang menimpa bapanya.Adakah sebagai balasan dia menyeksa jiwa ibunya dahulu?Syarikat yang diusahakan hasil titik peluhnya sendiri habis dilelong.

“Azmira tak tengok dia ke?”Alia menghenjut-henjut badannya apabila Umairah bergerak-gerak seolah-olah tidak mahu dipegang.

Atisya menggeleng.

“Tak.Keras sangat hati dia.Aku tak tau nak buat macam mana dah,”Umairah kini berada di pangkuan Atisya.Atisya mengacah-acah Umairah yang tersengeh-sengeh menampakkan gusinya yang belum ditumbuhi gigi.

“Padan muka dia.Gatal sangat nak berbini muda kan?Hah,rasakanlah,”lantang suara Azmira ketika di rumah opah tempoh hari.Hatinya benar-benar marah.Dato’ Badrul bukan tiada di situ namun apa dayanya yang hanya mampu menggerakkan sebelah badan sahaja.

“Mira,apa ni?Arwah mama tak pernah ajar kita jadi kurang ajar macam ni tau,”tegur Atisya.Azmira benar-benar telah melampau.

“Papa la yang ajar,”Azmira bersuara lagi tetapi kali ini tangan Atisya sudah berada dipipinya.Menampar Azmira buat kali pertama.

“Mak tiri kau?”Alia bertanya dalam takut-takut.Tak sepatutnya dia bertanya sehingga perkara peribadi begitu.Atisya tersentak mengenangkan kejadian yang berlaku di rumahnya tempoh hari.

“Hmm…Papa dah ceraikan dia.Dia yang nak sangat.Aku dengar dia ada jantan lain sebenarnya.Orang muda,”Atisya mengeluh kecil.Masih lagi dia teringat ketika di hospital tempoh hari ketika Maria datang.Ingatkan nak melawat Dato’ Badrul,rupanya datang marah-marah dan minta cerai dari Dato’ Badrul.Dato’ Badrul baru sahaja sedarkan diri.Mujur pada masa itu opah,tok wan dan Pak Su ada di situ.Berani betul dia bersikap kurang ajar pada papa dan mengungkit segala yang dilakukan pada papa.Kalau nak diikutkan lagi banyak perkara yang bolah papa ungkit.Berapa banyak wang papa habis demi dia dan berapa ramai orang yang papa sayang menjauhkan diri dari papa?Namun dah memang dasar pisau cukur,tak tau malu.

Alia temenung.Kasihan dia mendengar kisah hidup Atisya.Dia bersyukur walaupun kehilangan ayah dalam usia yang muda namun keluarganya bahagia.

“Hujung bulan ni aku nak balik Penang.Nak puasa kat sana.Ko nak ikut?”Alia mengubah tajuk perbualan.Dia tidak mahu merunsingkan Atisya lagi.Atisya berpaling.Hujung bulan depan universiti dah mula bercuti.Atisya berfikir sejenak.Umairah yang berada di pangkuannya kini sudah tertidur.

“Boleh jugak.Tapi…,”Atisya terdiam.

“Kenapa?Malu ngan Abang Izzat?Ala,wat tak tau je,”Alia sudah dapat membaca fikiran rakan karibnya itu.Sejak berjumpa di restoran hari itu dia dapat melihat kelainan cara Izzat memandang Atisya.Mungkinkah Izzat sudah jatuh cinta pada Atisya?

“Err..Tak de la”Atisya cuba mengawal diri.Macam tau-tau pulak Alia ni.

“Kalau ada apa-apa pun apa salahnya kan?Boleh ko jadik kakak ipar aku…hehe,”Alia berseloroh.Satu cubitan hinggap di pehanya.Alia terjerit kesakitan namun segera ditekup mulutya apabila Uamirah yang sedang lena bergerak sedikit.

19

Azmira melangkah keluar dari bilik Doktor Kamil.Kemudian dia melangkah ke bilik penyimpanan mayat.Tugasannya untuk subjek anatomi masih belum selesai.Masih ada sedikit lagi kerja yang perlu diselesaikan.Sebaik melangkah ke pintu masuk bilik mayat dadanya tiba-tiba berdebar.Entah apa yang mengganggu fikirannya sehingga terbayang perkara-perkara seram yang sering didengarinya sebelum ini.Azmira memberanikan diri terus melangkah ke dalam bilik mayat.

DUM!Azmira tersentak.segera dia berpaling.Pintu almari mana yang tertutup?Hatinya semakin berdebar-debar.Azmira cuba menggagahkan dirinya.Mulutnya terkumat-kamit membaca segala surah yang dihafalnya.Dia menuju ke peti mayat nombor 8.Dia ingin segera menyelesaikan tugasannya.

“WARGHHH!”tiba-tiba satu suara menyergahnya dari belakang.Azmira tidak tahu apa dan siapa yang menjerkahnya dalam keadaan sebegitu di bilik yang menyeramkan itu.Pandangannya kelam.Azmira rebah.

Suasana di Kuantan Medical Center agak lengang.Ridhuan termangu dengan beberapa lagi rakan Azmira.Ridhuan menyikat-nyikat rambutnya dengan tangan ke belakang.

“Kalo ape-ape jadi kat Mira, ko siap Ridhuan,”Natasya,rakan serumah Azmira memberi amaran.Geram betul dia mendengar pengakuan Ridhuan sebentar tadi.

“Aku just nak bergurau je,”Ridhuan cuba mempertahankan dirinya.Kalau dia tahu keadaan Azmira akan menjadi sebegini teruk dia tidak akan membuat lawak bodoh di dalam bilik mayat itu.

“Ko ni nak melawak tak kira tempat.Fikir la sikit.Aku kata bengong kang dah nak jadi doktor,”rungut Natasya lagi.Hatinya benar geram.Sudah sejam Azmira dirawat di dalam wad.Entah-entah rakannya itu bakal menjadi fobia.

“Macam mana,nurse?”Natasya dan 3 lagi rakan serumahnya mandapatkan jururawat yang keluar.Ridhuan turut serta di belakang.

“Dia baru sedar.Doktor masih di dalam.Kamu semua boleh masuk melawat,”jururawat itu tersenyum.Mereka sering berjumpa sekiranya terdapat sebarang tugasan berkenaan hospital dan sebagainya.

“Ko tak payah masuk la.Buat sakit hati dia je,”Natasya menolak Ridhuan yang baru melangkah hendak masuk ke wad Azmira.Semerta langkah Ridhuan terhenti.Dia sedar kesalahnnya kali ini memang sukar diampunkan.

“Bagi la aku chance nak minta maaf ngan dia,”Ridhuan separuh merayu.Natasya hanya menjeling.

“Eh!Salah ko ni besar tau.Nasib baik dia hidup lagi,kalau tak?Satu lagi,kalau paper anatomi dia failed,semuanya salah kau,”begitu mudah Natasya meletakkan bebanan ke atas bahu Ridhuan.Ridhuan tersentak.Apalagi yang mampu diperkatakan.Natasya sudah menghilang di sebalik daun pintu wad Azmira.Ridhuan mengatur langkah pulang.Hatinya berdetik sendiri.Ampunkan aku,Mira!

“Hai Mira!amacam?Ok?”Hazimah bertanya.Digenggam erat tangan rakannya itu.Risau benar setelah dia mendapat berita Azmira tidak sedarkan diri di bilik mayat.

“Melampau betul si Ridhuan tu,”Natasya membuka cerita.Sebenarnya Azmira masih belum pasti apa yang berlaku ke atas dirinya sehingga dia berada di hospital sekarang.

“Betullah.Kalau nak buat lawak pun cari la tempat sesuai sikit,kat bilik mayat tu jugak la tempat dia,”Suraya menyampuk.Suaranya bercampur aduk antara marah dan geram.Azmira mengerutkan dahi cuba mengingati apa yang telah terjadi ke atas dirinya.Kemudian dia teringat.Dia dijerkah oleh seseorang di dalam bilik mayat ketika dia ingin membuat tugasan anatomi.

“Ridhuan yang sergah aku tadi?”Azmira bertanya antara percaya dan tidak percaya.Mengapa tergamak Ridhuan melakukan lawak yang paling bodoh ini terhadapnya.Bukan dia tidak tahu Azmira memang seorang yang pengecut.

“Ha’ah.Lepas tu kau pengsan.Dia je yang ada dalam bilik tu.Bila ko dah pengsan entah-entah…,”kata-kata Suraya terhenti apabila Natasya menyiku lengannya.Walaupun masih marah namun Natasya berfikir tak mungkin Ridhuan akan bertindak sejauh itu untuk melakukan perkara tidak senonoh pada Azmira.Laporan doktor pun masih belum keluar.Azmira tercengang memandang rakan-rakannya.Dia bukan bodoh,dia dapat menangkap maksud kata-kata Suraya sebentar tadi.Semerta air matanya merembes keluar membasahi pipi.Hazimah lantas beralih duduk di atas katil di sebelah Azmira menenangkan rakannya.

“Betul ke Ridhuan sanggup buat macam tu?”Azmira bersuara dalam sedu-sedannya.Hazimah memandang Natasya dan Suraya.

“Tak de la,Mira.Kami Cuma risau je.Kita tunggu laporan perubatan ye,”Hazimah cuba menenangkan Azmira yang semakin galak menangis.Hatinya tiba-tiba menjadi benci sebenci-bencinya pada insan bernama Ridhuan yang telah lama dikenalinya.Jika benar kini dia bukan lagi seorang gadis,apa yang harus dilakukan?Tentu ramai yang akan memandang serong terhadapnya.

“Kenapa kau cakap macam tu?”Natasya bersuara ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Aku cakap je.Orang lelaki ni bukan boleh percaya.Mana ada kucing nak tolak ikan depan mata,”Suraya membela diri.Natasya hanya mendiamkan diri.Tak mungkin Ridhuan akan bertindak sejauh itu.

20

Haikal masuk ke Kuantan Medical Centre.Hasratnya untuk berjumpa Dr. Hasyim untuk membincangkan tugasan terakhir yang harus diserahkan sebelum tamat pengajiannya yang hanya tinggal sebulan sahaja lagi.Langkahnya terhenti apabila terpandang seseorang yang amat dikenali sedang berseorangan di taman KMC.

Usai berurusan dengan Dr. Hasyim, Haikal turun ke bawah mencari gadis yang duduk bersendirian sebentar tadi.Gadis itu masih di situ.Termenung seperti ada sesuatu yang benar-benar mengganggu fikirannya.

“Hai…am I disturbing U?”Haikal menyoal sebelum melabuhkan puggunggnya di sebelah gadis itu.

“Tak lah,”gadis itu tersenyum sambil mengengsot sedikit memberi ruang pada Haikal.

“Mira tak sihat ke?Bila masuk wad?”Haikal bertanya.Dia dapat melihat perubahan pada Azmira.Azmira bukan seperti yang dahulu lagi.Azmira kini agak pendiam seolah-olah menyembunyikan sesuatu perkara darinya.Azmira menggeleng.

“Ridhuan…,”hanya itu kata-kata yang meluncur keluar dari mulutnya.Air matanya yang ditahan dari tadi tidak dapat dibendung lagi.Air jernih itu akhirnya gugur satu persatu.Haikal mula kaget.Apa yang berlaku sebenarnya?Kenapa dengan Ridhuan?Baru pagi tadi dia menemui Ridhuan.Anak muda itu juga kelihatan serba-salah.

“Kenapa?”Haikal bertanya namun pertanyaan itu tidak sempat dijawab apabila tiba-tiba,

“Mira!”seorang wanita berjalan ke arah Azmira.Haikal kenal wanita bertudung hitam itu.Azmira bingkas bangun dan memeluk erat wanita di hadapannya.Kesedihannya sudah dihamburkan,dilepaskan sehabis-habisnya.Haikal agak tergamam menyaksikan drama air mata di hadapannya.Dia termangu-mangu.

“Akak!”hanya itu yang keluar dari mulut Azmira memohon simpati Atisya.Atisya memeluk erat adik tunggalnya itu.Dia perlu tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.Perkataan itu cukup untuk membuatkan Haikal faham hubungan kedua-dua wanita di hadapannya.

“Adik U okey.Dia just trauma dan terlalu memikirkan yang bukan-bukan.Actually she’s ok.Tak perlu berada di wad pun takpe,”Dr. Hasyim yang kebetulan merawat Azmira memberitahu tentang laporan perubatan Azmira.Azmira sedang berehat di biliknya.Haikal yang kebetulan berada di taman menemankan Atisya menemui Dr. Hasyim.

“She was raped?”Atisya bertanya.Bimbang benar dia jika apa yang diceritakan oleh rakan-rakan serumah Azmira kepadanya benar-benar berlaku.Dr. Hasyim ketawa.Atisya dan Haikal saling berpandangan.

“No.Dia tiada apa-apa.Jangan bagi dia berfikir yang bukan-bukan.Dia cuma terkejut.I kenal Ridhuan tu.He is a good boy.Right Dr. Haikal?”Dr. Hasyim memandang Haikal yang dari tadi mendiamkan diri.Haikal tersentak.Atisya apatah lagi.

‘Doktor?’detik hatinya.Diperhatikan Haikal atas ke bawah.Ada gaya jugak.

“He’s my student.Final year…Excellent student…Sebab tu I tak ralat posting dia jauh-jauh untuk ambik pengalaman,”Dr. Hasyim ramah bercerita.Terlupa sebentar tentang Azmira.

“Ooo…Best student la ni?”Atisya berseloroh. Haikal hanya tersenyum.

Azmira mengemas pakaian-pakainnya ke dalam beg.Atisya membantu apa yang patut.

“Assalamualaikum,”pintu wad Azmira dibuak dari luar.Muncul Haikal lengkap berkemeja hitam berseluar slack putih.Tampan betul dia hari itu.Atisya tersenyum.

“Wa’alaikumussalam Dr. Haikal.Jemput la masuk,”Atisya mempersilakan Haikal masuk sambil matanya memandang ke belakang Haikal.Ada sesuatu yang Atisya minta dari Haikal untuk menyelesaikan masalah Azmira.Haikal hanya mencebikkan bibir dipanggil gelaran Doktor oleh Atisya.Sesungguhnya dia tidak biasa.

“Ada tak?”tanya Atisya.Matanya dibulatkan menggambarkan betapa dia mengharap.Haikal mengangkat tangannya dan membuka pintu sekali lagi.Muncul pula Ridhuan dengan sejambak bunga mawar merah dan sebuah teddy bear.Azmira yang sibuk mengemas barang terhenti.Matanya tertumpu pada Ridhuan.

“Masuklah,Ridhuan.Mira dah boleh balik hari ni,”Atisya bersuara ramah.Dia bertemu dengan Ridhuan semalam atas bantuan Haikal bagi mendapatkan kepastian tentang perkara yang menimpa Azmira.Ridhuan melangkah perlahan.Atisya memberi ruang pada Ridhuan untuk berbual dengan Azmira dan mengajak Haikal keluar.

“Pandai awak bagi idea nak pujuk perempuan,”Atisya memuji Haikal.

“See the leg la…hehe,”Haikal dan Atisya ketawa serentak.

“Mira…errr…,”Ridhuan mengumpul kekuatan untuk bersuara.Azmira langsung tidak menoleh padanya.Marah lagikah dia pada Ridhuan.

“Apsal ko datang.Benci aku tengok muka ko.Berambus la,”Azmira besuara tegas.Dia malu berhadapan dengan Ridhuan.Laporan perubatan menyatakan dia tidak dirogol tapi siapa tahu entah apa yang dilakukan oleh Ridhuan terhadapnya.Seperti kata Suraya,mana ada kucing nak tolak ikan depan mata.

“Mira,aku nak minta maaf.Aku just nak joke je dengan ko.Tak sangka boleh jadi macam ni,”Ridhuan merendahkan egonya memohon maaf.Biarlah untuk Azmira apa sahaja dilakukan asalkan gadis itu tidak berjauh diri daripadanya.

“Blah la.Dasar lelaki semuanya sama.Entah-entah ko dah buat benda tak elok kat aku.Bukan boleh percaya,”Azmira lantang bersuara.Ridhuan tersentak.Begitu sekali tanggapan Azmira padanya.

“Mira…Aku tak buat la benda-benda macam tu,”Ridhuan cuba membela dirinya.

“Sudahlah.Aku tak nak dengar…benci…benci…Ko pergi dari sini…Menyampah aku tengok muka ko…Jantan sial,”Azmira bertempik sekuat hatinya.Segala kemarahannya dihamburkan keluar.Bunga dan teddy bear yang dibawa oleh Ridhuan dibuang ke lantai.Atisya dan Haikal tergesa-gesa masuk setelah mendengar jeritan Azmira.

“Mira,kenapa ni,dik,”Atisya mendapatkan Azmira yang sudah terjelepok di lantai.Haikal menenangkan Ridhuan yang seolah-olah ingin memperkatakan sesuatu tetapi tidak terluah.

“Mira benci lelaki tu,kak.Suruh dia keluar,kak,”Azmira menuding jarinya ke arah Ridhuan.Air matanya sudah bercucuran membasahi pipi.Atisya memandang Ridhuan dengan pandangan kasihan.Dia tahu anak muda itu tidak bersalah tetapi dia juga arif akan kekerasan hati Azmira.

“Haikal,please bawak Ridhuan keluar.I’m sorry,”Atisya memohon maaf atas kekalutan yang berlaku.Rancangannya dengan Haikal tidak berjaya.Tidak semudah itu hati Azmira dapat dilembutkan.

“Mira!”Atisya mengusap-usap rambut Azmira yang sedang menangis dalam dakapannya.

“Mira nak balik kampung.Mira nak jumpa papa.Mira nak minta maaf pada papa,”Azmira bersuara kemudian.Atisya tersentak.Tuhan,inikah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini?

“Mira nak balik?Betul ni?”tanya Atisya seolah-olah tidak percaya.Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia.

21

Suasana rumah Haji Rahim agak sunyi.Deruman enjin kereta wira aerobic milik Atisya memecah kesunyian.

“Dah sampai budak Isya tu…Eh!Mira pun ada,”Fatimah hairan.Mahu pulak Azmira mengikut Atisya pulang ke kampung.Jika dulu menatap wajah Dato’ Badrul cukup membuatkan dia rasa panas punggung untuk lama di rumah itu.

“Assalamualaikum,opah,”Atisya memberi salam sebaik ternampak Fatimah di muka pintu.Keropok lekor Seberang Takir segera dihulur pada Fatimah.Azmira kemudian bersalam dengan Fatimah.Kaki Azmira seolah-olah terpaku ketika Atisya bersalam dan mencium kedua-dua pipi Dato’ Badrul.Mampukah dia melakukan perkara itu terhadap orang tua yang telah dihinanya?Mahukah lelaki itu menerimanya lagi?Dato’ Badrul hanya memandang kosong dengan kepalanya yang sedikit senget.Tangannya bersusah payah menggerakkan roda kerusinya.Matanya tidak lepas memandang Azmira,memohon belas agar anak itu mengampunkannya.Tangan Atisya yang ingin membantunya ditepis.Sedaya upaya Dato’ Badrul cuba menggerakkan kerusinya.Azmira masih terpaku di situ.Bukankah tujuannya untuk memohon maaf pada papa?Tetapi kenapa langkahnya bagai terkunci di lantai rumah?Rahim yang baru selesai solat Zuhur memerhati dari tangga di tingkat atas.

“M…MMM..Mmmiirrraa,”dalam kepayahan Dato’ Badrul cuba bersuara.Memohon belas anak bongsunya itu.Mahu sahaja dia bangun dan berlari memeluk anak itu.Hatinya sudah banyak menanggung derita berpisah dengan anak-anak selama ini.Tidak semena-mena Dato’ Badrul cuba bangun dan terjelopok di atas lantai simen yang sejuk.

“Papa!!!”Azmira berlari mendapatkan Dato’ Badrul.Ringan mulutnya menutur panggilan itu.Jika dulu dia hanya memanggil Dato’ Badrul sebagai ‘orang tua’ sahaja.

“Papa.Mira minta maaf,pa.Mira salah.Hukumlah Mira,papa.Mira banyak berdosa pada papa.Tuhan dah balas segala-galanya pada Mira,”Mira memegang kaki Dato’ Badrul kejap.Seerat yang mungkin tidak mahu dilepaskan.Air matanya tidak dapat ditahan-tahan lagi.Atisya dan Fatimah tersenyum penuh bersyukur walaupun ada air jernih yang mengalir di wajah mereka.Air mata kegembiraan dan kesyukuran.Rahim meraup wajahnya tanda syukur.

Dato’ Badrul berusaha mencapai tangan Azmira.Tidak mahu anaknya itu memegang kakinya.Dia bukan ayah yang baik.Ayah yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak tahu menilai baik dan buruk.Azmira menghulurkan tangannya pada Dato’ Badrul.Lama dua beranak itu berdakapan.Dato’ Badrul masih cuba bersuara walaupun butir bicaranya tidak dapat difahami.

“Maafkan Mira,papa,”Azmira bersuara dalam sedunya.

“Kakak nak balik esok.Tapi kakak singgah Penang dahulu.Pergi rumah Kak Alia.Dia ajak berbuka puasa di sana.Mira nak ikut?”Atisya bertanya ketika dia membasuh pinggan selepas makan malam.Dato’ Badrul sudah naik tidur.Begitu juga dengan Fatimah dan Rahim.Mata Azmira yang masih sembab ditatapnya.

“Tak pe la,kak.Lagipun Mira dah mula cuti,”Azmira mengasingkan kepala ikan bilis dari badannya untuk dibuat sambal tumis esok pagi bersama nasi lemak untuk sahur.Dato’ Badrul yang minta.

“Betul jugak kan?Boleh Mira tengok-tengok papa,”Atisya memberi cadangan.Azmira mengangguk.

“Kak…,”Azmira bersuara memanggil Atisya namun kata-katanya terhenti di situ.

“Yup,ada apa?”Atisya meletakkan pinggan-pinggan yang siap dibilas ke dalam raga sebelum dipindah ke atas rak setelah pinggan-pinggan itu kering.

“Abang Haikal tu baik kan?”tiba-tiba Azmira bersuara.Hampir terlepas cawan kaca yang dipegang Atisya.Mengapa nama itu disebut?Atisya sendiri tidak faham mengapa sejak pulang ke kampung dan sejak peristiwa di hospital tempoh hari dia sering terbayang wajah Haikal.Apa yang menarik pada pemuda itu dia sendiri tidak tahu.

“Kenapa?Atisya cuba berlagak biasa.

“Baik…Tak sangka dia datang tengok Mira kat hospital hari tu,”Azmira melemparkan pandangannya ke hadapan seolah-olah mengingat kembali peristiwa di Kuantan Medical Centre.

“Mira suka dia ke?”Atisya sengaja mengumpan Azmira.Walaupun hatinya kini sedang berteka-teki dengan perasaan sendiri namun baginya masih terlalu awal untuk dia mentafsirkan perasaan itu sebagai cinta.

“Hehe…,”Azmira hanya tersengeh.Mudah untuk Atisya mengetahuinya.Memang Azmira ada hati pada Haikal.Biarlah,untuk apa dia menghalang kalau benar Haikal boleh menjadi suami yang baik untuk Azmira suatu hari nanti.Tiba-tiba dia teringatkan Ridhuan.Anak muda yang menceritakan segala-galanya pada Atisya tentang hati dan perasaanya yang sering tidak dipedulikan Azmira.

“Saya sayangkan dia Kak Isya,”jujur pengakuan dari lidah Ridhuan.

Atisya tersentak apabila Azmira meletakkan mangkuk berisi ikan bilis yang sudah disiang di atas sinki.

“Ridhuan macam mana?”Atisya bertanya.Simpatinya pada lelaki itu menggunung.Dia percaya Ridhuan tidak sengaja dan Ridhuan tidak melakukan perkara-perkara terkutuk itu terhadap Azmira.Semerta air wajah Azmira berubah.

“Mira benci la,kak.Akak jangan percaya la cakap dia tu,”Azmira terus berlalu.

“Lagipun apa salahnya kalau Mira dengan Abang Haikal?Mira dapat doktor,akak dapat engineer…Hikhik,”Azmira ketawa nakal.Atisya berpaling menandakan dia tahu engineer yang dimaksudkan ialah Fairuz.Tiba-tiba wajah Haikal muncul di ruang matanya.nama yang Azmira sebut Fairuz,bukan Haikal.Jatuh cintakah aku?detik hati Atisya.

22

Izzat sedang leka menonton televisyen.Rancangan Jejak Rasul yang masuk episod ke-25 menandakan lebih kurang seminggu sahaja lagi Syawal bakal menjelma.Bunyi deruman enjin kenderaan di hadapan rumah membuatkan Izzat menjengah ke luar menerusi tingkap.Matanya terpandang wira aerobic berwarna hitam.Siapa gerangan yang memandunya?

“Atisya?”Izzat besuara sendiri apabila melihat Atisya keluar dari kereta tersebut.Baru sahaja dia ingin bangun dari kerusi yang didudukinya langkahnya terhenti apabila terpandang Alia yang bercekak pinggang dan tersenyum sinis padanya.

“Alia!Kenapa tak bagitau abang Atisya nak datang?”Izzat menghampiri Alia dan menarik rambut adik perempuannya itu.Alia megaduh kesakitan.

“Biarlah.Saja nak buat suprise…hehe,”Alia menuju ke pintu menyambut Atisya.Atisya tersenyum dan memeluk Alia.Wajahnya jelas keletihan.

“Lambat jugak ko sampai,”Alia mengangkat beg Atisya ke dalam rumah.Izzat hilang entah ke mana.Malu konon!

“Mak ko mana?”Atisya bertanya setelah tiada sebarang suara pun didengarinya.

“Mak je?Abang tak tanya?”Alia sudah mula mengusik.Atisya mengetap bibir tanda geram.

“Hehe…Ada kat dapur…Abang Izzat pergi mana entah,”Atisya membuntuti langkah Alia ke dapur.

“Eh,dah sampai ke Atisya?Bertuah betul Alia tak panggilkan mak,”perlahan-lahan Mak Cik Sofea bangun untuk membasuh tangan bersalam dengan Atisya.Izzat yang duduk di tepi dulang penuh berisi kuih donat seolah-olah tidak tentu arah.

“Eh,takpe mak cik,”Atisya pantas menghalang Mak Cik Sofea dari bangun.Mak Cik Sofea kembali duduk.

“Alia ingat Abang Izzat dah bagitau.Lupa kot,excited sangat Atisya datang,”Alia tersenyum mengejek.Izzat memandang Alia penuh geram.Atisya menyiku lengan Alia.Wajahnya yang kuning langsat terasa panas,malu.

“Eh,bising-bising pulak budak ni.Dah la tak puasa,”Izzat memecahkan rahsia Alia pada Atisya.Mengekek Atisya ketawa.

“Oooo…Bocor la ni,”Atisya cuba berlagak selamba menyambut gurauan Izzat.

“Atisya pergi la mandi dulu ke.Nanti boleh berbuka dengan donat abang buat ni,”Izzat bergurau sambil menepuk-nepuk donat yang telah siap diadun dan dibentuk. Atisya mengangkat keningnya.

“Waaa…Sedap ke?”Atisya menduga,membalas gurauan Izzat.

“Huh,dari tadi dok depan TV macam mana nak buat donat.Penipu.Atisya datang baru sibuk ke dapur,”Alia mengomel panjang.Kali ini Izzat hanya ketawa tidak speerti hari-hari biasa,habis satu rumah kadang-kadang sampai ke bendang dikejarnya Alia.

“Erm…Ape-ape je la.Alia,bawak Atisya pergi mandi.Berehat Isya,penat tu memandu seharian,”Mak Cik Sofea membetulkan silanya.Kebas terasa di kakinya.

“Baik mak cik.Tok Wan,opah,Mira ngan papa kirim salam,”Atisya bersuara sambil berlalu mengikut Alia ke bilik.Atisya kemudian bersiap sedia untuk berbuka puasa bersama.

Usai solat tarawih di masjid berhampiran Izzat duduk di beranda hadapan rumah mengambil angin malam.Atisya dan Alia sibuk menghidangkan nasi di atas meja.Berbuka puasa ala kadar dengan kuih-muih atau kurma sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga Alia.Selepas solat tarawih baru mereka akan makan nasi.

“Isya,panggil Abang Izzat jap,”Alia bersuara sambil meletakkan senduk ke dalam mangkuk nasi tambah.Atisya memandang Alia dengan pandangan tak puas hati.

“Kenapa lak aku?Ko la pegi,”ujar Atisya tak puas hati.Alia tersengeh macam kerang busuk.

“Panggil je la,”Alia menyuruh sekali lagi.Atisya akur.Malas hendak bertekak lama-lama di hadapan rezeki.

“Abang Izzat,nasi dah hidang,”Atisya memanggil Izzat yang sedang leka menghirup udara malam.Matanya memandang langit yang tidak berbintang namun tiada tanda-tanda hujan akan turun.

“Abang Izzat!”panggil Atisya lagi.Kali ini Izzat menoleh.

“Isya rasa malam ni Malam Lailatulqadar ke?”Izzat bertanya sambil memandang awan yang kelam.Atisya turut keluar untuk melihat apa yang dipandang oleh Izzat sehingga begitu leka.

“Kenapa Abang Izzat tanya macam tu?”Atisya bertanya.Kepalanya turut didongakkan ke langit yang hitam pekat tanpa bulan dan bintang.

“Ye la…Kita kan dah puasa dalam sepuluh hari terakhir Ramadhan…Malam ni malam 25,mana la tau kan malam ni malam Lailatulqadar…Boleh buat solat hajat,”Izzat melayan perasaan.Atisya turut leka memerhatikan langit.

“Apa hajat yang penting sangat sampai abang Izzat nak tunggu malam Lailatulqadar ni?”Atisya mengusik Izzat.Izzat diam sebentar.

“Isya nak tau?”Izzat bertanya.Atisya mengangguk walaupun anggukannnya mungkin hanya dapat dilihat melalui ekor mata Izzat sahaja.

“Abang nak mintak Allah berikan abang seorang isteri yang baik,jaga makan minum abang,taat pada abang,sayang abang sepenuh hati dia…Macam…,”Izzat terhenti.Haruskah dia meneruskan kata-katanya?Tidakkah terlalu awal untuk dia berterus terang.

“Macam sape?”Atisya cuba mengorek rahsia Izzat.Mungkin dia akan memberitahu Atisya nama calon isterinya yang Alia sendiri tidak tahu.

“Macam Isya,”lepas rasa beban yang menghimpit hati dan perasaannya selama ini.Izzat berpaling memandang Atisya yang seolah-olah tergamam dengan nama yang disebutnya sebentar tadi.Seketika mata mereka bertaut cuba membaca isi hati masing-masing.Wajah Izzat yang serius mengelirukan Atisya.Apakah ini sebuah gurauan atau kebenaran?Tiba-tiba Izzat tersengeh.

“Abang gurau je.Jom la makan,”Izzat melangkah masuk meninggalkan Atisya yang masih termangu keseorangan di luar rumah.Dari renungan mata Izzat tadi dia tahu Izzat berkata benar.Ya Tuhan!Bantulah aku Ya Allah.

Keesokan petang Atisya mengikut Mak Cik Sofea,Alia dan Izzat ke kebun pisang.Mak Cik Sofea ingin membuat lepat pisang,Dia tahu Atisya suka makan lepat pisang.Sebelum Atisya pulang ke Terengganu dia ingin membuat lepat pisang sebagai juadah berbuka puasa.

“Hari ni mendung je….Agak malam tadi Lailatulqadar tak?”Mak Cik Sofea bersuara sambil mendongak ke langit.

Alia mengerti maksud Mak Cik Sofea.Semasa kecil arwah bapanya ada memberitahu hari selepas malam lailatulqadar akan mendung kerana sayap-sayap malaikat yang naik ke langit melindungi cahaya matahari.Atisya yang dari tadi sibuk memotong daun pisang berhenti apabila teringatkan peristiwa malam tadi.Semerta dia terasa Izzat sedang memandangnya lantas dia mengangkat wajahnya.Sah,Izzat sedang memandangnya dengan sebuah pandangan yang lain.

“Lupa mak nak buat solat hajat malam tadi,”Mak Cik Sofea bersuara.Nafasnya terdengar kuat,mungkin penat mengangkat daun pisang yang siap dipotong.

“Izzat dah buatkan mak,”Izzat yang dari tadi berdiam diri bersuara.Kini matanya hanya pada pokok pisang yang agak besar darinya 2 kali ganda.Hati Atisya berdegup kencang.

“Apa yang kamu hajatkan Izzat?”Mak Cik Sofea bertanya.Tidak dinafikan dia ingin menerima menantu sebagai penyeri rumah ditambah dengan cucu yang boleh dibawa bermain bersama.

“Apa-apa je lah mak.Mak jugak cakap kan selagi niat tu baik tak salah untuk diteruskan,”Izzat bersuara di sebalik pokok-pokok pisang.

“Mak nak tau je.Bila kamu nak bawa menantu pada mak?Pergi belayar sampai ke Jepun,India,takkan la tak de sorang pun yang kamu sangkut?”Mak Cik Sofea cuba merisik.

“Ala mak ni.Kang Izzat bawak balik yang hitam melekit kang baru mak tau.Yang hitam-hitam manis tak pe lagi…Macam..Macam Isya ke?”ujar Izzat.Sengaja diperlahankan suaranya namun jelas di telinga Atisya.Ayat semalam lagi.Apa maksud semua ini?

Alia leka memisahkan daun pisang dari pelepahnya mungkin tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Izzat,Mak Cik Sofea pun berkerut-kerut dahinya mungkin tidak mendengar tutur bicara Izzat sebentar tadi.

“Aduh!Alia!!!”Atisya memanggil nama Alia apabila terasa seperti sesuatu menyengat di kakinya.Izzat meluru mendapatkan Atisya yang sudah kepucatan menahan sakit.Terbeliak mata Alia terpandang seekor lipan berwarna merah merayap di kaki Atisya.

“Abang,lipan,”Alia menjerit.Geli geleman dia melihat lipan itu bergerak-gerak.

Atisya sudah tidak bermaya.

“Alia,pergi buka pintu kereta,”Izzat mengarah.Mak Cik Sofea mengemas daun-daun pisang yang siap dipotong.Izzat mengangkat Atisya yang sudah separuh sedar terus ke dalam kereta menuju ke klinik berhampiran.

“Isya ni pun satu.Kena gigit lipan panggil la abang.Panggil Alia buat ape?Alia ni penakut,”Izzat bersuara sewaktu berada di dalam bilik Alia menemankan Atisya.Mak Cik Sofea turut ada bersama.Kaki Atisya yang berbalut membungakan rasa kasihan di hatinya.Atisya hanya tersenyum.

“Eleh!Dia panggil Alia pun abang juga yang angkat dia,”Alia sengaja mengenakan Izzat.Pulang paku buah keras.

“Berat jugak ye Isya ni.Tengok je kecik macam ni,”Izzat besuara selamba.Mak Cik Sofea tersenyum mendengar perbualan anak-anak muda sesama mereka.Atisya sudah tertunduk malu.Macam manalah agaknya Izzat mengangkatnya tadi.Mesti lawak sangat!

Mak Cik Sofea bangun keluar setelah menyuruh Atisya supaya banyak berehat.Alia keluar sebentar mengambil air untuk Atisya.

“Dah ok ke?Sakit lagi?”suara Izzat tiba-tiba berubah menjadi lembut.Penuh prihatin dan kasih sayang.Bergetar jiwa Atisya mendengarnya.Atisya hanya mengangguk sedikit.Entah mengapa dia dan Izzat tidak seperti dulu lagi.Dulu mereka seperti adik-beradik,bergurau tak kira tempat dan masa.Namun Atisya sedar Izzat kini telah matang.Dia sendiri bukan lagi remaja.Namun jika benar Izzat menyimpan perasaan terhadapnnya haruskah dia menerima?Mampukah dia bergelar kakak ipar kepada kawan baik sendiri?

“Kalau sakit lagi,esok tak payah la balik lagi.Macam mana nak bawa kereta?”Izzat benar-benar menagmbil berat.Atisya terasa dia benar-benar disayangi.

“Ok je…Boleh kalau takat nak bawa kereta tu.Lagipun Isya balik dengan Alia.Apa-apa hal Isya mintak tolong dia,”Atisya cuba berlagak selamba walaupun dalam hatinya berdebar-debar.

“Tapi kereta lain-lain kan?”Izzat masih cuba menghalang.Risau betul dia jika sesuatu yang buruk berlaku terhadap Atisya.

“Tak pe.Isya ok,”Atisya merenung hujung katil.Tidak sanggup rasanya bertentang mata dengan Izzat.Alia masuk membawa segelas air.Izzat bingkas bangun.Hatinya geram apabila Atisya masih berdegil untuk pulang ke Terengganu esok.

“Suka hati Isya la,”Izzat berlalu keluar.Mukanya jelas menunjukkan ketidakpuasan hati.Alia duduk di sebelah Atisya.

“Thanx.Aku ngantuk la.Boleh tolong tutup lampu?”pinta Atisya.Matanya masih belum mahu lelap namun sengaja dia meminta Alia berbuat demikian untuk membolehkannya menenangkan fikiran.

“Betul nak balik ni?”tanya Mak Cik Sofea.

“Betul,mak cik.Dah ok ni.”

"Ok ape macam tu,”Izzat keluar dari dalam rumah.Wajahnya jelas dia masih marah.Atisya hanya mendiamkan diri.

“Raya nanti kamu tak balikkan?”Mak Cik Sofea bertanya kepada Alia yang sibuk memasukkan beg-beg dan setandan pisang ke dalam kereta.

“Tak.Dah janji nak raya dengan anak-anak yatim kat sana.Isya pun tak balik,”Alia memandang Atisya yang membisu sejak tadi.Mak Cik Sofea hanya mengangguk.Ketika Atisya bersalam dengan Mak Cik Sofea dia dapat melihat Izzat berlalu ke dalam rumah.Untuk apa dia marah pada aku?

23

Haikal membersihkan seluruh restoran sebelum jam menunjukkan pukul 5 petang.Beberapa jam sahaja lagi restoran ini akan penuh dengan pelanggan yang singgah untuk berbuka puasa.Hari raya aidilfitri bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi,semakin ramai orang yang pulang ke kampung.Sudah 2 minggu Haikal membantu Nazmi di restoran itu namun sekali pun Atisya tidak pernah datang.Haikal tahu,hatinya sudah terpaut pada Atisya namun perasaan itu masih dipendamkan memandangkan mereka masih baru berkenalan.

“Meja kat depan tu dah lap ke?”sapaan Nazmi mematikan lamunan Haikal.Haikal memandang Nazmi.

“Err…dah..Semua dah settle bang…Duit raya tahun ni lebih sikit ek,”Haikal tersengeh seperti kerang busuk memandang Nazmi.Nazmi menjeling ke arah Haikal.

“Aik!Dah tua-tua pun ada hati nak mintak duit raya?Danish pun tak minta apa-apa,”Nazmi memerli Haikal.Haikal mencebik.

“Alah…Danish tu apa pun tak tau lagi memang la tak mintak…,”Haikal membela diri.Ketawa Nazmi di buatnya.

“Assalamualaikum!”Fairuz memulakan bicara semasa menghubungi Atisya petang itu.Atisya yang baru selesai mandi menjawab salam sambil mengelap rambutnya yang panjang melepasi bahu.

“Sihat?”tanya Fairuz sepatah.

“Sihat,”Atisya turut menjawab sepatah.Entah apa pulak mimpi si Fairuz ni menelefonnya,fikir Atisya.

“Err…Dah makan?”Fairuz bertanya lagi namun suaranya kedengaran agak nakal.

“Hei…Puasa la,”Atisya mengingatkan.Tak kuasa dia melayan lawak bodoh Fairuz petang-petang begitu.Dia ingin cepat kerana sebentar lagi dia ingin keluar ke bazaar Ramadhan membeli juadah berbuka puasa.

“Hik2…Gurau je la.Awak buat apa kat dalam rumah tu?”Fairuz bertanya.Atisya mengerutkan dahinya.

‘Dalam rumah tu?’desis Atisya.

“Awak kat mana ni?”Atisya bertanya.Entah mengapa dirasakan Fairuz seperti berada di hadapan rumahnya.Jika tidak masakan dia tahu yang Atisya kini berada di rumah?

“Erm…Kat depan rumah awak,”Fairuz menjawab selamba.Atisya terkejut dengan jawapan yang diberikan.Dadanya berdebar-debar.

‘Apa yang dibuat di sini?’

“Awak buat apa kat sini?”tanya Atisya.Dia curi-curi mengintai melalui tingkap di bahagian ruang tamu.Benar,dia dapat melihat kereta Fairuz dan Fairuz yang sedang bersandar di luar kereta dan memegang telefon bimbitnya.Atisya cepat-cepat menutup langsir apabila dia terasa seperti Fairuz dapat melihat kelibatnya di sebalik langsir.

“La…Tak payah la nak skodeng-skodeng pulak.Saya nak ajak awak berbuka dengan saya hari ni bole?Dari Kerteh tadi teringat kat awak,tu yang datang tu,”Fairuz menyatakan bagaimana dia boleh sampai sehingga ke rumah Atisya.Atisya menahan tawa apabila dirinya terkantoi oleh Fairuz sebentar tadi.

“Err…Saya rasa nak berbuka at rumah je la,”Atisya cuba mengelak keluar dengan Fairuz.Terdengar satu keluhan dilepaskan oleh Fairuz.

“Sampai hati awak.Esok saya nak balik KL dah tau…Kalau jadi apa-apa kat saya tengah jalan nanti…Kempunan nak jumpa awak lagi…Jom la teman saya berbuka hari ni…Tak pun saya berbuka kat rumah awak sama-sama,”Fairuz mengenyitkan mata dan menjelir lidah tanda mengusik.Nakal betul!

“Eh…Tak payah…Ok la…Ok la,”Atisya mengalah.Meluat betul dia apabila Fairuz menuturkan ayat sebentar tadi.

‘Tragis sangat la konon’rungut Atisya sambil menuju ke almari memilih baju yang sesuai.Blaus merah dicapainya.

Beberapa minit kemudian Atisya sudah berada di hadapan pagar rumahnya.Fairuz tersenyum memandang Atisya.Atisya hanya bermuka selamba.

“Jom,”ajak Fairuz.Atisya menuju ke keretanya.

“Eh,naik dengan saya la…Nanti saya hantar awak balik,”Fairuz memerhatikan Atisya yang menarik muka tanda memprotes namun kemudian Fairuz tersenyum apabila Atisya menutup kembali pintu keretanya.Perdana V6 Fairuz meluncur laju membelah petang menuju ke Restoran Datang Sokmo.

“Haikal,tolong letak kurma-kurma ni atas setiap meja,”Norin menghulur sedulang besar berisi beberapa pinggan buah tamar untuk dijadikan pembuka selera berbuka puasa para pelanggan sebentar lagi.Haikal menurut tanpa banyak cakap.Norin merupakan kakak ipar yang baik malah ibu bapa Norin sudah dianggap seperti ibubapa sendiri memandangkan Nazmi dan Haikal merupakan anak yatim piatu.

Pelanggan semakin ramai.semakin berpusu-pusu masuk sehingga hampir tiada meja kosong lagi.Sebaik tiba di Restoran Datang Sokmo,Fairuz lebih dahulu turun meninggalkan Atisya di dalam kereta.

‘Tak gentleman langsung’rungut atisya.Dia keluar dengan muka tidak puas hatinya.Berkerut dahinya memerhatikan suasana di dalam restoran.Macam pasar raya pun ada.

“Penuh la,”Fairuz bersuara.Atisya berdiri di sebelah Fairuz.

“Nak makan tempat lain?Isya tau kat mana tempat best lagi kat sini,”Fairuz bertanya.Atisya hanya mengangkat bahu seraya menggeleng.

“Hai Atisya,”satu suara menampar gegendang telinga Atisya.Serentak Fairuz dan Atisya memandang kepada yang menegur.

“Eh!Haikal…Buat apa kat sini?”Atisya tersenyum memandang Haikal.Entah kenapa debaran terasa di hatinya.Debaran yang agak sama ketika dia memandang Fairuz semasa dia mempunyai perasaan pada lelaki itu.

“Dah lupa ke?Tolong abang kat sini,”Haikal mengingatkan.Mungkin Atisya terlupa yang dia pernah ke situ bersama Alia dan keluarga Alia dahulu.Atisya mengangguk-angguk.

“Oh…Lupa pulak.”Atisya tidak sengaja tertanya soalan itu kerana teruja melihat kehadiran Haikal.

“Ehem…,”terdengar suara Fairuz yang dari tadi hanya menjadi pemerhati.Mungkin merasakan dirinya seolah-olah tidak dipedulikan.

“Ops…Ni..Kawan saya..Fairuz…Ni Haikal,”Atisya memandang Haikal dan Fairuz saat tangan mereka bertautan menghulur salam perkenalan.

“Ada meja kosong lagi ke?”Fairuz bertanya.Tidak betah dia berada di situ lama-lama.Renungan Haikal pada Atisya membuatkan dia tiba-tiba cemburu.

“Err…Dah tak de tapi abang jemput Atisya makan kat bahagian dalam.Takde sesiapa,kami-kami je…Jom la,”Haikal menjemput lembut.Fairuz ingin menolak namun Atisya lebih pantas bersuara.

“Nak belanja la ni,”Atisya cuba berlagak selamba walaupun jiwanya bergetar melihat senyuman Haikal yang ikhlas.

“Lebih kurang la…,”Haikal melangkah masuk ke dalam restoran diikuti Fairuz dan Atisya.Atisya berkenalan dengan semua pekerja dan kakak ipar Haikal,Norin.Fairuz hanya menahan rasa tidak puas hati.Kalau ikutkan dia hanya mahu berdua dengan Atisya pada waktu itu.

“Duduk sini Atisya,ada kosong lagi,”Norin menunjukkan tempat duduk di seblahnya.Tempat itu bertentangan dengan haikal.Haikal hanya bermuka selamba sedangkan Atisya sudah tidak keruan langsung dia mengambil tempat di sebelah Fairuz yang masih lagi kosong.

“Tak pe,kak.Isya duduk sini je,”Atisya melabuhkan punggung di sebelah Fairuz.Fairuz tersenyum lega.Dia menang.Nazmi merenung Haikal untuk membaca sesuatu yang tersirat di sebalik wajah itu.Ya,wajah Haikal berubah sama sekali.

“Siapa lelaki tadi tu?”tanya Fairuz dalam perjalanan pulang menghantar Atisya.Atisya memalingkan muka keluar tingkap.

“Kawan.Senior Mira kat UIA,”ringkas jawapan Atisya.

“Macam mana kenal?Fairuz tengok dia macam ada hati jek kat Atisya,”Fairuz bersuara serius sambil menumpukan perhatian ke jalan raya.

“Hari tu makan dengan Alia kat situ…Apa pulak main tuduh-tuduh ni…Tak baik tau buruk sangka,”Atisya tidak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan Fairuz walaupun dia sendiri sedar sepanjang waktu berbuka tadi Haikal sering mencuri pandang terhadapnya.

“Alah…Kalau dah tengok Isya sampai nak terkeluar bijik mata,minat la tu.Fairuz ni pun lelaki tau,”Fairuz membela diri.

“Abis tu jeles la?Kalau betul pun apa salahnya,”Atisya menduga.Seronok pulak dia melihat Fairuz cemburu.Biar dia tahu perasaan Atisya apabila mengetahui tentang dia dan Maisarah dahulu.

“Jeles la,”suara Fairuz agak meninggi.Jelas dia marah dengan peristiwa tadi.Bersungguhkah dia menyayangi aku?

“Buat apa nak jeles.Kita pun kawan je kan,”Atisya masih terus menduga.Menguji sejauh mana kesabaran Fairuz.

Atisya tergaman apabila Fairuz memberhentikan kereta di bahu jalan secara mengejut.Untuk seketika mereka terdiam.

“Isya,Fairuz tunggu Isya dah lama tau…Sejak dari sekolah lagi.Tapi kalau Atisya boleh terima Haikal sekelip mata je,mana Isya campak kejujuran dan kesetiaan Fairuz selama ni?Isya ni buta ke?”suara Fairuz meninggi.Matanya kini merenung tajam ke arah Atisya.Atisya gumam.Namun dia tidak mahu tewas dengan kata-kata Fairuz sebentar tadi.

“Lama?Tapi dalam masa yang sama Fairuz turut mencintai orang lain kan?Setia ke macam tu?Fairuz tau tak rasa sakit hati bila tau perkara tu.Fairuz janji nak tunggu Isya sampai bila-bila tapi bila hati Isya dah terbuka untuk Fairuz,Fairuz dah ada yang lain.Isya tak mahu kerana Isya hubungan Fairuz rosak. I learnt to love you,”Atisya meluahkan perasaanya pada Fairuz.Sebab musabab mengapa dia tidak mahu menerima Fairuz selama ini.

“Maksud Isya,Isya pernah cintakan Fairuz?"Fairuz mencari kepastian.

“Isya nak berterus terang dengan Fairuz.Dulu memnag Isya tak boleh terima Fairuz,tapi Isya pujuk hati Isya untuk menerima Fairuz sebab Isya yakin Fairuz boleh mencintai Isya dengan sepenuh hati.Tapi bila hati Isya dah terbuka untuk menerima Fairuz,Fairuz dah ada orang lain.Hati Isya hanya terbuka sekali untuk Fairuz.Sekali ia tertutup selama-lamanya Isya takkan terima Fairuz lagi.Tolonglah mengerti Fairuz,”Atisya membernaikan diri merenung ke mata Fairuz memohon agar lelaki itu mampu memahaminya.Fairuz memandang Atisya penuh perasaan.Sungguh dia tak pernah tahu Atisya pernah mencintainya.Yang dia tahu Atisya memarahinya kerana tidak menceritakan tentang hubungannya dengan Maisarah.

“Tapi itu dah berlalu.Maisarah dengan Fairuz dah tak de ape-ape,”Fairuz cuba memujuk.Atisya melempar pandangannya keluar.Dia tidak mahu lagi menerima lelaki itu biar dipujuk dengan apa cara sekalipun.

“Tak de langsung ke ruang untuk Fairuz?”Fairuz masih meminta kepastian.Atisya hanya membisu.

“Isya nak balik,”hanya itu yang keluar dari mulut atisya.Biarlah soalan tadi terus terbiar tanpa jawapan kerana Atisya pasti jawapannya adalah TIADA!

23

Azmira menolak kerusi roda Dato’ Badrul menuju ke bilik.Dari jauh kedengaran sayup-sayup suara takbir bergema.Hati Azmira sayu.Teringat di kala ibunya masih hidup.Tentu pagi-pagi lagi Haniah sudah siap menghidang lontong dan ketupat di atas meja.Kemudian dia akan menyiapkan suaminya yang akan ke masjid.Dengan rapi dia mengikat samping utnuk suaminya tercinta.Kemudian baru Haniah melihat anak-anaknya yang sedang seronok melaram dengan baju baru.Bahagianya keluarga Dato’ Badrul dahulu.

“Papa nak pakai baju yang Mira belikan ni ke?”Azmira mengunjukkan sehelai baju melayu biru kepada Dato’ Badrul.Dato’ Badrul hanya memandang kosong kemudian menggeleng.Dato’ Badrul kemudian memandang ke arah almari baju yang menyimpan segala pakaiannya.

“Amhik bhaju ww..warne ijau tu,”suara Dato’ Badrul tersekat-sekat.Azmira segera mencapai sepasang baju melayu berwarna hijau pucuk pisang di dalam almari.Tiba-tiba dadanya terasa sebak.Itulah baju terakhir yang arwah mama hadiahkan buat papa sebelum mama diceraikan.Hari raya pada tahun itu mereka memilih tema berwarna hijau.Atisya melaram dengan baju kebarung manakala Azmira memilih untuk membuat kebaya.Ah,betapa kenangan itu akan terus terpahat di ingatannya.

“Papa nak pakai yang ini?”Azmira bertanya lagi.Perlahan Dato’ Badrul mengangguk.Azmira menyarung baju melayu itu ke badan papanya.Dia tidak terkilan Dato’ Badrul menolak baju melayu yang dibelikan asalkan Dato’ Badrul masih ingat pada Haniah.Kini Azmira mengerti kasih Dato’ Badrul pada Haniah masih belum padam.

Rumah anak yatim Raudhatus Sakinah amat meriah dan riuh pada hari itu.Suara si kecil meminta untuk dipakaikan samping.Yang lain pula sibuk melihat baju-baju baru rakan-rakan yang lain.Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka namun bagi yang mengerti,syawal ini bagaikan tidak membawa makna apa-apa.Alia tidak menang tangan menguruskan kanak-kanak di situ.Mujur yang telah bersekolah menengah turut membantu.

“Kak Alia,zip tak boleh naik…,”wajah Aiman berkerut seribu.Ditarik zip seluarnya ke atas.Alia cepat membantu.

“Kak Alia,Ain pun nak pakai tudung,”suara kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun itu pula kedengaran.Pening kepala Alia melayan karenah mereka.

“Ain,Ain kecik lagi.Dah besar nanti baru pakai k.Tak pun kalau ada masa Akak pakaikan,”Alia memujuk.Mujur Ain mengangguk.

‘Mana la Isya ni tak sampai-sampai lagi’desis hati Alia.Jika ada Atisya mungkin ringan sedikit bebannya melayan kanak-kanak itu.

“Assalamualaikum.Sibuk nampak,”satu suara menegur dari luar pintu.Alia segera menoleh.

“Nasib jugak ko datang.Ko tolonglah aku layan budak-budak ni.Macam-macam perangai,”Alia merungut.Haikal hanya tersenyum.Dia arif benar dengan suasana di situ menjelang Aidilfitri malah Aidiladha sekalipun suasananya agak sama.Dia sendiri pernah menjadi penghuni di rumah tu.

“Ko ni Alia.Ko je yang mereka ada untuk mengadu segala-galanya.Mereka mana ada orang lain lagi,mak takde ayah takde,”sayu kedengarn suara Haikal.Alia terdiam.Silap dia juga kerana terlalu bising tadi.Dia bukan tidak mengerti namun memang lumrah seorang perempuan suka membebel,nak buat macam mana?

“Ko ni emosi pulak.Aku minta maaf la kalau kau tak suka aku cakap tadi,”Alia memohon maaf.Dia amat kenal Haikal.Haikal bukan seorang yang suka ambil hati tapi pagi itu mungkin perasaanya tersentuh pada pagi hari yang sepatutnya diraikan bersama keluarga tersayang.

“Tak de la.Saje je,”Haikal tersenyum memandang Alia kemudian menyambung membetulkan samping Aiman yang sedikit senget.

“Nazmi balik ke rumah mertua ke?”Alia bertanya.

“Ha’ah.Mentua sibuk nak beraya dengan cucu sulung,”Haikal melipat samping songket untuk Aiman.Alia pula sibuk melayan anak yang lain.

“Hensem dah adik abang ni,”Haikal menyarungkan songkok ke kepala Aiman kemudian mengucup dahi anak kecil itu.Dia mengerti perasaan anak kecil itu,sama seperti persaannya dahulu.

“Abang,hari ni mama ngan papa datang tak?”kanak-kanak berusia 4 tahun setengah itu bersuara dengan wajah penuh mengharap.Nazmi memandang sayu wajah adiknya itu.Adiknya masih belum mengerti apa-apa.

“Hari ni mama ngan papa tak datang.Tapi abang tahu mereka ada kat sini.Ustazah kata kalau kita selalu doa kat mama ngan papa,tentu mama ngan papa hidup senang,”Nazmi memujuk Haikal.Haikal tunduk menekur lantai.

“Mama ngan papa dah tak sayang kita ke bang?Dulu mama ngan papa mesti beli baju baru kalau nak dekat raya.Tapi sekarang Ustazah Aminah ngan Ustaz Razak yang bawa.Nape bang?”Haikal masih bertanya.Nazmi buntu.Bagaimana dia ingin memberitahu Haikal bahawa mama dan papa sudah tiada lagi dan pergi mereka tidak akan kembali.

“Mama ngan papa sayang kita Haikal.Sayang sangat-sangat.Cuma mereka nak Haikal jangan ingat sangat kat mereka.Cuma doakan mereka dan belajar bersungguh-sungguh,”nasihat Nazmi.Haikal hanya mengangguk.

Tangisan Umairah membuat Haikal tersentak.Dia membuntuti Alia yang membawa Umairah yang sedang menangis keluar rumah.Sebaik tiba di pintu Haikal ternampak seseorang.Seseorang yang sering dinanti-nantikan.

‘Atisya?’Haikal bersuara sendiri.

“Alia,tolong ustazah sediakan hidangan ni kejap,”Ustazah Aminah yang sudah lama bekerja di situ melaung pada Alia.Tentu orang tua itu juga tidak menang tangan di dapur.

“Er…Karl,ko pujuk jap Umairah ni.Kalau tak dapat jugak kau pergi bawak kat Atisya tu.Budak ni manja ngan Atisya,”Alia pantas menyerahkan Umairah ke kelekan Haikal.Haikal terpinga-pinga.Sungguh dia tidak tahu memujuk kanak-kanak yang sedang menangis. Kalau di hospital lain la.

“Assalamualaikum,”Atisya menghubungi Azmira di kampung.Dia masih berdiri di sisi keretanya.Haikal pula serba salah untuk menghampiri Atisya.

“W’lam.Akak sihat?”Azmira bertanya.Sayu hati Atisya mendengar suara Azmira.Bagaimana agaknya dia menyambut Aidilfitri pertama kali bersama papa selepas ketiadaan mama.

“Akak sihat.Akak kat Raudhatus Sakinah ni.Kejap lagi ada solat aidilfitri berjemaah.Papa macam mana?”Atisya bertanya.Rindu pula dia pada orang tua itu.Dia kini dapat memaafkan papanya sepenuh hati.

“Papa sihat.Opah ngan tok wan kirim salam.Akak nak tahu,pagi tadi papa minta untuk Mira pakaikan baju yang mama bagi masa kita sambut hari raya terakhir dengan mama.Papa tak nak pakai baju yang Mira beli,tapi Mira tak kisah.Mira menyesal kak.Papa rupanya masih sayangkan mama,”lirih suara Azmira kedengaran di hujung talian.Atisya sudah mula menitiskan air mata.Dia dapat membayangkan betapa Azmira bersabar melayan papa.Papa tentu sedang merindui arwah mama.Atisya mengesat air matanya,tidak mahu dilihat dia menangis apabila masuk ke Raudhatus Sakinah nanti.

“Kirim salam semua ye.Pergi ziarah kubur mama nanti bacakan Yassin.Akak minta maaf tak dapat balik,”Atisya masih mengesat air matanya yang semakin deras mengalir.Esakan Azmira juga kedengaran.

“Baik kak.Take care,”Azmira mematikan talian.

Sebaik Atisya berpaling,Atisya tersentak melihat seorang lelaki di hadapannya.

Haikal seakan tercengang melihat Atisya. Dia ingin berlalu sebelum Atisya melihtanya tetapi sudah terlambat. Apa yang berlaku sebenarnya?Atisya pantas menyeka air matanya.Umairah yang masih menangis diacahnya.Dia malu dengan kehadiran Haikal yang tidak disangka-sangka.

“Maira cuba tengok Kak Isya tu.Dah besar pun nak nangis tak dapat raya dengan family…He…Tak malu…,”Haikal cuba berlagak seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku.

Atisya menjeling kepada Haikal.Sempat pula mamat ni buat lawak pagi-pagi raya ni. Tangisan Umairah sudah sedikit reda.

“Eh,apa ni?”Haikal seolah-olah terkejut.Bajunya basah tiba-tiba.

“Tu lah padah mengata orang,”Atisya mengambil Umairah dari kelekan Haikal yang masih terpinga-pinga terkena air kencing Umairah.

‘Habis baju raya aku’desis hati kecil Haikal.

Semua penghuni Raudhatus Sakinah sibuk menjamu selera.Sebentar lagi pemberian duit raya beramai-ramai akan diadakan.Atisya sibuk membantu Alia di meja makan.Apa-apa yang kurang ditambah.Riuh kanak-kanak itu makan.Dari jauh Haikal memerhati tingkah laku Atisya yang amat mesra dengan kanak-kanak.Boleh dikatakan semua kanak-kanak di sini menyukai atisya.

“Pak Imam tak makan?”Alia bertanya pada Haikal.Tersentak Haikal yang sedang leka memerhatikan atisya.Bila Alia berada dis ebelahnya dia sendiri tidak sedar.

“Ko ni buat terkejut aku je.Jap lagi aku makan la,”Haikal tersenyum.Alia tersenyum bermakna.

“Ko usha Atisya eh,”Alia menduga.Dari tadi dia dapat melihat Haikal memerhatikan Atisya.Malah ketika sedang berbual dengan Haikal kini pun mata Haikal kadang-kadang melirik pada Atisya.

“Mana ada.Suke-suke je nak tuduh-tuduh,”Haikal cuba membela diri.Malu dirinya dikatakan melihat anak dara orang.

“Ala…kau ni dah tua.Aizad dulu pun memula nak ngorat aku,asyik mengusha je.Naik rimas aku,”Alia mengungkt kisahnya dengan Aizad.Aizad tiada di Malaysia ketika ini.Aizad berada di London.Tugas sebagai juruterbang menyebabkan Alia dan Aizad jarang bertemu namun rindu ketika berjauhan itulah yang menjadikan mereka bertambah akrab dan mesra.

“Hoi!Berangan la tu,”Haikal menegur Alia yang seolah-olah tersenyum sendiri.

Merona merah wajah Alia ketika itu,memang dia tengah berangan pun sehingga tidak perasan Atisya turut berada di situ.

“Rancak sangat boraknya.Mengata aku ke?”Atisya bergurau.Alia memandang Haikal.Haikal memberi isyarat supaya Alia tidak berkata apa-apa.

“Pak imam kita ni,sibuk tengok orang sampai tak makan-makan,”Alia menjeling ke arah Haikal.Haikal buat muka selamba.Malas dia nak bertekak dengan Alia pagi-pagi raya.

‘Pak imam?’hati Atisya berdetik.Baru tadi dia mengagumi suara orang yang bertakbir dan mengimamkan solat sunat hari raya Aidilfitri.Mungkinkah Haikal orangnya?

“Ada-ada je la ko ni…Isya dah makan ke?Jom la makan sama-sama,”Haikal mempelawa.Atisya malas berfikir panjang,Alia boleh memberikan jawapan padanya nanti.Alia turut mengekori Haikal dan Atisya ke ruang makan.Sambil berbual sempat Haikal mengetahui latar belakang Atisya,namun Atisya berhati-hati agar tidak menceritakan semua tentang keluarganya.Cukup Haikal mengetahui ibunya telah tiada dan bapanya kini tidak sihat.Azmira pula berada di kampung.Haikal belum layak untuk mengetahui apa yang berlaku dalam keluarganya.

24

Semester baru bermula.Azmira telah tiba di Kuantan sejak semalam lagi.Mengemas apa yang patut.Dia tidak mahu pelajarannya terganggu nanti dengan perkara-perkara remeh yang tertangguh.Rakan-rakan serumah masih belum pulang.Keputusan Amira untuk semester lepas agak cemerlang.Azmira bersyukur walaupun dengan kejadian yang menimpanya,pelajarannya tidak terganggu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

“Oit!Tasya.Bila nak balik.Aku sorang-sorang ni,”Alia memulakan bicara sebaik sahaja melihat nama Natasya tertera di skrin telefon bimbitnya.Namun seolah-olah Natasya tidak membalas atau menjawab soalannya.

“Err…Mira…Ni Ridhuan,”bergetar seluruh tubuh Azmira apabila terdengar suara itu.Suara seorang lelaki yang pernah dianggap sebagai sahabat karib suatu ketika dahulu.Azmira hanya membisu.

“Aku minta maaf. Aku tahu kalau aku pakai nombor aku mesti ko tak jawab kan?”Ridhuan terus berkata-kata.Azmira masih membatukan diri.Marahnya pada lelaki itu masih bersisa.Perbuatan yang memalukan masih belum diketahui apakah ada atau tidak Ridhuan lakukan terhadapnya.

“Mira,cakaplah Mira.Takkan lama sangat ko marah kat aku?Mira please…Kebisuan ko ni seolah-olah membunuh semangat aku…Mira…,”Ridhuan separuh merayu.Natasya yang berada tidak jauh darinya diperhatikan.Natasya tahu sikap hati batu Azmira,namun dia tahu,jika Azmira boleh menerima kembali bapanya,mengapa tidak Ridhuan?

“Mira cakap apa?”Natasya menghampiri Ridhuan.Ridhuan menggeleng.

“Dia tak cakap apa-apa.Dia terus off handset,”Ridhuan menggeleng kepalanya.Dia sudah buntu.Semasa cuti sudah berkali-kali dia menghubungi Azmira namun sikap gadis itu tetap sama.

“Kau percaya aku kan tasya?”Ridhuan meminta simpati Natasya.Natasya mengangguk.Dia kenal Ridhuan.Dia tahu Ridhuan tak mungkin melakukan perkara-perkara terkutuk seperti yang disangkakan oleh Azmira.

“Aku cuba tolong kau,”Natasya tersenyum dan melangkah ke arah keretanya.

“Kau nak tumpang?”Natasya bertanya sebelum bergerak.Ridhuan menggeleng.

“Tak pe…Housemate aku ambik.”

Natasya memecut laju menuju ke rumah sewanya.Dia harus membantu Azmira dan Ridhuan.

Sebaik sampai di hadapan rumah kelihatan Azmira sedang menyidai kain baju.Azmira berlalu ke dalam rumah apabila ternampak kereta Natasya.Natasya sudah menduga perkara ini.Bukan dia sengaja berkomplot dengan Ridhuan,tetapi dia yakin Ridhuan tak bersalah.

“Lama dah sampai?”Natasya sekadar berbasa-basi cuba meredakan kemarahan Azmira.Azmira hanya membisu.Televisyen di hadapannya direnung kosong.

“Dah makan?”tanya Natasya lagi.Usah dilayan rajuk Azmira ni!

“Kenapa kau bagi Ridhuan telefon kau untuk cakap dengan aku?Kau subahat dengan dia ke?”akhirnya kedengaran juga suara Azmira yang sedikit meninggi.Natasya agak tersentak namun dia cuba mengawal perasaannya.

“Ko ni kenapa?Ridhuan tu tak bersalah tau.Kau yang serkap jarang kenapa?Doktor pun cakap kau tak apa-apa kan?”Natasya cuba membela Ridhuan.Azmira menarik muka msam.

“Ko apa tau?Mungkin dia tak usik aku lebih tapi sape tau ape-ape lagi yang dia buat pada aku dalam bilik mayat tu,”Azmira mengungkit kisah yang berlaku beberapa bulan lalu.Natasya menggeleng.

“Ridhuan dah terangkan pada aku.Dia minta maaf.Dia tak sengaja nak buat kau pengsan,dia cuma nak melawak je.Tak sangka boleh jadi serius macam ni,”Natasya meneruskan hujahnya.Lagak seperti peguambela pun ada.

“Kalau kau percaya sangat kat dia tu,pergi mampus sekali dengan dia,”Azmira bingkas menuju ke biliknya.Benci dia mendengar nama Ridhuan disebut-sebut berulang kali.Lelaki itu sungguh menyakitkan hatinya.

“Macam mana?”tanya Ridhuan ketika di kampus.Natasya menggeleng.

“Hai Ridhuan!Mangsa baru ke?”Hairuddin tersengeh nakal memandang Ridhuan dan berlalu pergi.Ridhuan cuba mengekori Hairudin namun ditahan oleh Natasya.

“Biarlah orang nak cakap apa,ko tak salah kan?Ko tak buat kan?”Natasya cuba meyakinkan Ridhuan.

Semua mata yang memerhatikannya amat menjengkelkan.Buruk sangatkah perbuatannya dahulu.Dia tidak menyentuh sedikit pun tubuh Azmira.Sungguh dia tidak melakukan apa-apa.

“Kalau susah sangat aku sendiri akan jumpa dia berterus-terang,”Ridhuan bersuara nekad.Natasya memandang dengan pandangan kurang percaya.

“Dia masih marah…,”mendatar suara Natasya.

Ridhuan menolak rambutnya ke belakang.Dia semakin hilang punca untuk meruntuhkan tembok kebencian Azmira padanya.

Dari jauh kelihatan Azmira berjalan seorang diri.Dia bagaikan hilang semangat.Beberapa orang yang lalu berhampirannya menjauhkan diri.

“Ni ke Azmira?Yang orang kata tak suci tu ke?”sayup kedengaran bisikan antara mereka.Entah mengapa Azmira tidak mahu melawan.Azmira terus melangkah dengan titisan airmata yang tiba-tiba jatuh di pipinya.Air mata yang dulu mahal untuk dititiskan kini amat murah.Azmira benar-benar berubah.

‘Tak sucikah aku?Benarkah aku telah ternoda?’bisik Azmira sendiri.Airmatanya semakin laju.

“Mira…,”Ridhuan menghalang laluan Azmira.Terasa ingin disapu airmata itu hingga kering.Sayu hatinya melihat Azmira menangis sehingga sebegitu rupa.Azmira yang dikenalinya bukan begitu.Azmira seorang yang periang,seorang yang peramah.

“Mira,kita bincang dulu Mira.Aku ada banyak benda nak bagitau pada ko,”Ridhuan merayu.Biar dia harus melutut dia sanggup demi Azmira.Azmira membisu.

“Aku benci ko…Benci…,”Azmira berlalu pergi.Sedikit pun tidak dapat dihalang oleh Ridhuan.

“Benci benar dia pada aku,”Ridhuan bermonolog sendiri.

25

Atisya mengemas mejanya yang agak berselerak dengan tugasan-tugasan para pelajarnya.Selesai mengemas Atisya berkira-kira untuk keluar makan tengah hari.Lapar betul perutnya kerana tidak bersarapan pada pagi itu.

Deringan telefon bimbit menyentak Atisya yang sedang tekun mengemas.

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam.”

“Busy ke?”suara pemanggil bertanya.

“Tak jugak…Ada apahal call?”Atisya tidak tahu mengapa Haikal menghubunginya pada waktu-waktu begini.sedangkan dia tahu Atisya masih dalam waktu kerja.

“Good…Erm…Dah lunch?”sekali lagi Haikal bertanya.

“After this may be…Why?”

“Nak ajak awak lunch sama-sama…”sedikit tersentak Atisya mendengar ajakan itu tetapi dia cuba menidakkan apa yang sedang berlegar di fikirannya.

“Erm…Tapi saya lunch dalam kampus je kot.Malas la nak keluar,takut jam nanti lambat pulak masuk kerja semula…Lagipun ada kelas pukul 2 nanti,”berjela Atisya memberi alasan tanpa dipinta.

“Tak tanya pun…I’ll be there..Tunggu tau,”Haikal terus mematikan talian.Atisya tergamam.

Kafetaria Fakulti Sains dan Teknologi riuh rendah tengah hari itu.Kebanyakkan pelajar yang akan menghadiri kelas selepas waktu rehat tengah hari memilih untuk tidak pulang ke rumah atau asrama kerana bimbang terlewat ke kelas.Atisya dan Haikal duduk di suatu sudut kafetaria yang dikhaskan untuk para pensyarah.

“Mimpi apa awak makan kat sini?”Atisya mengajukan soalan yang sememangnya bermain-main di kepalanya sejak Haikal menghubunginya tadi.

“Saja…Nak makan ngan awak…Tak boleh?”Haikal memandang Atisya sekilas.Atisya lantas menundukkan pandangan meneruskan suapannya.

“Tak de la…Boleh…Dah dapat tawaran kerja ke?”Atisya terus mengajukan soalan sementara Haikal dari tadi tekun menyuap makanan, nasi berlaukkan ikan keli masak berlada.

“Haa…sebab tu la saya nak makan ngan awak ni…Nak bagitau awak good news,”Haikal berjeda sebelum meneruskan kata-katanya.

“Saya dah dapat kerja dekat Hospital Terengganu…”begitu teruja Haikal bercerita kepada Atisya.

“Ye ke?Tahniah…Berapa lama?”

“Based on prestasi…Kalau prestasi saya ok kerajaan hantar pergi hospital yang lebih baik…HKL ke,”Haikal rancak bercerita.Nasi di dalam pinggannya masih ada separuh lagi belum dihabiskan.

“Ooo…memang mintak kerja kat situ ke?”Atisya bersuara sambil membalas beberapa mata para pelajar yang memandang kepadanya dan Haikal.

Haikal menggeleng.

“Tak la…Tak minta mana-mana pun…Tapi tak kisah…Mana pun sama je…Jumpa orang sakit jugak…Aiman tak kisah,”sayu suara Haikal meniru lenggok suara seorang kanak-kanak yang sering disiarkan di radio tentang HIV positif.Atisya ketawa geli hati.Pandai juga doktor ni berjenaka.

“Awak jaga bahagian mana nanti?”Atisya semakin berminat mengetahui bidang kerja Haikal.

“Kalau ikutkan wad pediatric…Kanak-kanak…Tapi kalau ada emergency kes saya kena handle jugak…Kalau ada operation pun saya kena buat…Yang kecil-kecil je la…,”Haikal bangun setelah habis bersuara menuju ke tempat cuci tangan.Atisya memerhati langkah lelaki itu.Melalui pemakaiannya yang hanya mengenakan jeans dan t-shirt,dia tidak nampak seperti seorang doktor.Lain kalau Pak sunya,peguam yang sering menjaga penampilan.Kalau memakai t-shirt sekalipun,dia akan memakai t-shirt yang berkolar.

“Dah kenyang pun…Ada lagi 15 minit…Awak nak masuk dah ke?”Haikal bertanya.Kalau boleh dia ingin berbual lebih lama lagi.

“Erm..Ha’ah,nak buat persediaan sikit before masuk kelas,”Atisya bersuara jujur.

“Ooo…Dalam kelas student sume ok2 ke?Tak de ke yang nakal-nakal…Usik-usik?…,”Haikal tersengeh nakal ketika mengajukan soalan itu.Atisya ketawa.

“Ada la 2,3 orang…Biasa la budak-budak…Kalau dilayan makin menjadi…Buat tak tahu je sudah,”Atisya bercerita tentang cara dia menangani pelajar-pelajar yang agak nakal dalam kelas.

Haikal mengangguk.

“Ok la..Tak nak kacau awak…anyway thanks sebab sudi lunch dengan saya…lain kali dinner pulak boleh?”Haikal bersuara dalam nada bergurau tapi hatinya bersungguh-sungguh mengharapkan Atisya akan bersetuju.Lama Atisya terdiam.

“Aiman tak kisah,”Atisya pula mengajuk iklan seperti yang dilakukan Haikal sebentar tadi.Serentak mereka berdua ketawa.

“Rancaknya bersembang,boyfriend ke?”tegur seorang pensyarah yang baru hendak pulang ke pejabatnya.

“Kawan je…,”Atisya tersenyum sambil masuk ke biliknya.

“Kawan ke?”detik hatinya.

26

Izzat duduk di pangkin di hadapan rumahnya.Dia teringat perbualannya dengan Mak Cik Sofea malam tadi.

“Izzat rasa Izzat nak kahwin la,mak,”Izzat memulakan bicara ketika makan malam di rumah mereka.

Tersentak Mak Cik Sofea mendengarnya.Dah terbuka agaknya pintu hati budak ni nak mendirikan masjid.

“Aik,dah ada calon ke?Tak pulak mak nampak hang bergayut sana sini…senyum sorang-sorang macam adik hang si Alia tu,”Mak Cik Sofea masih kurang percaya.Izzat terdiam agak lama.

“Calon tu ada…Tapi Izzat tak habaq lagi kat dia,”Izzat cuba membuka mindanya untuk bercerita secara terbuka dengan ibunya.

“Apa hang dok merepek ni?Sapa pompuan tu…Biaq mak pi tanya,”Mak Cik Sofea pening mendengar kata-kata Izzat.Ingin mendirikan rumahtangga tapi pengantin perempuannya belum tahu apa-apa.

“Err….Errr…,”tergagap-gagap Izzat hendak menyebut calon yang dinyatakan pada ibunya sebentar tadi.

“Sapa?Hang ni kalut betoi la…,”tidak senang Mak Cik Sofea dengan sikap Izzat.

“Atisya,mak”akhirnya tekeluar juga apa yang ingin diperkatakan oleh Izzat.Sedikit pun tiada riak terkejut di wajah Mak Cik Sofea.

“Mak,mak dengaq dak apa Jat habaq sat sat?”Izzat bertanya.Mukanya sudah merah menahan malu.

“Hang tak bagitau pun mak tau dah aih…Masa Isya dok ada kat ghumah ni dulu pun hang bukan main suka lagi,”Mak Cik Sofea tersenyum memandang Izzat.

“Abih tu mak tak kisah la no…,”Izzat cuba mendapatkan kepastian.

“Nak marah pasai pa?Mak pun berkenan kat budak Isya tu…Baik pun baik,”Mak Cik Sofea gembira mendengar perkhabaran dari Izzat.

“Nanti bila-bila dia mai sini Jat cuba tanya kat dia…Kalau tak buleh,mak tolong tanya buleh?”Izzat semakin serius berbincang.

“Hang tanya la dulu…Alia habaq kat mak dia nak balik 2 bulan lagi,nak uruskan pasai nikah dia ngan Aizad…Kalau hang cepat langsung sekali ngan Alia,”Mak Cik Sofea memberi cadangan yang membuatkan Izzat tersentak.

“Ish,mak ni merepek ja…Nak lekaih ngat buat pa?”Izzat membantah.

“Saja ja…Kot hang tu yang dah tak sabaq,”sinis kedengaran suara Mak Cik Sofea meninggalkan Izzat yang terkulat-kulat di meja makan.

“Oit mak ko,”buah jambu yang jatuh dari pokok berhampiran mematikan lamunan Izzat.

“Hawau punya buah jambu…Baru nak berangan sikit dah kacau,”Izzat bingkas bangun menuju ke dalam rumah.

27

Zaiman menuju masuk ke lif untuk ke pejabatnya di tingkat 12 KLCC.Dia ingin mengambil beberapa dokumen penting untuk dibawa pulang ke kampung petang nanti. Semuanya tentang urusan pengambilan semula syarikat abangnya,Dato’ Badrul dari perempuan hina tu.Setelah semua selesai dia ke kamar sebelah yang tertera nama Sharifah Hasliana Syed Baharudin.

“Hai sweetheart,”Zaiman masuk tanpa mengetuk pintu. Semua staf sudah maklum tentang Zaiman dan Liana.Hubungan mereka terjalin setelah sebulan Liana bekerja di syarikat guaman tersebut.

“Assalamualaikum,”lembut cara Liana menyindir Zaiman yang seolah-olah sudah lupa adab seorang muslim.

“Wa’alaikumussalam…Jom ikut I,”Zaiman duduk di kerusi di hadapan meja Liana.Wanita itu kelihatan ayu di sebalik wajahnya yang tampak tegas sebagai seorang peguam syariah.

“Pegi mana?”Liana yang dari tadi sibuk menulis sesuatu di dalam diari mengangkat kepala.

“Balik kampung…Jumpa dengan parent I,”Zaiman mengangkat keningnya meminta kata putus dari Liana.Liana tercengang.Memang Zaiman ada menyatakan dia akan memperkenalkan Liana pada ibu bapanya tetapi tidak sangka secepat ini. Lagipun usia perkenalan mereka baru mencecah 5 bulan.

“Bila?Sekarang?Kenapa cepat sangat?”Liana bertanya.Dia seolah-olah tidak percaya.

“Petang nanti…Lagi cepat lagi bagus.Boleh cepat-cepat kahwin,”Zaiman bersuara selamba.Liana terdiam agak lama.

“Tak suka ke?Kalau U tak nak ikut tak pe la,I tak paksa,”nada sura Zaiman sedikit lirih.

“No…Tapi kalau pagi ni I ada temujanji dengan client,”Liana membelek diarinya.Bukan dia tidak mahu berjumpa ibu bapa Zaiman.Dia sendiri senang dengan sikap Zaiman yang ikhlas berkawan dengannya.Sikap ambil berat Zaiman terhadapnya sedikit sebanyak membuatkan Liana rasa disayangi dan dilindungi.Liana masih ingat ketika dia diserang seorang lelaki yang tidak puas hati apabila perkahwinan mereka dibatalkan kerana berkahwin secara koboi di Siam.Sijil nikah yang dimiliki juga tidak sah.Hampir pipi merah Liana menjadi sasaran namun kehadiran Zaiman berjaya meredakan keadaan.Sejak itu mereka sering tolong-menolong kerana Liana masih baru dalam bidang guaman.

“Excuse me,”Zaiman mengetuk meja setelah kata-katanya tiada respon dari Liana.Liana tersentak.

“U dengar tak?U ok?”Zaiman bertanya.

“Erm…ok…U cakap apa tadi?”Liana bertanya semula.

“I cakap I balik kampung petang ni…Lepas habis waktu kerja…U nak ikut tak?”Sekali lagi Zaiman bertanya.Lama dia merenung Liana.Hatinya riang sebaik sahaja Liana tersenyum menandakan dia setuju untuk mengikut Zaiman pulang.

“I ambik U kat rumah…Sambil tu nak jumpa father U mintak izin…Maklumla nak bawak anak dara orang berjalan,”Zaiman bingkas bangun menuju ke biliknya.Sebeleum menutup pintu sempat dia menjeling dan mengenyit mata pada Liana.Liana tersenyum lebar.

28

Azmira tergesa-gesa melintas jalan menuju ke perhentian bas berhampiran rumah sewanya. 3 orang lagi rakan serumahnya telah pergi awal.Hari ini mereka perlu ke hospital Temerloh untuk melaporkan diiri sebagai doktor pelatih.Malang tidak berbau apabila sebuah kereta yang melintasinya melanggar lopak air di hadapannya menyebabkan pakaiannya basah dek air yang terpercik.Hatinya mulai panas.

“Gila!”bentak Azmira.Sempat dilihat nombor pendaftaran kereta tersebut.WGG 9464.

Sebaik tiba di Hospital Besar Temerloh,Azmira telah terlewat selama 30 minit.Tergesa-gesa dia mencari bilik Dr.Ruslan Jamaludin.

“Masuk,”terdengar satu suara garau dari dalam bilik.Azmira melangkah masuk dan lapan pasang mata sedang memerhatikannya.Semua pelajar yang diminta mendaftar sebagai doktor pelatih sudah berada di dalam bilik tersebut.Azmira terpinga-pinga namun hatinya sakit apabila terpandangkan wajah Ridhuan.Mengapa mesti lelaki itu memilih tempat yang sama dengannya?

“Maafkan saya doktor.Saya terlewat.Saya menunggu bas terlalu lama dan…,”kata-kata Azmira mati di situ apabila Dr Ruslan memandang tepat ke matanya.

“Dah sampai kat sini awak patut tunjukkan karakter awak sebagai seorang doktor.Pertama,saya tak suka dengar banyak alasan.Kedua,saya tak suka orang tak tepati masa dan ketiga,baju awak ni tak melambangkan awak ni seorang doktor,”satu persatu kata-kata Dr.Ruslan menampar gegendang telinga Azmira.Wajahnya merona kemerahan.Malu!

“Mira!”laung Ridhuan sebaik keluar dari bilik Dr. Ruslan.Azmira mempercepatkan langkahnya.Benci dia melihat lelaki itu.Tentu lelaki itu seronok melihatnya dimarahi sebentar tadi.Tentu dia sangat berpuas hati.Langkah Azmira semakin laju dan dia kini berada di tempat parkir kereta.Matanya terpandangkan sebuah kereta yang amat dikenalinya.WGG 9464.Kereta yang membuatkan dia dihina oleh Dr.Ruslan sebentar tadi.Azmira menghampiri kereta tersebut.

“Mira,buat apa ni?”Ridhuan yang dari tadi mengekori terkejut meilhat perlakuan Azmira.Tayar kereta di bahagian hadapan sudah kehabisan angin.Semuanya angkara Azmira.

“Kenapa?Kereta ko?”Azmira bertanya.Memandang Ridhuan dengan penuh kebencian.

“Memang ni kereta aku but,…,”Ridhuan semakin tidak mengerti.

“So,ko memang sengaja la langgar lopak air depan bus stand pagi tadi?Ha?Tak puas lagi dengan apa yang kau dah buat pada aku?”Azmira meninggikan suarannya.Ridhuan tergamam.

“Aku tak sengaja.Aku dah terlambat,”Ridhuan membela diri.

“Abis tu aku tak lambat?Kau suka la aku kena herdik dengan Dr.Ruslan tadi?Suka kan?”Azmira mengherdik.Hatinya benar-benar sakit.

“Mira,apasal dengan kau ni ha?Selepas kejadian hari tu ko sikit pun tak bersangka baik pada aku.Besar sangat ke kesalahan aku?”Ridhuan bertanya.Azmira menjeling tajam.

“Memang,aku benci.Kau memang tak pernah berniat baik pada aku,”Azmira membentak.

“Ko ni degil tau tak?”Ridhuan sudah hampir hilang sabar.

“Degil aku bukan menyusahkan kau pun.Aku lebih suka jadi macam ni daripada suka mengambil kesempatan pada orang lain…Pada kawan sendiri pulak tu,”suara Azmira semakin meninggi.

“Arghhh!”tangan Ridhuan sudah diangkat untuk melayang ke pipi merah Azmira.Azmira sedikit terkedu.

“Wan,”Natasya sempat menghalang pebuatan Ridhuan.Mata Ridhuan membulat merenung Azmira.Dia geram.Geram!

“Wan,kau jangan ikut sangat hati kau tu.Mira,please…,”Natasya merayu.Azmira berpaling dan terus pergi.Tidak mahu lagi dia berada di situ bersama lelaki yang dikatakan telah memalukannya.Lelaki yang telah menyusahkannya.

29

Pelamin di bahagian atas rumah baru sahaja siap didirikan.Atisya hanya melihat dari tadi dan membantu sekadar yang termampu.Kebanyakkan kerja menghias dilakukan sendiri oleh Alia.Alia sudah tentu ingin suasana yang bertepatan dengan jiwanya.Maklumlah seumur hidup hanya sekali seseorang itu bergelar pengantin baru.Hari beransur senja dan orang ramai yang datang membantu sudah mula pulang ke rumah masing-masing.Kerja-kerja memasak dilakukan di balai raya.Atisya duduk di pangkin di bawah pohon jambu.Alia datang kemudiannya.

“Oit,termenung ke?”Alia menyapa.Wajahnya kelihatan berseri-seri walaupun hanya memakai t-shirt dan berkain batik.Kata orang seri wajah pengantin.

“Tak sangka ko dah nak kawin.Dulu kat sini la ko asyik cerita kat aku pasal Aizad.Macam-macam,”Atisya mengenang zaman remaja mereka di mana Alia mula jatuh hati pada Aizad dan selepas solat Isyak malam esok hati kedua mereka bakal menjadi satu.

“Ko bila lagi?”Alia bertanya.Hairan dia melihat Atisya yang seolah-olah menutup hatinya untuk semua lelaki.

“Aku?Lambat lagi kot…,”Atisya bersuara sambil melemparkan pandangannya jauh ke sawah yang terbentang luas.Fikirannya melayang jauh.Jika dulu dia menerima Fairuz sudah tentu mereka juga sedang menuju ke gerbang perkahwinan seperti Alia.Namun Atisya sentiasa percaya pada jodoh.Macam mana kita sayang sekalipun pada seseorang jika telah tersurat tiada jodoh,semuanya harus diterima.

“Jauh menung,”sapa satu suara.Atisya tersentak.Entah bila tempat duduk Alia tadi diisi oleh Izzat.Alia sudah menghilang ke dalam rumah.Atisya tersenyum sedikit.Tiba-tiba dia rasa rimas berdua-duaan bersama Izzat di situ.

“Ingta siapa?”Izzat bertanya sekadar memulakan perbualan.Lama direnung wajah Atisya.Sayangnya pada gadis itu semakin membuak-buak lebih-lebih lagi apabila saudara mara asyik mengusik tentang Izzat yang entah bila hendak berumahtangga sedangkan Alia bakal menempuh hari bahagia tersebut.

“Tak adalah.Saja ambil angin petang,”Atisya berdalih.Sesekali matanya memandang sekawan burung yang terbang tinggi di awan untuk pulang. Kadang kala hatinya terdetik untuk menjadi seperti burung-burung tersebut. Terbang bebas di udara tanpa halangan.

“Ye ke tak de.Abang tak percayalah,”Izzat masih berusaha membaca isi hati Atisya.Mustahil gadis itu duduk bermenung dengan fikiran yang kosong.

“Betul.Nak ingat pada siapa?Tak ada boyfriend lagi.Belum ada yang berkenan pada Isya,”Atisya ketawa geli hati dengan ayatnya sendiri.

“Ye la tu.Ada orang nak tapi Isya je yang tak tau,”Izzat mula bersuara lembut.Angin petang menyapa mereka yang sedang bersantai di atas pangkin.

“Siapa?Abang kenal ke orang tu?Boleh le kenalkan pada Isya,”Atisya sengaja menyambut jenaka Izzat.Izzat tidak tersenyum.Hatinya sedang berbolak-balik memikirkan tindaknnya untuk menyatakan hasrat hatinya pada Atisya.

“Kenal.”

“Siapa?”

“Ada la…,”

“Bagi tau la,”

“Muhamad Izzat Ibrahim,”tenang Izzat menyebut nama tersebut sambil matanya tepat merenung anak mata Atisya yang tergamam.

“Abang…Dah lama abang simpan perasaan pada Isya.Sejak Isya sekolah lagi.Sejak kali pertama abang jumpa dan kenal Isya.Sejak dulu…abang suka pada Isya,”Izzat meneruskan kata-katanya.Atisya masih terdiam.Satu perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya.Tidak tahu apa yang harus dilakukan.Menolak atau menerima.

“Isya,”Izzat menarik lengan Atisya yang sudah bingkas untuk masuk ke dalam rumah.Atisya tidak melawan.

“Jawab abang Isya.Isya boleh terima abang tak?”Izzat masih menagih jawapan dari Atisya.Atisya masih membisu.

“Bang,Isya nak abang tahu satu je…Isya tak pernah anggap abang lebih dari seorang abang,”Atisya bersuara dan berlalu masuk ke dalam rumah.Izzat tergamam.Hasrat hatinya ditolak mentah-mentah oleh Atisya?

Majlis pernikahan berlangsung tanpa sebarang masalah malam tadi. Segala-galanya berjalan lancar. Atisya semakin tidak betah duduk di rumah tersebut lama-lama. Hatinya ingin cepat pulang ke Terengganu. Dia tidak mahu lagi bertemu dengan Izzat. Pelbagai perasaan bermain dalam hatinya. Malu, sedih, dan bermacam-macam lagi.

”Dah makan?"satu suara menegur Atisya di khemah tetamu. Sengaja Atisya menyibukkan diri mengedar bunga telur. Terpana sebentar Atisya memandang wajah lelaki tersebut.

"Awak?Jauhnyer sampai sini,"Atisya menghulur sekuntum bunga telur biru kepada Haikal.

"Jauh ke?Nak jumpa awak punya pasal tak kisah la jauh ke tak,"Haikal ketawa seolah-olah kata-katanya tadi sekadar gurauan. Atisya turut ketawa.

"Ada-ada je la. Dah jumpa pengantin baru ke?"Atisya bertanya. Entah kenapa hatinya yang begitu runsing menjadi tenang melihat kemunculan Haikal di majlis tersebut.

"Belum. Kejap lagi kot. Sebelum jumpa pengantin kena jumpa pengapit dulu,"sekali lagi Haikal berjenaka. Bahagia hati Atisya bukan kepalang.

Dari jauh Izzat memerhati dengan perasaan cemburu yang membuak-buak. Hatinya sakit. Kenapa harus Atisya menjauhkan diri darinya tetapi bukan lelaki itu.

"Makan la dulu. Jap lagi dah nak start majlis sanding,"Atisya melangkah ke dalam rumah bersedia menemani Alia untuk ke pelamin indah berwarna ungu lembut.

"Mesra nampak,"Izzat menegur di hadapan pintu bilik Alia.

"Kawan,"Atisya menjawab. Malas dia hendak bertentang mata dengan Izzat.

"Kawan ke mesra sampai macam tu?"Izzat masih tidak berpuas hati.

"Abang Izzat tolong la jangan kacau Isya. Isya banyak kerja lagi nak buat,"Atisya cuba masuk ke dalam bilik tetapi dihalang.

"Abang nak Isya fikir balik jawapan Isya semalam,"Izzat melepaskan kata-kata terakhirnya sebelum melepaskan Atisya masuk ke bilik Alia. Atisya terus berlalu tanpa berkata apa-apa. Sebaik masuk ke bilik Alia memandang tepat ke arah Atisya. Atisya kaget.

"Abang aku dah bagitahu kat ko ke?"Alia bertanya. Nada suaranya rendah.

Atisya mengangguk sedikit tanpa memandang mata Alia.

"Ko tak nak?"Alia bertanya. Atisya tidak sampai hati untuk memberikan jawapan.

"Dah la. Nanti lambat pulak kang. Tadi aku jumpa Haikal tau. Dia kata tak sabar nak tengok kau,"Atisya cuba mengubah topik perbualan.

"Jawab soalan aku, Isya. Kalau tak aku takkan keluar untuk bersanding,"Alia mengugut. Atisya bungkam. Sampai macam tu sekali. Perlahan Atisya memegang tangan Alia. Sejuk tangan pengantin baru itu dirasakan.

"Lia, aku dengan ko kawan dah lama. Lama sangat. Dah macam adik-beradik. Dah macam keluarga. Aku tak boleh nak terima abang Izzat bukan sebab aku tak suka. Aku senang dengan dia. Baik,peramah. Tapi...tapi bagi aku dia tak ubah seperti seorang abang pada aku,"Atisya menggenggam erat tangan Alia. Alia merenung tepat ke mata Atisya.

"Aku faham,"Alia turut menggenggam erat tangan Atisya. Dia tahu rakannya itu mempunyai hak untuk memilih pasangan hidupnya sendiri walau jauh di sudut hati Alia dia tidak kisah jika Atisya menjadi kakak iparnya. Lagipun dia tahu cinta Izzat pada Atisya tidak pernah padam.

"Thanks"Atisya memeluk erat Alia. Air matanya gugur satu persatu. Atisya amat bersyukur Alia mampu memahami dirinya. Alia turut mengalirkan air mata.

"Dah la. Jangan nangis, nanti rosak pulak make up ko,"Atisya mencapai tisu mengelap air mata di wajah Alia. Dia tidak mahu hari bahagia rakannya itu rosak disebabkan dirinya sendiri. Alia tersenyum.

30

Azmira keluar dari wad 2B. Setelah sebulan menjalani praktikal sebagai doktor pelatih di situ, Azmira semakin dapat menyesuaikan dirinya di hospital tersebut. Hubungannya dengan Natasya juga bertambah baik, cuma dia masih belum dapat menerima Ridhuan.

"Assalamualaikum,"Azmira berpaling.

"Wa'alaikumussalam."

"Sibuk?"tanya lelaki tersebut.

"Tak de la. Terkejut. Macam mana boleh sampai sini?"Azmira tersenyum memandang Haikal yang segak berbaju t-shirt berkolar kuning air.

"Ada hal. Nak ke Kuala Lumpur. Atisya kata Azmira ada kat sini, saja nak datang melawat junior,"Haikal duduk di kerusi bertentangan Azmira.

"Oo...Akak sihat? Lama tak jumpa dia. Dah dapat kerja dah ke?"bertalu-talu soalan ditanyakan kepada Haikal. Entah mengapa, Azmira rindu benar pada wajah itu.

"Sihat. Semalam abang jumpa dia. Abang dapat kerja di HKL. Alhamdulillah, rezeki. Dr. Hasyim yang rekemen."

Azmira mengangguk.

"Jom, makan."Azmira mempelawa. Dari pagi dia belum mengisi perut, temujanji dengan Dr. Ruslan mesti ditepati, jika tidak teruk padahnya.

"Abang nak jumpa Ridhuan kejap. Jom la sekali."

Tersentak Azmira mendengar nama itu. Kenapa harus nama itu disebut di kala hatinya sedang berbahagia?

"Abang Haikal je la pergi. Mira nak pergi makan,"Azmira mencapai tas tangannya menuju ke luar.

"Mira!"Haikal memanggil.

Langkah Azmira terhenti.

"Tak baik macam ni. Berdosa memutuskan silaturahim sesama muslim,"Haikal cuba menasihati Azmira. Lama Azmira mendiamkan diri.

"Dia yang buat Mira benci pada dia. Mira tak salah,"Azmira berkata-kata tanpa memandang Haikal.

"Tapi dia dah minta maaf kan?"Haikal masih berusaha.

"Senang sangat nak minta maaf. Mira tak de perasaan pun nak maafkan dia,"Azmira terus berlalu.

"Sorry,"Haikal bersuara. Ridhuan muncul dari balik pintu. Dia sudah mendengar segala-galanya.

"Tak pe, bang. Saya faham. Hati Mira tu memang keras,"Ridhuan merenung Azmira yang sudah jauh meninggalkan mereka.

31

"Tak dapat jugak?"Atisya bercakap di telefon sambil tangannya meraba-raba tas tangannya mencari kunci kereta.

"Tak. Keras betul hati dia,"Haikal menggeleng kepala. Haikal menginap di sebuah hotel sebelum mencari rumah sewa dan melaporkan diri di Hospital Besar Kuala Lumpur.

"Saya faham adik saya tu...Err..Nanti sambung lagi Haikal, ada caller masuk ni.Ok,"Atisya melihat skrin telefon bimbitnya dan menekan butang hijau.

"Hello.Assalamualaikum,"satu suara lembut menyapa di hujung talian.

"Hello,wa'alaikumussalam. Sihat adik akak ni?Rindunya kat dia,"Atisya tersenyum menyambut panggilan Azmira. Dalam hati dia tahu apa yang akan diceritakan Azmira sebentar lagi.

"Sihat. Dah makin tembam,macam dipam-pam...Hehe,"Azmira bersuara ceria. Hatinya berbunga riang menerima kedatangan Haikal sebentar tadi.

"So, apa cerita?"Atisya bertanya. Matanya memandang beberapa orang pelajar yang baru pulang dari kelas. Jam telah menunjukkan jam 5 petang.

"Ermm...Tadi kan, abang Haikal datang jumpa Mira kat sini. Tak sangka betul dia ingat kat Mira lagi,"Azmira bercerita dengan bersungguh-sungguh. Atisya diam. Dia sudah tahu itu dan dia yang suruh Haikal ke sana untuk memujuk adiknya untuk memaafkan Ridhuan.

"Ye?Mira suka ke?Dia buat apa datang sana?"Atisya sekadar bertanya. Tiba-tiba hatinya dilanda resah. Bagaimana kalau Azmira jatuh hati pada Haikal?Tapi apa masalahnya? Dia dan Haikal bukan ada apa-apa ikatan pun. Kenapa dia perlu risau?

"Suka sangat. Akak tau, dari dulu Mira admire sangat kat dia. And today, dia datang jenguk Mira, nak jenguk junior katanya...hehe,"suara Azmira kedengaran sungguh gembira. Lama Atisya terdiam. Entah mengapa dia rasa tercabar.

"Akak!"Azmira memanggil setelah agak lama tiada jawapan.

"Ye,err...ok la,Mira. Akak nak drive balik ni. Lain kali akak call Mira lagi k,"Atisya menghidupkan enjin keretanya. Dia ingin segera pulang. Mandi,solat dan membaca Al-Quran seperti selalu bagi menghilangkan kerunsingan diri.

Usai solat Maghrib Atisya ke ruang tamu untuk menonton berita. Namun hasratnya terbantut mendengar deringan telefon bimbitnya. Melihat nama yang tertera dia tidak pasti dia gembira atau sebaliknya.

"Assalamualaikum,"sapa suara itu.

"Wa'laikumussalam,"Atisya menjawab.

"Dah makan?"Haikal bertanya.

"Dah. Baru lepas. Dah makan?"Atisya bertanya kembali.

"Erm, baru nak pergi makan. Boring pulak nak keluar sorang-sorang. Kalau kat sana boleh ajak orang temankan,"Haikal bersuara seperti melindungkan sesuatu.

"Ooo, ni kes rindu kat gewe kat Ganu la ni?Telefon je la gewe tu,"Atisya tersenyum mendengar keluhan Haikal. Memang adat orang bercinta, kalau rindu telefon je la terus.

"Tengah telefon la ni,"jawapan Haikal membuatkan Atisya terkedu sejenak namun Atisya cepat menyambut ayat yang disangka gurauan oleh Haikal.

"Ye la tu. Sejak bila pulak la saya ni jagi gewe awok?"Atisya ketawa.

Turut kedengaran suara Haikal tertawa di hujung talian. Jauh di sudut hatinya dia geram dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu meluahkan isi hatinya.

"Tak boleh ke awak jadi gewe saya?Hehe..saya gurau je. Saja boring-boring rasa nak telefon orang,"Haikal tersenyum sendiri. Dia seronok mendengar suara Atisya yang ceria.

"Boleh je...Hehe..Kalau boring sangat, pergi telefon pejabat polis ke, bomba ke,"Atisya membalas lawak jenaka Haikal. Bagi Haikal alangkah bahagianya jika itu jawapan yang sebenar dari Atisya.

"Haha, kelakar juga awak ni ea? Kang tak pasal-pasal saya tido lokap,"Haikal tertawa disambut oleh Atisya. Kemudian kedua-duanya terdiam serentak. Tidak tahu apa yang hendak diperkatakan namun masih mahu mendengar suara.

"Ehem, err..Ok la, wak. Saya nak solat Isyak dulu. Assalamualaikum,"Atisya yang seperti baru tersedar dari lamunan mematikan talian. Haikal turut tersentak.

"Err..Err..Ok. Saya pun nak keluar makan ni. Err...Esok saya lapor diri. Wish me luck for my first day,"Haikal menunggu sehingga nada panggilan berbunyi. Hatinya berbunga riang. Dia kini tahu dia telah dilamun cinta kali pertama dengan gadis bernama Atisya.

32

Zaiman sibuk mengemas kertas-kertas yang bertaburan di atas meja kecil di ruang tamu. Dato' Badrul yang tadi ada bersamanya telah masuk ke bilik untuk tidur. Sejak lumpuh separuh badan, abangnya itu cepat letih dan lenguh-lenguh badan.

"Tak tidur lagi, Man?"Fatimah masuk dengan ubat nyamuk yang telah siap dinyalakan untuk Zaiman. Zaiman tersenyum melihat ibunya.

"Belum lagi, mak. Ada sikit lagi kerja nak siapkan,"Zaiman mengira-ngira helaian kertas yang telah siap disusun untuk dikepilkan.

"Liana sihat? Kali ni kenapa tak ajak dia balik sama?Rindu pulak mak pada dia,"Fatimah bertanya. Pungungnya dilabuhkan di atas kerusi rotan panjang. Semenjak kali pertama Zaiman membawa Liana pulang ke kampung tempoh hari, hatinya sudah berkenan. Begitu juga dengan Rahim. Liana mempunyai perwatakan dan ciri-ciri seperti Arwah Haniah. Di sebalik kelembutannya tersembunyi ketegasan yang boleh membawanya menceburi dunia guaman.

"Dia sibuk mak. Banyak sangat kes cerai-berai sekarang ni. Perkahwinan dah macam main pondok-pondok sekarang ni. Nak nikah, nikah. Tak nak, cerai,"Zaiman merungut. Fatimah mengangguk. Dia sendiri ada membaca dalam akhbar kisah rumahtangga masyarakat zaman sekarang. Banyak yang tak bertahan lama.

"Orang sekarang ni, dah bagi pilihan sendiri pun tak boleh nak memahami lagi. Mak dengan ayah kamu dulu orang tua yang pilihkan. Alhamdulillah sampai sekarang bahagia,"Fatimah merenung Zaiman yang hanya berkain pelikat melakukan kerja-kerja pejabatnya.

"Entahlah, mak. Mak doa-doa la semoga Man dengan Liana nanti sampai ke jinjang pelamin, sampai anak cucu cicit piut,"Zaiman ketawa memandang ibunya. Fatimah tersenyum mendengar gurauan Zaiman. Anak bongsunya ini agak berbeza dari Badrul. Badrul seorang yang serius manakala Zaiman seorang yang suka berjenaka.

"Ye la. Mak sentiasa doakan anak-anak mak. Dah selesai urusan abang kamu?"Fatimah bertanya. Dia tahu Zaiman pulang kerana ingin menguruskan hal syarikat abangnya yang telah diambil alih oleh Daniel, suami Maria kini.

"Ermm...Abang tu baik sangat mak. Ada ke dia nak biarkan je syarikat tu macam tu. Alasan dia tak ada orang dah pun nak uruskan kalau syarikat tu dapat ke tangan abang balik,"Zaiman menceritakan bagaimana dia agak bertegang urat dengan Dato' Badrul sebentar tadi. Berkerut dahi Fatimah mendengarnya.

"Atisya kan ada. Daripada dia makan gaji, baik dia kerja kat syarikat tu nanti,"Fatimah mengusulkan. Zaiman mengangguk-angguk tanda setuju.

"Dah cakap dah macam tu tadi. Tapi abang cakap dulu Isya yang tak nak,"Zaiman menerangkan situasi sebenar.

"Ala,dulu. Sekarang budak tu dah matang. Dah pandai fikir baik buruk. Kalau susah sangat nanti mak cakapkan. Kamu pun boleh cakap, Isya tu manja dengan kamu,"Fatimah menepuk bahu Zaiman. Zaiman cuma tersenyum.

"Nanti la Man cuba cakapkan."

33

Maria terasa kerusi yang didudukinya semakin panas. Dia tidak menyangka Daniel akan bertindak sedemikian rupa. Terasa ingin disiat-siat kulit wanita yang sedang bermesra dengan Daniel di sebuah meja di restoran tersebut. Patutlah selama ini Daniel sering keluar. Apabila ditanya dia hanya akan menjadikan urusan kerja sebagai alasan.

"Bila U nak ceraikan isteri U?Lama I tunggu tau. Nanti I lari baru tau,"wanita berbaju singkat warna merah itu merengek-rengek. Menyampah betul Maria melihatnya. Dia tidak sedar perkara yang sama jugalah yang dilakukan dulu untuk memikat hati Daniel.

"Sabarlah, sayang. I belum habis transfer semua dokumen harta atas nama I lagi. Nanti kalau semua dah settle, I janji I akan ceraikan dia,"Daniel memegang dagu wanita tersebut penuh manja. Senyuman gatal terbit di bibirnya.

'Dasar buaya darat'hati Maria mendengus geram.

"Isteri U tu cantik tak?I tak pernah tengok pun muka dia,"tangan Daniel diusap-usap lembut.Gatalnya!

"Isteri I?Huh, masa I dapat dia dulu dah basi. Bekas orang. Harta dia je yang fresh lagi. Kalau macam U ni lain la...Ikan segar,"Daniel mencuit hidung wanita yang memakai mini skirt di hadapannya.

"U ni,ada-ada je tau,"wanita tersebut menepuk lembut tangan Daniel. Daniel ketawa. Perangkapnya kali ini mengena. Wanita zaman sekarang, sogok dengan sedikit kekayaan dan wang ringgit sudah cukup. Tidak kira tua muda, suami orang atau bujang, semua disapu.

Beberapa minit kemudian pasangan tersebut keluar dari restoran tersebut. Maria tidak akan membiarkan kali ini. Sudah banyak kali dia mengekori pasangan itu ke mana sahaja. Kadang kala sehingga ke bilik hotel. Maria sudah hilang sabar. Akalnya semakin di luar kawalan.

"Hoi betina sial,"Maria menjerit sebelum sempat Daniel dan wanita tersebut menuju ke kawasan letak kereta.

"Maria?"buntang mata Daniel melihat Maria ada di situ. Kali ini tembelangnya sudah pecah. Dia buntu. Wanita yang ada bersamanya memegang bahu Daniel erat.

"Isteri U ke?"tanyanya. Daniel tidak memberi apa-apa respon.

"Oi betina sial. Dah tak ada laki lain nak buat ATM?Laki aku jugak yang ko kebas.Siap mengutuk aku lagi. Ko ingat aku tak tau hubungan korang?"Maria kini sudah berada di hadapan mereka. Maria mencekak pinggangnya. Beberapa orang yang melintasi kawasan tersebut tidak masuk campur. Di kota metropolitan, perkara seperti ini adalah biasa.

"Maria, cool down,please. Zila ni client I...,"belum sempat Daniel habis menuturkan kata-kata Maria telah mencelah.

"Client apa?Client puaskan nafsu?Pegang sana,pegang sini,cuit sana,cuit sini. Tak de maruah punya perempuan,"suara Maria semakin meninggi.

"Maria!"kali ini Daniel sudah mempunyai keberanian untuk melawan.

"U nak cakap pasal maruah. U jangan lupa I jamah U dulu pun sebelum kahwin tau. Lebih hina masa tu U isteri orang,"Daniel meneruskan kata-katanya. Hatinya semakin geram. Zila yang berada di sisinya masih kaku. Maria tergamam. Dia malu diperkatakan begitu di hadapan orang ramai. Ada yang tersenyum sinis mendengar kata-kata Daniel.

"Jom sayang,"Daniel menarik tangan Zila ke dalam kereta. Maria masih belum berpuas hati. Dia berdiri di hadapan kereta Daniel untuk menghalang.

"Jangan paksa I, Maria. I langgar U nanti,"Daniel mencabar. Zila mencengkam kuat lengan Daniel. Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Maria masih tidak berganjak.

"Tepi Maria,"Daniel menekan pedal minyak keretanya. Maria sedikitpun tidak berganjak.

"Daniel,please. Jangan langgar dia,"Zila sudah menitiskan air mata. Jika dia tahu situasi begini akan berlaku, dia tidak akan mengadakan hubungan dengan Daniel.

"Mariaaaaa!"Daniel menekan minyak dan terus melanggar Maria yang masih berdiri tegak di hadapan kereta. Zila menjerit ketakutan. Daniel terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia berharap agar nyawa Maria habis di situ. Wanita itu sudah banyak menyusahkannya. Maria yang terbaring kaku masih bernyawa-nyawa ikan.

"Allah!"akhirnya meluncur nama Yang Maha Esa dari mulut Maria.

34

Suasana di bilik kecemasan HKL riuh rendah. Seorang wanita yang cedera parah di bawa masuk ke bilik kecemasan.

"Nurse, please sediakan kelengkapan yang patut. Pastikan semuanya berjalan lancar," doktor bertugas mengarahkan pembantu-pembantu melakukan kerja masing-masing.

"Patient critical. Oksigen. Pesakit banyak kehilangan darah. Check semua, pastikan tekanan darah kembali normal,"lincah tangan doktor tersebut melakukan tugasnya.

Hampir satu jam menjalankan rawatan, pesakit masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Banyak luka yang terpaksa dijahit dan bahagian tangan dan kaki yang patah teruk.

Seorang wanita yang berada di kaunter pertanyaan tergesa-gesa menuju ke bilik kecemasan.

"Doktor.Ok?"wanita tersebut bertanya. Lama doktor tersebut memerhatikannya sebelum membuka penutup mulut yang dipakainya.

"Atisya?"doktor tersebut bertanya. Atisya agak tergamam.

"Haikal?"

"Patient kat dalam tu saudara awak ke?"Haikal bertanya. Masih terbayang di tubir matanya keadaan wanita itu ketika mula-mula dibawa ke hospital tersebut. Pakaian yang dipakainya berlumuran darah, suaranya kedengaran tersekat-sekat sebelum wanita itu tidak sedarkan diri dan keadaan lukanya amat teruk.

Atisya lama mendiamkan diri.

"Err..Bekas mak tiri saya,"akhirnya Atisya terpaksa mengaku hal sebenar. Berkerut dahi Haikal mendengar jawapan tersebut.

"Mak tiri?"Haikal mengulang tanya.

"Yup. Mak I dah meninggal. Err..Are she alright?"Atisya bertanya. Dia belum bersedia untuk menceritakan segala-galanya. Semasa berada di dewan seminar di Reinassance Hotel sebentar tadi, dia menerima panggilan dari ayahnya mengkhabarkan berita kemalangan tersebut. Atisya sendiri ragu-ragu. Untuk apa papa mengambil berat pada wanita yang sudah terlalu banyak menyusahkan hidupnya selama ini.

"O..She's ok..But, may be dia akan koma. But, she better than before,"Haikal menerangkan situasi sebenar. Atisya tersenyum tawar. Mahukah perempuan itu bertemu dengannya nanti.

"Macam mana tau kes ni?Jauh datang dari Terengganu"Haikal bertanya sambil berjalan menuju ke biliknya diikuti Atisya.

"Papa call. Dia suruh pergi tengok. Kebetulan ada kursus kat sini,"Atisya bercerita.

"Datang sini tak bagitahu pun ea?"Haikal menolak daun pintu sambil mempersilakan Atisya masuk.

"Bukan tak nak bagitahu, takut kalau bagitahu tak sempat jumpa. Lagi rasa ralat,"Atisya sudah melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Haikal.

"Ralat ke kalau tak jumpa saya?"Haikal bertanya. Atisya terdiam. Dia terperangkap dalam kata-kata sendiri.

"Err..Tak de la. Kalau kita tak tau orang tu ada dekat-dekat kita, tak de la kita rasa berat sangat kalau tak jumpa,"Atisya cuba memperbetulkan kata-katanya.

"Ye?Macam tu ye?"Haikal masih terus mengusik.

"Rindu cakap je la,"Haikal meneruskan kata-katanya.

"Hello, tolong sikit ea,"Atisya mengangkat tangannya. Haikal tergelak besar.

"Ye, Cik Atisya, apa boleh saya tolong?"Haikal cuba berjenaka.

"Tolong jangan gatal sangat,Dr. Haikal,"Atisya mengangkat keningnya.

"Tak pe, ubat gatal banyak kat dalam stor farmasi tu...haha,"Haikal sekali lagi ketawa besar. Bengang Atisya dibuatnya.

"Mana I nak sign?"Atisya bertanya. Malas dia nak layan karenah Haikal walaupun dia berasa senang dengan usikan tersebut namun dia masih banyak urusan yang nak diuruskan.

"Atas kertas tu la,"Haikal menunjukkan satu bahagian di penjuru kertas.

"Jom makan,"Haikal mengajak.

"Thanx,but no, thanx. Sekejap lagi saya ada taklimat. Lepas tu saya dapat makan free lagi,"Atisya bingkas sambil mengambil tas tangannya.

"Ala, makan kat sini pun free gak. Saya belanja. Tak nak?"Haikal masih berusaha memancing.

"Tak pe la Dr. Haikal. Kalau nak belanja, belanja la dekat midvalley ke, hotel ke, baru le ada klas. Ni dekat kafe je?Tak pe la,"Atisya memulangkan paku buah keras. Terdiam Haikal mendengarnya namun kemudian dia tersenyum menghantar derap langkah Atisya keluar pintu.

35

Dr. Roziah dan Azmira bertungkus lumus membantu seorang wanita yang sedang melahirkan anak. Jam menunjukkan pukul 530 pagi. Sejak dari jam 3 pagi tadi wanita tersebut sudah mengadu sakit hendak bersalin, namun masalah timbul apabila anak di dalam kandungannya sonsang.

"Mira, count. Mira,"Dr. Roziah mengarahkan anak buahnya.

Azmira menurut kata. Setengah jam kemudian seorang bayi perempuan selamat dilahirkan, namun melihat keadaan bayi tersebut Azmira tergamam. Begitu juga dengan Dr. Roziah. Kedua-duanya memerhatikan wanita yang masih tidak bermaya.

"Keadaan macam ni biasa, Mira. Kerja lewat pagi. Emergency call. And, awak baru tengok tadi kan? Baby tu, cute, tapi sayang kurang sempurna,"Azmira terbayang wajah bayi yang baru dilahirkan tadi. Bibirnya sedikit sumbing.

"Jadi doktor ni kena tabah. Pahit, manis, suka, sedih, semua ada. Lama-lama nanti awak akan biasa,"Dr. Roziah mencapai dettol membersihkan tangannya kemudian menghulurkan kepada Azmira yang dilihatnya sedang termenung.

"Termenung apa?"Dr. Roziah bertanya.

"Saya teringat bayi tadi. Rasa-rasa ibu dia boleh terima tak keadaan dia macam tu?"Azmira bertanya. Dr. Roziah tersenyum.

"Masa ni la Allah nak uji tahap seseorang hamba itu mampu bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Kita tengok nanti,"Dr. Roziah sudah bersedia dengan beg hitam di tangan untuk pulang.

"Tak nak balik lagi?"tanya Dr. Roziah pada Azmira. Azmira menggeleng dan tersenyum. Sebentar lagi dia akan ke wad, melawat kalau-kalau ada pesakit yang memerlukan bantuan.

"I have to go home. Nanti bising pulak husband saya. Susah kalau seorang doktor, seorang arkitek. Tak faham. Mira nanti cari la doktor jugak ye?"Dr Roziah sempat bergurau sebelum berlalu. Ketawa Azmira mendengar kenyataan Dr. Roziah. Tiba-tiba dia teringatkan Haikal. Azmira tersenyum lagi.

"Dia bukan anak aku!"pagi-pagi lagi sudah terdengar jeritan dari luar bilik bayi. Ridhuan yang kebetulan bertugas di wad pediatrik pada pagi tersebut berjalan menuju ke arah bilik tersebut.

"Anak aku tak ada muka macam tu. Bukan, bukan anak aku,"seorang wanita yang berada di atas kerusi roda meronta-ronta minta dilepaskan daripada pegangan suaminya dan jururawat-jururawat yang lain.

"Any problem?"Ridhuan cuba bertanya. Mungkin dia boleh tolong selesaikan masalah ini.

"Perempuan ni tak dapat terima keadaan fizikal anak dia,"seorang jururawat memandang ke sebuah inkubator yang meletakkan bayi yang masih merah. Ridhuan mendekati incubator tersebut. Comel anak kecil ini cuma sayang bibirnya sedikit cela. Wanita tadi masih menangis tetapi kali ini rontaannya agak lemah. Mungkin kerana keletihan.

"Akak,"Ridhuan memanggil. Wanita tersebut hanya memandangnya sayu memohon simpati. Suaminya duduk di kerusi berhampiran memegang kepala. Dia runsing dengan keadaan isterinya.

"Akak cuba bawa bertenang,"Ridhuan mula menggunakan kemahiran psikologi pada waktu ini. Diangkat bayi yang masih merah itu dan dibawa kepada wanita tersebut.

"Cuba akak tengok dalam-dalam wajah anak akak ni. Anak yang akak kandung 9 bulan 10 hari. Bersusah payah akak jaga dia dalam kandungan. Sampai masa nak melahirkan akak berhempas-pulas melawan kesakitan lagi. Dia tak salah apa-apa kak. Kalau dia tahu akak tak mengaku dia sebagai anak, tentu anak ini sedih. Akak tengok dia kak,"Ridhuan mengunjuk wajah bayi itu kepada wanita tersebut. Wanita tersebut merenung lama wajah anak kecil yang masih bersih dari sebarang dosa.

Perlahan-lahan anak itu bertukar tangan. Ridhuan berhati-hati kerana dia tahu emosi wanita yang baru lepas bersalin agak sukar diramal. Lama kemudian wanita itu tersenyum.

"Betul cakap kamu, anak ni tak bersalah,"wanita itu bersuara. Ridhuan tersenyum. Jururawat-jururawat juga menghela nafas lega. Suami wanita tersebut mengurut dada.

"Anak-anak ni permata, kak. Walau macam mana rupa sekali pun, mereka penyejuk hati, amanah Allah yang amat berharga buat ibu bapa,"kata-kata Ridhuan lahir dari hati yang paling dalam. Dia terkenangkan arwah ibunya ynag meninggal semasa melahirkannya. Sepanjang hidupnya dia amat dahagakan belaian seorang ibu. Hari ini dia dapat melihat betapa kasih ibu itu bisa mengatasi segala-galanya.

Wanita tersebut mengusap lembut wajah anak kecil tersebut. Ridhuan bangun memberi ruang kepada suami wanita itu untuk bersama-samanya. Ridhuan berpaling untuk berlalu namun langkahnya terhenti apabila terpandang Azmira yang sedang leka memandang ke arahnya.

"Mira,"nama wanita itu terbit dari mulut Ridhuan.

Azmira terkebil-kebil seperti baru tersedar dari lamunan. Jauh di sudut hati dia kagum dengan Ridhuan yang mampu mengubah emosi seorang wanita untuk menerima anaknya yang kurang sempurna. Azmira berpaling dan terus berlalu. Ridhuan membiarkan. Dia sudah letih dengan karenah Azmira.

"Mira!"rintih Ridhuan.

36

Zaiman tersenyum lebar. Panggilan dari pegawai badan pencegah rasuah sebentar tadi membuatkan dia berasa lega. Dia yakin dia pasti boleh menang mudah dengan kes ini. Syarikat Dato' Badrul akan dirampas semula.

"Assalamualaikum,"Zaiman menoleh ke pintu biliknya.

"Wa'alaikumussalam,"Zaiman tersenyum melihat Liana yang ayu berbaju kurung biru di hadapan biliknya.

"Masuklah,"Zaiman mempelawa.

"Tak suruh pun orang masuk,"Liana masuk dan terus duduk di kerusi bertentangan.

"Macam ada berita best je. Menang kes la ni?"Zaiman menduga. Liana tersenyum dan mengangguk.

"Kes apa?"Zaiman bertanya.

"Kes tuntut hak penjagaan anak,"Liana menjawab.

"Ooo,mak menang ke ayah menang?"Zaiman bertanya lagi. Walaupun bidang mereka berbeza, namun kerana selalu berbincang dan saling membantu, Zaiman turut memahami beebrapa prosedur di mahkamah syariah.

"Ayah,"Liana menjawab ringkas. Zaiman berkerut sebentar.

"Macam mana ayah menang pulak?"Zaiman bertanya.

"Punya la penat naik turun court, rupa-rupanya mak budak tu dah kahwin tapi tak nak heboh sebab takut hak penjagaan anak hilang,"Liana menerangkan situasi kes yang dikendalikannya.

"So?"Zaiman bertanya masih kurang faham

"So,dalam syariah,kalau ibu telah berkahwin lain, hak penjagaan anak jatuh kepada si bapa. Simple. Macam tu je,"Liana menjawab dengan yakin. Zaiman mengangguk-angguk tanda faham.

"Hermm, I pun ada berita best,"Zaiman mengangkat kening dan tersenyum.

"Apa dia?"Liana bertanya.

"Esok I masuk meminang U,"Zaiman berjenaka. Liana mencebikkan bibirnya.

"Ye la tu. I tau, selagi kes abang U tak selesai, U takkan datang masuk meminang,"Liana berpeluk tubuh. Itulah janji Zaiman pada dia. Zaiman ingin memberi tumpuan pada kes tersebut sebelum memeterai sebarang ikatan dengan Liana.

"Ye la. Kes abang I dah hampir selesai. CEO syarikat tu makan suap, tak reti makan sendiri,"Zaiman ketawa dengan kata-katanya sendiri. Liana turut ketawa. Lapang dadanya mendengar perkhabaran itu.

"Really?"Liana seolah-olah kurang percaya.

"Yup. U tunggu je paper nanti keluar la, CEO Helang Merah ditangkap rasuah,"Zaiman membayangkan muka depan akhbar terpampang tajuk memalukan tersebut.

"Lepas tu, muka surat belakang pulak U tengok tajuk dia, Zaiman Rahim melamar Syarifah Hasliana Syed Baharudin,"Zaiman tersenyum nakal. Merah padam wajah Liana dengan gurauan Zaiman.

"Malas nak layan la U ni. Jom la pergi lunch,"Liana bingkas menuju keluar dari bilik Zaiman.

37

Kenduri kesyukuran diadakan di rumah Rahim sempena pengambilan semula syarikat Dato' Badrul sekaligus pertunangan Zaiman dan Liana. Atisya insan paling gembira apabila Zaiman dan Liana mengikat tali pertunangan namun jauh di sudut hatinya dia runsing dengan tanggungjawabnya selepas ini. Dia akan menerajui Astaka Holding Sdn. Bhd. Kali ini hatinya tidak mampu menolak lagi. Dato' Badrul benar-benar memerlukannya.

"Ehem, hensem nampak,"Azmira menegur Haikal yang segak berbaju melayu hitam. Haikal tersenyum.

"Biasa la,"Haikal membalas.

"Dah makan ke Haikal?"Atisya bertanya. Baju kurung hitam berbunga biru menampakkan mereka seperti dua pasangan sejoli.

"Eh!Macam berjanji pulak,"Azmira mengusik.

"Akak janji ngan Abang Haikal ea?'Azmira merapati Atisya dan berbisik.

"Tak ada la,"Atisya menafikan. Malu rasanya diperkatakan begitu. Azmira masih tersenyum mengusik. Atisya menjegilkan matanya.

"Jemput la makan,"Atisya berlalu meninggalkan Azmira dan Haikal.

"Abang, macam ni,"Azmira merapatkan dua jari telunjuknya. Berderai ketawa Haikal.

"Boleh ke nak jadi abang ipar Mira?"Haikal menyambut usikan Azmira.

"Boleh sangat,"Azmira tersenyum lebar. Dulu dia pernah menyimpan hati pada Haikal namun segala-galanya berubah selepas di hospital tempoh hari dan dia sedar dia sebenarnya mencintai orang lain. Dalam diam dia menghargai Ridhuan yang sanggup menunggunya dan bersabar dengannya begitu lama. Masihkah lelaki tersebut menantinya?

"Fairuz tak datang?"Haikal menegur Atisya yang sedang mencedok lauk untuk dibungkus untuk para tetamu. Tersentak Atisya dengan pertanyaan itu.

"Tak. Kenapa tanya?"Atisya tidak menoleh ke arah Haikal.

"Saja. Dia tu...,"Haikal masih berkira-kira untuk bertanya atau tidak.

"Dia tu apa?"Atisya bertanya.

"Erm...Dia tu someone special awak ea?"Haikal memberanikan diri bertanya. Kalau takut nanti aku yang melepas, detik Haikal dalam hati.

Lama Atisya mendiamkan diri. Semenjak kejadian di Bulan Ramadhan tempoh hari, dia tidak lagi bertemu Fairuz. Sesekali lelaki tersebut ada menghubunginya, namun tiada apa perkara mengenai hati dan perasaan yang dibicarakan. Semua berkisar tentang kehidupan masing-masing.

"Tak de la. Kawan,"Atisya menyambung tugasnya mencedok lauk ke dalam plastik.

Lega hati Haikal mendengarnya. Sekurang-kurangnya dia masih mempunyai peluang. Haikal bingkas meninggalkan Atisya menuju ke ruang hadapan. Atisya memerhatikan langkah Haikal yang semakin menghilang. Untuk apa soalan itu diajukan?

Hampir jam 10 malam, rumah Rahim semakin lengang. Ramai tetamu telah pulang.

"Ridhuan, Haikal dengan Aizad tidur sini la. Jauh nak terus balik. Lagipun dah malam-malam macam ni,"Fatimah menyusun gelas-gelas yang sudah kering di dalam kotak. Esok kesemua peralatan yang dipinjam dari masjid hendak dipulangkan. Bilangannya harus dipastikan cukup.

"A'ah. Boleh tidur dalam bilik Man. Alia tidur dengan Isya,"Rahim menambah. Izzat tidak turut sama kerana berlayar selama enam bulan. Dalam hati Atisya dia amat bersyukur. Jika tidak, entah bagaimana dia hendak berdepan dengan lelaki tersebut.

"Mana boleh Tok Wan. Alia ngan Aizad ni mana boleh berpisah,"Atisya mengusik. Satu cubitan hinggap di pinggang Atisya. Gamat seisi rumah dengan gelak tawa menyambut gurauan Atisya.

"Tak pe, pak cik. Kami yang lelaki ni tidur di luar je la. Tak payah susah-susah,"Aizad bersuara memberikan penyelesaian. Yang lain bersetuju. Atisya membentang toto di bahagian ruang tamu.

Jam 4 pagi Azmira sudah terbangun. Perutnya rasa memulas seperti diserang cirit birit. Azmira menuju ke dapur untuk ke tandas. Tiba-tiba dia menangkap bunyi sesuatu dari dapur. Tubuhnya rasa seram sejuk. Pencuri ke tikus?Atau...hantu?Azmira membebel memarahi dirinya sendiri kerana berfikiran yang bukan-bukan pada waktu begitu.

Sebaik Azmira membuka lampu dia tergamam melihat Ridhuan yang hanya memakai tuala.

"Ko buat apa dalam gelap ni?"Azmira bertanya. Perutnya yang dari tadi memulas dirasakan semakin teruk.

"Aku nak pergi tandas. Tadi cari suis tak jumpa. Mana aku tau suis dok kat atas tangga,"Ridhuan menjawab.

"Sakit perut jugak ke?"Azmira bertanya. Mukanya terasa sebu dengan lutut yang longlai menahan sakit perut.

"A'ah. Air pulak tak ada,"Ridhuan mengambil baldi dari bilik air.

"Eh, kejap. Aku masuk dulu. Tepi, tepi,"Azmira menolak Ridhuan yang baru hendak melangkah ke dalam tandas. Ridhuan tergamam.

"Mira,dalam tu tak ada air,"Ridhuan mengingatkan kembali.

"Tolong la ambikkan. Kat perigi belakang tu ada air,"Azmira melaung. Hilang segala perasaan ketika itu. Yang diingatinya hanya mahu mengeluarkan segala isi perutnya. Mujur Rahim masih membiarkan perigi di bahagian belakang rumah tidak berkambus. Tujuannya supaya apabila tiada air, air dari perigi tersebut boleh digunakan.

Pintu tandas dibuka. Ridhuan tercegat di hadapan tandas. Terkejut Azmira dibuatnya. Mujur dia lengkap berkain batik.

"Buat apa ni?"Azmira bertanya.

"Hantar air,"Ridhuan menjawab. Tersipu-sipu Azmira menahan malu. Perlahan-lahan dia mengangkat baldi berisi air ke dalam tandas. Ridhuan menggeleng kepala.

Keeseokan hari berebut-rebut penghuni di rumah Rahim hendak menggunakan tandas.Semuanya terkena sakit perut. Azmira dan Ridhuan telah habis segala penyiksaan malam tadi. Sementara yang lain sedang duduk termenung di meja makan, Ridhuan dan Azmira berselera menghadap sarapan pagi itu. Yang lain hanya melihat, ngeri melihat makanan, takut cirit-birit kembali menyerang.

"Semalam, Man dengar kalut-kalut bunyi suara orang kat dapur,"Zaiman memulakan cerita. Azmira dan Ridhuan hanya mendiamkan diri.

"A'ah. Dengar juga. Mira pergi toilet ye semalam?"Atisya bertanya.

"Erm?Ha...a'ah,"Azmira menjawab sepatah. Dia tiba-tiba rasa malu dengan kejadian awal pagi semalam.

"Pastu dengar suara orang sibuk la suruh angkatkan air, berebut-rebut nak masuk toilet,"Haikal mencelah.Semua mata tertumpu ke arah Ridhuan dan Azmira. Lama keadaan sunyi sepi.

Tiba-tiba meledak ketawa Ridhuan dan Azmira. Dua-dua terkenangkan peristiwa awal pagi semalam.

"Mira la, abang Haikal. Habis ditolaknya saya yang nak masuk tandas masa tu. Macam dia sorang je yang nak memerut,"Ridhuan bercerita.

"Eh, mana ada. Dia tu yang terbongkok-bongkok dalam gelap cari suis lampu tak jumpa macam pencuri. Ada ke cari suis lampu kat celah rak pinggan?"Azmira menuding jari ke arah Ridhuan.

"Hei!Kalau tak sebab aku, ko malam tadi tak dapat air tau,"Ridhuan cuba membela diri.

"Apa plak, itu pun aku bagitau mana boleh dapat air,"Azmira masih belum mengalah sehinggalah,

"Ehem,"Haikal berdehem. Semua mata tertumpu ke arah Ridhuan dan Azmira.

"So, dah ok la ni?"Atisya bertanya sambil tersenyum memandang Haikal.

Ridhuan dan Azmira tertunduk malu.

"Erm...Malu-malu pulak,"Atisya menepuk bahu Azmira membuatkan Azmira terdorong ke hadapan.

"Bagi coklat tak nak, teddy bear pun tak nak. Nak kena teman buang air baru nak?"Haikal memperli. Merah padam muka Azmira menahan malu. Yang lain hanya tumpang ketawa kerana tidak begitu maklum situasi sebenar Ridhuan dan Azmira sebelum ini.

"Akak ni ada-ada je tau,"Azmira berlalu ke tingkat atas. Hatinya berbunga riang setelah menamatkan sengketa antara dia dan Ridhuan.

"Wan?Pandai ea?"Haikal menepuk-nepuk bahu Ridhuan. Ridhuan cuma tersipu malu lebih-lebih lagi Dato' Badrul, Rahim dan Fatimah turut berada di situ.

38

Astaka Holding Sdn. Bhd. kembali berdiri megah seperti beberapa tahun sebelum ini. Atisya cukup cemerlang dalam melaksanakan tugasnya.

"Hello, papa ke?"Atisya menjawab panggilan.

"Ni Mak Tok. Papa kamu ada di hospital ni, Mak Cik kamu, Maria dah sedar dah,"suara Fatimah kedengaran di hujung talian. Gembirakah Atisya dengan berita itu? Dia sendiri tidak pasti.

"Habis tu?"Atisya bertanya.

"Datang la sini melawat dia. Doktor kata dia pun macam tak bermaya je,"Fatimah bersuara lirih. Sejak dahulu lagi Fatimah tidak pernah menanam perasaan benci pada sesiapa. Walaupun Maria telah memusnahkan rumahtangga Dato' Badrul, namun baginya itu semua takdir.

Setibanya di HKL, Atisya terus melangkah ke wad 2C. Semua sudah berada di wad tersebut. Papa, Tok Wan, Opah, Azmira dan Haikal.

"Dia nak jumpa Isya,"Dato' Badrul menggamit tangannya kepada Atisya. Atisya melangkah perlahan. Melihat pada wajah Maria hatinya tiba-tiba sayu. Keanggunan wanita itu hilang sama sekali. Tubuhnya yang dulu montok berisi kini umpama tinggal rangka.

"Isya,"Maria menggamit.

Atisya melangkah dengan lebih dekat.

"Maafkan, mak cik. Mak Cik berdosa rosakkan keluarga kamu,"Maria menangis teresak-esak. Hatinya dirundung kesal yang tak sudah. Rasa bersalahnya menggunung dan kini dia sudah mendapat balasannya.

"Tak pe, mak cik. Isya kalau boleh nak lupakan semua tu. Tak pe,"Atisya mengusap kepala Maria yang masih mempunyai kesan luka. Selama 2 bulan wanita itu berada dalam keadaan koma sering juga dia melawat wanita itu.

"Mira,"Maria memanggil. Azmira mendekati. Pada Azmira, Maria turut memohon maaf. Dia tahu betapa anak itu membencinya sejak kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah Dato' Badrul. Azmira merelakan dan membalas belaian Maria. Azmira sentiasa beringat pada pesanan Atisya, jangan suka tanam sifat benci dalam diri, kelak akan binasa diri sendiri. Alhamdulillah kini Azmira semakin matang. Ridhuan banyak membantu dalam perubahan diri Azmira.

"Tak boleh macam tu. Maafkan mak cik ye,nak,"Maria sudah mula menangis. Dirangkulnya Azmira dan Atisya. Terasa hilang beban di bahunya menanggung dosa yang membawa penderitaan kepada dua beradik itu.

"Maafkan Maria, mak, ayah,"Maria menoleh kepada Fatimah dan Rahim. Zaiman dan Liana yang baru tiba berdiri di bahagian tepi katil Maria.

"Maafkan Maria, bang. Maria isteri yang nusyuz,"air mata Maria semakin deras mengalir.

Dato' Badrul mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia sendiri sudah insaf dengan kesilapan yang lalu dan dia tahu betapa susahnya untuk memohon maaf dari orang atas kesalahan yang amat besar. Dia tidak mahu menyiksa Maria. Wanita itu telah lama dimaafkan.

"Abang maafkan,"Dato' Badrul bersuara. Dia bersyukur akhirnya dapat jua dia mendengar panggilan yang layak buat dirinya semasa bergelar suami terbit dari mulut Maria.

Suasana di wad tersebut diselubungi kesedihan. Banyak hati yang berpecah belah kini telah bersatu kembali.

"Maria,"Fatimah memanggil. Dari tadi Maria yang menggenggam tangan Fatimah tidak bergerak. Air matanya masih mengalir deras namun matanya tertutup.

"Maria,"Fatimah memanggil lagi. Kali ini pegangannya sudah semakin longgar.

Haikal mengambil tempat. Diteliti setiap bahagian tubuh Maria.

"Maafkan saya. Allah lebih sayangkan dia,"Haikal bersuara sayu.

Atisya menekup mulutnya seolah-olah tidak percaya. Azmira merangkul erat bahu Dato' Badrul. Fatimah mengangkat tangan Maria untuk dikiamkan. Perlahan-lahan cadar berwarna putih itu diangkat menutup wajah cengkung Maria. Dalam hati Fatimah dia bersyukur, sekurang-kurangnya Maria sempat memohon maaf dan bertaubat. Dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh insan sendiri.

39

Suasana di tasik Putrajaya amat mendamaikan. Kadang-kadang kelihatan sekawan burung melintas berterbangan di angkasa. Ramai pasangan yang sedang menikmati hidangan di restoran di tepi tasik.

"Lama tak jumpa. Sibuk sekarang?"Fairuz bertanya. Direnung wajah Atisya lama-lama.

"Sibuk juga. Kerja CEO tak macam pensyarah. Terpaksa berurusan dengan ramai orang. Kalau kita rajin orang lain malas susah jugak,"Atisya menyuap nasi goreng kemulutnya.

"Ooo...Family sihat?"Fairuz bertanya. Semenjak pertemuan di mana Atisya menolak hasrat hatinya dahulu, dia semakin jarang bertemu Atisya. Biarlah. Dia tidak mahu memaksa wanita itu menerimanya walaupun dia berharap suatu hari masa itu akan tiba.

"Sihat."

"Mama kirim salam,"Fairuz meneruskan kata-katanya sebelum dia tiba-tiba memegang perutnya mengerang kesakitan. Atisya sedikit menggelabah.

"Fairuz, awak okey tak ni?"Atisya bertanya. Dilihat Fairuz menekan-nekan perut menahan sakit yang teramat sangat dengan wajah yang seribu kerut.

Fairuz tidak berkata apa-apa. Cuma menggelengkan kepala menandakan dia tidak berapa sihat. Beberapa pekerja restoran membantu Atisya memapah Fairuz ke kereta untuk dibawa ke hospital.

"Okey ke?"Atisya bertanya selepas Fairuz menjalani pembedahan kecil kerana apendiks.

"Okey je. Esok lusa baik la tu,"Haikal bersuara mendatar. Hatinya cemburu melihat sikap ambil berat Atisya kepada Fairuz.

"Kalau tak datang hospital pun tak pe,"Haikal menyambung sebelum berlalu keluar. Atisya mengekori Haikal. Tidak puas hati dengan sikap dingin lelaki itu terhadap Fairuz. Fairuz tersenyum sendiri, dia tahu kenapa Haikal bersikap demikian.

"Haikal,what's wrong with you?"Atisya mempercepatkan langkah mengikuti langakah Haikal.

"Tak ada ape-ape,"Haikal berhenti dan berpaling.

"So, kalau tak ada apa-apa kenapa awak cakap macam tu?"Atisya masih tidak berpuas hati.

"Saje. Okey, saya tau sebenarnya lelaki tu teman lelaki awak kan?So, pergi la jenguk dia. Karang melarat pulak sakit dia tu,"Haikal seolah-olah hilang pertimbangan.

"Nonsense. Kalau betul dia pak we saya pun yang awak nak marah kenapa? Jeles tak tentu pasal ni kenapa?"Atisya bertanya.

"Because I love U, that's it,"Haikal berlalu meninggalkan Atisya yang terpinga-pinga. Benarkah apa yang didengarinya?

Atisya melangkah masuk ke bilik Fairuz. Fairuz tersenyum kelat. Dia telah mendengar segala-galanya tadi. Tekaannya tepat. Dari dulu dia tahu Haikal memang menyimpan perasaan pada Atisya.

"Awak jangan ambik hati ye,"Atisya bersuara.

"Ehem..err..tak de la. Dia banyak patient kot,"Fairuz cuba berdalih seolah-olah tak mendengar perbualan mereka berdua tadi.

"Boleh tak kalau saya tanya awak satu soalan,"Fairuz merenung tepat ke mata Atisya. Atsiya berdebar menantikan soalan yang bakal keluar dari mulut Fairuz.

"Apa dia?"Atisya bertanya.

"Antara saya dan Haikal, awak pilih siapa?"soalan yang memang telah diduga akhirnya keluar dari mulut Fairuz. Atisya tergamam.

"Err..Isya balik dulu. Esok Isya datang lagi. Ada meeting,"Atisya bergegas hendak keluar.

"I'm waiting for your answer,"Fairuz meninggikan suaranya.

40

Semalaman Atisya tidak dapat melelapkan mata. Soalan Fairuz masih berlegar-legar dibenaknya. Hatinya lebih pada Haikal namun melihatkan keadaan Fairuz mampukah dia memberitahu hal sebenar? Dia simpati pada lelaki itu.

"Morning,"Fairuz menyambut kedatangan Atisya dengan senyuman.

"Morning,"Atisya cuba bersikap selamba.

"Hari ni doktor lain yang rawat saya. Haikal tak boleh tengok muka saya kot,"Fairuz tersenyum tawar. Atisya juga begitu.

"Dah sarapan?"Atisya cuba mewujudkan suasana selesa antara mereka.

"Dah."

Lama bilik tersebut hanya diisi bunyi aircond dan kadangkala bunyi suara-suara dari luar bilik.

"So, dah ada jawapan untuk soalan semalam?"Fairuz bertanya. Dia sebenarnya hanya mahu menguji. Sekali tengok dia sudah tahu hati Atisya lebih berat kepada Haikal. Namun Fairuz ingin melihat sejauh mana Atisya mampu berterus terang.

"Err..Saya, saya pilih awak."

Fairuz tersenyum. Bukan kerana gembira. Bukan kerana lega. Tetapi kerana terbukti Atisya tidak mampu berterus terang dan dia terikat dengan situasi.

"Isya, awak pernah dengar tak cinta dan simpati?Dua benda yang berbeza tetapi boleh membuahkan rasa sayang. Apabila kita cinta, kita akan rasa sayang. Apabila kita simpati pun akan terbit rasa sayang. Jadi, perasaan awak pada saya sekarang bukan cinta. Tapi simpati. Awak simpati dengan keadaan saya, penantian saya. Tapi saya yakin hati awak ada pada Haikal. Betul tak?"Fairuz cuba menduga. Lama Atisya terdiam. Dugaan Fairuz benar.

"Saya...,"Atisya hilang kata-kata.

"It's okey. Saya pun dah tak lama kat Malaysia ni. Lepas betul-betul sihat, I'll replace my father in oversea. Saya akan ke sana. May be selama-lamanya. Saya tak mahu jadi penghalang pada awak dan Haikal,"Fairuz tersenyum. Kata-katanya benar lahir dari hati.

"Tapi, Fairuz…,"kata-kata Atisya dipotong oleh Fairuz.

"Tunggu apa lagi?Go…Beritahu Haikal perasaan awak. Jangan sampai awak sendiri yang gigit jari,"Fairuz mengangkat kening meyakinkan Atisya. Atisya tersenyum dalam tangis. Hatinya benar-benar terharu dengan pengorbanan dan keikhlasan Fairuz.

"Tapi, sebelum tu, sorry tak dapat hadir majlis korang and this for you,"Fairuz cuba berjenaka. Dihulurkan sekeping kertas putih pada Atisya. Atisya menampar bahu Fairuz.

Selepas habis waktu kerja, Atisya terus pulang ke rumah. Usai membersihkan diri dan solat, Atisya membaca Al-quran. Bersedekah pada mereka yang telah pergi selamanya. Sebelum tidur, Atisya melakukan solat Istikharah buat malam yang ketujuh. Dia benar-benar mengharapkan keputusan yang pasti dari Yang Maha Esa. Dia tidak mahu tersalah langkah.

Ketika di kamar, Atisya teringat pada kertas yang diberikan padanya oleh Fairuz sebentar tadi. Atisya bingkas mencapainya dan menghidupkan lampu tidur di hujung kepala.

Kau siramkan wangian mawar putih

Kepada sebuah kenangan yang lalu

Bisakah merubah detik-detik yang berlalu

Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi seribu pengorbanan dihulur

Cinta kasihan bersemi

Mengagung tak disedari

Diimpi tak pasti

Mengharap tak mendakap

Kesetiaan dijunjung rupanya tak ke hujung

Lilin yang meyala membakari dirinya

Buat menerangi insan yang memerlukan

Tanpa disedari diri sendiri sirna

Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta

Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai

Kasih jangan dikhianati

Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta ikhlas tak diundang

Peliharalah

Terima kasih kerana ambil berat tentang saya selama ni. Tapi saya tak nak awak jadi lilin yang lebur membakari diri untuk menerangi hidup orang lain, saya. Bagi saya, keutuhan persahabatan kita yang tak pernah goyah dari dulu, walaupun saya pernah mengkhianati awak, awak amat berharga dan akan saya bawa ke mana saja sepanjang hidup saya. Semoga berbahagia dengan yang tersayang.

Fairuz

Atisya tersenyum. Terbayang di tubir matanya ketika di sekolah Fairuz membawakan lagu nyanyian kumpulan Hijjaz ini sebagai solo kumpulan nasyid sekolah. Pada ketika itu Fairuz sendiri yang memilih lagu ini kerana dia tahu Atisya sukakan lagu ini. Namun, Atisya seolah-olah tidak pernah menghayati lirik yang sungguh indah ini. Atisya lena bersama sehelai kertas putih di dalam dakapannya.

41

Majlis pernikahan dan persandingan dijalankan pada hari yang sama. Semua ahli keluarga dan rakan taulan berkumpul di rumah Rahim dan Fatimah. Tidak ketinggalan rombongan dari Rumah Anak Yatim Raudhatus Sakinah dan pelajar-pelajar Atisya. Dengan sekali lafaz Atisya sah menjadi isteri Haikal.

"Tak nak. Abang nak honeymoon kat sini je,"Haikal berkeras tidak mahu menerima cadangan Atisya.

"Ala,bang. Bukan jauh pun Sabah tu. Kalau luar negara baru la jauh. Jom la bang,"Atisya masih memujuk.

"No way."

"Abang ni betul la, malas la layan,"Atisya merajuk.

Lama kedua-dua pengantin baru itu mendiamkan diri. Seorang ke Barat, seorang ke Timur.

"Marah ke?"Haikal bertanya setelah agak lama Atisya berdiam diri. Jika tidak mulutnya petah berkata-kata macam bertih jagung.

"Okey la,tapi janji sampai Kota Kinabalu je,"Haikal mengalah.

Atisya melonjak kegirangan.

"Yeah...Thanx. Sayang abang,"Atisya memeluk bahu Haikal erat.

"Isya, sudah-sudah la. Dah banyak barang kita beli. Buat apa sampai nak ke Lahad Datu pula,"Haikal mula pening kepala. Sebelum sampai di Sabah Atisya berjanji tidak akan ke Lahad Datu. Namun, setelah Suria, rakan lamanya menyatakan yang dia tidak dapat ke Kota Kinabalu, Atisya berkeras hendak ke Lahad Datu.

"Kita naik bas je boleh?"Haikal memberikan cadangan. Berkerut seribu dahi Atisya.

"Naik bas?Giler...Dah la jalan macam ular kena palu,gaung pulak tu,8 jam pulak tu...Tak nak. Nak naik flight,"Atisya masih berkeras. Haikal semakin buntu. Bukan soal kewangan yang menjadi masalah namun pesawat yang akan ke Lahad Datu ialah Foker 50, pesawat yang sangat digeruninya.

"Kalau abang tak nak, abang naik bas. Isya naik flight,"Atisya memberi kata putus. Haikal semakin pening kepala.

'Degil betul la bini aku ni. Nasib baik sayang'detik hatinya.

Atisya tersenyum lebar sebaik pengumuman memasuki balai berlepas diumumkan oleh pramugari bertugas. Kali ini dia menang lagi. Haikal semakin runsing. Diperiksa segala kelengkapan di dalam beg kecil yang dibawa bersama memastikan minyak angin ada. Sebaik berada didalam pesawat, Haikal semakin kecut perut. Tak pernah terfikir dia akan menaiki pesawat itu sekali lagi.

"Tuan-tuan dan puan-puan...,"kedengaran suara anak kapal bertugas membuat pengumuman. Terteleng-teleng kepala Haikal memandang ke bahagian hadapan pesawat memerhatikan ciri-ciri keselamatan yang dimaklumkan oleh anak kapal sementara Atisya sibuk memandag ke luar pesawat.

"Hei, tengok apa?Dengar ni, penting,"Haikal menyigung lengan Atisya menyebabkan Atisya tersentak. Digosok-gosok lengannya sebelum dia tiba-tiba terhenti, menoleh ke arah Haikal. Atisya merasakan seperti dia pernah mengalami peristiwa ini.

Sepuluh minit berlalu pramugari datang menghidangkan minuman jus untuk para penumpang.

"Nah,"Haikal menghulurkan pada Atisya. Atisya menggeleng. Sejak dari dulu Atisya jarang minum atau makan dalam pesawat Foker. Dia bimbang kalau-kalau perutnya meragam.

"Hei, kang loya kang baru tau. Jus ni elok kalau rasa nak muntah tau,"Haikal meneguk jus yang dihidangkan sekaligus. Sekali lagi Atisya terkesima. Seolah-olah mengalami Deja Vu, peristiwa ini pernah berlaku dalam hidupnya.

Lagi 20 minit pesawat akan mendarat. Atisya sudah semakin tidak sabar untuk bertemu Suria. Suria berjanji akan menjemputnya di lapangan terbang. Haikal di sebelah sedang menyapu minyak angin di kepala.

"Nak?"Haikal mengunjukkan sebotol minyak angin kepada atisya. Atisya menggeleng. Deja Vu!

Tanda isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah dinyalakan menandakan pesawat akan mendarat beberapa mnit lagi. Juruterbang merendahkan pesawat sedikit demi sedikit. Tiba-tiba,

"Whooo!"satu jeritan bergema di telinga Atisya. Kali ini Atisya yakin dia bukan mengalami DejaVu. Tetapi memang benar dia pernah mengalami pengalaman ini dan lelaki di sebelahnya yang merupakan suaminya kini adalah orang yang sama yang berada dalam penerbangan pada hari terakhir dia ingin pulang ke Semenanjung.

"Abang la yang duduk sebelah Isya ye?Yang kecoh sangat naik Foker,"Atisya bertanya setelah tiba di terminal. Haikal yang masih pening-pening lalat memandang tepat ke wajah Atisya.

"Baru perasan?"Haikal bertanya.

"Kenapa tanya macam tu?"Atisya bertanya kembali.

"First time abang nampak Isya kat Restoran Abang Nazmi dulu, abang dah cam siapa Isya tau,"Haikal berlalu dengan muka bangga membiarkan Atisya terpinga-pinga sendirian.

'Tak sangka jadi laki aku'detik hati Atisya.

42

Atisya mengeluarkan pakaian daripada beg dan digantung ke dalam almari.Haikal yang baru melangkah masuk ke apartmen 3 bilik itu memandang Atisya dan melepaskan keluhan.

“Biarlah dulu baju tu.Pergi honeymoon bukan nak layan abang,”Haikal bersuara seolah-olah merajuk. Atisya tersenyum sambil tangannya pantas mengemas baju-baju yang telah dikeluarkan dari beg.

“Ala abang ni,kejap je kemas barang2 ni.Macam budak2 la pulak nak kena layan selalu,jangan nanti dapat anak macam abang sudah…Penat nak jaga,”Atisya tergelak kecil di hujung suaranya.Haikal yang kini bertentangan dengan Atisya berkerut memandang wanita yang kini sah menjadi isterinya.

“Habis tu susah la jaga abang selama ni?”Haikal cuba menduga sejauh mana kata2 Atisya sebentar tadi.Semerta air muka Atisya berubah.

“Isya tak maksud macam tu la,bang.Isya bergurau je,”lirih kedengaran suara Atisya.Haikal tersenyum nakal.

“Abang gurau je,”tutur Haikal sambil mencuit hidung Atisya kemudian menarik tangan Atisya menuju ke balkoni menikmati suasana senja menghadap pantai Sahabat 16.Kebetulan matahari hampir terbenam di ufuk barat,sungguh cantik.

“Besok pagi kita pergi jalan-jalan kat pantai.Malam ni abang ada special untuk Isya,”Haikal merangkul mesra pinggang Atisya.Atisya seolah-olah asyik dalam dakapan Haikal.Kini dirasakan kebahagiaan hanya milik mereka berdua.

“Bang,kalau bawa papa pun tak pe kan?Apartmen ni pun banyak bilik,”tiba2 Atisya teringat pada Dato' Badrul.Kini Dato' Badrul sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur dibantu oleh Haikal sendiri dan beberapa orang doctor pakar,

“Ish,tak best la macam tu…,”Haikal mengerutkan keningnya.

“Abis tu membazir je bilik banyak2 macam ni,”Atisya memandang kea rah bilik-bilik di dalam apartment tersebut.

“Kalau macam tu malam ni Isya tidur bilik hujung abang tidur bilik sebelah…Bilik lagi satu tu buat bilik solat…Nak?”Haikal sengaja menduga Atisya.Senyuman nakal tiba-tiba terbit di bibirnya.

“Nak,”jawapan yang tidak disangka-sangka dari Atisya itu menyebabkan Haikal pantas mencuit pinggang Atisya sehingga Atisya menjerit terkejut.Atisya kemudian berlari ke dalam rumah diikuti oleh Haikal.

“Nakal tak habis-habis.Sampai dah kahwin pun tak berubah,”Haikal berusaha menangkap tangan Atisya.Atisya ketawa sambil menjelir lidah mengacah Haikal yang tidak dapat mencapai tangannya.

“Tak pe…Malas la nak main kejar-kejar,”Haikal duduk di sofa sambil mengambil remote control televisyen.Atisya mengambil tempat di sebelah Haikal.Tak semena-mena tangan Atisya digenggam erat dan Haikal bertalu-talu mencium pipi Atisya.Atisya tidak dapat melarikan diri lagi.

“Abang main tipu tau,”Atisya bersuara tidak puas hati.Haikal ketawa puas hati.

“Biasa la,kena pandai psiko,”ketawa Haikal masih belum reda.

“Ingat Isya ni pesakit abang ke nak main psiko-psiko,”Atisya menjeling Haikal.

Haikal hanya mendiamkan diri sambil mengangkat kening mendengar bebelan dari Atisya.Biar Atisya banyak bercakap kerana setiap kata-kata Atisya umpama hiburan yang mendamaikan hati dan menambah kasih sayangnya terhadap Atisya.

Malam menjelma dengan jutaan bintang menghiasi angkasa bagai merai sepasang pengantin baru yang sedang manis bercinta.Haikal dan Atisya berjalan seiringan keluar dari lif menuju ke ruang makan.Haikal memilih tempat duduk di hujung restoran.Meja yang lain dari yang lain.Di sebelahnya terdapat seorang pelayan tersenyum ke arah mereka.Atisya dan Haikal membalas senyuman gadis berlesung pipit itu.

“Thanks,”Atisya separuh berbisik kepada Haikal setelah pelayan tersebut beredar.

“For what?Abang tak buat apa-apa pun.Masak dengan serve semua pelayan-pelayan hotel ni yang buat,”Haikal cuba bergurau sambil tergelak kecil.Suka dia melihat wajah Atisya yang tiba-tiba berubah seolah-olah sakit hati dengan jawapannya.

“Abang ni mengada tau,”Atisya melemparkan pandangan keluar tingkap.Menyampah pulak dia dengan Haikal yang sering membuat lawak bodoh yang menyakitkan hati.Tapi Atisya akui itulah pengikat kasih sayang mereka berdua.

“Lor…Baru cakap macam tu dah tak nak tengok abang dah?Hah,tengok la pokok kelapa kat luar tu,”Haikal bersuara selamba kemudian tersenyum apabila Atisya berpaling kembali menghadapnya.

“Sorry!”sepatah perkataan terpacul dari mulut Haikal untuk isteri tersayang.Atsiya tersenyum.Bukan dia benar-benar merajuk,saje je ngengade nak wat cam tu!

Beberapa orang pelayan datang menghantar dan menghidang makanan ke meja mereka.

“Silakan,”pelayan itu kemudian berlalu dengan senyuman.

“Thanks,”Haikal menganggukkan kepala tanda penghargaan kepada mereka.

“Banyaknya,bang,”buntang mata Atisya memerhatikan makanan di atas meja.

“Makan je la…Just for U…abang tau isteri abang ni kuat makan,”Haikal merenung Atisya.Atisya mencebikkkan bibirnya.Sepanjang masa menikmati makan malam Haikal dan Atisya banyak berbual kenangan bersama bermula dari awal perkenalan sehingga mengecap saat bahagia.

“Abang ingat dah tak dapat Isya dah.Maklumlah terpaksa bersaing dengan jurutera pula tu,”Haikal menyatakan rasa hatinya suatu ketika dahulu.

“Abang tu yang buat kesimpulan awal sangat.Takkan Isya nak mula dulu,”Atisya bersuara membela diri.

“Apa salahnya.Khadijah dulu pun dia yang berkenalan dengan Rasulullah dulu,”Haikal mula bercerita tentang sirah Rasulullah.Pengetahuan agama yang ada padanya tidak pernah dipersiakan.Selepas berkahwin dengan Atisya,mereka sering solat bersama.Teguran yag diberikan pada Atisya diberikan dengan sungguh berhemah.Haikal memang seorang ketua keluarga yang baik.

“Ye la,Ustaz Haikal,”Atisya mengulum senyum.Lama mata mereka bertaut cuba menyelami perasaan masing-masing yang sedang dibuai kebahagiaan.

“I have something for U,”Haikal memanggil seorang pelayan yang telah lama berdiri tidak jauh dari situ.Pelayan tersebut mengangguk dan datang bersama sebuah dulang yang bertutup.

“Makan lagi ke?Perut Isya dah penuh sangat ni,”Atisya merungut namun Haikal cuma membisu.

“Buka la dulu,”Haikal memberi arahan pada Atisya untuk membuka penutup tersebut.Atisya menurut.Sejenak Atisya terpana.Satu set barang kemas bertatah berlian kini berada di hadapan matanya.

“Abang cadang nak bagi masa hari pernikahan tapi loket nama Isya tak siap lagi masa tu.So,I hope U like it,”Haikal menanti reaksi Atisya.

“Abang,Isya tak minta lebih sampai macam ni.Cukup la kepercayaan dan kasih sayang abang pada Isya,”Atisya tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata.Haikal pantas menyeka air mata itu dari terus gugur ke pipi Atisya.

“Its ok…abang tak nak Isya kurang sedikitpun…I love U,”Haikal menuturkan ungkapan yang begitu membuai perasaan Atisya.Air matanya tidak dapat ditahan lagi.Malam terus berlalu menjanjikan seribu satu kenangan manis buat Atisya dan Haikal sebagai permulaan menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan pancaroba dan onak duri.

43

Sudah masuk satu tahun perkahwinan Atisya dan Haikal namun Atisya masih belum menunjukkan tanda-tanda dia berbadan dua.Atisya dan Haikal tidak kisah selagi rezeki belum ada,mereka pasrah menanti.

“Malam ni abang balik lambat.Ada operation.Take care sweetheart,”Haikal mencium dahi Atisya yang menghantarnya ke muka pintu.Atisya tersenyum tawar.Janji-janji Haikal untuknya pada malam bulan madu umpama ungkapan yang hilang disapa angin lalu.Haikal terlalu sibuk dengan urusan di hospital.Tiada lagi solat bersama-sama seperti di awal perkahwinan mereka dahulu.Setelah beberapa bulan berkahwin Atisya berhenti menjadi CEO,itupun atas kehendak Haikal. Syarikat diuruskan oleh beberapa ahli lembaga pengarah yang dipercayai. Atisya hanya memantau.Lama juga dia bertegang urat dengan Haikal kerana peristiwa tersebut.Walaupun telah dipujuk untuk berpindah di rumah berhampiran syarikat namun Haikal tetap membantah.

“Abang nak bila abang balik ada orang sambut dan makan minum abang semuanya ok.Abang masih mampu nak jaga Isya,”itulah alasan yang diberikan setiap kali Atisya merungut ingin bekerja semula kerana bosan duduk seorang diri di rumah.Bukan dia bermaksud Haikal tidak mampu menyaranya namun apalah guna kelulusan yang diperolehnya dahulu?Untuk tidak mengeruhkan suasana Atisya mengalah.

Atisya memandang sepi kereta Haikal yang semakin menghilang dari pandangan.

“Wife you tak bising ke you asyik ada kat hospital je?,”Dr. Haziq bertanya semasa dalam perjalanan ke bilik pembedahan.Haikal cuma tersenyum apabila diajukan pertanyaan tersebut.

“Tak kot.Tak pernah pulak dia bising-bising merungut.Lagipun dia faham tugas I,”Haikal menjawab dengan penuh yakin walhal dia tidak tahu betapa Atisya memendam perasaan ditinggalkan seorang diri di rumah.

“Sometimes orang perempuan ni tak tunjuk Karl.Kita kena faham-faham sendiri,”Dr. Haziq bersuara lagi.Sekali lagi Haikal cuma membalas dengan senyuman.Perbualan mereka terhenti sebaik melangkah ke bilik pembedahan.

Haikal pulang ke rumah tepat jam 3 pagi.Komplikasi yang berlaku semasa pembedahan menyebabkan pembedahan tersebut tertangguh selama beberapa jam.Haikal tiada cara lain kerana pesakit sudah berada dalam keadaan kritikal.

Sebaik melangakah masuk ke bilik tidur dia melihat Atisya sudah terlena.Perlahan-lahan dia merapati Atisya.Tiba-tiba dia teringat kata-kata Dr. Haziq,

‘Orang perempuan ni kadang-kadang diorang tak tunjuk.Kita kena faham sendiri’

Adakah dia terlalu mengikut kehendak sendiri tanpa mempedulikan Atisya.Apakah Atisya benar-benar memendam perasaan?Bersalahkah dia meninggalkan Atisya seorang diri di rumah?

Dikucup dahi Atisya perlahan dan ditarik selimut sehingga ke paras dada.Lama Haikal menatap wajah Atisya yang menyejukkan hatinya.Kemudian dia berbaring di sebelah Atisya,entah bila dia terlelap dia tak pasti kerana terlalu penat.

Atisya bangun awal menyiapkan sarapan pagi seperti biasa.Haikal turun dengan kemeja hitam dan bertali leher merah.

“Hensem abang hari ni,”puji Atisya ikhlas.Atisya masih ingat ceramah Ustazah Siti Norbaiyah tentang petua rumahtangga kekal bahagia.Antaranya saling memuji.Haikal tersenyum.Dia masih terfikir hal semalam.

“Isya juga yang pilihkan baju ni untuk abang kan?”Haikal mengambil tempat di meja makan.Atisya menuang kopi ke dalam cawan.Lama Haikal merenung wajah Atisya cuba menyelami hati dan perasaan wanita itu.Tersiksakah dia?

“Abang,hari ini Isya nak keluar kejap.Nak beli barang dapur.Boleh?”suara Atisya mematikan renungan Haikal.

“Err…Boleh…Tapi abang tak dapat ikut sebab…,”belum sempat kata-kata Haikal habis Atisya sudah memotong.

“Ye...Isya faham.Abang sibuk.Isya boleh pergi sendiri,”lirih suara Atisya.Batinnya menjerit namun zahirnya dia terpaksa memahami keadaan Haikal.Dia ingat pesan Dato' Badrul,dalam kehidupan suami isteri perlu ada tolak ansur.Mama dulu pun berhenti kerja kerana keluarga,namun dia tidak mampu menjadi isteri sebaik mama.

“Isya…err…,”Haikal tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia diburu rasa bersalah membiarkan Atisya berseorangan.Atisya sabar menanti kata-kata dari Haikal.

“Abang…Abang minta maaf kalau Isya rasa terabai,”Haikal berusaha menuturkan kata-katanya walaupun amat payah.Mata Atisya direnung dalam.

“Tak de la,bang.Abang kerja pun untuk Isya kan?Isya akan cuba memahami,”sayu kedengaran suara Atisya.

Cuba memahami?Jelas bagi Haikal yang Atisya sememangnya memendam perasaan namun dia pendam demi kebahagiaan mereka berdua.

“Abang pergi dulu sayang.Kalau Isya nak pergi jalan-jalan pergilah.Abang izinkan,”satu kucupan singgah di dahi Atisya.Atisya mengangguk sahaja.

Atisya menolak troli menuju ke tempat sayur-sayuran.Masih tinggal sedikit lagi barangan yang perlu dibeli.Atisya leka membelek senarai barangan yang ingin dibelinya.

“Isya.”

Atisya menoleh apabila namanya dipanggil.Bagaikan hampir gugur jantungnya apabila melihat pemuda di hadapannya.Penampilan yang tidak banyak berubah membolehkan Atisya mengecam lelaki tersebut.Hatinya bagai dibuai perasaan rindu lebih-lebih lagi dalam keadaan Haikal yang sering sibuk sekarang.

“Fairuz,bila balik Malaysia?”Atisya cuba berlagak selamba.Fairuz tersenyum.Atisya tidak banyak berubah Cuma agak berisi setelah bergelar isteri orang.Tentu dia bahagia sekarang,fikir Fairuz.

“2 days ago.Sorang je?Haikal?”Fairuz bertanya sambil memerhati sekeliling kalau-kalau Haikal turut bersama Atisya.Dia tidak mahu mengganggu hubungan Atisya dan Haikal.Dia cuma ingin bertanya khabar.Tersentuh hati Atisya mendengar nama Haikal disebut.Sudah tentu Fairuz membayangkan betapa bahagianya dia kini.Memang Atisya senang dengan wang ringgit namun miskin kasih-sayang dan belaian seorang suami.

“Err…dia sibuk.Isya sorang je,”Atisya berusaha mengukir senyuman.

“Ooo...Boleh I temankan U beli barang?Banyak ni,”Fairuz menunjukkan troli di hadapan Atisya.Alangkah bahagianya kalau Haikal yang berada di hadapannya kini.Atisya sudah lali membeli barangan dapur seorang diri.Kalau terlalu banyak dia akan meminta bantuan dari pekerja pasar raya untuk menghantarkan barang-barang ke kereta.

“Kalau tak susahkan awak,Isya tak kisah.”Pantas Fairuz menolak troli menggantikan tempat Atisya.Hati Atisya semakin terharu,Kalaulah Haikal seperti ini.

Selesai membeli barang Atisya dan Fairuz bersama-sama melangkah keluar untuk menghantar barangan ke kereta.Entah macamana Atisya hampir tergelincir di tangga namun sempat Fairuz memaut lengan Atisya meyebabkan Atisya terdorong ke arah Fairuz.Sejenak pandangan mereka bertaut dan kala itu kenangan lama kembali menerpa.Fairuz seolah-olah dapat merasakan Atisya sedang memendam perasaan duka jauh di sudut hatinya.Atisya cepat tersedar dan mengutip barang-barang yang terlepas sebentar tadi.

“Okey ke?”Fairuz bertanya.Bukan ingin bertanya kedaan fizikal Atisya tetapi hati wanita itu.

“Okey….Thanks tolong hantar barang sampai kereta,”Atisya cuba menyembunyikan rasa gugup dan gementar berikutan peristiwa sebentar tadi.Fairuz cuma tersenyum tawar.

“Boleh kalau kita pergi makan dulu?”Fairuz menahan Atisya yang hendak membuka pintu kereta.Atisya berfikir sejenak.Kalau dia pulang ke rumah pun tiada sesiapa.Haikal pula sudah memberikan kebenaran untuk dia keluar hari itu.Lantas Atisya mengangguk.

Haikal berlari menuju ke pintu rumah.Dilihat kereta Atisya sudah berada di garaj.Hatinya panas mendengar cerita dari rakannya di hospital tadi,

‘I nampak dia pegang isteri U.Pandangan dia pun lain macam je.Siap bertentang mata lagi.I bukan nak tuduh tapi U pun asyik kerja je,may be wife U sunyi kot’

Sakit hatinya dan dia ingin tahu siapa lelaki yang berani mencabar kelelakiannya sehingga berani memegang tangan Atisya di khalayak ramai.

Haikal menolak pintu bilik dengan perasaan bercampur baur.Atisya yang sedang berbaring melepaskan kepenatan kerana baru pulang terkejut.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia cepat letih seminggu dua ni.

“Eh,awal abang balik,”Atisya bingkas bangun untuk bersalam dengan Haikal seperti selalu.Namun niatnya terbantut apabila Haikal terus duduk di birai katil dan tidak memandangnya.Wajah Haikal merah menahan marah.

“Kenapa ni,sayang,”Atisya cuba memegang bahu Haikal dari belakang.Mungkin ada masalah yang berlaku di tempat kerja.Maklumlah berkerja dengan orang ramai tentu pelbagai masalah yang timbul.

“Jangan pegang la.Rimas,”Haikal menepis tangan Atisya.Atisya tersentak.Kesalahan apakah yang telah dilakukan sehingga Haikal tiba-tiba berubah laku?

“Abang ada masalah ke?”Atisya kini berdiri di hadapan Haikal namun Haikal sedikitpun tidak memandang ke arahnya.

“Abang marah Isya?”sepi.Haikal masih tidak bersuara.

“Abang…Abang kalau Isya ada buat salah abang cakap la,bang.Abang jangan diam je macam ni sampai Isya…,”kata-kata Atisya mati di situ apabila tiba-tiba Haikal bangun dan meletakkan jari telunjuk di mulutnya sendiri.Di kala ini kata-kata dari Atisya cukup membingitkan telinganya.

“Isya jawab satu je soalan abang k…Isya keluar denga siapa tadi?”merah mata Haikal merenung mata Atisya.Serentak Atisya merasakan darah menyerbu naik ke mukanya.Lututnya tiba-tiba terasa lemah.Bagaimana Haikal dapat tahu semua ini.Namun apa yang dia lakukan sehingga Haikal terlalu marah.Lama Atisya terdiam.

“Jawab la!”suara Haikal tiba-tiba meninggi.Tangannya kini sudah memegang kedua-dua belah pipi Atisya yang basah dek air mata.Atisya gugup.Belum pernah Haikal meninggikan suara kepadanya seperti hari ini.Jika dulu Atisya ada buat salah,lemah lembut teguran yang diterimanya,bukan seperti hari ini.

“F..Fairuz,”serentak tangan Haikal dilepaskan dari pipi Atisya setelah nama itu disebut.Haikal semakin marah.

“Aku dah agak dah…Sejak bila dia balik Malaysia ni?Ha?Eh,aku bagi kau keluar beli barang tau…bukan pergi jumpa jantan lain…,”suara Haikal masih meninggi.Keadaannnya kini kusut masai dengan tali leher yang dilurut ke bawah dan rambut yang serabai.Atisya sudah tidak mampu menahan tangis.

“Isya terserempak dengan dia kat pasar raya…Dia cuma tolong Isya angkat barang ke kereta..Tu aje,”Atisya masih cuba membela diri.

“Angkat barang apa kalau sampai pegang-pegang tangan…Bertemu mata ke mata…Angkat barang macam tu?”Haikal merenung tajam ke arah Atisya.Tidak mahu menerima alasan Atisya.

“Semua ni salah faham,bang.Dia tolong Isya nak terjatuh tadi,”Atisya masih cuba mempertahan kedudukannya di tempat yang benar.

“Aik,sejak bila dah tak pandai berjalan ni?Dah manja sangat ke?”pedih sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Haikal.Dia benar-benar sedang marah.

“Abang,percayalah bang.Kami tak ada buat apa-apa tak elok pun tadi,”Atisya bersuara dalam sedu-sedannya.

“Aku tak nak dengar.Sekarang kau nak salahkan aku la….Sibuk sangat sampai tak boleh teman kau beli barang?Kau nak kata kawan aku yang nampak korang berdua tadi menipu?”Haikal bercekak pinggang.Terjawab segala pertanyaan di fikiran Atisya tentang bagaimana Haikal tahu yang dia bertemu dengan Fairuz tadi.

“Abang tolonglah percaya bang.Salah ke Isya jumpa kawan lama Isya,”Atisya sudah terjelepok di lantai.

“Masalahnya dia tu bukan kawan biasa tau.Dia pernah ada hati kat kau.Kalau kau sayang dia sangat,pergi berambus dengan dia.Selagi kau tak dapat buktikan pada aku yang kau dengan dia memang tak de apa-apa hubungan lagi,aku tak nak tengok muka kau kat sini.Aku gantung kau tak bertali.Keluar kau dari sini.Keluar!!!,”Haikal seolah-olah hilang pertimbangan.Segala kain baju Atisya dihambur keluar.Atisya merayu sambil memegang lutut Haikal.

“Abang,jangan buat Isya macam ni,bang.Isya merayu pada abang,”rintih Atisya.

“Jangan pegang aku…Jijik aku…Keluar!!!,”sekali lagi Haikal menemplak sebelum melangkah keluar dari rumah tersebut.Atisya menangis semahu-mahunya.Dia buntu hendak ke mana.Tidak mungkin ke kampung.Dia tidak mahu melibatkan papa serta yang lain dalam hubungannya.Perlahan Atisya mengemas kain baju.Dia benar-benar buntu.

44

“Bila Alia nak balik mak?”Izzat mencedok nasi ke dalam pinggan.Setelah penat membersihkan kebun bersama Mak Cik Sofea petang tadi,perutnya benar-benar lapar.Membersihkan kebun tidaklah seteruk pelayarannya selama 6 bulan walaupun merantau ke seluruh dunia.Mak Cik Sofea muncul di meja dengan air basuhan tangan.

“Katanya malam ni sampai la.Tapi mungkin lambat sikit agaknya sebab pukul 5 petang baru Aizad habis kerja,”Mak Cik Sofea sudah menyuap nasi ke dalam mulut sebelum menyambung kata-katanya.

“Senang hati mak dah ada orang menjaga Alia tu.Dulu risau juga mak dia memandu seorang diri dari Terengganu tu.Hang bila lagi?”

Hampir tersedak Izzat dengan pertanyaan dari ibunya itu.Itulah pertanyaan yang cuba dielakkan selama dia bercuti.Tetapi baru minggu pertama dia bercuti,Mak Cik Sofea sudah bertanyakan tentang bila di akan mendirikan rumahtangga.

“Mak ni,lambat lagi kot.Belum terbuka lagi hati ni nak berumahtangga,”Izzat masih dengan alasan yang sama.Mak Cik Sofea menggeleng.

“Takkan hang nak tunggu si Isya tu lagi?Dia kan dah kahwin,dah jadi isteri orang.Ramai lagi perempuan yang belum kahwin,”Mak Cik Sofea tahu Izzat masih belum dapat melupakan Atisya.Maklumlah sekian lama wanita itu bertakhta di hatinya namun antara mereka tiada jodoh.

“Tak de la,mak.Mak jangan la risau,ada jodoh ada la,”Izzat membasuh tangannya.Kemudian dia bingkas bangun membawa pinggan ke dapur,tidak mahu soal jodoh ini berpanjangan.

“Eh,tu bunyi kereta siapa kat luar tu?Alia ke?Kata sampai lambat tapi baru pukul 9 dah sampai,”Izzat menuju ke pintu sementara Mak Cik Sofea sibuk mengemas meja makan.

Izzat tergamam sebaik pintu dibuka.Di hadapannya kini wanita yang pernah mengisi kekosongan di hatinya.Namun keadaan wanita itu benar-benar meresahkan hatinya.Wajahnya yang sembab dan lesu serta kehadirannya seorang diri menimbulkan tanda tanya.

“Isya?”terpacul nama itu dari bibir Izzat.

“Siapa Izzat?Alia?”Mak Cik Sofea mendapatkan Izzat yang lama berdiri di hadapan pintu.

“Mak cik,”Atisya memeluk Mak Cik Sofea sebaik melihat wanita itu di muka pintu.Mak Cik Sofea tergamam.Apa yang telah berlaku kepada Atisya?

“Ya Allah!Masuk nak.Awat la jadi lagu ni?”Mak Cik Sofea membawa Atisya ke sofa.Hatinya ingin sekali tahu kenapa Atisya datang seorang diri pada malam hari begini.Izzat menghulurkan segelas air buat Atisya.Hatinya dipagut sayu melihat keadaan Atisya.

Keadaan sunyi seketika.Atisya masih menangis di bahu Mak Cik Sofea sehingga tidak mampu berkata-kata.

“Sabaq Isya…Habaq kat mak cik.Hang berkelahi dengan Haikal ka?”Mak Cik Sofea cuba menduga.Dia juga telah melalui kehidupan berumahtangga.Bermasam muka sudah lumrah berumahtangga.Sedangkan lidah lagi tergigit!

Atisya mengangguk lemah.Dia tidak tahu mahu mula bercerita dari mana.Izzat sudah mula tidak sedap duduk.

“Cerita pada abang Isya.Dia halau Isya ke?”Izzat bertanya.

“Salah faham je,bang…mak cik,”Atisya membela diri.

“Salah faham apa kalau sampai Atisya sanggup datang sini seorang diri?Takkan dia sanggup buat macam ni pada isteri sendiri.Suami jenis apa tu?”Izzat sudah mula meninggikan suara.Mak Cik Sofea memberi pandangan penuh makna pada Izzat agar dia bertenang.

“Dah la.Hang pi masuk bilik dulu.Mandi segarkan badan hang.Lepas tu keluaq makan.Mak cik sediakan untuk hang,”Mak Cik Sofea mengusap lembut kepala Atisya.

“Tak pe la,mak cik.Isya tak lapar.Isya masuk dulu ye,mak cik,”Atisya melangkah longlai ke biliknya.

“Beg ni biar abang bawa,”keras suara Izzat ketika Atisya hendak mencapai beg bajunya.Atisya tidak membantah.

“Terima kasih,bang.”

“Isya rehat la.Kalau nak apa-apa,abang dengan mak cik ada,”Izzat keluar menemani Mak Cik Sofea di ruang tamu.

“Melampau budak tu mak,”Izzat menyatakan rasa tidak puas hatinya pada Mak Cik Sofea.

“Sabaq Izzat.Kita tak dengaq lagi cerita Atisya tu.Biasa la orang muda,mudah naik angin.Sat gi Alia balik kita habaq dia sekali,”Mak Cik Sofea cuba menenangkan Izzat.Nampak sangat Izzat masih ada perasaan pada Atisya.Kalau tidak masakan dia akan tidak senang duduk begitu.

Suasana pagi di Kg. Sg. Dua sungguh nyaman.Kedengaran kokokan ayam jantan dan kicauan burung-burung.Sudah lama Atisya rindukan suasana begitu.

“Isya!”seorang wanita menegur Atisya ketika Atisya melangkah keluar dari bilik.

“Alia!Alia…Miss U,”Atisya terus mendakap Alia.Air matanya tumpah lagi.Hanya Alia yang sudi mendengar segala masalahnya dari dulu sehingga kini.Alia memang sahabat yang baik.

“Bila kau balik?”Atisya bertanya setelah agak lama mereka berpelukan melepas rindu.

“Malam tadi tapi lambat sampai.Pukul 1.00 pagi baru sampai.Aizad habis kerja lambat,”Alia seronok bercerita.Namun hatinya tidak tenang melihat wajah Atisya yang mengandungi seribu satu masalah.

“Kau ada masalah ke?Dengan Haikal?”Alia menduga walaupun sudah diberitahu oleh Mak Cik Sofea ketika dia sampai.Atisya mengangguk lemah.

“Ko tak nak cerita dengan aku?”Alia bertanya lagi setelah Atisya hanya membisu.

“Aku mandi dulu.Lepas ni aku cerita pada kau,”Atisya cuba tersenyum.

“Okey.Aku tunggu kat dapur.Kita makan ubi goreng smaa-sama nanti,”Alia menepuk bahu sahabatnya itu.Atisya tersenyum dan mengangguk.

“Habis,sekarang ni macam mana?”Alia bertanya setelah Atisya menceritakan segala yang berlaku antara dia dan Haikal.

“Aku tak tahu.Aku buntu.”

“Fairuz dah balik US?”Alia bertanya lagi.Dia berusaha mencari jalan penyelesaian.

“Belum.Dia cakap dia akan stay kat Malaysia sampai bila-bila.Aku pun tak faham sangat dia cakap apa,”Atisya menghirup kopi o yang dihidangkan.

“Family ko tahu?”

“Tak.Aku tak nak bagitahu sebab ayah aku sedang menerima rawatan dari Haikal.Kalau ayah tahu mesti ayah tak nak pergi ke hospital lagi,”Atisya menjelaskan pada Alia tentang Dato' Badrul yang kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur dua bulan sekali.

“Habis kalau dia datang Kuala Lumpur nanti mesti dia tanya ko pergi mana kan?”

“Dia baru je balik minggu lepas.So,aku kalau boleh nak settlekan perkara ni sebelum dua bulan akan datang,”Atisya cuba meminta tolong dari Alia.

“Isya duduk je sini dulu.Kalau betul-betul dia sayang Isya,mesti dia cari Isya,”Izzat tiba-tiba muncul dari ruang tamu.Alia dan Atisya mendiamkan diri.

“Tapi kalau Isya tak suka,tak pe…,”seperti berjauh hati bunyi kata-kata Izzat.Atisya mula serba-salah.Kalu ikutkan hati dia juga tidak mahu ke rumah itu jika tahu Izzat sedang bercuti.Namun baginya nasi sudah menjadi bubur.

45

Haikal terduduk lemah di kerusinya.Kepalanya benar-benar pusing.Masuk tadi sudah tiga kali dia ke tandas kerana muntah.Setahunya dia tidak makan makanan yang mengarut-ngarut semalam tapi entah kenapa pagi ni perutnya tiba-tiba memulas dan tekaknya mual.

“Ko salah makan kot,”Dr.Kamarul cuba meneka setelah melihat Haikal dalam keadaan begitu.Belum pun sempat Haikal menjawab sekali lagi dia ke tandas,muntah.

“Apahal ko ni?”Dr.Kamarul sendiri runsing dengan rakannya itu.

“Aku banyak fikir kot.Tidur pun tak cukup sangat,"Haikal memberi alasan.

“Tu la kau.Kerja siang malam.Kesian bini kau kat rumah tu,”Dr.Kamarul tidak tahu tentang krisis yang melanda rumahtangga Haikal sekarang.

“Dr.Kamarul,patient doktor yang telefon semalam dah datang,”seorang jururawat memanggil Dr.Kamarul dan mengingatkannya tentang temujanji dengan seorang pesakit.

“Siapa?”

“Encik Fairuz Razak.”Tersentak Haikal dengan nama itu.Fairuz?Orang yang samakah yang cuba menganggu rumahtangganya.

“Aku ikut,"Haikal cepat bangun untuk mengikuti Dr.Kamarul.Dr.Kamarul mengeluh.

“Ko dah ok ke?Nanti tak pasal-pasal muntah kat dalam bilik aku pulak,”Dr.Kamarul ingin memastikan keadaan Haikal.Haikal mengangguk.Dia ingin lihat pemuda yang dimaksudkan.Dia masih ingat rupa paras Fairuz walaupun sudah lama mereka tidak bertemu.

Sebaik tiba di lobi Fairuz sudah menanti.

“Encik Fairuz,saya Dr.Kamarul.Kenalkan,Dr Haikal,”Haikal menghulurkan tangannya pada Fairuz dan tersenyum sinis.Fairuz membalas senyuman itu.

“Err…,”belum sempat Dr.Kamarul berkata apa-apa Haikal sudah berlalu.

“Erm,buat hal lagi la tu,”Dr.Kamarul sudah mengagak apa yang berlaku pada Haikal.Fairuz cuba berlagak tenang.

“Ish!Damn it,”Haikal menumbuk meja beberapa kali.Hatinya sakit melihat lelaki itu.Apalagi yang dia mahu sehingga ke hospital pula datangnya.Hatinya benar-benar dikuasai perasaan cemburu.

“Wekkkk,”buat kali keenam Haikal ke tandas.

“Karl,jom,”Dr. Kamarul sudah berada di bilik Haikal untuk megajaknya pulang bersama.Keretanya yang masih dibaiki menyebabkan dia terpaksa menumpang Haikal untuk pulang kerumah.Mujur waktu kerjanya dengan Haikal sama.

“Kita makan dulu,”Haikal mengajak.Dr. Kamarul mengerutkan dahinya.

“Dah muntah separuh mati pun nak makan lagi,”Dr.Kamarul berjenaka.

“Lapar la…Kita makan seafood,”Haikal mengambil kunci keretanya.

“Ko ni biar betul.Berselera lagi nak makan seafood?”

“Aku tiba-tiba rasa nak makan seafood la.Jom la,”Haikal sudah membuka pintu keretanya.Dr Kamarul menggeleng.Dulu Haikal juga yang berkata dia sudah muak makan makanan laut kerana sudah puas makan ketika menguruskan restoran abangnya dahulu.

Sebaik tiba di restoran makanan laut, pelbagai lauk yang dipesan oleh Haikal antaranya ketam goreng,sup isi ketam,udang goreng tepung,tom yam dan asam sebagai pencuci mulut.Dr.Kamarul semakin hairan namun dia tidak banyak soal setelah Haikal menyatakan hasratnya untuk membayar semua makanan yang dipesan.

“Patient ko tadi tu sakit pe?”Haikal cuba mengorek rahsia Fairuz melalui Kamarul.

“Ada la.Aku pun tak tau nak tolong macam mana,”Kamarul bersuara mendatar apabila terkenangkan Fairuz.

“Kenapa?Apsal yang kesian sangat kat dia tu,”cara Haikal bertutur penuh beremosi.

“Yang ko ni kenapa?Dah la,makan la.Cakap banyak kang muntah lagi,”Kamarul menyuap nasik ke dalam mulutnya sambil memerhati pada Haikal yang begitu berselera makan.

46

Atisya memicit-micit kakinya yang terasa lenguh.Kebelakangan ini dia sering berasa tidak sedap badan dan kakinya sering sengal-sengal.

“Kalau tak larat biar je kat situ.Nanti mak cik basuh,”Mak Cik Sofea menuju ke sinki setelah melihat keadaan Atisya yang kurang sihat.

“Alia mana mak cik?”Atisya bertanya.

“Dia keluar dengan Aizad tadi.Katanya ada barang yang dia nak beli,”Mak Cik Sofea menjawab.

Atisya termenung.Tentu sahabatnya itu bahagia kini.Ke mana sahaja ada orang yang menemani.Jika berlaku apa-apa ada orang yang akan membantu.

“Kamu termenung apa?Ada Haikal telefon kamu?”Mak Cik Sofea bertanya sambil duduk dan memicit kaki Atisya.

“Tak de mak cik.Dia sibuk kot,”Atisya cuba menyedapkan hatinya.Dia tahu Haikal masih marah padanya.

“Selalu ke kamu lenguh-lenguh ni?”Mak Cik Sofea cuba mengubah tajuk cerita.Dia tidak mahu membebankan fikiran Atisya lagi.

“Erm…Dalam dua minggu ni la.Mungkin banyak fikir kot,”Atisya menghulurkan botol minyak panas pada Mak Cik Sofea.

“Orang muda sekarang ni,muda-muda dah sakit-sakit.Mak cik dulu muda-muda sihat je.Mak Cik kalau lebuh-lenguh macam pun ni masa mula-mula mengandung je.Masa mengandung Abang Izzat kamu,”Mak Cik Sofea mula bercerita pengalamannya pertama kali mengandung.Atisya tersenyum mendengar namun tiba-tiba dia tersentak.

“Kenapa?Sakit ke mak cik picit?”Mak Cik Sofea bertanya.Risau jika dia tersalah urut.

“Mak cik cakap pasal mengandung,dah 2 bulan saya tak datang kotor.”

Mak Cik Sofea tersenyum kemudian menggeleng.

“Benda macam ni pun kamu boleh tak perasan ke?”Mak Cik Sofea seolah-olah kesal dengan Atisya yang mengabaikan kesihatan dirinya setelah dilanda masalah.

“Nanti mak cik suruh Izzat bawa kamu ke klinik,”cepat Mak Cik sofea bangun mendapatkan Izzat tanpa sempat dihalang oleh Atisya.Dia sendiri belum pasti dia mengandung atau tidak kerana setahunya orang mengandung tentu akan mabuk atau muntah-muntah.Mungkin dia tidak datang bulan kerana tekanan masalah rumahtangga yang sedang dihadapinya.

“Tahniah,isteri encik mengandung 3 bulan,”Dr.Adriana tersenyum lebar menyampaikan khabar gembira tersebut kepada Izzat yang menemani Atisya.Atisya gembira namun cuma seketika.Hatinya berdetik kalaulah Haikal ada bersamanya kini tentu mereka lebih bahagia menerima berita akan kedatangan orang baru yang bakal menyerikan lagi rumahtangga mereka.Izzat tersenyum tawar.Agak tersentak dia dengan kata-kata Dr.Adriana tadi.

“Thanks,doktor,”Atisya melemparkan senyuman kepada Dr.Adriana sementara doktor itu mengangguk.

“So,first pregnancy right?”Atisya mengangguk.

“Encik kena betul-betul jaga your wife ni…,”Izzat pantas memotong membetulkan keadaan.

“My sister…Younger sister,”Izzat bersuara tersekat-sekat.Semerta berubah air wajah Dr.Adriana.

“Ops!Sorry but both of you look so difference…Sorry,”berkali-kali Dr.Adriana memohon maaf atas kesilapannya.

“It’s okay,”Izzat tersenyum menahan segala kekalutan dalam jiwanya.

“Puan Atisya,where your husband?Busy?”pertanyaan Dr.Adriana membuatkan keadaan sepi seketika.Atisya tidak tahu ingin berkata apa.

“Husband dia outstation,”pantas Izzat menjawab meredakan suasana yang agak teganag.Dia faham masalah Atisya.Haikal seharusnya berada di sisi Atisya pada waktu begini.

“Ooo…Biasa la kerja kan?So,take care of yourself and jaga makan.Jangan banyak stress and dapatkan rawatan susulan setiap bulan.Okey.Once again congratulation,”Dr.Adriana menghulurkan tangan pada Atisya.Atisya menyambutnya dengan senyum mesra.Di hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Isya nak abang call Haikal ke?Bagitahu hal ni?”Izzat cuba menenangkan hati Atisya ketika perjalanan pulang ke rumah Mak Cik Sofea.Atisya menggeleng.

“Tak payahlah,bang.”

“Kenapa pulak?Mungkin lepas dia tahu dia berubah.He supposed to be here with you Isya…To take care of you…His wife,”Izzat berbicara lancar sambil matanya ditumpukan pada jalan raya.

“Kalau abang rasa Isya ni menyusahkan,Isya boleh balik Perak,”lirih suara Atisya seakan berjauh hati dengan kata-kata Izzat sebentar tadi.

“No.Bukan Isya.Abang okey,just…,”Izzat sudah mati akal.Bukan niatnya untuk melukakan hati yang sudah sedia terluka.

“Okeylah.Abang takkan bagitahu Haikal.”

Mereka sudah pun tiba di rumah.Alia berlari mendapatkan Atisya dengan wajah yang penuh harapan.Atisya menggelengkan kepalanya

“What?Ko tak mengandung?”Alia bertanya mendapatkan kepastian.Izzat sudah tersenyum di belakang Atisya.

“Macam mana Isya?”Mak Cik Sofea pula muncul bersama-sama Aizad.

“Orang baru nak datang,”Izzat menjawab bagi pihak Atisya.Alialah orang yang paling kuat bersorak dan gembira dengan berita tersebut.

“Eleh,gembira sangat.Kita bila yang?”Aizad tiba-tiba mencelah membuatkan wajah Alia yang tadinya gembira bertukar masam.

“Sabarlah…Belum ada rezeki…Awak nak berapa?Kembar 3 pun saya boleh bagi tau…Asalkan awak sanggup jaga dua saya jaga sorang,”Alia berseloroh disambut gelak tawa Izzat,Mak Cik Sofea dan Atisya.Aizad yang geram dengan gurauan Alia pantas merangkul Alia dan mencuit pinggang Alia membuatkan Alia terjerit.Hampir menitis air mata Atisya meyakskan kemesraan Alia dan Aizad.Atisya kemudian terus melangkah masuk tanpa pamitan.Izzat memandang dengan pandangan yang kosong.

47

Dato’ Badrul gembira menerima panggilan dari Atisya.Azmira turut sama bergembira dan tidak sabar-sabar menanti kepulangan Atisya ke Perak.

“Mesti akak makin chubby kan?”Azmira bergurau melalui telefon bersama Atisya.

“Hey,chubby pun cute tau,”Atisya membela diri.

“Ye la…Isteri doktor kan…Mesti la sihat selalu…Abang Haikal mesti gembira sangat-sangat kan?”pertanyaan Azmira mematikan senyuman di wajah Atisya.Jika Azmira berada di hadapannya sudah tentu adiknya itu dapat meneka pergolakan yang sedang berlaku dalam jiwanya kini.

“Kak Isya…,”Azmira memanggil setelah agak lama tiada sebarang tindak balas dari Atisya.

“Ye…Akak dengar,”Atisya menyeka air mata yang menitis di pipinya.

“Panggil abang Haikal kejap,nak cakap dengan bakal papa…hehe,”Azmira sempat bergurau.

“Err…abang Haikal tak balik lagi,”Atisya terpaksa berbohong.Dia tidak mahu keluarganya tahu isu pergolakan rumahtangganya kini.

“Dah pukul 9 tak balik lagi?”Azmira bertanya.Hairan.

“Dia ada emergency case tadi.Petang tadi dah balik,lepas Maghrib dia ke hospital semula,”lancar mulut Atisya mencipta alasan.Kalau dia berada di Kuala Lumpur pun mungkin dia sedang menghadapi situasi yang sama.

“Erm,rajinnya abang ipar Mira tu.Biasa la bakal jadi ayah.”

“Okey la…Kirim salam pada papa dengan Mak Tok sekali.Papa sihat?”Atisya bertanya lagi mendapatkan kepastian.

“Erm…Boleh dah jalan sikit-sikit tak pakai tongkat.Berpaut pada dinding atau tangga,”Azmira menceritakan perkembangan Dato' Badrul.Setidak-tidaknya berita itu bisa menggembirakan Atisya.Atisya berpamitan sebelum memutuskan talian.

Alia menghampiri Atisya.Dihulurkan segelas susu buat sahabatnya.

“Thanks,”Atisya menyambut dengan senyuman.

“Its okay.Nanti kau tolong aku pulak…Hehe,”Alia mengambil tempat di sofa bersebelahan dengan Atisya.

“Telefon siapa tadi?”Alia bertanya.

“Papa dengan Azmira,”ringkas jawapan Atisya.

“Mereka sihat?”Alia bertanya sekadar berbasa-basi.Sebenarnya ada perkara yang lebih penting yang hendak diberitahu pada Atisya.

“Alhamdulillah,sihat.”

“Err…Aku…Aku,”Alia ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.

“Kenapa?”Atisya bertanya.

“Err…Aku dah bagitau Fairuz tentang kau dengan Haikal,”Alia tunduk merenung lantai ketika memberitahu perkara sebenar pada Atisya.Dia sendiri tidak pasti Atisya akan marah atau tidak.Yang pasti Atisya sedikit terkejut.

“What?”

“Tak…Aku rasa dia je yang boleh settlekan problem ni.Takkan nak biar kau dengan Haikal terus macam ni kan?Esok aku dah nak balik Terengganu.Risau aku tengok kau macam ni,”Alia menyatakan alasan dia bertindak sedemikian.

“Kau bagitahu dia aku mengandung?”Atisya bertanya memohon kepastian.Alia mengangguk.

“Macam mana kalau dia datang sini cari aku?Kalau Haikal tahu lagi susah jadinya,”Atisya sudah mula risau.Gelas yang dipegangnya bergetar.Alia mencapai gelas tersebut dan memegang erat tangan Atisya.

“Listen to me,Isya.Aku yakin Fairuz ada jalan penyelesaian.Trust me,Isya,”Alia mengusap kepala Atisya yang terlentok di bahunya.

“Ko tenang je okey?Nanti aku contact lagi dengan Fairuz,”Alia cuba menenangkan sahabatnya.Atisya tidak bersuara.Hanya terdengar esak tangisnya sahaja.

“Ko masuk tidur.Jaga diri kau dengan baby kau tu,”Alia memimpin Atisya ke bilik.

“Isya ok ke?”Izzat yang tiba-tiba muncul dari bilik terkejut melihat keadaan Atisya.Alia menganggukkan kepalanya kepada Izzat dan menunjukkan isyarat tangan supaya jangan bertanya apa-apa pada Atisya.

“Kalau ada-apa-apa panggil aku.Assalamualaikum,”Alia mematikan lampu dan keluar dari bilik Atisya membiarkan Atisya melayan perasaannya sendiri.

Atisya teringatkan janji Haikal beberapa hari sebelum mereka membawa haluan masing-masing.

“Bila Isya menagndung nanti,abang akan baca yassin tiap-tiap malam pada Isya.Biar Isya dengan baby kita tidur lena.Sarapan pagi abang sediakan.Sibuk macam mana pun abang akan usahakan juga.Kerja-kerja rumah tak payah buat,abang ambil pembantu rumah…Tak sabar rasanya nak tunggu Isya mengandung.”

Masih terasa pelukan Haikal pada malam itu.Kata-katanya betul-betul membuai perasaan.Kebahagiaan jelas terpancar di wajah Atisya dan Haikal.Atisya tersenyum seorang diri dalam tangisan mengenangkan saat-saat indah itu.

48

Haikal menuju ke pasar tani yang menjual buah-buahan tempatan.Entah mengapa dia teringin sekali merasa buah manggis dan langsat.Setahunya dia tidak begitu gemar buah-buahan tersebut.Kalau durian dan rambutan dahulu dia memang suka.

“Kau beli apa?”Kamarul bertanya setelah melihat dua beg plastik yang dijinjit oleh Haikal.

“Manggis dengan langsat,”Haikal membuka but keretanya.

“Kau beli buah apa tu?”Haikal bertanya.Kamarul tersenyum sambil mengangkat plastik berisi buah durian yang dibelinya.

“Raja buah…Hehe…Kau ingat lagi?Satu asrama bau durian masa kau bawa kat UIA dulu…Hakhak…Kecoh satu asrama,”terkekeh-kekeh Kamarul ketawa namun Haikal sudah menunjukkan muka tidak senang.

“Kau ok ke Haikal?”Kamarul bertanya setelah melihat Haikal memegang perutnya.

“Aku tiba-tiba rasa pening bau buah tu…Macam mabuk je…Kau drive Kamarul,”Haikal menghulurkan kunci kereta pada Kamarul.Kamarul menjadi semakin hairan.

“Kau biar betul.Dulu bukan main melantak durian tak cukup sebiji.Alih-alih sekarang bau pun tak boleh?”Kamarul mengerutkan dahinya.Haikal sudah mengambil beg plastik di belakang kereta.

“Bluwekkk!”terkeluar segala isi perut Haikal akibat bau durian yang dibeli Kamarul.Kamarul sudah tidak banyak tanya terus memandu menuju ke rumah Haikal.

“Kau okey?Bini kau mana?”Kamarul bertanya setelah agak lama dia duduk di ruang tamu namun tidak kelihatan kelibat Atisya.Haikal yang terbaring disofa hanya menggeleng.

“Kau gaduh dengan Atisya ke?”Kamarul bertanya lagi.Walaupun dia masih belum berumahtangga namun dia tahu asam garam hidup berumahtangga memang pelbagai.

“Ko jangan cakap pasal dia boleh tak?Kau pegi la tanya patient kau tu,”Haikal sedikit beremosi walaupun keadannya masih lemah.

“Patient aku?Apa kena mengena pulak?”Kamarul semakin tidak faham.

“Fairuz Razak tu ex-boyfriend dia kau tahu.Dah pergi US bertahun-tahun,entah apa pulak mimpi dia balik sini.Kacau rumahtangga aku,”Haikal bersuara sambil memejamkan matanya.Pening kepalanya masih belum hilang lagi.

“Err…Maksud kau Atisya ada affair lagi dengan Fairuz tu?”Kamarul bertanya mendapatkan kepastian.Haikal sekadar mengangguk.

“Kau ni biar betul.Entah-entah dia balik ada hal lain ke?Mana tau.Lagipun apa salahnya kalau jumpa Atisya pun.Atisya kan dah jadi bini kau,”Kamarul bersuara seperti orang bodoh.

“Hei,kalau setakat jumpa aku tak kisah tau.Siap pegang-pegang kat shopping complex apa kes?”suara Haikal sudah sedikit meninggi.Kamarul sudah tidak berani bertanya lagi.Bimbang Haikal akan naik angin.

“Ko pegi bawa durian kau tu jauh-jauh boleh tak?Pening la kepala aku,”Haikal memicit-micit kepalanya.Kamarul bingkas bangun menuju ke dapur.

“Ko bawak balik rumah ko je la,”Haikal bersuara lagi setelah melihat Kamarul menuju ke dapur.

“Kau tak nak?”Kamarul bertanya.

“Kau gila?Bau pun aku dah pusing,”Haikal merenung Kamarul dengan pandangan yang tajam.Kamarul mengangguk-angguk.

“Err…Tadi kau ambik aku kat umah…Takkan aku nak bawak kereta kau balik kot,”Kamarul bertanya.Dia bingung.Haikal yang beria-ia mengajaknya ke pasar tani.Oleh sebab takut kesesakan lalu-lintas Haikal menjemput Kamarul di rumah.Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kau masuk la dulu.Durian tinggal luar,”Haikal menunjukkan tangannya pada beg plastik hitam di tangan Kamarul.Kamarul tersengeh seperti kerang busuk.

“Jangan marah aaa…”

49

Fairuz meneliti segala dokumen yang telah diberikan kepadanya.Disimpan kemas di dalam sampul surat coklat bersaiz A4.Dia nekad dia harus bertemu dengan Haikal hari ini.Sudah 3 minggu dia mendengar cerita dari Alia.Dia tahu bukan mudah untuk Atisya membela dirinya seorang diri.Salah faham ini harus diperbetulkan.Fairuz melangkah masuk ke bilik yang tertera nama Dr.Kamarul Ikhsan Mustapha,doktor yang bertanggungjawab merawatnya dan menyimpan segala rahsianya sehingga ke hari ini.

“Assalamualaikum,”Fairuz menghampiri Kamarul yang sedang menulis sesuatu di papan kenyataan di biliknya.

“Wa’laikumussalam,Fairuz.Come on,sit down.So,how are you today?Feeling better?”Kamarul bertanya sambil meneliti laporan perubatan Fairuz.Sesekali dahinya berkerut.

“Saya dah sedia untuk kemoterapi itu doktor,”Fairuz sudah bulat dan tekad dengan keputusannya.Dia tahu harapannya semakin tipis.Kanser usus yang dihadapinya semakin serius.Dari awal dia telah dinasihatkan supaya menjalani kemoterapi tetapi dia enggan kerana dia tahu tidak ramai lelaki yang sembuh 100% daripada penyakit ini.

Kamarul sedikit tergamam.

“Macam mana boleh berubah keputusan ni?”Kamarul bertanya.Hairan dia kerana setelah beberapa lama dia memujuk baru kini Fairuz bersetuju.Sebolehnya dia ingin tahu faktor yang mendorong persetujuan Fairuz.

“Banyak sebabnya doktor…Saya tahu harapan saya tipis,”Fairuz berjeda sebelum meneruskan kata-katanya.

“Tapi…Boleh saya bertemu dengan Doktor Haikal?”

Kamarul agak tergamam mendengar ayat terakhir dari mulut Fairuz sekaligus teringat pada cerita yang diceritakan oleh Haikal beberapa hari lepas.Kamarul membetulkan duduknya betul-betul menghadap Fairuz.

“Awak betul nak jumpa dia?”Kamarul memastikan.Dia tidak mahu akan berlaku pertengkaran antara Haikal dan Fairuz.Dia sendiri risau melihat keadaan Haikal yang agak tidak terurus semenjak sebulan dia berpisah dengan Atisya.Kamarul risau kedatangan Fairuz akan membuat keadaan menjadi semkain teruk.

“Kamarul kau ada maklumat tentang patient ni tak?”Haikal tiba-tiba masuk sebelum sempat Fairuz berkata apa-apa mengenai pertanyaan Kamarul.Haikal yang sudah tiba di meja Kamarul tergaman seketika melihat Fairuz.Seketika mereka bertentang mata.Ada dendam dan cemburu di mata Haikal manakala Fairuz cuba berlagak tenang.

“Sorry,ganggu kau.Nanti aku datang balik,”Haikal berpatah balik namun sempat dihalang oleh Kamarul.

“Karl,Fairuz nak jumpa kau,”Kamarul memerhatikan Haikal yang nampak tergesa-gesa mahu meninggalkan kamarnya.

“Jumpa aku?Aku tak urus hal dia.Banyak lagi hal lain aku nak buat,”pedas kata-kata dari Haikal namun Fairuz cuma tersenyum.Dia harus tabah demi Atisya.Atisya sudah cukup menderita kerana dirinya.

“Sekejap je Dr. Haikal…Ada hal penting saya nak cakap,”Fairuz masih boleh berlembut.Haikal berpatah semula ke meja Kamarul.Kamarul sudah agak kaget melihat langkah Haikal yang seolah-olah menahan kemarahan.

“Apahal?”Haikal menghempas fail yang dipegangnya.

“Sabar,Karl,”Kamarul cuba meredakan keadaan.

“Kamarul,ni antara aku dengan dia.Please jangan campur,”Haikal sudah panas hati.Kamarul bangun keluar dari kamarnya.

“Pergi bilik aku,”Haikal melangkah keluar namun sebelum itu sempat Kamarul menasihatkan Haikal,

“Karl,be professional.”Haikal hanya tersenyum sinis sementara Fairuz bangun mengekori Haikal.

“Apahal yang penting sangat?”Haikal sudah duduk di kerusinya tanpa menjemput Fairuz duduk.

“Doktor saya…,”Fairuz terhenti apabila Haikal mencelah.

“Sekarang tak ada doktor,tak ada orang biasa.Cakap macam biasa.Anggap sekarang ni bukan waktu kerja,”Haikal membuka kot putih yang dipakainya.

“Aku nak cakap tentang Atisya,”Fairuz memulakan bicara.Haikal tersenyum sinis mendengar nama Atisya.

“Kenapa?Dia suruh ko datang merayu kat aku?Suruh cakap konon kau dengan dia tak bersalah.Tak ada apa-apa?Macam tu?”Haikal terlebih awal serkap jarang.

“Dengar dulu,Karl.Lepas je aku jumpa dia dekat supermarket tempoh hari,aku dah tak berhubung langsung dengan dia walaupun dengan telefon,”Fairuz cuba mengatur bicara supaya boleh diterima oelh Haikal dengan baik.

“So?Jadi betullah yang kau ada keluar dengan dia?Ko ada perasaan lagi pada dia?Hah?”Haikal cuba mengawal perasaannya.Hatinya benar-benar terbakar.

“Memang aku jumpa dia tapi itu semua tak sengaja…”

“Tak sengaja apa kalau sampai pegang tangan.Lepas tu pergi makan pula sama-sama.Sah la ko ada hati kat dia lagi,”Haikal memtong percakapan Fairuz.Fairuz sedikit tersentak.

“Memang…Memang aku ada hati dekat dia.Sampai bila-bila pun aku akan ada hati pada dia…sebab tu aku balik Malaysia,”Fairuz sudah mula hilang sabar.Haikal tidak boleh diajak berbincang dengan lembut.Merah menyala mata Haikal memandang Fairuz setelah mendengar pernyataan itu.

“Tapi kau tahu dia dah kahwin kan?Yang kau balik Malaysia ni kenapa?”Haikal sudah mula berdiri.Suaranya semakin meninggi.Fairuz berlagak biasa.Lapang hatinya membuat pengakuan itu di hadapan Haikal.

“Aku dah tak ada banyak masa,Karl.Aku balik sebab aku nak tengok Atisya bahagia,”Fairuz bersuara perlahan.

“Kau tak yakinlah aku boleh bahagiakan dia?”Haikal menduga.

“Aku yakin tapi setelah apa yang kau buat ni aku dah mula tak percaya kau boleh membahagiakan Atisya,”Fairuz sengaja memanaskan hati Haikal.

“Kau cakap apa ni?Sekarang siapa yang salah?Aku?”Haikal menuding dirinya sendiri.Fairuz tersenyum.

“Kalau kau tak tuduh Atisya yang bukan-bukan,semua ini takkan berlaku.Aku dah tak lama,Karl.Bila-bila aku boleh pergi.This cancer killing me softly,Karl.Sebelum aku ‘pergi’ aku nak tengok Atisya bahagia.Itu aje,”Fairuz menceritakan hal sebenar.Haikal termenung di mejanya lama memikirkan kata-kata Fairuz.

“Aku tahu kalaupun aku dapat Atisya,aku tak mungkin boleh bahagiakan dia.Dan,aku tak menyesal tak dapat memiliki Atisya kerana perkara ini.Aku tak nak dia menderita selepas ketiadaan aku.Aku bersyukur jodoh dia dengan kau.Tapi,kau seolah-olah membuang intan yang kau cari dalam timbunan pasir ke laut dalam.Sia-sia je,”Fairuz meneruskan kata-katanya.Dia yakin Haikal mampu untuk memahami dirinya.Kepulangannya bukan untukmerebut cinta Atisya dari Haikal tetapi hanya ingin melihat kebahagiaan wanita itu.

“Aku minta satu je,Karl.Kau panggil la Atisya balik pada kau.Dia perlukan kau.Anak kau perlukan kau,”Fairuz merenung Haikal yang tampak terkejut.

“Anak?Apa kau cakap ni?”Haikal meminta kepastian dari Fairuz.

“She’s pregnant.Kau patut berada di sisi dia sekarang.Aku doakan kau dengan dia bahagia,”Fairuz melangkah keluar.

“Fairuz tunggu!”Haikal mendapatkan Fairuz.

“Aku…Aku minta maaf…Kau tolong aku…Tolong,”Haikal seperti orang hilang akal merayu pada Fairuz.Perlahan Fairuz memegang bahu Haikal.

“It’s okay.Tak salah kalau nak cemburu.Aku tahu ko sayang pada Atisya.Tapi biar berpada-pada,”Fairuz sempat menasihati Haikal.

“Kau tolong aku panggil Atisya semula,”air jernih mula bergenang di mata Haikal.Dia benar-benar menyesal kerana menjatuhkan hukuman yang amat berat pada Atisya.

“Lebih baik kalau kau sendiri yang jemput dia.Dia ada di rumah Alia sekarang.Okey.All the best!”Fairuz menepuk-nepuk bahu Haikal beberapa kali sebelum ke bilik Kamarul.Lama Haikal berdiri di kamarnya menyesali kesilapannya.

50

Mak Cik Sofea mengambil minyak urut di atas meja makan sebelum duduk di sebelah Atisya.Diurut kaki Atisya perlahan.

“Bengkak sangat kaki kamu ni.Lain kali kalau masuk bilik air alas kaki kamu.Simen tu pun,kalau nak pijak pakai alas kaki.Hang bukan boleh sejuk-sejuk,”Mak Cik Sofea mengomel sambil mengurut perlahan kaki Atisya.Atisya tersenyum.Kalau mama masih ada tentu mama juga akan melakukan perkara yang sama.Tentu mama akan gembira untuk bergelar seorang nenek.

“Mengandung pun ada pantang ke mak cik?”Atisya bertanya.Setahunya perempuan lepas bersalin sahaja yang diruh pantang.

“Ada.Macam-macam pantangnya.Makan pun tak boleh tajam-tajam.Macam nenas ke limau ke.Nak makan boleh,tapi sikit-sikit la,”Mak Cik Sofea menurunkan sedikit ilmu oada Atisya.Tekun Atisya mendengar.

“Mak cik ke dapur sekejap.Duduk diam-diam.Jangan banyak berjalan,”Mak Cik Sofea bingkas bangun menuju ke dapur.Atisya mengangguk.Perutnya sudah sedikit besar walaupun kandungan baru mencecah 7 bulan.Banyak baju-baju mengandung yang dibelikan oleh Izzat dan Alia.Mereka pula yang teruja untuk menyambut orang baru.

Atisya bangun untuk membuka pintu selepas terdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah.Fikirnya tentu Izzat baru pulang dari Bandar membeli barang-barang dapur yang dipesan oleh Mak Cik Sofea.

“Assalamualaikum.”

Tergamam Atisya mendengar suara tersebut dan apabila memandang orangnya tidak salah tekaan dalam hatinya.Haikal?Atisya buntu.Dia hendak memeluk insan yang dirinduinya itu atau terus berdiri di hadapan pintu?

“Dah tak sudi jawab salam abang?”lirih suara Haikal.Kini dia berdiri betul-betul di hadapan Atisya.Terasa ingin dikucup wajah yang tidak pernah berdosa terhadap dirinya itu.Dia ingin membayar hutang kasih-sayang selama 4 bulan.Setelah mendengar segala penjelasan Fairuz,Haikal malu untuk datang menemui Atisya.Terlalu besar dosanya pada Atisya.Alia sendiri ada menemui Haikal meyakinkan Haikal bahawa Atisya akan menerimanya namun Haikal masih tidak mempunyai kekuatan menemui Atisya.Haikal pulang ke kampung menemui Dato' Badrul dan keluarga Atisya.Menitis air matanya memohon maaf dari orang tua itu kerana melukakan hati Atisya.

“Papa tak salahkan kamu.Tapi pergi la pada Atisya sebelum terlambat.Papa tak mahu kamu rasa apa yang papa rasa.Arwah mama dah banyak tersiksa.Pergi la,Haikal.Atisya tu hatinya lembut,”Dato' Badrul menasihati Haikal melalui pengalaman lampaunya.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Haikal?”teguran Mak Cik Sofea mematikan lamunan Haikal dan Atisya.Atisya menyeka air matanya.

“Mak cik sihat?”Haikal bertanya.

“Alhamdulillah.Masuk la dulu.Atisya tu tak boleh berdiri lama-lama.Nanti makin teruk bengkak kakinya tu,”Mak Cik Sofea memapah Atisya yang agak lemah tiba-tiba setelah melihat Haikal.Air matanya sudah membasahi wajahnya.

“Duduk dulu la ye.Mak cik buat air sekejap,”Mak Cik Sofea ke dapur memberi ruang pada Haikal dan Atisya berbicara tentang hati dan perasaan.

“Isya sihat?”kekok suara Haikal berbicara dengan Atisya.Rasa malu dan bersalah masih membelenggu dirinya.Atisya mengangguk lemah.

“Abang minta maaf,Isya,”Haikal merapati Atisya.

“Kenapa lambat sangat abang ambil Isya?Benci sangat ke abang pada Isya?”Atisya bersuara lirih.Hatinya benar-benar dipagut sayu.Kenapa kini baru Haikal muncul.

“Abang…Abang malu nak jumpa Atisya.Abang takut Isya dah tak boleh terima abang sebab…”

“Abang,tempat isteri di sisi suami,bang.Selagi abang tak lafaz talak pada Isya,Isya tetap isteri abang.Siang malam Isya berdoa abang datang ambil Isya tapi tak de.Isya dah patah semangat,bang.Isya tak kisah dah kalau anak ni lahir tanpa melihat wajah ayah dia pun,”Atisya semakin emosi.

“Syyy…Jangan cakap macam tu,Isya.Abang datang bukan nak lafaz talak.Abang datang nak bawa Isya balik.Abang akan laksanakan semua janji-janji abang.Abang nak kita sama-sama besarkan anak kita.Kita balik,”Haikal memujuk.Diusap lembut kepala Atisya.Air mata Atisya disapu perlahan.

“Alhamdulillah hangpa dah berbaik semula.Risau mak cik,”Mak Cik Sofea datang menatanag sedulang air dan cempedak goereng.Haikal tersenyum.

“Terima kasih mak cik jaga Atisya.Saya tahu bukan senang nak jaga orang mengandung.Tengok abang saya dulu pun cukup la.Teruk ke Isya muntah-muntah,mak cik?”Haikal bertanya.Risau betul dia dengan keadaan Atisya.

“Tak ada la pula dia mabuk muntah-muntah.Cuma bengkak kaki tu je la,”Mak Cik Sofea bercerita.Haikal teringat keadaannya yang muntah-muntah dan mabuk teruk beberapa bula lalu.Mungkin kerana Atisya mengandung…

“Ada tak orang lelaki kena mabuk kalau isterinya mengandung?”Haikal bertanya mendapatkan kepastian.Atisya hairan dengan pertanyaan tersebut.

“Ada.Ada tu bininya tak apa-apa,suaminya terbaring lembik sebab muntah banyak sangat.Kadang-kadang yang lebih teruk,suami yang mengidam lebih-lebih,”Mak Cik Sofea becok bercerita.Tiba-tiba Haikal ketawa besar.Terkejut Atisya dan Mak Cik Sofea.

“Kenapa,bang?”Atisya bertanya.

“Patut la hari tu,seminggu abang muntah-muntah.Teruk juga la.Lepas tu mengidam buah-buah kampung.Yang lagi peliknya,buah durian bau pun tak boleh,padahal dulu bukan main makan,”Haikal masih ketawa diikuti Atisya dan Mak Cik Sofea.

“Mesti nakal baby papa ni,”Haikal mengusap perut Atisya.

“Macam papa dia la,”Atisya berbisik ke telinga Haikal.

“Hah!Balik dah Izzat,”Mak Cik Sofea mengintai keluar.

Terkejut Izzat melihat Haikal di rumahnya.

“Bila sampai?”Izzat bertanya.Dalam hatinya dia benar-benar marah.

“Baru juga la.Abang sihat?”Haikal bangun dan bersalam dengan Izzat.

“Sihat.Ingat dah tak nak ambil Atisya dah,”sindir Izzat.

“Saya minta maaf,bang.Saya yang salah,”Haikal menunduk memandang lantai.Atisya serba-salah.

“Dah la tu.Hang tidoq sini na.Esok baru balik,dah petang dah ni,”Mak Cik Sofea bersuara.Lama Haikal berfikir sebelum mengangguk setelah Izzat juga memberi pendapat yang sama.Izzat nampak masih marah tetapi dipendamkan.Asalkan Atisya tidak bersedih lagi,dia sudah senang hati.

51

Malam itu banglo Al-Firdausi lebih ceria walaupun hanya sepasang suami isteri yang tinggal di situ.Haikal tidak mahu perkara yang sama berulang.Haikal lebih banyak meluangkanm masa di rumah.Sebaik habis segala kerja Haikal akan terus pulang ke rumah.

“Abang nak solat apa?Tadi kan dah solat isyak?”Atisya yang sedang berbaring sambil membaca majala PA n MA hairan melihat Haikal yang basah dalam wudhuk ketika keluar dari bilik air.Haikal hanya diam sambil mengambil Al-Quran dan duduk di atas katil bersebelahan Atisya.

“Abang ingat lagi pada janji abang.Kalau Isya mengandung,setiap malam abang akan baca Al-Quran untuk Isya dan anak kita.Nanti kalau dia keluar dia akan jadi orang yang berguna,tak macam papa dia,”Haikal merendah diri.

“Apa abang cakap ni?”Atisya agak tidak senang dengan kata-kata Haikal.

“Tak pe la.Dah,Isya tidur.Jaga kesihatan.Sementara nak terlelap tu abang bacakan surah Al-Imran.Surah ni banyak nasihat-nasihat berguna.Lain kali abang baca surah Maryam,supaya anak kita tabah macam mama dia.Surah Yusof supaya anak kita hensem macam papa dia,”Haikal tergelak kecil.Atisya mencebikkan bibirnya.

Lunak suara Haikal mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Tenang jiwa Atisya mendengarnya.Dalam hatinya dia bersyukur,dia dapat merasakan inilah hikmah segala-gala yang berlaku.Haikal mula menumpukan perhatian pada keluarga.

Selesai membaca Al-Quran,Haikal meraup wajahnya.Dia menghembus nafasnya kuat-kuat,dia benar-benar tenang.Tiba-tiba dia terdengar esakan di sebelahnya.

“Isya,belum tidur?”Haikal menyelak rambut Atisya yang menutupi sedikit wajahnya.Nyata Atisya sedang menangis.

“Kenapa ni,sayang?Kenapa menangis?”Haikal bertanya.Dia turut berbaring di sisi Atisya.Disapu setiap air mata yang berlinang ke pipi Atisya.

“Isya benar-benar bahagia dapat suami macam abang,”Atisya meluahkan isi hatinya.Betapa hanya air mata kebahagiaan yang bisa menceritakan segala-galanya.

“Abang pun bahagia dapat isteri macam Isya.Tabah,sabar walaupun abang dah lukakan hati Isya,”Haikal masih tidak dapat melupakan kesalahannya dahulu.

“Isya tak nak ingat dah kisah lalu.Kita bina hidup baru,”Atisya mendakap Haikal.Haikal turut memeluk Atisya penuh kasih-sayang sehingga Atisya terlena dalam dakapannya.Perlahan Haikal memegang ubun-ubun Atisya sambil berselawat dan mengucapkan sesuatu.

“Isya isteri abang,abang minta maaf dan abang nak Isya tahu yang abang sayang sangat pada Isya.Abang harap Isya dapat menjadi seorang isteri yang taat dan sentiasa menyokong abang.Abang sayang Isya,” Haikal mengucup lembut dahi Atisya sebelum menarik selimut untuk isteri kesayangannya.

52

Datin Halimah dan Dato’ Zahlan menyiram air mawar ke atas pusara Fairuz.Mereka masih belum berganjak dari pusara itu.Anak lelaki mereka satu-satunya telah pergi.

“Auntie,”Atisya memegang lembut bahu Datin Halimah.Datin Halimah memegang tangan Atisya.Haikal sedia berdiri di sebelah Atisya.

“Fairuz anak yang baik,”Datin Halimah bersuara sayu.Sebagai seorang ibu sudah tentu kehilangan anaknya amat dirasakan apatah lagi Fairuz sepatutnya mewarisi syarikat bapanya manakala Fazliana,adik Fairuz akan menggantikan Datin Halimah.

“Jodoh,ajal dan maut di tangan Tuhan,auntie,”Atisya menenangkan Datin Halimah.Dato’ Zahlan dan Fazliana hanya berteleku di sisi Datin Halimah.

“Kita balik,”Atisya mengajak.Perlahan Datin Halimah bangun diikuti Dato’ Zahlan dan Fazliana.Walaupun Fairuz sudah tiada namun hubungan mereka tidak akan terputus.Datin Halimah seorang ibu yang penyayang.Dato’ Zahlan masih berkawan rapat dengan Dato' Badrul.Alhamdulillah Dato' Badrul kini sudah pulih.Sekali-sekala Dato' Badrul ke Kuala Lumpur menemui Atisya dan keluarga.Azmira bakal mendirikan rumahtangga bersama Ridhuan.Tidak sia-sia usaha Ridhuan menawan semula hati Azmira.Ternyata dia mampu melembutkan hati Azmira yang bagaikan batu.

“Sebelum abang jemput Atisya dulu,Arwah ada datang jumpa abang,”Haikal bercerita sambil memandu pulang ke rumah.Atisya hanya mendengar.

“Dia cakap pada abang,dia tak pernah lupakan Isya.Dia sentiasa mencintai Isya.Dia pulang ke Malaysia pun sebab nak tengok Isya bahagia sebelum dia pergi,”Haikal memberitahu kebenaran.Biarlah Atisya tahu.Atisya berhak tahu.

“Abang,biar ramai macam mana pun orang yang mencintai Isya dan menyayangi Isya,Isya nak cakap satu je….Hati Atisya hanya untuk Haikal…Hanya untuk abang,”Atisya merenung Haikal yang sedang tekun memandu.Kini jawapannya tekad.Hatinya hanya untuk Haikal.Takkan goyah walau sebesar mana dugaan datang mengganggu.Namun dalam diam dia menghargai cinta Fairuz padanya.Biarlah cinta itu bersemadi bersama-sama jasadnya.

“Abang…,”Atisya mencuit lengan Haikal.Haikal tersentak.

“Kenapa?”Haikal bertanya.

“Isya rasa baby ni dah nak keluar la,”Atisya memegang perutnya sambil mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

“Hah?Biar betul?Kita ke hospital terus,”Haikal membelokkan kereta ke kiri menuju ke hospital.

Sudah 20 minit Atisya di dalam bilik bersalin.Haikal mula resah.Dr.Roziana yang bertugas tampak bingung.Haikal yang memegang tangan Atisya dapat merasakan kesakitan apabila tangan Atisya menggenggam erat tangannya.

“Come on,Isya.Usaha lagi…,”Dr. Roziana bersuara.

“Ya Allah.Kau pindahkan segala sakit yang dialami isteriku padaku Ya Allah.Permudahkanlah dia untuk bersalin.Sesungguhnya Kau yang memudahkan sesuatu yang sukar,”Haikal berdoa di dalam hati.Beberapa minit kemudian Haikal merasakan perutnya sakit.Perutnya memulas lantas Haikal meminta diri untuk keluar.Hampir setengah jam Haikal menahan sakit di dalam tandas.Sekejap duduk,sekejap berdiri.Perutnya terus memulas seperti ada sesuatu.

“Tahniah.U dapat anak lelaki,”Dr.Roziah menemui Haikal yang baru keluar dari tandas setelah sakit perutnya reda.

“Dah bersalin?”Haikal bertanya.Dia yang masih bingung terduduk di kerusi menunggu.

“Yup!Patutnya you aje yang bidankan,”Dr.Roziah sempat bergurau.Haikal tersenyum sedikit.

“I tak pernah bidankan yang normal,kalau yang operate tu pernah la,”Haikal menjawab.Badannya masih terasa lemah.

“U okay ke?”Dr. Roziah bertanya.

“Okay.Boleh I tengok isteri n anak I?”Haikal bangun.

“Sure.Dah dipindahkan ke wad,”Dr.Roziah berpamitan sebelum berlalu pergi.

“Assalamualaikum,”Haikal masuk ke wad Atisya.Atisya tersenyum melihat Haikal.

“Sekejap lagi papa,Mira,Mak Tok dengan Pak Su sampai.Abang dah bagitahu dah,”Haikal merenung wajah anak mereka yang masih merah.

“Abang nak azankan sekejap,”Haikal mengangkat bayi yang masih merah itu dan menuju je jendela.Azan dilaungkan penuh syahdu dan mendayu-dayu membuatkan Atisya menitisakan air mata kesyukuran.

“Sakit tak bersalin tadi?”Haikal bertanya setelah berada di sisi Atisya.

“Mula-mula tu sakit sangat,tapi lepas abang keluar,tak sakit dah…Baby pun senang keluar,”Atisya bercerita pengalamannya.Haikal tersenyum sambil teringat pengalamannya di dalam tandas menahan sakit.Dia belajar doa tersebut melalui seorang ustaz semasa di UIA dahulu.

“Kenapa,bang?”Atisya bertanya setelah melihat Haikal termenung.

“Tak de apa-apa.Nak bagi nama apa anak kita ni?”Haikal bertanya.Serentak dia dan Atisya berpaling memandang bayi mereka.

“Atisya tak ada idea la,bang.Abang?”Atisya bertanya.Begitu banyak nama yang terlintas di fikiran Atisya sehingga dia tidak tahu hendak memilih yang mana satu.

“Ahmad Fairuz,”Haikal tersenyum memandang Atisya yang terdiam mendengar nama itu.

“Abang ni…Serius ke?”Atisya meminta kepastian.

Haikal mengangguk.

“Abang serius.Ahmad Fairuz bin Ahmad Haikal.Boleh?”Haikal bertanya.Banyak sebab Haikal memilih nama tersebut namun biarlah dia seorang yang tahu mengapa.Atisya hanya diam.

“Kalau itu nama yang baik bagi abang,Isya tak kisah,”Atisya merenung mencari keikhlasan dalam diri Haikal.

“Aiman tak kisah,”Haikal mencuit hidung Atisya membuatkan Atisya ketawa.

Kedatangan ahli keluarga menambah kegembiraan di hati Atisya dan Haikal.Izzat turut hadir bersama seorang wanita.

“Bakal kakak ipar,”usik Alia sambil menunding jari kepada Zulaika,wanita yang berdiri di sisi Izzat.Zulaika tersipu diusik begitu.Izzat hanya tersenyum.Dato’ Badrul sibuk menatang cucunya yang belum berusia sehari itu.Sesekali anak itu bertukar tangan ke orang lain.Haikal masih menemani Atisya di katil sambil ketawa melihat telatah yang lain seronok menerima orang baru.

“Abang ada lagu untuk Isya,”Haikal berbisik ke telinga Atisya.Berkerut dahi Atisya.

“Lagu apa?”Atisya sedia mendengar.Dirapatkan telinganya ke mulut Haikal.

“Kau masih kucintai,dari hari pertama kau kunikahi,aku pasti,yakin dan pasti…engkau milikku,”Haikal tersenyum selepas habis menyanyikan bebarapa baris lagu Iris kepada Atisya.Betapa lirik itu sugguh dalam maknanya.Atisya memeluk Haikal dengan penuh kasih sayang.

“Yakinlah,bang.Hati Isya hanya untuk abang,”Atisya berbisik.

 
Copyright 2009 My Karya. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase