Wednesday, March 17, 2010

~Bingkisan Buat Mak~


Mak n ayah


My family


Mak
Walau seratus malam Angah bersengkang mata
Malam-malam itu tidak akan sama
Dengan satu malam mak berjaga
Untuk memastikan tidur Angah lena hingga ke pagi

Mak
Walau seribu cangkir susu Angah bancuhkan untuk mak
Seribu cangkir itu tidak akan sama
Dengan setitis susu yang mengisi perut ini
tika tangis kelaparan dahulu

Mak
Walau sejuta kasih sayang Angah berikan
Sejuta kasih sayang itu tidak akan mampu menandingi
Kasih sayang mak sejak Angah kecil sampai sekarang

Mak
Walau penuh satu meja juadah Angah sediakan buat mak
Juadah-juadah itu tidak seenak masakan mak
Sebab Angah tiada kuasa 'air tangan' seorang ibu
Yang memiliki kasih sayang sebagai penambah perisa

Mak
Walau seribu malam Angah berdoa dan memohon
Di dalam doa Angah pada Ilahi
Doa seribu malam itu
Tidak mungkin semakbul doa mak
Yang mendoakan kejayaan Angah
Dari mula mengenal ABC hingga ke menara gading kini

Mak
Walau apa yang berlaku
Mak tetap nombor 1
Kagum dengan kesabaran mak
Melayan karenah kami 3 beradik
Tersentuh dengan kata nasihat mak
Moga kami tidak sesat memilih jalan hidup

Doa buat mak
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa mak
Semoga Allah kurniakan mak umur yang panjang
Belum puas menikmati kasih sayang mak
Semoga Allah kurniakan mak kesihatan yang berpanjangan
Semoga mak sentiasa dalam redha Ilahi
Untukmu mak
Selamat Hari Ibu....

~Peri Biru 2009~

Wednesday, March 10, 2010

~Ketika Cinta Bertasbih~

Ketika CINTA bertasbih
Ku mohon hanya pada Yang Maha Esa
Agar CINTA itu berada tetap pada jalan-Nya

Ketika CINTA bertasbih
Ku mohon pada Yang Maha Kuasa
Agar CINTA itu sentiasa di dalam redha-Nya

Ketika CINTA bertasbih
Ku berdoa hanya pada Yang Maha Penyayang
Agar CINTA itu bukan palsu kasih dan sayangnya

Ketika CINTA bertasbih
Ku menadah tangan mohon pada Allah
Agar CINTA yang menyapa ini tidak pernah pudar

Ketika CINTA bertasbih
Ku bermohon hanya pada-Nya
Agar hati ini tidak pernah berpaling dari-Nya yang menganugerahkan
CINTA ini

Ketika CINTA bertasbih
Ku mohon hanya pada Yang Maha Mengetahui
Agar ADAM yang hadir itu tepat buat aku
Agar ADAM itu bisa membimbingku ke jalan-Nya

Ketika CINTA bertasbih
Aku bermohon hanya pada-Nya
Kerana CINTA ini dari-Nya
Kerana CINTA ini juga untuk insan yang sentiasa mengingati-Nya
Kerana CINTA ini perasaan yang diberikan-Nya pada semua
Siapa pun kita di dunia
CINTA itu pasti akan hadir

Ketika CINTA bertasbih
Aku bermohon hanya pada-Nya
Hanya pada-Nya

-Peri Biru 2009-
 
Copyright 2009 My Karya. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase