Friday, November 7, 2008

Masihkah Ada Cinta Untuk Dia

MASIHKAH ADA CINTA UNTUK DIA

Intan Zurina

Natasya membetulkan simpuhnya. Keadaan di dalam yang agak panas tidak lagi diendahkan. Debar di harinya tidak seperti keadaan di ruang tamu agak tenang. Tok kadi dan beberapa saksi sudah bersedia di ruang tamu. Di sebalik langsir Natasya dapat memerhatikan Hazman segak berbaju melayu satin putih lengkap bersamping dan bersongkok. Hatinya berdebar-debar menanti lafaz akad daripada Hazman. Lafaz yang akan membawa mereka hidup bersama di bawah satu bumbung dengan tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Jom keluar,” Natasya tersentak apabila lengannya dipaut oleh Kalsom, ibunya menuju ke satu sudut di ruang tamu. Sekilas matanya bertaut dengan mata Hazman. Senyuman Hazman disambut mesra.

”Kita mulakan sekarang ye,”Abdullah mewalikan anak gadis tunggalnya. Tangan Hazman digenggam erat. Segala kepercayaan diberikan kepada lelaki itu untuk menjaga anak gadisnya. Harapannya agar kasih sayang dari Hazman akan lebih dari kasih sayang yang diberikannya kepada Natasya.

”Aku nikahkan dikau, Muhamad Hazman b Hasyim dengan Nurul Natasya bt Abdullah dengan mas kahwinnya RM 22.50, tunai.”

”Aku terima nikahnya, Nurul Natasya bt Abdullah dengan mas kahwinnya RM 22.50,tunai.”

Semua hadirin yang hadir menadah tangan tanda syukur. Nataysa tidak dapat membendung air mata yang bergenang di kolam matanya. Kalsom merangkul erat tubuh Natasya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

”Dah habis fikir?”Kalsom bertanya. Mata Natasya direnung dalam. Pilu di hati gadis itu masih belum kebah. Percintaan selama 3 tahun dan perkahwinan selama setahun berlalu begitu sahaja.

”Tasya tak ada jawapan lagi mak. Tasya dah penat nak fikir. Semuanya berlaku terlalu cepat mak. Buat masa ni Hazman masih di hati Tasya. Walau jasad tak kelihatan tapi Tasya tahu dia bersama dengan Tasya,” Natasya bingkas meninggalkan ibunya.

Natasya menggosok matanya beberapa kali. Matanya kepenatan menghadap komputer sejak usai solat maghrib.

”Tak tidur lagi?”Hazman menyentuh lembut bahu Natasya. Di tangannya sebuah mug besar dan aroma kopi menusuk deria bau Natasya.

”Dah tidur dah...Tapi mengigau dok depan laptop ni,”Natasya cuba bergurau.

Hazman mencebik bibir.

”Jangan tidur lambat sangat. Boring la abang tidur sorang-sorang,”Hazman merenung wajah isterinya yang sedang khusyuk menyudahkan assignment. Natasya mengerling sekilas sambil tersenyum.

”Dulu orang dah cakap, tunggu orang habis belajar dulu baru kahwin...Tak nak...Sekarang siapa yang susah? Abang jugak kan? Kena teman Tasya buat assignment sampai lewat malam,” Natasya mengungkit kisah lama.

Hazman merupakan pelajar senior di universiti. Selepas tamat diploma, Natasya melanjutkan pelajarannya dalam bidang ijazah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Pertemuan antara mereka terjadi ketika minggu suai kenal.

”Abes tu, dah jatuh cinta pandang pertama masa Tasya nyanyi lagu Siti Nurhaliza hari tu, abang takut kena kebas ngan orang lain je,”Hazman tersenyum nakal.

”Sekarang ni senang hati la?”Natasya menduga.

”Tak juga...Takut kalau-kalau abang pergi dulu, isteri abang ni cepat pulak cari pengganti.”

Natasya lantas berhenti menaip. Ditatap kedua-dua mata Hazman penuh pengertian.

”Abang, Tasya tak suka abang cakap macam tu. Kita kahwin baru nak masuk setahun abang dah cakap yang bukan-bukan. Apa abang ni?”Natasya menarik muka. Hazman diserbu rasa bersalah.

”Abang gurau je la...Hei, jangan la macam ni...Tengok abang,“Hazman memaut lembut dagu Natasya.

”Kalau boleh abang nak Tasya pergi dulu tau. Abang tak nak Tasya sedih-sedih kalau abang tak de...Pastu....,”Hazman terdiam.

”Pastu apa?”Natasya bertanya tidak sabar mendengar bait kata seterusnya.

”Pastu...Boleh abang kawen lain..Hahahaha,”berderai ketawa Hazman. Pantas tangan Natasya mencubit peha Hazman.

”Gatal,”Natasya bingkas bangun mengejar Hazman yang sudah berlari menuju ke tingkat atas.

”Kek semua dah siap?”Kalsom bertanya. Majlis ulang tahun perkahwinan mengejut untuk Natasya dan Hazman sudah dirancang rapi.

”Dah. Settle,”Maizura, adik Nataysa menunjukkan isyarat bagus pada Kalsom.

”Hello. Lambat lagi ke nak sampai? Zura tak sabar nak jumpa kamu. Dari KLIA lagi dah sibuk tanya pasal kamu,”Kalsom menelefon Natasya.

Natasya tersenyum. Kalau nak dilayan karenah adik bongsunya itu, sampai bila-bila pun tak sudah.

”Ingatkan dah tak ingat orang Malaysia. Kat UK kan banyak salji, benda best2,”Natasya mengejek. Hazman di sebelah hanya tersenyum.

”Cakap dengan mak, 10 minit lagi kita sampai.”

Natasya mengulangi kata-kata Hazman pada Kalsom.

Suasana di Hospital Besar Kuala Lumpur kecoh. Dua mangsa kemalangan ditolak masuk ke bilik kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa telah dihubungi. Kalsom, Maizurah, Abdullah dan ahli keluarga Hazman resah menanti. Kalau dilihat pada keadaan Natasya mengalami kecederaan yang amat teruk berbanding Hazman.

”Kami tengah cuba selamatkan kedua-dua mangsa. Insya-Allah kedua-duanya akan selamat,” Dr. Syakirin cuba mententeramkan keadaan.

”Ya,Allah!Selamatkanlah mereka,”Kalsom berdoa di dalam hati.

Natasya tersenyum memandang Hazman yang berada di sebelahnya. Dia benar-benar bersyukur masih boleh menatap senyuman Hazman. Ahli keluarga yang lain turut lega melihat Natasya membuka mata.

”Abang ok?”Natasya bertanya. Luka di tangan kirinya masih berbalut. Hazman yang hanya luka sedikit tersenyum sambil mengangguk.

”Tasya, mak ngan abah balik dulu. Dah malam, esok pagi mak datang lagi. Hazman jaga kamu.”

Kalsom melangkah keluar bersama ahli keluarga yang lain.

”Abang tak luka apa-apa ke?”Natasya bertanya. Dia hairan bagaimana Hazman boleh berada di sisinya sedangkan mereka sama-sama mengalami kemalangan tempoh hari.

”Abang luka sikit je. Sori.”Hazman mengusap lembut ubun-ubun Natasya.

”Abang nak tidur sebelah sini?”Natasya mengengsot memberi sedikit ruang buat Hazman. Hazman menggeleng.

”Abang nak berjaga. Nak jaga Tasya. Sampai bila-bila,”dalam maksud kata-kata Hazman. Hati Natasya tiba-tiba sebak.

Usai solat Subuh Hazman mengejutkan Natasya.

”Tasya, solat Subuh,”lembut bisikan Hazman di telinga Natasya. Perlahan-lahan Natasya membuka matanya. Hazman memapah Natasya ke bilik air kemudian mengajar Natasya bertayamum kerana banyak luka di bahagian yang wajib dibasuh tidak boleh terkena air.

”Abang nak tidur kejap. Nanti kejutkan abang ye. Abang sakit kepala la,”Hazman mengadu.

”Tak cukup tidur la tu. Semalam orang offer tido sebelah tak nak,”Natasya tersenyum dan kemudian menumpukan pada solatnya.

Lama Natasya berada di atas sejadah. Doanya cukup panjang. Dia amat bersyukur masih diberi peluang untuk hidup selepas mengalami kemalangan yang agak teruk. Harapannya semoga usia dia dan Hazman dipanjangkan.

”Abang...Bangun...,”Natasya menyentuh lengan Hazman. Hazman masih kaku.

”Abang...Jangan buat lawak k…Bangun la…Kejap lagi mak n abah sampai,”Natasya menggoyangkan tubuh Hazman.

”Abang...,”Natasya duduk di kerusi bersebelahan katilnya dan meletakkan kepalanya di dada Hazman.

”Bangun la bang,”Natasya masih bersuara sehingga dia tersedar sesuatu. Tiada denyut nadi yang kedengaran. Tangannya memegang pergelangan tangan Hazman, tiada denyutan. Hembusan nafas juga tidak kedengaran. Hazman kaku. Mungkinkah?

”Kami mohon maaf,” Dr. Syakirin bersuara lemah. Pihak hospital amat menyesali dengan kecuaian yang berlaku. Keadaan Hazman yang tidak begitu teruk pada malam kejadian membuatkan pihak hospital lebih menumpukan perhatian pada Natasya.

”You know the protocol right?” Natasya bersuara. Semuanya sudah terlewat. Hazman pergi kerana darah beku di kepalanya.

“Yes…But…,”Dr. Syakirin terdiam. Tiada apa lagi yang boleh dipertahankan. Pemergian Hazman memang sudah takdir tetapi kesalahan memang berada pada pihak hospital.

Natasya termenung. Teringat kembali kata-kata Kalsom tentang seseorang datang bertanyakan tentangnya. Bukan dia tak mahu, namun walau perkara itu sudah setahun berlalu, dia masih trauma. Sedangkan pelajarannya di universiti masih tertangguh satu semester, inikan pula untuk berkahwin buat kali kedua. Masihkah ada cinta di hatinya untuk orang lain selain Hazman?

”Orangnya duda.”Masih terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Natasya. Orangnya pun Natasya tidak pernah lihat inikan pula untuk bersetuju menerima lelaki tersebut sebagai suami.

”Menung nampak,”Kalsom melangkah masuk ke bilik Natasya. Esok anaknya akan kembali ke Shah Alam menyambung pengajian yang masih tertangguh.

”Tak de la, mak. Tengah kemas-kemas apa yang patut,”Natasya berbohong lagi. Sejak kematian Hazman, banyak dia berbohong pada ibu dan ayahnya. Bukan dia sengaja namun dia tidak mahu orang tuanya terlalu memikirkan kesedihannya. Biarlah dia sendiri yang menanggungnya.

”Esok ada orang nak hantar Tasya ke Shah Alam,”suara Kalsom perlahan namun bagai sesuatu yang menyentap jantung Natasya.

”Tentu lelaki itu,”Natasya bersuara dalam hati.

”Tasya dah beli tiket dah. Mak jangan la risau sangat, kalau Tasya rasa tak boleh, Tasya sendiri mintak mak n ayah hantarkan,”Natasya cuba meyakinkan ibunya. Sungguh dia sudah biasa. Dia lebih selesa pulang seorang diri dan di Shah Alam sahabatnya ada untuk mengambilnya pulang ke asrama.

”Tapi semalam dia dah janji dengan mak. Dia dah ambil cuti pun. Bukan senang orang macam dia nak dapat cuti,” kata-kata Kalsom membuatkan Natasya berfikir. Kerja apakah lelaki itu?Cikgu?Pengawal?Polis? Lantaklah, dia tak mahu ambil tahu.

”Siap besok ye. Mak ngan ayah ikut sekali,”Kalsom melangkah keluar belum sempat Natasya berkata apa-apa.

########################################################################

”Ada apa-apa lagi nak bawak?”lelaki berkemeja hitam bertanya pada Natasya. Natasya menggeleng. Hatinya berat untuk bersama-sama lelaki itu untuk perjalanan sejauh 4 jam walaupun mak dan ayah ada bersama.

”Anak tinggal dengan sape?”Kalsom bertanya.

”Dengan kakak. Kebetulan semalam dia datang,”lelaki itu membetulkan tali pinggang keledar disisinya. Natasya dari tadi hanya membatu. Dia sedikit pun tidak memberi perhatian pada perbualan ibunya dengan lelaki tersebut. Hatinya geram apabila ayahnya tiba-tiba tidak jadi pergi. Ada urusan dengan Ketua Bahagian UMNO kononnya. Ayahnya kalau dengan kelab, takkan berkata tidak. Walau dah bersara dia masih aktif berpersatuan. Terpaksalah dia duduk di kerusi hadapan.

”Pintu awak tak rapat,”lelaki tersebut memandang Natasya. Natasya hanya membisu. Fikirannya melayang entah ke mana sehinggalah tiba-tiba dia tersedar apabila lengan lelaki tersebut tersentuh pehanya apabila lelaki tersebut cuba mengetatkan pintu di sebelahnya.

”Maaf,”sepatah kata meluncur laju dari mulut lelaki itu.

Natasya menjeling tajam.

”Azri cuti berapa hari?”Kalsom bertanya lagi, mungkin ingin meredakan suasana yang agak tegang sebentar tadi.

”Erm...sehari je...Petang esok mula kerja semula.”

Petang? Kerja syif ke? Mamat kilang la ni. Lelaki macam ni mak nak jodohkan dengan aku? Jauh baik Hazman kalau nak dibandingkan.

”Mengganggu ke?”Azri duduk di sebuah meja di kedai Dataran Cendiakawan UiTM Shah Alam. Semenjak menghantar Natasya ke situ, dia tidak lagi bertemu Nataysa. Namun dia jujur mengakui Nataysa merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan isterinya.

”Tengok dulu Azri,”Masih teringat kata kata ibunya ketika dia menolak pelawaan ibunya untuk meminang Natasya.

”Tak...Tapi minggu depan final exam,”jawapan Natasya mematikan lamunan Azri.

”Ooo..Good Luck,”sepatah kata keluar dari mulut Azri sebelum kedua-duanya diam membisu tanpa sepatah kata agak lama.

”Tak kerja?Bos awak tak marah ke?”Natasya memecahkan kesunyian.

”Erm...Tak..Cuti hari ni,”Azri menjawab.

”Kalau asyik cuti je, biler kilang nak maju,”Natasya mengeluarkan kata-kata sinis. Berkerut dahi Azri mendengarnya.

”Kilang?”Azri mengulang tanya.

’Ingat aku tak tahu ke ko kije kilang?’Natasya bersuara di dalam hati. Dia amat yakin dengan tekaannya tempoh hari. Dia tak berminat untuk bertanya pada Kalsom kerana takut disalah erti pula.

Azri ketawa sambil menggeleng kepala. Namun dia hanya membisu. Tidak mengiyakan atau menidakkan,.

”Nak gi jalan?”Azri bertanya.

”Gi mana?”

”Mana-mana la,”Azri mengangkat keningnya. Lama kemudian baru Natasya mengangguk. Best jugak release tension dekat-dekat pekse ni.

”Nak ke?”Azri bertanya ketika Natasya membelek-belek novel terbaru di MPH Bookstore Midvalley Megamall. Natasya menggeleng. Memang dia nak beli tapi duit dah sesak. Biasa la di hujung-hujung semester mesti semua duit pinjaman dah abis,

”Kalau nak amik je...saya bayarkan,”Azri mempelawa. Natasya mencebik.

”Kerja kilang tu berapa sangat la gaji,”detik hatinya. Dia tak mahu membebankan Azri lebih-lebih lagi tentang wang.

”Tak nak?”Azri bertanya lagi.

”Tak nak la,”Natasya keluar dari kedai buku tersebut.

”Nak pergi mana lagi?”Azri bertanya.

”Balik,”Nataysa menjawab sepatah. Tiada apa lagi yang nak dibelinya. Saja berjalan memcuci mata.

”Saya nak solat kejap.Awak boleh solat tak?”Azri tersenyum sinis.

”Erm...Ar...Boleh...Boleh..Jom ...,”merona merah muka Natasya apabila ditanya begitu kebetulan dia memang sedang uzur.

Setengah jam berlalu akhirnya mereka tiba di perkarangan pintu Asrama Blok Mawar.

”Balik kampung kirim salam pada mak n ayah,”Natasya mengingatkan.

”Saya tak balik kampung. Esok kerja,”Azri bersuara.

”Kerja?Kat kampung la kan?”Natasya bertanya kembali. Kilang mana yang Azri kerja kalau bukan di kampung.

”Erm...Tak pe la...Saya balik dulu...Seronok keluar dengan awak,”Azri berlalu membiarkan Natasya terpinga-pinga.

Khairul Irfan lena di pangkuan opahnya, Hasnah. Azri yang baru pulang mengucup dahi anak sulungnya itu.

”Dah dapat kata putus?”Hasnah bertanya. Dia tahu Azri keluar bertemu Natasya. Dia amat berharap agar Irfan mendapat kasih sayang dari seorang ibu walaupun bukan ibu kandungnya sendiri.

”Belum,”Azri keluar dari dapur dengan segelas air di tangan.

”Bila lagi Azri?Anak kamu ni dah 5 bulan. Kamu lupa pesanan arwah? Dia nak Irfan ni membesar dengan sempurna,”Hasnah mengingatkan Azri.

Azri mengeluh.

”Kalau nak ikutkan saya masih marah mak. Kesal dengan sikap Umaira yang tak bagitahu saya tentang diri dia. Dia tau tak betapa saya sayangkan dia. Mak pun tahu kan?”Azri bersuara. Dia masih ingat kali pertama dia diberitahu isterinya Humaira mengandung. Dia begitu gembira namun hatinya hancur setelah Umaira meninggal sebaik melahirkan Irfan.

”Abang jangan marah Mira. Abang nak anak lelaki kan? Alhamdulillah Allah bagi kita anak lelaki,”Umaira masih tersenyum walau mukanya tampak pucat.

”Tapi abang nak Mira juga. Mira tak patut sembunyikan penyakit Mira daripada abang,”Azri memalingkan wajahnya.

”Hei, Mira selamat apa...Ok..Im ok,”Umaira memegang erat tangan Azri.

”Mira, please. Mira tahu tak abang rasa menyesal sangat Mira buat abang macam ni. Seolah-olah abang yang bersalah. Abang tak kisah kalau kita amik anak angkat pun, janji Mira selamat,”Azri bersuara penuh perasaan. Umaira tersenyum.

”Abang, anak sendiri dengan anak angkat tak sama bang,”Umaira mengusap bahu Azri lembut. Dia tahu dia akan pergi bila-bila masa. Dia sendiri dapat merasakan jasadnya amat lemah.

”Abang akan stay kat sini, abang akan jaga Mira sampai Mira sihat. Anak kita perlukan Mira,”Azri mengenggam tangan sejuk Umaira. Umaira tersenyum dalam kepayahan.

”Abang...Mira minta maaf, bang,”mata Umaira mula basah bergenang air mata.

”Mira, please. Abang akan selalu dengan Mira sampai bila-bila pun.”

”Tapi abang janji dengan Mira k...Anak kita mesti dapat kasih sayang yang cukup walau bukan dari ibu sendiri,”Umaira bersuara sebak.

”MIRA!Jangan merepek la,”Azri meletakkan tangannya di mulut Umaira. Umaira tersenyum. Lama kemudian matanya kian rapat dan senyumannya kian hilang. Dengan kalimah Lailahaillallah Umaira kembali ke sisi Ilahi.

Tangisan Irfan mengejutkan Azri. Dipangku anak itu dengan penuh kasih sayang. Ditatap wajah mirip Umaira itu dengan dalam.

”Maafkan papa, sayang,”Azri mendakap erat Khairul Irfan.

Rumah bernombor 23 itu ditatap lama.

”Betul ke rumah ni?Takkan kerja kilang rumah besar macam ni,”Natasya bersuara sendiri.

Natasya menekan loceng dan memberi salam. Beberapa saat kemudian keluar seorang wanita.

”Natasya?”wanita itu bertanya.

”Err..Ya..Err..ni rumah Azri ke?”Natasya bertanya mendapatkan kepastian.

”Ya. Masuklah. Saya ibunya, Hasnah,”Hasnah membuka pintu untuk Natasya. Natasya tersnyum.

”Mak sihat?”Hasnah memulakan bicara.

”Sihat. Semalam baru dia telefon. Dia suruh cari rumah Azri, katanya ibu Azri ada datang. Mak ada pesan barang apa pada mak cik?”Natasya bertanya. Dia ingin cepat pergi sebelum Azri pulang. Dia hairan mengapa tidak Azri sahaja yang menghantar bungkusan tersebut dan macam mana pula ibunya boleh tinggal bersama dengannya di Kuala Lumpur.

”Nanti mak cik ambilkan,”Hasnah menuju ke dapur.

Natasya memerhati sekeliling rumah apabila terdengar tangisan anak kecil. Diperhatikan sekeliling sehingga terpandangkan sebuah buaian biru di sudut rumah. Natasya mendekati buaian tersebut dan mengangkat anak kecil yang sedang menangis. Dipangku anak kecil itu penuh kasih sayang.

”Anak Azri,”Hasnah keluar dari dapur dengan sebungkus beg plastik. Dibiarkan Natasya memangku Irfan yang sudah berhenti menangis. Dia tahu Azri duda anak satu, tapi dia tidak pernah melihat wajah anak Azri.

Natasya tiba-tiba berasa sebak.

”Isteri Azri...,”Natasya tidak tahu hendak meneruskan kata-kata.

”Isterinya meninggal sebaik melahirkan Irfan, anak ni. Dia sakit anemia,”Hasnah memandang sayu pada Irfan.

”Azri selalu balik lambat ke mak cik?”Natasya bertanya.

”Seminggu ni dia tak balik,”Hasnah bersuara.

Natasya bingung. Sanggup ditinggalkan anak kecil ni seorang diri dengan neneknya sahaja. Berfoya-foya sampai ke mana sehingga seminggu tak pulang ke rumah.

”Dia ke luar negara,”Hasnah menyambung menangkis pelbagai perkara buruk di fikiran Natasya,.

”Err... Azri kerja apa mak cik?”Nataysa bertanya mendapatkan kepastian.

”Juruterbang..Penerbangan Antarabangsa.”

Tergamam Natasya mendengar penjelasan Hasnah. Selama ini dia salah sangka terhadap Azri. Kini dia mengerti, bukan Azri tidak sayangkan isterinya tetapi mencari pengganti untuk anak kecil yang dahagakan belai kasih seorang ibu.

Azri tersenyum menyambut kedatangan Natasya.

”Banyak ke barang nak bawa balik?”Azri bertanya. Natasya menggeleng.

”Mak ngan ayah ada kat rumah,”Azri mengangakat barangan dan kotak ke dalam but kereta. Natasya hanya memerhati.

”Awak dah buat keputusan muktamad ke?”Natasya tiba-tiba bertanya.

”Kenapa awak tanya macam tu?”Azri memandang tepat ke wajah Natasya.

”Awak tak menyesal pilih saya?Awak yakin saya mampu jadi isteri dan ibu yang baik?”Nataysa bertanya lagi. Lama Azri terdiam kemudian dia tersenyum.

”Yup, sejak hari pertama saya kenal awak saya dah betul-betul yakin,”Azri masuk ke dalam kereta diikuti Natasya. Irfan di pangkuan begitu mesra dengan Natasya membuatkan Azri senang hati. Dia benar-benar yakin dengan pilihannya kini.

”Kita nak pergi mana, mama?”Irfan yang telah berusia 5 tahun semakin petah berbicara. Natasya meyarungkan sarung kaki biru dipadankan dengan kasut berwarna putih dan biru air di kaki Irfan.

”Kita nak pergi jemput papa kat KLIA,”Natasya memimpin tangan Irfan menuju ke kereta.

”Mama sayang betul kat papa,”Irfan memandang Natasya yang sedang membetulkan tali pinggang keledar. Natasya terpaku sebentar.

”Kenapa Irfan tanya macam tu?”Nataysa mendekatkan wajahnya dengan wajah Irfan.

”Sebab mama selalu jemput papa kat airport walaupun papa selalu tinggal mama,”Irfan merenung Natasya. Natasya tersenyum lebar. Dicuit mesra hidung Irfan.

“Papa bukan tinggalkan kita, tapi papa pergi kerja. Papa kerja jauh,”Natasya bersuara nada memujuk untuk anak kecil itu memahami tanggungjawab bapanya.

”Mama rindu papa tak?”Irfan bertanya lagi.

”Of course, sayang,” Natasya membalas.

Irfan tersenyum manja. Natasya kemudian menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Dari jauh kelihatan susuk tubuh segak berpakaian uniform juruterbang. Irfan tanpa sempat dihalang berlari menerpa ke arah Azri.

”Rindu papa ye?”Azri mencium Irfan bertalu-talu. Irfan mengangguk berkali-kali mengiyakan kata-kata Azri.

Azri memandang ke arah Natasya. Lama. Dia benar-benar tidak menyangka wanita itu sudi menjadi suri hatinya pada saat cintanya pada orang lain masih mekar.

”Rindu saya tak?”Azri bertanya. Natasya mencebik dan menggeleng sambil tersenyum nakal.

”Mama tipu, tadi dalam kereta dia cakap rindu,”Irfan memecah tembelang. Terbahak-bahak Azri dan Natasya tertawa melihat telatah anak kecil itu.

Irfan sudah lama lena di kamar sebelah.

”I have something for you,”Azri bersuara.

“Me too.”

“What?”Azri bertanya tak sabar.

“Ermmm…,esok la,”Natasya tersenyum nakal.

“U first,”Natasya masih tersenyum.

“Ok. Abang dah dapat kerja for domestic.”

“Okey…Mesti sebab rindu kat Tasya kan?Hehe…"Natasya sengaja mengubah topic. Dia tiba-tiba berasa segan mahu bercerita pada Azri.

“Hei, this not fair k,”Azri mencuit pinggang Natasya.

“Okey, apa cuit-cuit neh,”Natasya menepis tangan Azri.

“Irfan nak dapat adik,”Natasya tersenyum. Azri yang tadi berbaring bangun.

”What?”

”Kenapa?Tak percaya?,”Natasya merenung mata Azri dalam.

”Of course la percaya,”Azri merangkul Natasya dalam dakapannya.

Namun wajah Azri tiba-tiba berubah dan tak seceria tadi. Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

”Kenapa?”

”Esok kita buat medical check up. Saya ikut,”Azri bersuara. Dia tak mahu peristiwa silam berulang.

“Im okay. Saya sihat. No problem,”Natasya meyakinkan. Lama kemudian baru Azri tersenyum. Harapannya agar rumahtangganya kini akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.

0 kata pembaca:

 
Copyright 2009 My Karya. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase