Wednesday, May 6, 2009

.::Tukang Rumah Itu::.

Tukang rumah itu termenung
Rumahnya rebah ditiup taufan
Berdiri dia kembali bersama paku dan penukul
Membina kembali mahligai usang untuk dia berteduh

Tukang rumah itu termenung lagi
Rumahnya hancur dihempas ombak
Berdiri dia kembali bersama papan dan batu
Membina kembali pondok dia berlindung

Tukang rumah itu termenung
Kali ini air mata hadir menemani
Kerana dia sudah penat
Kerana dia sudah putus asa

Namun dia tetap berdiri kembali
Tetapi kali ini bersama sejadah dan tasbih
Membina kembali dinding iman yang telah roboh
Menjahit kembali uncang kasih buat Ilahi yang telah bocor
Membasuh hati yang hitam kelam
Hanya kerana dia mengeluh
Dek dugaan yang dianugerahkan untuknya
Dek hati yang melupakan Pencipta
Di saat kesenangan mengulit hidup

Tukang rumah itu kini tersenyum
Kerana rumahnya kini teguh kembali
Seteguh hatinya yang berzikir memuji Ilahi
Berazam si tukang rumah
Tidak akan alpa lagi
Kerana peringatan dari Yang Esa tak pernah berhenti
Dan jika dugaan datang lagi
Akan dia bermuhasabah
Akan die berterima kasih
Kerana Allah masih menyayangi

1 kata pembaca:

Unknown said...

tukang rumah itu sentiasa dalam kerugian....kecuali............. .QS Al-Asr...

 
Copyright 2009 My Karya. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase